Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Prinsip-Prinsip Dialog Menurut Yusri Mohamad Ramli, dalam proses berdioalog kita perlu mengamalkan 11 prinsip utama agar

hasil dialog tersebut mempunyai kualiti dan diterima secara adil antara dua pihak yang terlibat. Prinsip-prinsip tersebut ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Berdasarkan kebenaran, tiada pendustaan , serius intipatinya dan tiada syak wasangka. Iltizam kepada perkara yang dibincangkan. Mempunyai dalil yang jelas, logik dan banyak. Matlamat mencari kebenaran, walaupun kebenaran berada di pihak yang lain. Bersikap rendah diri, bersopan santun dan tidak sombong. Memberi peluang kepada pihak lain memberi pendapat serta tidak memburukkan peribadi dan kepercayaan yang dipegang oleh pihak lain. 7. 8. 9. 10. 11. Menghormati para cerdik pandai dan ilmuan. Tidak menyanggah secara membuta tuli atau menghukum pihak lain. Dialog berdasrkan realiti yang kukuh dan mempunyai matlamat yang tepat. Menentukan konsep, hukum serta peraturan-peraturan tertentu. Berbahas, berdiaolog dengan cara yang baik, tidak emosional dan provokatif. Medium dalam pelaksanaan dialog boleh berlaku dalam pelbagai situasi sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal seperti komunikasi seharian, diskusi, forum, perdebatan, pembacaan, pengkajian serta saluran media massa seperti radio dan televisyen. Dialog adalah suatu usaha yang baik kerana ia adalah pendekatan yang berguna dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Keadaan sebegini akan

memungkinkan kita membentuk sebuah negara yang unik, yang berteraskan kesemua kaum dan budaya yang ada di Malaysia.

Cabaran Dialog kaum Di Malaysia

Antara cabaran utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog kaum di Malaysia ialah sikap fanatik dan perkauman. Semasa perbincangan dialog diadakan tidak boleh membincang sesuatu isu yang bersifat fanatik dan perkauman kerana akan menjadikan dialog kaum tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi kaum kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Ini tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahankaum dan perasaan fanatik dalam diri masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum cina, India dan Melayu melibatkan diri dalam diolog bagi sesuatu kaum dan tidak boleh hanya mengetengahkan isuisu yang menjadi kepentingan serta keperluan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama. Cabaran seterusnya ialah interaksi yang terhad. Kekurangan sumber-sumber untuk menggalakkan dialog antara kaum dalam Malaysia merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penginteraksian menjadi terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi supaya dialog dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Interaksi terhad antara pelbagai kaum berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya, universiti berperanan sebagai satu tempat untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi konteks diolog pula, ia menjadi tempat yang penting untuk mempelajari budaya dan pengalaman kehidupan beragama, adat serta tamadun bangsa orang lain selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya. Menerusi sesuatu perbincangan yang diadakan dalam kalangan pelajar, pertukaran idea, interaksi yang berasaskan ilmu pengetahuan, para siswazah dapat menjalani satu proses sosiologi yang

berterusan yang boleh menyesuaikan dengan proses semula jadi yang mementingkan tindakbalas yang berbentuk positif dalam proses sosialisasi. Seterusnya ialah, kekurangan toleransi. Toleran merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya. Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang menganuti pelbagai agama dan budaya tersendiri. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Jika tidak mempunyai amalan menolak fakta serta berkeras untuk tidak mempersetujui sesuatu perkara yang melibatkan kaum lain, rusuhan serta pertelingkahan antara kaum boleh berlaku. Misalnya dalam soal agama. Penduduk Malaysia yang mengamalkan pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek penting kepada pelaksanaan dialog antara pelbagai kaum. Pastinya dalam berbagaibagai kaum, terdapat nilai atau ajaran yang serupa walaupun tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai yang serupa sebagai titik asas untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan dan pendapat. Sebagai contoh nilai-nilai sejagat. Semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak ansur, berbudi dan lain-lain lagi.

Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan. Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang menganuti pelbagai ajaran kaum dan budaya. Perbezaan ini boleh mewujudkan jurang pemisah yang ketara dalam masyarakat. Untuk mengurangkan jurang perbezaan dan perfahaman, dialog antara kaum adalah sangat penting. Tetapi, kini kepelbagaian individu dari segi personaliti, agama, kaum, budaya, tradisi, pemikiran, tahap sosial dan pekerjaan menjadi cabaran dan kekangan untuk merealisasikan pelaksanaan proses dialog. Masyarakat Malaysia yang majmuk terdiri daripada berbilang bangsa, kaum, budaya serta pemikiran yang pelbagai sudah mengundang cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini pasti akan mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses dialog. Salah satu peristiwa yang melanda Negara ini pada tahun 69-an ialah peristiwa 13 Mei. Ini dikatakan berlaku kerana perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya

dan identiti bangsa yang timbul di kalangan orang Melayu dan Cina pada amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh itu, perbezaan-perbezaan ini menjadi isu sensitif yang sukar dan tidak boleh dibahaskan dan hal-hal seperti ini tidak boleh dibincangkanan secara mendalam. Sikap keterbukaan dan penerimaan yang masih lagi gagal dipupuk dalam kalangan individu menjadi satu halangan kepada dialog antara masyarakat majmuk. Pemupukan sikap fundamental dengan menerima dan menghormati perbezaannya selain mencari persamaan serta mengambil inisiatif untuk membincang hal-hal dipersetujui bersama adalah lebih wajar. Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal. Polarisasi di sini merujuk kepada ertikata setiap kaum akan berkelompok di dalam kaum masing-masing perhubungan dengan kaum lain adalah terhad dan berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat keperluan dan kepentingan yang mustahak dan tidak dapat elakkan. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi cabaran kepada proses dialog antara pelbagai kaum. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Ini merupakan salah satu bentuk hubungan yang palsu. Apabila perhubungan berbentuk palsu ini dijalankan segala usaha untuk memartabatkan keharmonian antara Negara pasti tidak akan dicapai kerana mereka seolaholah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap terbuka tetapi sebaliknya mereka hanya menjalinkan hubungan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Mungkin ini berpunca daripada amalan keluarganya yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini menjadi salah satu bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Sebagai contoh, isu dan hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi Negara kita. Sebarang hak dan istimewa kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan negara kita. Tetapi, masih lagi dipersoalkan seperti hak-hak kebajikan secara tidak langsung dan terselindung oleh kaum lain dengan menggunakan istilah Satu Malaysia iaitu kesamarataan dalam semua perkara kepada semua kaum di Negara kita. Dalam soal seperti ini, walaupun diolog boleh memainkan peranannya tetapi tidak dapat mencapai objektifnya kerana dihalang oleh perundangan serta akan mengakibatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana mereka masih lagi terikat dengan polarisasi kaum mereka. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran proses dialog antara pelbagai kaum supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya.

Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja.

You might also like