Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1 FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR JARINGAN SOSIAL YANG MEMBAWA KEPADA RAWATAN PEMULIHAN DADAH Pengenalan Walaupun telah

banyak rawatan pemulihan dadah yang ditemui, ketagihan dadah masih lagi menjadi masalah kesihatan yang dialami oleh masyarakat. Dijangka 19.1 juta penduduk Amerika menggunakan dadah secara haram. Ketagihan dadah yang berlaku ada kaitan dengan masalah kesihatan, sosial seperti jenayah, kekejaman dan gelandangan. Rawatan pemulihan dadah adalah strategi yang berkesan dalam mengurangkan beban ketagihan yang dialami individu, keluarga dan masyarakat. Program rawatan malah boleh

pemulihan dadah bukan sahaja mengurangkan penggunaan dadah

memberikan kesan yang positif termasuklah dalam mengurangkan aktiviti jenayah dan memantapkan lagi hubungan kemasyarakatan. Tambahan pula, rawatan pemulihan dadah

merupakan komponen penting dalam program pencegahan HIV bagi pengguna dadah secara suntikan (IDUs). Walau bagaimanapun di United States hanya 15-20% IDUs yang menerima rawatan pemulihan dadah dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam hal ini, kajian perlu dilakukan untuk meningkatkan kemasukan individu dalam rawatan pemulihan dadah terutamany bagi popilasi yang berisiko tinggi. Terdapat kajian literatur yang memberi fokus kepada faktor individu yang mendorong kemasukan ke rawatan pemulihan dadah. Tambahan pula, Hser et al. melaporkan mereka yang kurang mengalami masalah psikologi kebanyakannya menerima rawatan pemulihan dadah ini. Di dalam kajian yang dilakukan ke atas 1039 IDUs, Schutz et al. menemui tinggal bersama pasangan dan pengekalan metadon. Salah satu faktor utama kemasukan ke dalam rawatan pemulihan dadah ialah berkahwin meningkatkan tahap kemasukan ke dalam program

seseorang itu memiliki sejarah rawatan pemulihan dadah terdahulu. Bagi sampel pengguna yang menggunakan dadah secara suntikan (IDUs), Booth dan rakan-rakan telah mengenal

2 pasti individu yang memiliki pengalaman dengan rawatan pemulihan dadah terdahulu pernah menyertai program pemeliharaan metadon. Beberapa penyelidik telah mengenal pasati perkaitan antara kemasukan ke rawatan pemulihan dadah dengan jenis dadah yang diambil. Zule dan Desmond telah melaporkan individu yang menggunakan heroin dan menyuntiknya berulang kali lebih banyak menerima rawatan pemulihan dadah. McCusker dan rakan-rakan telah mengenal pasti kemasukan ke pusat rawatan pemulihan dadah ada kaitannya dengan sejarah suntikan, suntikan yang dilakukan berulang kali dan individu menghidap HIV positif. Faktor seperti kos dan lokasi telah dikenal pasti sebagai penghalang kemasukan ke pusat rawatan pemulihan dadah. Kajian lain ada juga menyatakan masalah dengan ahli keluarga dan isu undang-undang telah menyebabkan kemasukan individu ke pusat rawatan pemulihan dadah. Walau bagaimanapun, individu yang berinteraksi dengan penagih dadah yang lain selepas menerima rawatan pemulihan berpotensi untuk mengulangi diri untuk terlibat dengan dadah. Tetapi, Flynn et al. menyatakan bahawa individu yang memiliki sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga dari segi komunikasi dan galakan telah Berjaya menahan individu daripada terlibat dengan dadah selepas lima tahun menerima rawatan pemulihan dadah. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa faktor jaringan sosial menghalang seseorang daripada menerima rawatan di pusat pemulihan dadah. Booth dan rakan-rakan telah menjumpai penyuntik yang memiliki ramai rakan-rakan yanag menggunakan dadah adalah 13% akan menyertai program pemeliharaan metadon. Tambahan pula, Llyod dan penyelidik yang lain telah melaporkan bahawa individu yang tinggal dengan pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan lebih berpotensi untuk menerima rawatan di pusat pemulihan dadah. Penyelidik juga membuat kesimpulan bahawa persekitaran yang penuh dengan

