Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PIRAMID

Dan Kubah Perancangan Kewangan


Perancangan kewangan turut ada kaitan dengan seni bina atau geometri tiga demensi. Saya akan bandingkan dua jenis model perancangan kewangan peribadi iaitu pyramid (konvensional) dan kubah (Syariah). Pyramid konvensional juga dikenali sebagai pyramid Maslow.

Untuk

memahami pyramid Maslow bayangkan satu pyramid (macam pyramid di Mesir) dengan 5 bahagian/lapisan.

LAPISAN PIRAMID 1 (Bawah Sekali 2 3 4 5 (Atas Sekali)

JENIS KEPERLUAN Udara, makanan, minuman, tempat tinggal, kepanasan dan tidur. Keselamatan, undang-undang dan kestabilan Keluarga, cinta, kasih saying dan perhubungan sesama individu. Kehormatan, kebebasan da n kebanggaan Kepuasan dan kesedaran diri

Menurut Maslow lagi, kita perlu memenuhi keperluan jasmani dan psikologi di lapisan pertama sebelum pergi ke lapisan seterusnya. Jadinya wawasan seseorang ( sama ada secara sedar atau tidak) ialah untuk mencapai lapisan teratas sekali iaitu kepuasan dan kesedaran sendiri.

Apa kaitan Maslow dengan perancangan kewangan anda? Sekiranya anda memahami factor-faktor yang memotivasikan diri anda maka lebih bersemangatlah untuk anda mengikuti pelan perancangan kewangan anda sehingga menghasilkan keputusan.

PERUNDING PENGURUSAN KEWANGAN Suthara Segar 0178719444 www.sutharasegar.com ilmudigital@gmail.com

Katakana anda bagus dengan kerja anda dan mengambil berat akan kesempurnaan kerja tersebut. Besar kemungkinan anda berada di lapisan keempat. Katakan pula anda sudah berkahwin tetapi ada masalah rumah tangga yang serius, adakah anda akan kekal di lapisan keempat? Mungkin sukar bukan?

Begitu juga kalau kita tiada wang maka sukar bagi kita menikmati mana-mana lapisan di atas kecuali lapisan ketiga. Tetapi sekiranya anda ada di lapisan ketiga dan mempunyai wang, pelbagai perkara boleh dilakukan seperti menghantar anak ke university luar negeri, mencantikkan rmah atau bercutu dengan keluarga setiap minggu. Kadang-kadang dengan adanya wang seseorang boleh mencapai lapisan kelima sekalipun.

Bagaimana pula dengan perancangan kewangan secara islam? Apakah konsep hiraki Maslow boleh digunakan? Ya, memang boleh tetapi tidak mencukupi kerana perancangan kewangan islam perlu mengambil kira tiga perbezaan utama:

1. Kekayaan dikurniakan oleh Tuhan 2. Semua aspek pengurusan kekayaan mesti mengikut Syariah 3. Sebarang perancangan kewangan duniawi mesti mempunyai implikasi untuk alam baqa Sememangnya seorang perancang kewangan islam tidak akan menggunakan hierarki Maslow tetapi hierarki yang lebih menyeluruh berdasarkan konsep masjid. Bayangkan satu bangunan masjid yang kukuh. Pembinaannya terdiri dari lima unsur utama iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Tapak (di mana keseluruhan binaan diasaskan) Lantai (di mana Jemaah akan bersembahyang) Tiang-tiang (bertindak sebagai sokongan) Bumbung ( sebagai pelindung) Kubah (wawasan terakhir iaitu hanatan tayibbah)

Perancangan kewangan islam bermual di tapak. Tapak ialah symbol bagi konsep halal/barakah. Ia sebagai ingatan bahawa semua punca pendapatan seorang islam mesti dating dari sumber-sumber seperti berjudi, riba, perniagaan alcohol/babi, insurans konvensional, rasuah dilarang sama sekali. Sekiranya semua pendapatan adalah halal (atau dapat dibersihkan) maka penndapatan sedemikian dikatankan sebagai barakah

PERUNDING PENGURUSAN KEWANGAN Suthara Segar 0178719444 www.sutharasegar.com ilmudigital@gmail.com

Lantai masjid pula merupakan kias kepada peranan utama seorang islam iaitu sebagai khalifah dan wakil Tuhan di muka bumi ini, contoh individu terbaik diberikan oleh kehidupan Nabi Muhammad sendiri.

Apa pula yang disokong oleh tiang-tiang ini? Jawapannya ialah bumbung yang melambangkan keperluan duniawi (dunia) dan ukhrawi (akhira). Keperluan duniawi dan ukhrawi akan tercapai dengan pelaksanaan system zakat, haji, infaq harta dan faraid. Pelaksanaan kesemuanya akhirnya membawa kepada wawasan kewangan mutlak iaitu hayatan tayibbah atau kehidupan selesa (good life). Ini diwakili oleh Kubah masjid tadi. Bagaimanakah status pembinaan masjid kewangan anda sehingga hari ini?

PERUNDING PENGURUSAN KEWANGAN Suthara Segar 0178719444 www.sutharasegar.com ilmudigital@gmail.com

You might also like