Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Orang-orang Eropah pada zaman dahulu sangat berminat mempelajari bahasa Melayu.

Antara faktornya ialah, bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca yang digunakan di pelabuhan-pelabuhan perdagangan di Nusantara semasa zaman empayar Melaka pada tahun (1400-1511). Keunikan rempah ratus Melayu, menyebabkan orang Eropah begitu berminat mendekati bahasa kesusasteraan Melayu atas faktor perdagangan. Seterusnya, mereka mengambil kesempatan untuk menyebarkan ajaran Kristian. Beberapa pendakwah atau mubaligh Kristian juga mengambil bahagian dalam mempelajari bahasa dan budaya Melayu atas tujuan mengembangkan agama. Seterusnya, keutamaan kepentingan imperialisme menyebabkan tokoh-tokoh Eropah berusaha belajar bahasa Melayu ini bagi memastikan era kolonial Inggeris berkembang di tanah Melayu. Seterusnya, mereka berubah daripada kepentingan politik dan ekonomi kepada ilmu kesarjanaan pada abad ke-18. Setelah mereka tertarik dengan keindahan bahasa Melayu, mereka mengumpul manuskrip, cerita rakyat, pantun, peribahasa dan membuat kajian di bidang masing-masing, hasil penyelidikan awal ini terbitnya kamus dan buku nahu daripada orang Eropah dan Asia. Sebaliknya yang berlaku pada hari ini di mana orang-orang Eropah tidak lagi berminat mempelajari bahasa Melayu kerana perubahan dalam keperluan selain, masyarakat Melayu sekarang kebanyakannya mengikuti gaya hidup dari segi cara berpakaian, pemikiran serta ideologi penjajah, menyebabkan hilang keindahan budaya dan tradisi Melayu yang dahulu ,jadi mereka anggap sudah tiada kepentingan dan hilang minat untuk mempelajarinya.

You might also like