3 sokongan sangat membantu dalam memujuk individu untuk menerima rawatan pemulihan dadah. Kajian juga menujukkan perkaitan antara jaringan sosial dengan kemasukan ke pusat rawatan pemulihan dadah. Hipotesis menunjukkan bahawa penagih dadah yang memiliki rakan-rakan dalam pusat rawatan pemulihan dadah berpotensi besar untuk menyertai program rawatan pemulihan dadah. Kajian juga menunjukkan jenis dadah yang digunakan oleh seseorang individu ada kaitan dengan kemasukan ke pusat rawatan pemulihan dadah. Kajian yang ditemui banyak memberi sumbangan dalam perkembangan intervensi untuk meningkatkan penyertaan penagih dadah dalam rawatan pemulihan dadah di United States. Kaedah Kajian terbaru menggunakan data daripada penyertaan individu dalam Self-Help in Eliminating Life-threatening Disease (SHIELD). Projek SHIELD ialah intervensi pencegahan HIV yang memberi tumpuan kepada penagih dadah dan rakan jaringan sosial mereka. Peserta yang berpotensi direkrut melalui iklan yang dikeluarkan oleh agensi komuniti dan juga klinik dan juga di jalanan yang berisiko tinggi dengan aktiviti dadah di sekitar Baltimore, Maryland. Individu yang berminat akan menelefon talian bebas dan akan menyertai penilaian pemeriksaan ringkas untuk menentukan kelayakan menyertai SHIELD. Antara kriteria yang diperluakn untuk menyertai SHIELD adalah seeprti berikut : 1. Berumur 18 tahun keatas, 2. Tidak terlibat dengan kajian HIV yang lain, 3. Mempunyai hubungan dengan penagih sekurang-kurangnya seminggu,

4. Bersedia untuk berkhidmat di jalanan, 5. Bersedia untuk menamakan dua rakan jaringan sosial untuk menyertai temu bual bersama SHIELD.

4 Selepas kelayakan dikeluarkan dan persetujuan termaklum dilakukan, klien akan menyertai temu bual bersemuka yang mengambil masa selama satu hingga dua jam yang dilakukan di klinik penyelidikan komuniti. Data akan dikumpul bersama dengan dua temu bual. Data asas dikumpul dari Jun 1997 hingga Februari 1999. Data lanjutan akan dikumpul dari Januari 1998 hingga Jun 2002. Purata tempoh masa temu bual lanjutan adalah selama 15 bulan. Peserta akan mendapat pampasan sebanyak $20 untuk temu bual asas dan $25 untuk temu bual susulan. Individu yang berminat untuk menerima rawatan pemulihn dadah akan dirujuk. Ahli jawatankuasa akan membantu klien menghubungi agensi

penyalahgunaan bahan Baltimore yang bertanggungjawab menyelaras slot rawatan. Sebelum dilaksanakana semua protokol diluluskan oleh John Hopkins Bloomberg School of Public Health Committee for Human Research. Kedua-dua data asas dan data susulan yang dikumpul merangkumi sosiodemografi, sejarah penglibatan dadah, tingkah laku berissiko HIV, sejarah penerimaan rawatan pemulihan dadah dan komposisi jaringan sosial. Bagi pemboleh ubah sosiodemografi, peserta telah melaporkan bahawa umur, kaum dan jantina mereka. Tambahan kepada demografi, peserta ditanya tentang status pekerjaan mereka, pendapatan terbaru, dan pencapaian akademik. Status pekerjaan diukur melalui soalan berikut : kenyataan yang mana yang menggambarkan status pekerjaan anda? Tindak balas adalah seperti berikut :bekerja sepenuh masa, bekerja separuh masa, tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan dan tidak bekerja dan tidak mencari pekerjaan. Berdasarkan data, status pekerjaan direkodkan sebagai bekerja (sepenuh masa atau separuh masa) vs. tidak bekerja. Pendapatan dianalisis melalui soalan berikut, berapa banyak duit yang telah anda peroleh daripada pelbagai sumber (mengikut undang atau bertentangan dengan undangundang) sepanjang 30 hari ini? respon adalah tiada pendapatan, <$250, $250-499, $500-

