Grafik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN

Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan adalah satu subjek yang merangkumi aspek Kesusasteraan Melayu. Menurut Hashim Awang (1986), kesusasteraan adalah ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Manakala Ali Ahmad (1994) pula, menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya, sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang disebut syastra yang bererti kitab suci. Susastera memberi makna seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al (1985), menghuraikan lagi maksud perkataan kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada perkataan susastera. Perkataan susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera. Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah. Manakala, sastera pula membawa maksud huruf atau buku. Maka, Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995), kesusasteraan merujuk kepada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan sebagai persuratan atau karangan.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan adalah kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Seterusnya, kedua-dua kesusasteraan Melayu ini terbahagi pula kepada dua bentuk atau golongan iaitu prosa dan puisi.

Prosa ialah sebarang bentuk tulisan, karangan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya

cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita asal usul dan epik. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula termasuk cerpen, novel dan skrip drama.

Puisi ialah suatu bentuk tulisan atau pengucapan yang berirama yang dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada seseorang penulis atau penyair. Terdapat dua golongan puisi melayu iaitu puisi Tradisional yang terdiri

daripada pantun dan syair. Sajak pula dari golongan puisi Moden.

Kesimpulannya, subjek Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan ini sebenarnya mendedahkan guru pelatih kepada karya-karya sastera melayu tidak kira karya tradisional atau moden. Rasionalnya adalah untuk membantu guru pelatih dalam mempelbagaikan bahan pengajaran melalui pengaplikasian karya-karya sastera tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada murid-murid Pemulihan.

2.0 KONSEP CERPEN Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita dan `Pendek.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah

berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu.Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Tiada suatu yang jelas mengenai konsep atau definisi khusus tentang cerpen dari awal kemunculannya di Tanah Melayu.Pengarang-pengarang pada masa lalu juga tidak memahami konsep cerpen kini yang di karang mereka pada masa itu.Menurut Othman,1983:157 Apa yang dapat disaksikan dan terlaksana dalam masyarakat Melayu sejak zamanberzaman ialah wujudnya bentuk bercerita.Secara

tegasnya,bentuk bercerita itu wujud sejak zaman sastera rakyat dengan cerita-cerita lipur lara atau cerita-cerita jenaka yang penceritaannya disampaikan secara lisan.Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun masih dibahagikan kepada dua seni cerita iaitu tradisi lisan dan tulisan.Dalam kedua-dua seni ini mempunyai perbezaan dari segi tempohnya.Cerpen berbeza daripada cereka kerana cereka lebih panjang seperti novella dan novel.Jumlah perkataan cerpen adalah sekitar 200-7500 patah perkataan.Masyarakat Melayu amnya mempunyai dua cara yang berbeza dalam penyampaian cerita itu sendiri.Kaedah pertama dilakukan secara tidak formal.Persembahan cerita ini kebiasannya dilakukan oleh ahli keluarga dan sahabat handai.Manakala kaedah yang kedua ialah secara rasmi yang dilakukan ketika upacara membaca cerita seperti mengadakan kenduri,ketika menunggu tuaian atau selepas tuaian.
3

Cerpen kebiasaannya mempunyai satu tema, plot tunggal, watak terhad dan latar tempat dan budayanya juga singkat. Ciri-ciri ini penting bagi meninggalkan kesan tunggal kepada pembaca.Walaupun ciri-ciri cerpen yang baik adalah subjektif, tetap ada ukuran asas dalam menentukan sesuatu cerpen itu baik. Cerpen mempunyai kesatuan bentuk yang utuh, jalinan plot yang tunggal, meninggalkan bahagian ataupun sub cerita yang tidak penting. Cerpen juga mengisahkan cerita ataupun kisah yang tidak berlebihan dengan bahasa yang terkawal. Tajam dari segi gambarannya, halus dari segi pemerian bahasanya, dan serba indah. Cepen mempunyai jumlah watak yang minima, tidak terlalu ramai agar jalan cerita yang hendak disampaikan lebih lancar dan tidak bercelaru. Akhir sekli, cerpen mempunyai latar bersesuaian, menarik, serba indah, tetapi tidak janggal ataupun tidak berlebihan.

