Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PRA3102 PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH TUTORIAL 1

HAFIFAH BT ABDUL KHALID NUR SYAFIQAH BT ABDULLAH NUR ANISAH BT ZAHARI IZATTUL NIZA BT MOHD AZMI PISMP 1.12 (PRASEKOLAH)

PENGENALAN
Pendekatan terhadap model pendidikan yang dilakukan terhadap kanak-kanak prasekolah melalui beberapa kaedah iaitu : 1. Waldorf 2. Montessori 3. Reggio Emilia Pendekatan ini telah dibina untuk membantu kanak-kanak untuk mengetahui kemahiran mereka sebagai seorang yang bijak dan kreatif.

MODEL PENDIDIKAN WALDORF Telah dicipta oleh Rudolf Steiner (1861-1925) Pada tahun 1919, Steiner telah menubuhkan sebuah sekolah di Stuttgart, Germany. Tujuannya adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berpendidikan dan sejahtera. Ciri-ciri sekolah yang dibina: 1. Coeducational (L & P dalam kelas yang sama) 2. Terbuka untuk semua lapisan masyarakat (tiada peperiksaan kemasukan) 3. Secara menyeluruh (preschool high school) 4. Sekolah tersebut mempunyai hak atau kuasa memerintah (bebas) Waldorf Early Childhood Association North America (WECAN) telah menyediakan maklumat bagi guru dan ibubapa. Kini, terdapat lebih 800 buah sekolah Waldorf di 40 negara.

KAEDAH PEMBELAJARAN MODEL WALDORF Teori beliau menghuraikan tiga kitaran kanak-kanak dari umur 7 tahun dan setiap kitaran mempunyai perbezaan dalam pembelajaran. UMUR: 7 tahun ke bawah Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini belajar melalui peniruan. Gambaran yang dilakukan oleh kanak-kanak semasa pembelajaran dalam peringkat umur ini penting dalam pengembangan fizikal, intelek dan emosi. Pembelajaran yang dilakukan berfokuskan kepada jasmani, permainan yang kreatif dan oral.

UMUR: 7 14 tahun Guru akan menyediakan kurikulum yang digunakan mempunyai urutan berdasarkan pembelajaran dan tidak berdasarkan buku teks. Contohnya: Guru mempersembahkan sebuah cerita kepada murid. Murid akan menghasilkan idea yang baru daripada cerita yang didengar menggunakan ayat sendiri dan menggunakan cara tersendiri. Murid akan menambakan pengalaman melalui cara ini.

UMUR: 14 tahun ke atas Focus on ethics, social responsibility and mastery of complex and rigorous subject matter with specialized teachers.

MODEL PENDIDIKAN MONTESSORI Diasaskan oleh tokoh pendidikan, Maria Montessori di Rome Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanakkanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori, Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Model ini telah tersebar dengan cepatnya di Eropah dan India.

KAEDAH PEMBELAJARAN MODEL MONTESSORI UMUR 0-3 Tahun Penyerapan ilmu secara tidak langsung. UMUR: 3-6 Tahun Kelas, lebih dari seorang guru. Kanak-kanak akan lancar dalam menulis dan membaca sebelum 6 tahun. Writing to read methods. Pembelajaran waktu pagi akan berdasarkan kurikulum Montessori & waktu petang child-care di mana kanak-kanak akan bermain. UMUR: 6-12 Tahun Belajar untuk menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan dan berimaginasi. UMUR: 12-18 Tahun Membina diri dalam kehidupan bermasyarakat, belajar mencari kebenaran dan menyelesaikan masalah kehidupan.

MODEL PENDIDIKAN REGGIO EMILIA Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskan falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagna selepas perang dunia kedua. Pendekatan Reggio Emilia adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah dan berfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan ibubapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II.

KAEDAH PEMBELAJARAN MODEL REGGIO EMILIA Pembelajaran dilaksanakan bagi peringkat awal kanak-kanak dan prasekolah. Visi pembelajaran bagi model ini ialah educational based on relationships , tertumpu kepada hubungan kanak-kanak dengan keluarga, guru dan masyarakat. Kanak-kanak bersaing untuk menyampaikan idea dan perasaan melalui pelbagai kaedah.

PERANAN SEBAGAI SEORANG GURU


Mendekati kanak-kanak melalui tiga kaedah:

Mendidik kanak-kanak Menjadi sahabat kepada kanak-kanak Membimbing kanak-kanak

Tokoh pendidikan, Coulter (1991) menyatakan education are like reverse symmetries,

Pendekatan dalam mendidik kanak-kanak berubah mengikut usia. Orang dewasa lebih matang berbanding kanak-kanak.

Kaedah pendidikan WALDORF


Guru memainkan peranan dalam bilik darjah. Melaksanakan aktiviti secara menyeluruh yang melibatkan akademik, artistik (kemahiran seni halus) dan kerohanian. Guru mengajar pendidikan moral. Guru mewujudkan suasana yang
Harmoni Mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya kehidupan alam semula jadi.

Durach (1998) menyatakan bahawa seorang guru memerlukan bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak berfikir, merasai pengalaman dan sanggup untuk menyelesaikan sesuatu tanpa mengira personaliti dan pembawaan kanak-kanak tersebut.

Penggunaan warna dan bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan alatan pembelajaran kanak-kanak seperti:
Permainan Patung buatan tangan

Merangsang imaginasi kanak-kanak

Kaedah pendidikan MONTESSORI


Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Menekankan kepada bahan pengajaran , guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.

Kaedah ini juga menegaskan bahawa matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi:
penumpuan perhatian kemahiran memerhati dan meneliti kesedaran berkenaan susunan dan peraturan keseimbangan pergerakan kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal

Rujukan : http://www.scribd.com/doc/36760501/Teori-Dan-Model-an-Awal-Kanak-kank

Guru memberi pemahaman berkenaan alam semulajadi. Pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah dalam kumpulan kecil Pembelajaran disertai dengan bahan mengajar seperti permainan, buku. Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk membuka minda, emosi, kerohanian, fizikal dan semangat kanakkanak sebagai asas pendidikan yang terancang.

Kaedah mengajar mengutamakan latihan daya


penglihatan pendengaran sentuhan.

Kaedah Pendidikan REGGIO


Guru dianggap bukan hanya sebagai jurulatih. Memudahkan kanak-kanak belajar melalui kegiatan perancangan dan pelajaran berdasarkan kepentingan kanakkanak Guru mengajukan soalan untuk lebih memahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama kanak-kanak.

Guru memperkembangkan kanakkanak dengan mengajar cara mengumpul data menggunakan bahan-bahan tertentu. Wujudkan suasana kelas yang menggembirakan.

KAJIAN DAN PENILAIAN


Pelajar boleh dinilai melalui kaedah tradisional dan menentukan gred. Penilaian boleh direkod dalam bentuk portfolio atau bentuk lain. Guru menyediakan diari atau buku peringatan untuk membuat penilaian berkaitan pengalaman kanak-kanak selama beberapa tahun.

Berdasarkan penilaian yang dibuat, guru dapat mengetahui keberkesanan program yang dijalankan. Dokumentasi juga sesuai untuk merekodkan kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak seperti perkembangan idea, teori-teori dan pemahaman.

Rumusan
Kaedah pendidikan yang diwujudkan memudahkan dan memberi panduan kepada guru dan ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak. Melahirkan kanak-kanak yang bijak, pandai, berkemahiran,mempunyai nilai sikap yang baik serta terpuji.

You might also like