5 999, $1000-1499, $1500-1999, dan >$2000. Pendapatan direkodkan sebanyak $499 vs. $500 atau lebih. Peserta ditanya apa pencapaian tertinggi yang telah diperoleh?. Respon ialah tahap 1-11, diploma sekolah tinggi, kolej, teknik atau vokasional. Respon direkodkan sebanyak gred 11 vs. diploma sekolah tinggi atau lebih tinggi. Individu yang memiliki pasangan berpotensi untuk menerima rawatan. Peserta juga ditanya adakah mereka memiliki pasangan. Jawapan adalah ya atau tidak. Peserta juga ditanya tentang status kesihatan mereka sama ada baik, sederhana, atau lemah. Respon adalah baik =1 dan sederhana dan lemah=0. Peserta juga ditanya status HIV mereka sama ada positif atau negatif. Data bagi penagihan dadah dan tingkah laku menyuntik dikumpul melalui versi Pengujian Tingkah Laku (RBA). Secara spesifik, data dikumpul mengenai sejarah dan Bagi

frekuensi menggunakan dadah termasuklah heroin, kokain, crack dan speedball.

setiap dadah yang diambil, mereka ditanya tentang frekuensi yang diambil. Respon adalah sejak enam bulan yang lepas vs. lebih daripada enam bulan yang lalu bagi setiap dadah yang diambil. Data dikumpul berkaitan dengan tiga tingkah laku berisiko HIV. Item yang pertama mempersoal tentang penggunaan jarum yang tidak bersih untuk menyuntik dadah sejak enam bulan yang lepas. Secara spesifik, peserta akan ditanya soalan berikut : bila kali terakhir kamu berkondi jarum tanpa membersihkannya terlebih dahulu? Respon adalah hari ini, semalam, dalam minggu tersebut, dalam bulan tersebut, lebih daripada beberapa bulan, lebih daripada enam bulan yang lalu atau tiada. Respon yang direkodkan ialah tiada/lebih daripada enam bulan yang lalu vs. dalam enam bulan (hari ini dan lebih enam bulan ). Dua item berisiko HIV memfokus kepada seks untuk duit atau dadah. Persoalannya ialah :

sepanjang 90 hari yang lalu, adakah anda memberikan seseorang duit atau dadah untuk mengadakan seks dengan anda? Sepanjang 90 hari yang lepas, adakah anda mengadakan

6 seks dengan seseorang untuk mendapatkan duit atau dadah? Kedua-dua item direkodkan sebagai ya atau tidak. Secara asasnya, sejarah rawatan ditentukan dengan soalan berikut, adakah anda pernah mendapatkan rawatan pemulihan dadah? Pendaftaran asas ke dalam rawatan

pemulihan dadah banyak diperoleh melalui beberapa soalan, semasa hari ke 30 yang terakhir, berapa banyak hari yang telah anda gunakan untuk program? Kemasukan ke rawatan pemulihan dadah dikur melalui dua soalan berikut : sejak enam bulan yang lepas, adakah anda terlibat dengan rawatan pemulihan dadah atau program detok?(kod sebagai ya atau tidak); jika ya, program yang mana kamu telah sertai(kod sebagai ya atau tidak bagi setiap program). Kajian terbaru banyak memfokus kepada pendaftaran ke dalam

detoksifikasi dadah, rawatan kediaman, rawatan pesakit luar, pemeliharaan metadon, perkhidmatan yang paling banyak digunakan di Baltimore. Analisis data Data asas dikumpul daripada 1637 individu manakala 1125 individu telah siap dengan dua taksiran susulan. Kajian terbaru ditekankan kepada individu yang dilaporkan menggunakan heroin atau kokain sejak enam bulan yang lalu di peringkat asas dan peringkat susulan. Individu yang tidak menggunakan dadah pada peringkat susulan

dikecualikan kerana dorongan pemberhentian dadah tidak dapat dikenal pasti. Oleh sebab matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong kemasukan ke pusat rawatan pemulihan dadah, melibatkan individu yang tidak menagih dadah akan menyebabkan salah tafsir antara pemboleh ubah yang digunakan. Malah, melibatkan

individu yang tidak menagih dadah pada peringkat susulan akan menyebabkan berlakunya keputusan berat sebelah. Oleh itu, set data yang terakhir bagi kajian terbaru melibatkan 557 penagih dadah yang telah melengkapkan taksiran asas dan taksiran susulan.

