Rupa Bumi Edit

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Rupa Bumi

(terrains)

Rupa Bumi
Dimensi menegak permukaan tanah. Merujuk kepada kedudukan tanah. Biasanya dibincangkan melalui: - ketinggian (elevation) - cerun - orientasi ciri-ciri rupa bumi. Mempengaruhi taburan dan aliran permukaan air. Boleh mempengaruhi corak cuaca dan iklim.

Kepentingan Rupa Bumi


Sebahagian besar rupa bumi menentukan kesesuaian untuk penempatan manusia: Dataran, endapan banjir dikawasan tanah lapang baik digunakan sebagai tanah kebun berbanding tanah cerun dan berbatu. Memahami rupa muka bumi membolehkan kita memahami sempadan aliran air, ciri-ciri sistem saliran, pergerakan air dan kesan ke atas kualiti air. Memahami rupa bumi juga menyokong pemuliharaan tanah terutamanya dalam pertanian. Tanaman berkontur merupakan amalan yang melestarikan pertanian keatas tanah bercerun. Ia adalah amalan menanam disepanjang garis pada ketinggian yang sama selain daripada menanam dari atas ke bawah sesuatu cerun.

Rupa bumi adalah kritikal kepada ketenteraan (militarily) kerana ia menentukan kemampuan pasukan bersenjata untuk menawan sesuatu kawasan, dan untuk menggerakkan pasukan serta bahan ke dalam kawasan atau melalui kawasan. Kefahaman rupa bumi adalah asas kepada kedua-dua strategi pertahanan dan serangan. Rupa bumi adalah penting dalam menentukan corak cuaca. Dua kawasan yang berhampiran dari segi geografi mungkin berbeza secara radikal dalam aras pemendakan atau masa pemendakan kerana mempunyai perbezaan ketinggian atau kesan rain shadow.

Gunung
Bentuk muka bumi pada ketinggian melebihi 600 meter. Wujud pada setiap benua dan juga di bawah lautan besar. Terbentuk daripada pelbagai sebab. Terdapat beberapa jenis gunung. Lebih daripada separuh air segar di dunia ini berasal dari gunung. Semua sunga-sungai utama datang dari sumber gunung.

Sebahagian Taburan Gunung Dunia

Jenis-jenis gunung
Terdapat 5 jenis gunung yang terbentuk/terhasil dari gunung berapi, hakisan dan gangguan atau ketinggian (uplift) kerak bumi. : 1.Gunung kubah 2.Gunung lipat 3.Gunung bongkah 4.Gunung berapi 5.Gunung dataran tinggi

Gunung Kubah
Gunung kubah terjadi daripada sebahagian besar batuan cair yang ditolak ke atas dibawah bumi tanpa terlipat atau tersesar lalu membentuk kubah. Bila kubah ini menaik ke atas, hakisan berlaku lalu membentuk puncak dan lembah.

Gunung lipat (Folded Mountain)


Terbentuk bila dua plat berlanggar secara berhadapan akibat pergerakan bumi secara besarbesaran kerana tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan yang lemah akan terlipat. Perlipatan ini menyebabkan muka bumi menjadi beralun-alun. Contoh Gunung Lipat termasuk Gunung Himalaya, Asia, Gunung Alps, Eropah dan Gunung Andes, Amerika Selatan.

Gunung Bongkah (Fault-block Mountains)


Terjadi bila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan aiaitu dua kuasa yang memanjangkan dan memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya. Contoh: Gunung Sierra Nevada di Amaerika Utara dan Gunung Harz di Jerman.

Gunung Berapi (Volcanic Mountains)


Terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan2 ini seperti lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair. Bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi. Contoh: Gunung St Helens di Amerika Utara dan Gunung Pinatubo di Filipina.

Gunung Sisa
Plateau Mountains / Erosion Mountains
Gunung berbentuk dataran tinggi yang telah mengalami hakisan. Dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.

Tasik
Rupa bentuk takungan air pedalaman yang bukan lautan. Lebih besar daripada kolam. Airnya mengalir perlahan.

Kebanyakan tasik mengandungi air segar walaupun di kawasan kering kontang mempunyai tasik garam iaitu kandungannya mempunyai garam tak larut.

Tasik

Kebanyakan tasik mempunyai aliran keluar semulajadi dalam bentuk sungai. Tetapi terdapat tasik yang tiada aliran keluar dan air hilang melalui proses penyejatan atau resapan air ke dalam tanah. Ia dikenali sebagai tasik endoreik.

Air bawah tanah dan aras air bumi (Water Table)

Zon pengudaraan dan penepuan

Penyerapan dan Saliran (Infiltration and Runoff)

Aqueduct

Saluran air buatan manusia atas permukaan yang ditinggikan untuk membawa air ke pelusuk negara.

Akuifers dan Mata Air (Springs)

Akuifer: Lapisan batu batan atau tanah yang mengandungi air

Apakah aras air ini?

You might also like