Dalam menganalisis cerpen terbahagi kepada beberapa bahagian seperti tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar serta nilai dan pengajaran. Menurut Rahman Shaari (1985:99) persoalan pusat atau persoalan pokok dalam sesebuah novel. Persoalan pusat ini menjadi inti kepada keseluruhan idea yang diterapkan di dalam keseluruhan perjalanan cerita, di dalam tema ini wujudnya semua cita-cita pengarang di dalam novel dan ia juga menjadi konsep abstrak yang disampaikan melalui watak-watak dan imej-imej atau simbol.. Tema merupakan persoalan utama dalam sesebuah karya seperti cerpen atau novel. Tema diolah berdasarkan sesuatu motif. Tema dapat dikesan melalui perwatakan watak-watak, peristiwa, kisah, suasana, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan plot cerita.Sesuatu tema itu lazimnya dihidupkan dengan memasukkan beberapa persoalan lain yang ada hubungannya dengan tema utama.. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Wujudnya persoalan yang pelbagai dalam karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuhkan tema

Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur

kata, atau watak-watak berkenaan.Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak

memeranjatkan pembaca.Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi

penentang atau lawan kepada watak protagonis.Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan

Plot

ialah

sesuatu

yang

menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam

sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.Susunan bergantung pada fantasi cerita

dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan

tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak

kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu

untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila

tercapainya konsentrasi yang maksimum.Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang cereka. puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan.Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu dan sebagainya. Latar terbahagi kepada beberapa bahagian iaiti Latar tempat merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi. Latar waktu dan masa menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya atau musimnya. Latar

masyarakat menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan social, ekonomi dan sebagainya.

Nilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan & lain-lain) manakala pengajaran bermaksud peringatan dan pedoman. Contohnya: baik hati,

berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keberanian, keadilan, kejujuran, kerajinan, semangat bermasyarakat, kesyukuran dan sebagainya.

Pengajaran pula ialah peringatan, pedoman, perutusan,amanat, mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton. Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat atau tidak langsung.

3.1.1 TEMA DAN PERSOALAN CERPEN SAYANG AYAH Cerpen ini mengisahkan kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Angamah, kanak kanak berusia 12 tahun sebgai watak utama. Meskipun sering didera oleh ayah tirinya, namun Angamah tetap sayang akan ayah tirinya itu. Angamah berusaha untuk melindungi perbuatan kejam ayah tirinya terhadapnya daripada pengetahuan orang lain, termasuk guru kelasnya.

Tema

Persoalan 1

Tindakan kejam seorang ayah tiri Angamah sering menderanya, namun Angamah tidak pernah menyimpan dendam terhadap ayah tirinya itu.

Persoalan 2

Pengabaian ibu bapa terhadap anak - anakAngamah, kanak kanak malang yang menjadi mangsa penderaan ayah tirinya. Malah, ibunya langsung tidak mempedulikan nasib yang menimpa Angamah.

Persoalan 3

Tanggungjawab guru kepada muridnya- Cikgu Bustam , guru yang bertanggungjawab. Dia amat prihatin terhadap murid muridnya . Oleh sebab itulah, Cikgu Bustam berasa bimbang akan perubahan sikap Angamah.

Persoalan 5

Kesan negatif akibat penceraian.

3.1.2 WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN SAYANG AYAH

ANGAMAH

Murid tahun enam dan berusia dalam lingkungan 12 tahun. Angamah mempunyai dua orang adik. Ayah dan ibunya telah bercerai. Ibu angamah kemudiannya berkahwin dengan lelaki lain. Angamah pintar dan periang, tetapi berubah menjadi pendiam setelah sering didera oleh ayah tirinya. Angamah juga penyayang dan baik hati. Walaupun dia dia sering didera oleh ayahnya, namun Angamah tetap sayang akan ayahnya.

AYAH TIRI ANGAMAH

Bekerja sebagai pemandu lori. Dia memliki badan yang sisa dan sentiasa berwajah bengis. Apabila diberhentikan kerja, dia bekerja sebagai buruh binaan. Bapa tiri Angamah pemabuk dan begitu zalim. Dia sering mendera Angamah meskipun Angamah tidak melakukan kesalahan.

CIKGU BUSTAM

Berusia dalam lingkungan 40-an. Guru Kelas Tahun 6 Kenanga dan mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Cikgu Bustam guru yang prihatin dan bertanggungjawab . dia begitu mengambil berat akan masalah yang menimpa murid muridnya. Sebagai contoh, dia menyedari setiap perubahan yang berlaku pada diri Angamah. Cikgu Bustam bertanya kepada Angamah tentang masalah yang dihadapinya dan ingin melaporkan perbuatan ayah tiri Angamah kepada pihak berkuasa.

3.1.3 PLOT CERPEN SAYANG AYAH

PERMULAAN Gambaran suasana di dalam kelas Tahun 6 Kenanga. Cikgu Bustam sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, iaitu karangan.

PERKEMBANGAN Cikgu Bustam memberi tajuk karangan pada hari itu, Saya Sayang Ayah. Cikgu Bustam dan murid muridnya berbincang tentang tajuk tersebut. Angamah, murid yang periang berubah sikapnya menjadi pendiam dan enggan melibatkan diri dalam perbincangan. Cikgu Bustam bertambah harian. Cikgu Bustam mengesyaki ada sesuatu berlaku pada Angamah.