7 Keputusan Daripada 557 peserta, 183 (32.9%) dilaporkan memasuki pusat rawatan pemulihan dadah dalam tempoh masa enam bulan rawatan susulan. Di antara individu yang dilaporkan

menerima rawatan, 111 (19.9%) mendaftar dalam program pemeliharaan metadon, 63(11.3%) sebagai pesakit luar, program bebas dadah, 62 (11.1%) dalam program rawatan berpenduduk dan 37(6.6%) dalam detoksifikasi. Sampel terdiri daripada individu lelaki

(61.6%), Amerika Afrika (96.9%), muda daripada 39 tahun dan memiliki latar belakang seerti pendapatan rendah, pendidikan rendah dan pekerjaan yang rendah. Individu yang

menerima rawatan lebih terdedah denagn jangkitan HIV bebranding individu yang tidak mendaftar dalam rawatan pemulihan dadah (19.7% dan 9.8%, p>0.01). Individu yang memiliki sejarah menerima rawatan pemulihan dadah menerima rawatan semasa peringkat susulan (80.9%v s. 56.2%, p>0.001). Juga peserta yang

menerima rawatan lebih terdedah untuk menyuntik heroin sebanyak (62.3 % vs. 52.1%, p<0.05) dan speedball (51.4% vs41.7%, p<0.05). Perbincangan Dalam prosprektif ini, kajian berdasarkan komuniti penagih dadah di Baltimore, satu pertiga dariapda mereka memasuki pusat rawatan pemulihan dadah semasa tempoh susulan. Ia juga dijumpai bahawa penagih dadah yang menerima rawatan di pusat pemulihan dadah berbeza dari segi faktor individu dan faktor jaringan sosial. Dalam keadaan tertentu,

penagih dadah yang menerima rawatan merupakan individu yang dijangkiti dengan HIV positif dan mempunyai sejarah rawatan dadah yang terdahulu. Individu yang dijangkiti dengan HIV positif berkemungkinan besar berinteraksi dengan agensi perkhidmatan sosial atau kesihatan bagi rujukan rawatan. Keberangkalian yang lain ialah individu akan mengubah tingkah laku mereka selepas didiagnos menghidap HIV positif. Pada masa yang sama, menghidap HIV positif menyebabkan seseorang

individu mencari rawatan yang sesuai untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.

8 Sesetengah agensi memberi keutamaan kepada individu yang dijangkiti HIV positif dengan beberapa menawarkan beberapa slot rawatan. Menghubungkan penagih dadah yang

dijangkiti HIV positif dengan kemudahan rawatan adalah tindakan yang sangat penting bagi tujuan perkhidmatan kesihatan dan sosial. Kajian terkini menyokong bahawa individu yang telah medapatkan rawatan pemulihan dadah yang terdahulu lebih berpotensi untuk mendapatkan rawatan lagi. Data menunjukkan fakta yang ketagihan dadah adalah maslah kesihatan yang sangat kronik dan individu kerap mengulangi perbuatan menagih dadah walaupun telah mendaftar dalam program rawatan. Dalam kajian lanjut berkenaan penyuntik dadah, Galai dan rakan-rakan telah menjumpai bahawa walaupun kadar yang tinggi penagih dadah cuba untuk menahan diri daripada mengambil dadah, kebanyakannya akan mengulangi perbuatan mengambil dadah tersebut. Dengan mendapatkan rawatan banyak kali, satau perkembangan positif dapat dilihat dalam diri individu tersebut. Individu yang telah mendapatkan rawatan

terdahulu digalakkan untuk terus menerima rawatan walaupun mengulangi perbuatan mengambil dadah. Tambahan pula, individu yang telah melengkapkan proses

penyembuhan perlu dikelilingi dengan persekitaran yang menyokong supaya dapat melindungi diri daripada mengulangi perbuatan mengambil dadah. Seperti yang dinyatakan di atas, kajian terbaru menunjukkan jaringan sosial ada kaitan dengan penyertaan individu menerima rawatan selepas mengambil kira faktor individu. Adalah sangat penting untuk dinyatakan bahawa kajian ini menandakan

kepentingan jairngan sosial dalam menyumbang kepada keputusan individu untuk mendapatkan rawatan. Hipotesis menunjukkan bahawa memiliki jaringan rakan-rakan yang pernah menerima rawatan pemulihan dadah ada kaitan dengan penyertaan individu dalam

rawatan. Kajian yang ditemui menyokong hipotesis ini. Individu yang menerima rawatan adalah 29% memiliki jaringan rakan-rakan yang turut menerima rawatan berbanding individu

