Permainan Tradisional - Galah Panjang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang

kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional yang dipilih ialah galah panjang. GALAH PANJANG Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal

gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah. Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan. Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awakawak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

MATLAMAT KHUSUS PERMAINAN Melahirkan generasi baru yang sayang pada khazanah tradisi Melayu terutama dalam bidang permainan tradisional yang semakin dilupakan serta menguji ketangkasan dan kecekapan minda dan tenaga ketika bermain permainan tersebut.

OBJEKTIF 1. Membina generasi terutama bakal-bakal guru yang mempunyai peranan yang amat besar dalam mendalami serta mengetahui tentang pelbagai jenis permainan tradisional terutama galah panjang. 2. Membentuk jiwa guru-guru supaya sayang akan khazanah tradisional Melayu agar tidak pupus ditelan zaman. 3. Menguji kecergasan tenaga fizikal dan minda guru-guru ketika bermain galah panjang yang memerlukan cirri-ciri tersebut. 4. Memberi peluang kepada guru-guru generasi baru mengalami sendiri pengalaman bermain permainan tradisional terutama permainan galah panjang. JAWATANKUASA KERJA 1. 2. Peralatan Noradillah Hj. Nain Rohaya binti Abdul Rahman Nurul Huda binti Musani Romnah binti Budin Siti Nooryahmilawatimah binti Yahaya Norahanita binti Harudin

Persediaan gelanggang -

3. 4.

Dokumentasi Fotografi

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan

kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

CARA BERMAIN 1. Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain. 2. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. 3. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. 4. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. 5. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang. 6. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 7. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. 8. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

PERATURAN PERMAINAN 1. Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. 2. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. 3. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. 4. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. 5. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut. PERALATAN 1. 2. 3. Tepung Pita ukur Riben merah dan kuning (tanda pemain)

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL. 1. 2. ITEM TEPUNG RIBEN 4 METER JUMLAH HARGA (RM) 6.00 6.00 12.00

BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN GALAH PANJANG

BIL.

NAMA KUMPULAN

SKOR

BORANG PENDAFTARAN PERMAINAN GALAH PANJANG

BIL

NAMA

TANDATANGAN

IPG KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PJM 3112 2014

KUMPULAN 5 SITI NOORYAHMILAWATIMAH BINTI YAHAYA (ketua) ROHAYA BINTI ABDUL RAHMAN NORADILAH BINTI HAJ NAIN NURUL HUDA BINTI MUSANI ROMNAH BINTI BUDIN NORAHANITA BINTI HARUDIN

NAMA PENSYARAH : EN. NORASHID BIN DIN

You might also like