KLIMAKS Cikgu Bustam dan Guru Besar berbincang tentang masalah Angamah. Mereka berusaha untuk membantu Angamah. Mereka bersetuju untuk melaporkan kes penderaan tersebut kepada berkuasa.

PERUMITAN Cikgu Bustam memanggil Angamah dan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh Angamah. Angamah cuba merahsiakan peristiwa penderaan yang dilakukan oleh ayah tirinya terhadap dirinya. Pada hari berikutnya ke sekolah dengan tangan yang cedera,

PELERAIAN Ayah Ngamah ditimpa kemalangan di tempat kerja dan akhirnya meninggal dunia.

10

3.1.4 LATAR CERPEN SAYANG AYAH

Kelas Enam Kenanga

Bilik Guru Besar LatarTempat Rumah Angamah

Hospital

Masa kini Latar Masa Beberapa hari bermula

Masyarakat yang prihatin

Ibubapa yang tidak bertanggungjawab


Latar Masyarakat Kanak kanak yang menjadi mangsa penderaan

11

Ketua kelas yang bertanggungjawab

3.1.5 NILAI DAN PENGAJARAN CERPEN SAYANG AYAH

NILAI

Menghormati orang tua Tabah Amanah Bertanggungjawab Prihatin

PENGAJARAN

Guru mestilah bertanggungjawab terhadap murid murid. Elakkan daripada mendera kanak kanak yang tidak berdosa. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang kepada anak anak mereka. Kes penderaan mestilah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Setiap perbuatan yang keji akan mendapat balasan. Sesuatu perkara mestilah diselidiki terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

12

3.2.1 TEMA DAN PERSOALAN CERPEN TERSEMBUNYI TEMA Cerita mengisahkan kasih sayang sesama ahli keluarga iaitu keluarga Cikgu Hayati. Cikgu Hayati merupakan 3 anak ( Irsyad, Ilman dan Zati ). Salah seorang anaknya lumpuh akibat kemalangan yang juga mengakibatkan kematian ayahnya. Akibat daripada kemalangan itu, Ilman berubah menjadi seorang yang panas baran dan beremosi. Maira yang merupakan bekas anak murid Cikgu Hayati menolong Cikgu Hayati membuat perniagaan kek online diminta menjaga Ilman dan akhirnya Ilman pulih.

PERSOALAN KASIH SAYANG ANTARA AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT Walaupun Ilman lumpuh akibat kemalangan yang juga mengakibatkan kemalangan ayahnya tetapi keluarganya tidak pernah menyalahkannya bahkan memberi semangat untuk pulih. Maira yang merupakan bekas anak murid Cikgu Hayati turut menolong menjaga Ilman dan akhirnya Ilman telah dapat berjalan semula dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Maira. KEPRIHATINAN SESAMA MANUSIA Maira prihatin terhadap Ilman dan membantu kelurga Cikgu Hayati menjaga Ilman. Walaupun sering dimaki hamun tetapi Maira tetap sabar dan akhirnya Ilman berubah sehingga mampu meminta Maira memasak pelbagai jenis masakan untuknya. Dia juga mmembantu Arsyad ( abang Ilman ) menasihatkan Ilman untuk menjalani fisio walaupun Maira tahu Ilman akan mengamuk TANGGUNGJAWAB SESAMA AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT Arsyad dan Cikgu Hayati begitu bertanggungjawab dalam menjaga Ilman. Arsyad sebagai abang sulung sentiasa mengambil tahu perihal adiknya. Arsyad meminta Maira menjaga Ilman dan menasihatkan Ilman menjalani fisio.

13

3.2.2 WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN TERSEMBUNYI

Maira

Patuh kepada agama Bersopan- santun dan menghormati orang tua Sabar dalam menjaga ilman Kreatif dalam membuat kek Pandai dan berkelulusan universiti

Ilman

Lumpuh akibat kemalangan Seorang anak yang baik sebelum kemalangan Panas baran akibat tekanan selepas kemalangan. Berubah ke arah baik setelah berjumpa dengan maira Sayang kepada Maira

Cikgu Hayati

Seorang bekas guru matematik Penyabar dalam menjaga anak - anaknya Ibu dan guru yang penyayang Pandai memasak Berniaga kek online Ibu yang bertanggungjawab

Arsyad

Anak sulung kepada cikgu hayati Hormat kepada orang tua Abang yang penyayang Bertanggunggjawab terhadap keluarga

Zati

Anak bongsu cikgu hayati Rajin dalam belajar Mengambil berat terhadap abangnya Adik yang manja

14

3.2.3 PLOT CERPEN TERSEMBUNYI

PERMULAAN Maira terserempak secara kebetulan dengan bekas gurunya Cikgu Hayati di kedai runcit dan bersetuju membantu Cikgu Hayati membuat perniagaan kek online.

