Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

DTT 5713 DASAR NEGARA DAN ISU SEMASA

TAJUK 5(A) SUMBANGAN KOKURIKULUM DALAM


MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Ahli Kumpulan
Nur Ilyana Narawi

No.Matrik
PT122199CT

Nancy Lim Yien Wan


Darlenny Angella Anak Sanji Patrick Panai Lihan Benedict Nyambong Anak Galau

PT122164CT
PT122049CT PT122207CT PT122033CT

Daniel Anak Juing


Reahan Abdul Gapor

PT122048CT
PT122304CT

PENGENALAN

Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah Kokurikulum merujuk kepada aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya

Menurut Amir Hasan Dawi (2002), Kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti di luar kurikulum dan menjadi sampingan kepada aktiviti-aktiviti kurikulum. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), kokurikulum adalah aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran bilik darjah. Pengetahuan daripada mata pelajaran lain diintegrasikan dalam aktiviti praktikal semasa menjalankan gerakerja kokurikulum dalam bentuk gunaan.

SAMBUNGAN

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang dari segi pembinaan jasmani, emosi dan rohani.

Gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab perguruan dapat dikategorikan kepada tiga jenis atau bidang iaitu unit beruniform/pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan

MATLAMAT PENDIDIKAN
KOKURIKULUM

Menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda di samping menggalakkan peningkatan disiplin pelajar

Melalui gerak kerja kokurikulum yang pelbagai dapat memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal dan dalam masa yang sama menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar

SAMBUNGAN

Mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah menengah Membentuk pelajar yang mempunyai sifat-sifat seperti percaya kepada Tuhan, beradab dan bertatasusila, taat, bertanggungjawab, jujur, dapat mengawal diri dan emosi, tolong-menolong, menjaga kebersihan, kasih sayang, bertimbang rasa dan bertolak ansur, bercitacita, gembira, mempunyai keyakinan diri dan cekal hati, berfikiran tajam, logik dan rasional, berdikari serta berkreatif.

PENGERTIAN DISIPLIN..

Menurut Jamaliah Binti Abdul Fatah (1998), disiplin merupakan satu bentuk latihan bagi mempertingkatkan perkembangan mental dan fizikal dalam membentuk sikap seseorang pelajar ke arah peribadi cemerlang. Foucault (1977), mengatakan disiplin merupakan suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Tambahnya, sekolah sebagai sebagai sebuah mesin pedagogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan.

MASALAH DISIPLIN
Masalah

disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Salah laku atau devian merupakan bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma sosial masyarakat

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN


Penyalahgunaan dadah Lepak Ponteng sekolah, Gejala gengsterisme, Vandalisme Merokok Melawan guru

PENYALAHGUNAAN DADAH

LEPAK

PONTENG SEKOLAH

GEJALA GENGSTERISME

VANDALISME

MEROKOK

MELAWAN GURU

8 SUMBANGAN KOKURIKULUM BAGI MENGATASI


MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

1.

Menyemai kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada Tuhan


Menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi Memupuk semangat, nilai dan sikap yang diperlukan untuk pembentukan watak dan sahsiah.

2.

3.

SAMBUNGAN

4. Tahap disiplin seseorang pelajar dapat ditingkatkan.

5.

Dapat menyediakan banyak peluang kepada murid-murid dalam membentuk asas kepimpinan dan kemasyarakatan Dapat mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

6.

SAMBUNGAN 7. Dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan menyertai kegiatan kokurikulum
8.

Membantu membina iklim dan budaya sekolah yang segar dan sihat.

ISU-ISU DALAM KOKURIKULUM


1.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum masih berada pada tahap yang kurang memuaskan kerana kurangnya kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri tentang pentingnya melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

-Pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang negatif terhadap kegiatan kokurikulum -Sesetengah sekolah pada masa kini mengamalkan sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan akademik

SAMBUNGAN
2. Keselamatan dalam kegiatan kokurikulum merupakan salah satu punca ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif -Menyedari pelbagai tragedi yang pernah berlaku, isu keselamatan pelajar sepanjang menyertai aktiviti kokurikulum sekolah boleh dipersoalkan. -Sebagai contoh, kemalangan yang melibatkan seorang pengakap dan pelajar, Goh Swee Khim dari SMK Hua Lian, Perak sehingga menemui maut ketika menyertai aktiviti kokurikulum sekolah. Mangsa meninggal dunia apabila sebiji takal jatuh menghempap kepalanya di tapak perkhemahan.

SAMBUNGAN
3.

Kelemahan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum secara efektif serta pembabitan guru yang kurang memuaskan antara faktor yang membantut minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum -Persepsi guru yang menganggap kokurikulum sebagai beban tambahan dan bukan sebahagian kurikulum sekolah juga menyebabkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum sekadar melepaskan batuk di tepi tangga. -Tidak dapat dinafikan terdapat guru yang `malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama pelajar.

SAMBUNGAN
4.

Aspek pengurusan masa yang melibatkan pengurusan kokurikulum -Pentadbir kurikulum dan kokurikulum sekolah akan menghadapi kesukaran membuat 2 set jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang berlainan apabila melibatkan aktiviti kokurikulum dan kurikulum -Berlaku pertindihan waktu antara aktiviti yang dirancang oleh pengurusan kurikulum dan kokurikulum -Aktiviti yang berlainan pada setiap minggumenyukarkan para guru dan pelajar -Kekangan waktu dan jumlah guru- aktiviti tidak dapat dijalankan,

KESIMPULAN

Kokurikulum sememangnya memberi sumbangan dalam mengatasi masalah disiplin Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), daripada tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Sekolah-sekolah, jelaslah bahawa pelaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak begitu menggalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar dan guru

SAMBUNGAN

Para guru dan ibu bapa juga berperanan dalam memupuk minat pelajar agar melibatkan diri secara aktif dalam gerak kerja kokurikulum Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini sangat penting memandangkan kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia

SAMBUNGAN

Pihak-pihak tertentu haruslah mengambil tindakan yang jitu dengan mewujudkan program baru dalam aktiviti kokurikulum yang boleh membantu mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like