Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKA TEKI Pak Leman seorang nelayan, Pergi ke laut setiap pagi; Apakah binatang harap nyatakan, Tiada

kaki boleh berlari. [ular] Jika bertempur di tengah medan, Kain sutera pembalut luka; Keras kulitnya jalan perlahan, Binatang apa cubalah teka? [kura-kura]

Lawatan ke Zoo Negara Zoo Negara terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Zoo Negara ini besar. Di sana, terdapat banyak binatang dari dalam dan luar Negara. Pada hari Sabtu yang lalu, guru-guru membawa kami melawat ke Zoo Negara. Kami menaiki bas sekolah ke zoo itu. Tujuan lawatan kami ialah untuk melihat bagaimana cara hidup dan pembiakan binatangbinatang yang terdapat di zoo. Kami berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kami bertolak ke Zoo Negara. Setelah 45 minit, rombongan kami pun sampai ke destinasi. Di dalam zoo itu terdapat banyak binatang. Antaranya ialah burung merak, zirafah, gajah, monyet, orang utan, singa dan sebagainya. Mula-mula, kami pergi melihat gajah. Gajah mempunyai gading yang panjang dan tajam. Kami juga melihat orang utan. Kebetulan, kami dapat melihat seorang pekerja memberi pisang kepada orang utan itu. Binatang yang kami sukai ialah monyet. Kami berasa geli hati melihat gerak-geri monyet yang kelakar itu. Kami pulang ke sekolah pada pukul 3:00 petang. Lawatan yang dianjurkan ini membolehkan kami mengenali banyak haiwan. Kami dapat melihat cara haiwan dirawat. Kami berasa gembira kerana dapat melawat ke Zoo Negara.

Aktiviti 1: Lengkapkan ayat di bawah berpandukan petikan di atas. 1. Zoo Negara terletak di ___________________ . 2. Kami menaiki ________________ sekolah ke zoo itu. 3. Di dalam zoo itu terdapat banyak binatang. Antaranya ialah __________ , _________ , __________ , __________ , ________ , _________ dan sebagainya. 4. Gajah mempunyai gading yang _________ dan __________. 5. Kami berasa __________ melihat gerak-geri _______ yang kelakar itu.

Aktiviti 2: Padankan binatang dengan habitatnya.

HIDUPAN AKUATIK

HIDUPAN DARAT

You might also like