9 yang tidak menerima rawatan. Jaringan rakan-rakan sosial memperkenalkan norma tingkah laku yang diterima dalam kumpulan tersebut. Mereka juga membekalkan bentuk emosi yang ketara dan dan memberikan sokongan sosial. Oleh itu, mempunyai hubungan dengan individu yang menerima rawatan boleh membantu individu mendaftar untuk mendapatkan rawatan. Berada disekeliling individu yang dalam proses penyembuhan akan dapat

membina persekitaran yang memupuk daya tahan diri daripada terlibat dengan dadah dan berulang mengambil dadah. Program rawatan yang bersepadu seperti menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan ke dalam sesi rawatan menunjukkan bukti yang kukuh bahawa peranan yang dimainkan oleh orang lain penting dalam membantu peserta tidak mengulangi perbuatan mengambil dadah dan melengkapkan rawatan. Salah satu pendekatan yang boleh digunakan ialah melatih individu yang dalam rawatan atau individu yang telah berjaya melengkapkan proses rawatan supaya menjadi pendidik rakan sebaya. Sebagai pendidik rakan sebaya, mereka boleh mengetahui rakan sebaya yang menagih dadah dan menggalakkan mereka untuk menerima rawatan. Juga jaringan rakan sebaya boleh membekalkan sokongan sosial yang diperlukan untuk mengelakkan peserta mengulanhi perbuatan terutamnya semasa peringkat awal fasa penyembuhan. mengambil dadah

Pendekatan ini mempunyai

persamaan dengan program penajaan yang dikendalikan oleh organisasi seperti Alcoholics Anonymous (AA) dan Narcotics Anonymous(NA). Penggunaan penajaan dapat menahan diri individu daripada mengambil dadah semula. Individu yang bergaul dengan ramai penagih dadah yang lain di persekitaran mereka kurang berminat untuk mendaptkan rawatan. Berada di sekeliling penagih dadah

menggalakkan individu untuk bertingkah laku tidak diingini dan tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan rawatan. Seperti kajian yang lain, kajian yang dilakukan ini juga

mempunyai batasan. Pertama, semua data adalah dilaporkan. Kedua, program rawatan yang berpisah tidak diperiksa. Adalah mustahil individu yang mendaftar dalam program detoksifikasi berbeza dengan individu yang mendaftar dalam program kediaman. Kajian ini

10 juga menunjukkan individu menyertai pelbagai rawatan untuk membantu mereka berhenti daripada mengambil dadah. Oleh itu, kajian di masa akan dapat perlulah memeriksa bagaimana faktor individu dan jaringan sosial membawa kepada kemasukan ke pelbagai pusat rawatan pemulihan dadah. Walaupun terdapat batasan, kajian terkini telah

membekalkan maklumat yang berguna tentang ciri-ciri individu dan jaringan sosial yang mendapatkan rawatan di pusat pemulihan dadah. Kajian ini jugan mencadangkan

pendekatan jaringan sosial dalam memabntu meningkatkan bilangan mereka yang mendaftar untuk mendapatkan rawatan. Melalui motivasi dan sokongan sosial yang

berterusan, jaringan sosial mungkin menjadi mekanisme yang efektif dalam membantu individu mendapatkan rawatan di pusat pemulihan dadah. Rujukan Booth RE, Corsi KF, Mikulich SK. Improving entry to methadone maintenance among outof-treatment injection drug users. J Subst Abuse Treat. 2003;24 : 305-311. Galai N, Safaeian M, Vlahov D, Bolotin A, Celentano DD. Longitudinal patterns of drug injection behaviour in the ALIVE Study cohort, 1988-2000 : description and determinants. Am J Epidemiol.2003;158:695-704. Llyod JJ, Ricketts EP, Strathdee SA, et al.Social contextual factors associated with entry into opiate agonist treatment among injection drug users. Am J Grug Alcohol Abuse.2005;31 : 555-570. National Institute of Drug Abuse. Risk Behavior Assesment (RBA) Questionnaire. Rockville, Md : Community Research Branch, National Institute on Drug Abuse, Alcohol, Drug Abuse, and Mental Health Administration;1991. Schutz CG, Rapiti E, Vlahov D, Anthony JC. Suspected determinants of enrolment into detoxification and methadone maintenance treatment among injecting drug users. Drug Alcohol Depend.1994;36 :129-138.

You might also like