Agen Penyebab

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Agen Penyebab Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas.

Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan. Kancing gigi sering kali dikaitkan dengan karat. Permukaan kasar logam berkarat memberikan habitat utama bagi endospora C. tetani untuk tinggal, dan paku memberikan cara menembusi kulit dan menghantar endospora ke dalam luka. Endospore merupakan struktur hidup tanpa-metabolisma yang akan mula metabolisma dan menyebabkan jangkitan sebaik sahaja ia berada di persekitaran yang mencukupi. Oleh kerana C. tetani merupakan bakteria anaerobik, dan ia dan endosporenya hidup dengan baik dalam persekitaran tanpa oksigen. Dengan itu, memijak paku samada berkarat atau tidak berkarat mungkin akan menyebabkan jangkitan kancing gigi, kerana persekitaran oksigen rendah (anaerobik) diberikan oleh objek yang sama yang menyebabkan luka dan menghantar endospore ke persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan.

Manifestasi Klinikal Pesakit yang telah mendapat jangkitan klostridium tetani akan mengalami rasa sakit iaitu Stiffness pada bahagian luka yang terkena jangkitan. Pesakit juga akan mengalami demam akibat daripada jangkitan atau infeksi yang disebabkan oleh bakteria ini. Selain itu, pesakit akan mengalami kekejangan pada otot atau spasm. Contohnya, adalah Trismus iaitu satu keadaan dimana berlaku kekejangan pada otot- otot mastikasi. Keadaan ini sering dikaitkan dengan keadaan kancing gigi dimana seseorang pesakit yang mengalami kancing gigi akan mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan satu keadaan perubatan yang disebabkan oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Tanda-tanda lain seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, kesukaran untuk senyum, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Selain itu, kancing gig juga boleh mengakibatkan keretakan di tulang-tulang panjang dan tulang belakang, kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan juga trombosis. Selain daripada itu, system autinomik bagi pesakit yang telah mendapat jangkitan klostridium tetani akan kehilangan fungsi. Keadaan ini akan mengakibatkan takikardia, penurunan tekanan darah, peningkatan kadar nadi, perpeluhan, dan akhirnya aritmia. Bagi kancing gigi pada bayi baru lahir/neonatal, simptom biasanya muncul sekitar 4 hingga 14 hari selepas kelahiran, Selain daripada itu, system autinomik bagi pesakit yang telah mendapat jangkitan klostridium tetani akan kehilangan fungsi. Keadaan ini akan mengakibatkan takikardia, penurunan tekanan darah, peningkatan kadar nadi, perpeluhan, dan akhirnya aritmia. Keadaa ini boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera.

You might also like