Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI PSE 2.2 Membina semangat dan sifat positif PSE 2.2.

.2 Menunjukkan sifat positif seperti tolong menolong dan sabar Set Induksi Tayangan Video Jus Buah-Buahan 1. Guru menayangkan video tentang jus buah-buahan 2. Murid diminta memerhati kandungan video tersebut 3. Sesi soal jawab dijalankan antara guru dan murid selepas menonton video 4. Guru mengaitkan sesi tayangan video dengan tema pembelajaran hari ini. Langkah 1 Memperkenalkan buah-buahan 1. Guru menunjukkan bahan maujud buah-buahan yang perlu digunakan untuk membuat jus buahbuahan. 2. Murid diminta menyebut nama buah-buahan tersebut. 3. Guru bertanya soalan tentang ciri-ciri buah-buahan tersebut. 4. Murid diminta menyebut sekali nama buah-buahan tersebut. Langkah 2 Demonstrasi 1. Guru mempamerkan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat jus 2. Murid-murid diminta memerhati cara guru membuat jus 3. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Langkah 3 Membuat jus bersama rakan 1. Guru memberikan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat jus kepada semua kumpulan. 2. Dalam satu kumpulan, 2 orang akan membahagikan buah-buahan kepada 8 cawan, 2 orang akan menuangkan buah-buahan dalam blender, seorang akan menekan switch, dua orang menyusun cawan dan seorang menuang jus ke dalam cawan. 3. Guru juga membimbing murid membuat jus buah-buahan bersama dengan rakan Penutup Penilaian 1. Guru membuat penilaian terhadap jus buah-buahan yang dihasilkan oleh setiap kumpulan. Penutup Kognitif 1. Guru bertanya soalan tentang tema pembelajaran hari ini. Penutup Sosial 1. Guru dan murid-murid dijemput bersama-sama minum jus buah-buahan.

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA PFK 3.2-Mengamalkan pemakanan sihat (PFK 3.2.3)Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat Set Induksi 1. Guru menayangkan video tentang pemakanan sihat 2. Murid diminta memerhati kandungan video tersebut 3. Sesi soal jawab dijalankan antara guru dan murid selepas menonton video 4. Guru mengaitkan sesi tayangan video dengan tema pembelajaran hari ini. Langkah 1 1. Guru menunjukkan gambar makanan 2. Murid diminta menyebut nama makanan tersebut. 3. Guru bertanya soalan sama ada makanan yang ditunjuk berkhasiat atau tidak berkhasiat. 4. Murid diminta menyatakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. Langkah 2 1. Guru menunjukkan kad manila yang telah dibahagikan kepada makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. 2. Murid-murid diberi gambar makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

3. Murid-murid diminta menampalkan gambar makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat di atas kad manila yang disediakan. Langkah 3 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid-murid diminta memadankan gambar makanan dengan kategori makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat dengan menggunakan pensel warna. Pengayaan / Pemulihan: Guru memberi tunjuk kepada murid lemah supaya dapat memadankan gambar makanan dalam kategori dengan betul. Penutup 1. Guru bertanya soalan tentang pembelajaran hari ini. 2. Sesi soal jawab dijalankan antara guru dengan murid.

You might also like