Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Maklumat Permohonan Belajar Di Universiti Islam Al-Imam Muhammad Bin Saud, Riyadh , Arab Saudi

Di sediakan oleh :
Muhammad Nur Firdaus Bin Mohamad Noor Exco Kebajikan Dan Perhubungan PPMR

Di sahkan oleh : Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh, Arab Saudi (PPMR)

PENGENALAN :
Universiti Islam Al-Imam Muhammad Bin Saud merupakan salah satu di antara universiti yang termasyur dan terbaik di Negara Arab Saudi.Universiti ini telah diasaskan pada tahun 1974. Pada tahun 1982, Raja Arab Saudi (Raja Fahd Bin Abdul Aziz) telah meletakkan batu asas untuk pembinaan kampus baru yang terletak berhampiran Bandar Riyadh, iaitu ibu negara Arab Saudi.Majlis perasmian (Univ. Al Imam) telah diadakan pada tahun 1990 setelah tamat pembinaan keseluruhannya.(Univ. Al Imam) merupakan salah satu universiti yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia (JPA&LAN). (Univ. Al Imam) merupakan universiti di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Kerajaan Arab Saudi. *untuk keterangan lanjut mengenai pengiktirafan, sila layari www.jpa.gov.my *untuk keterangan lanjut mengenai pengajian di Universiti Islam Al-Imam Muhammad Bin Saud, sila layari www.imamu.edu.sa.

BIDANG PENGKHUSUSAN:
Pada peringkat pertama untuk pelajar asing(foreigner) di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi Arab Saudi yang layak menyambung pelajaran di sini, mereka diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan bahasa arab di Institut Bahasa Arab selama 1@2 tahun mengikut tahap penguasaan bahasa arab masingmasing.Sekiranya berjaya menghabiskan semua peringkat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, para pelajar diwajibkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Bahasa Arab selama setahun sebelum layak memasuki kuliah yang ditawarkan. Kebiasaannya,tempoh selama 2 @ 3 tahun perlu ditamatkan untuk pengajian bahasa arab dan asas-asas ilmu agama sebelum melangkah kaki ke kuliah.

CARTA PENGAJIAN :

Kursus Persediaan Bahasa Arab ( 1@2 tahun )

Diploma Bahasa Arab ( 1 tahun )

Kuliah Peringkat Ijazah Sarjana muda ( 4 tahun )

Di antara Kuliah-kuliah yang ditawarkan untuk pelajar selain pelajar Arab Saudi(foriegner) ialah:
1.Kuliah Syariah Islamiah. 2.Kuliah Usuluddin. 3.Kuliah Ulum Ijtimaie ( Sains Sosial). 4.Kuliah Bahasa Arab.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
1- Pemohon mestilah bukan daripada salah seorang pelajar yang mendapat tajaan belajar dari mana-mana agensi atau jabatan. 2- Pemohon mestilah mempunyai akhlak dan perilaku yang baik. 3- Pemohon mestilah berada dalam keadaan yang sihat. 4- Pemohon mestilah mempunyai SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) @ yang setara denganya. 5- Umur pemohon mestilah tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun ketika memohon. 6- Pemohon mestilah mendapat keputusan SPM paling kurang SANGAT BAIK (B+). ** rujuk persatuan

7- Pemohon mestilah berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti. 8- Pemohon mestilah seorang yang bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu dan berjanji untuk menghabiskan pengajian di sini. 9- Pemohon mestilah mendapatkan surat tiada halangan (clearence letter) untuk mengikuti pengajian ke luar negara dari JABATAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php). 10- Pemohon mestilah betul-betul berminat dan ingin menyambung pengajian sehingga ke peringkat kuliah di sini.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :


1- SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). 2- SIJIL KELAHIRAN yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). 3- Pasport antarabangsa. 4- Tazkiah atau surat sokongan (recommendation) dari dua orang lepasan manamana universiti Arab Saudi yang dikenali oleh pihak universiti. 5- Tazkiah atau surat sokongan (recommendation) daripada mana-mana Institusi Islam seperti World Assembly of Muslim Youth, Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam, Yayasan Islam dan sebagainya. 6- Surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah menyatakan pemohon adalah seorang yang berkelakuan baik. 7- (4) keping gambar terkini berukuran pasport. 8- Laporan Medical Check Up. 9- Surat sokongan(clearence letter) daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

PROSES PENTERJEMAHAN DOKUMEN :


*** Terjemahan dokumen mestilah dibuat di ITBM, Wangsa Maju seperti dalam alamat. Masa yang diambil untuk menterjemah sekeping dokumen adalah minimum tiga (3) hari bekerja. Harga terjemahan dokumen adalah seperti berikut : SPM SIJIL LAHIR Dokumen-dokumen lain - RM50 per dokumen - RM50 per dokumen - RM 120 per dokumen

++ Harga berubah mengikut keadaan semasa

- Dokumen yang ingin diterjemahkan boleh dihantar melalui e-mel kepada Pegawai Khidmat Pelanggan (masliza@itbm.com.my / aisyah@itbm.com.my / athiqa@itbm.com.my) dan Bahagian Pemasaran & Jualan Khidmat (sales@itbm.com.my) atau pelanggan boleh datang sendiri ke kaunter Khidmat Pelanggan ITBM - Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel, pelanggan hendaklah menghantar ("imbas/scan") melalui e-mel bukti pembayaran. Maybank Berhad : 512204217381

- Waktu berurusan Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM:


Isnin - Khamis: Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Jumaat: Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu rehat jam 12.30 tengah hari hingga 2.45 petang).

MAKLUMAT TAMBAHAN :
* Segala permohonan boleh dihantarkan kepada persatuan pelajar melalui :

### secara by hand kepada mana-mana pelajar yang sedang bercuti di Malaysia sekitar bulan Januari dan Jun hingga Ogos.
* Untuk maklumat pemohon, pihak universiti hanya menerima sebilangan kecil sahaja kerana kuota yang dibenarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Arab Saudi untuk pelajar asing adalah terhad. * Pengambilan pelajar hanya dilakukan sekitar bulan September atau Januari sahaja berdasarkan semester baru pengajian. * Pengumuman dan maklumat mengenai pelajar yang diterima masuk ke Univ. Al Imam akan dimaklumkan melalui Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh.

TAKLIMAT UMUM PENGAJIAN :


1-Setiap pelajar yang layak belajar di Univ. Al-Imam akan mendapat tajaan penuh oleh Kerajaan Arab Saudi sepanjang pengajian. 2-Para penuntut perlu menghabiskan Kursus Persediaan Bahasa Arab dan Diploma Bahasa Arab selama 2@3 tahun berdasarkan penguasaan bahasa arab masing-masing dan diwajibkan mendapat keputusan Jayyid Jiddan ( B+ @ 80% ) sebelum melangkah ke kuliah yang ditawarkan. 3-Tempoh pengajian di kuliah(Ijazah Sarjana Muda) adalah selama 4 tahun ( 8 semester berturut-turut ). 4-Segala penginapan dan kemudahan telah disediakan untuk pelajar oleh pihak universiti.

SENARAI ALAMAT URUSAN :

1. Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : (603) 4145 1800 Faks : (603) 4149 1535 Emel :info@itbm.com.my 2. Bahagian Education Malaysia Tingkat 4,NO 2,Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya Tel Faks : (603) 8870 6000 samb 6634 : (603) 8870 6853

Segala persoalan boleh dirujuk :


Facebook : 1. Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh 2. Maklumat Cara Memohon Belajar di Universiti- universiti Riyadh Arab Saudi Nama No tel Riyadh No tel Malaysia Email : Muhammad Nur Firdaus Bin Mohamad Noor : +966537884355 : +60139138575 : excoperhubunganimamu@yahoo.com

You might also like