Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA

MERISIK
Pihak lelaki mengunjungi rumah calon perempuan dengan bilang ahli yang ganjil dengan membawa buah tangan seperti kelapa, sirih, buah pinang, cendana, bauha-buahan, dan serbuk Kumkuma(berwarna merah). Jika pihak perempuan bersetuju, mereka akan menerima hantaran tersebut.

Apabila dipersetujui, pihak perempuan akan ke rumah calon lelaki untuk berbincang tentang persiapan seterusnya. Pihak perempuan akan memberi mas kahwin iaitu dowri kepada pihak lelaki. Dowri boleh terdiri daripada wang tunai, barang-barang keperluan, perabot, barang-barang perak dan sebagainya.

BERTUNANG
Dijalankan lebih awak dari hari perkahwinan. Pihak lelaki menghantar hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini mesti disediakan oleh wanita (saudara mara lelaki) yang sudah bersuami sahaja. Ini dinamakan Cumanggal. Pengantin lelaki akan mengetuai rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk membawa Parisam.

Parisam terdiri daripada sari perkahwinan, sari Parisam untuk dipakai pada hari tersebut, barang-barang kemas, buah-buahan, sirih pinang, kelapa dan sebagainya dibawa ke rumah pengantin perempuan. Pihak perempuan akan meletakkan buyung atau Puurana Kumbum di ruang tamu. Lampu minyak atau Kuttu Vilakku akan diletakkan di sebelah buyung sebagai tanda kurniaan Tuhan.

Sebuah pondok yang diperbuat daripada daun kelapa dan dihias dengan daun mangga serta daun kelapa muda dibina di hadapan rumah pengantin perempuan. Apabila pengantin lelaki tiba, hadiah akan diletakkan di hadapan buyung di ruang tamu. Upacara sembahyang akan dijalankan.

Bapa pengantin perempuan akan mengambil sari dan memberikannya kepada pengantin perempuan. Pengantin perempuan memakai sari Parisam dipimpin oleh seorang wanita dan keluar ke ruang tamu. Pengantin perempuan dikalungkan buang oleh saudaramara. Ini dikenali sebagai kalungan tunggal atau Orrai Maalai.

PERKAHWINAN
Biasanya dilangsungkan di kuil Hindu atau di dewan.

KETIBAAN PENGANTIN LELAKI

Pengantin dijemput ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan, cincin tangan dan cincin kaki untuk pengantin perempuan

pengapit pengantin lelaki akan memimpin pengantin lelaki (maappilai) ke pelamin dan mengelilinginya mengikut arah jam dan duduk di hadapan manavarai.

Pengantin lelaki dipakaikan cincin yang diperbuat daripada rumput (Pavitram). Tali berwarna kuning atau Kaapu diikat pada pergelangan tangan pengantin lelaki.

Adik lelaki pengantin perempuan duduk di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin lelaki dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki.

Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan.

Pakaian pengantin yang akan dipakai oleh pengantin dibawa oleh pengapit kepada hadirin sebagai tanda meminta restu. Pengapit (biasanya adik perempuan) akan membawa pengatin perempuan (Ponnu) masuk. Pengantin perempuan akan mengambil dan memakai pakaian yang direstui oleh hadirin tadi dengan lengkap berserta kalungan bunga

Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin. Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supaya berdoa.

Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan.

Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan . Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan. Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.

Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.

Di pintu masuk, pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin kepada kedua-dua belah jari kaki pengantin perempuan.

Pengantin perempuan perlu membasuh kakinya dengan air susu dan disapu dengan Kumkuma, cendana serta ditabur dengan bunga. Pengantin lelaki duduk di hadapan Manavarai dan diikuti oleh pengantin perempuan.

Ibu bapa kedua-dua pasangan duduk berhadapan pengantin dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Pengantin menukar dulang berisi pinang dan buah-buahan. Ibu bapa pengantin lelaki menyerahkan sebiji kelapa yang telah dikupas dan dilubangkan pada bahagian atas. Ini disambut oleh pengantin perempuan dengan sokongan tangan pengantin lelaki dan seterusnya ibu bapa pengantin lelaki menyokong tangan anak mereka. Sebagai tanda penyerahan anak kepada pengantin lelaki, ibu bapa pengantin perempuan menuangkan susu ke dalam kelapa itu. Ibu bapa pengantin lelaki memberi sirih kepada besan mereka.

Pasangan pengantin membersihkan kaki ibu bapa mereka dengan susu, menyapukan cendara dan menaburkan bunga. Pengantin lelaki menghadiahkan Dhoti kepada bapa mertuanya, sari kepada ibu mertuanya dan memberikan sedikit wang. Pengantin lelaki mengikat Thaali pada leher pengantin perempuan. - Thaali merupakan lambang suci perkahwinan dan akan ditukar kepada
kalung emas beberapa hari selepas perkahwinan.

Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga.

You might also like