Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial : o Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang politik.

Parti-parti politik ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis. Oleh kerana perselisihan pendapat, maka parti ini berpecah kepada dua iaitu Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin oleh Lenin Berlaku Demonstrasi / Rusuhan : o Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan pemimpin partiparti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan. Gerakan Tanah, Roti dan Keamanan : o Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta tanah, roti dan keamanan. Tanah untuk diberikan kepada golongan petani miskin manakala roti untuk diberikan kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan pula bermaksud untuk menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan politik dengan menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma mempunyai kuasa yang terhad. Jerman dan Austria Hungary : Keresahan Rakyat Bawahan : o Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja dan tentera. Tentangan Golongan Ahli Politik : o Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama. Kaiser Wilhem II Turun Takhta : o Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda. Kerajaan Republik Terbentuk : o Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut semua kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah. Dinasti Habsburg Tamat : o Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech, Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan tersebut telah menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan Yugoslavia. Kesan Ekonomi :

You might also like