PERKEMBANGAN Maira mengenali Ilman setelah dia terdengar Ilman memanggil untuk meminta air. Arsyad meminta Maira menolongnya menjaga Ilman.

KLIMAKS Arsyad meminta Maira menasihati Ilman untuk menjalani fisio tetapi Ilman mengamuk dan menghalau Maira daripada biliknya dan menyatakan Maira mengkhianatinya.

PERUMITAN Maira cuba membantu Ilman pulih daripada sebelumnya. Walaupun sering dimaki tetapi Maira tetap sabar. Maira mampu membuat Ilman berubah dari sebelumya sehinggakan Ilman mampu meminta Maira memasak pelbagai jenis makanan.

PELERAIAN Ilman melamar Maira kerana baginya Maira mampu menjaganya. Ilman dan Maira hidup bahagia.

15

3.2.4 LATAR CERPEN TERSEMBUNYI

Latar Tempat Kedai runcit Cikgu Hayati dan Maira terserempak secara kebetulan. Dapur rumah Cikgu Hayati Maira menolong Cikgu Hayati membuat kek Maira memasak untuk Iman Bilik Zati Tempat Maira solat Bilik Iman Maira menjaga Iman Ahli keluarga Iman melihat keadaannya Ruang tamu rumah Cikgu Hayati Maira mengajar Zati menyelesaikan ' homework' Maira datang beraya ke rumah Cikgu Hayati

Latar Masa Pada waktu siang hari Maira membantu Cikgu Hayati membuat kek Maira menjaga Ilman Pada hari raya Maira beraya ke rumah Cikgu Hayati Pukul 10.00 malam Ilman dan Maira berbual setelah mereka berkahwin.

Latar Masyarakat Masyarakat yang penyayang kasih sayang antara ahli keluarga Masyarakat yang prihatin Maira prihatin dan sanggup menjaga Ilman walaupun tidak dibayar gaji. Masyarakat yang bertanggungjawab Arsyad dan Cikgu Hayati sentiasa memantau keadaan Ilman.

16

3.2.5 NILAI DAN PENGAJARAN CERPEN TERSEMBUNYI

KASIH SAYANG

Kita mestilah saling sayang menyayangi sesama manusia.

KEPRIHATINAN

Sebagai manusia kita perlu prihatin melihat kesusahan orang lain.

BERTANGGUNGJAWAB

Sebagai manusia, kita perlu mempunyai tanggungjwab sesama ahli keluarga dan masyarakat

HORMAT - MENGHORMATI

Kita perlu menghormati orang tua dan juga bekas guru kita.

17

4.1 SINOPSIS CERPEN SAYANG AYAH

Angamah seorang pelajar yang dulunya periang telah berubah sikap. Dia lebih suka mendiamkan diri dan termenung. Kerja rumah yang diberikan oleh guru juga gagal disipkan. Perubahan sikan Angamah ini menimbulkan tanda Tanya kepada Cikgu Bustam. Cikgu Bustam mengesyaki ada sesuatu masaah yang dihadapi oleh Angamah. Sebenarnya perubahan sikap Angamah itu disebabkan dia sering menjadi mangsa kemarahan ayah tirinya. Angamah sering didera seperti dipukul dengan tali pinggang dan sebagainya, meskipun dia tidak melakukan apa apa kesalahan. Kemarahan ayah tiri Angamah semakin ketara setelah ayah tirinya tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori, sebaliknya hanya bekerja sebagai buruh binaan. Walaupun Angamah menderita akibat penderaan bapa tirinya, namun emak Angamah tidak pernah cuba menghalang apatah lagi membantah perbuatan kejam suaminya itu. Suatu hari, Angamah telah dipanggil oleh guru kelasnya, iaitu Cikgu Bustam. Apabila Cikgu Bustam mengajukan pelbagai soalan terhadapnya. Angamah hanya menangis. Angamah merahsiakan masalahnya itu daripada pengetahuan Cikgu Bustam. Pada hari berikutnya, Angamah ke sekolah tanpa berbaris. Angamah kelihatan lemah dan tangan kirinya dimasukkan ke dalam meja. Angamah di bawa ke bilik Guru Besar. Di situ Angamah menceritakan segala galanya . Ketika berada di bilik itu juga, Angamah telah menerima berita ayahnya telah mendapat kemalangan di tempat kerja. Angamah di bawa ke hospital. Sesampainya di hospital, Angamah mendapati ayahnya telah meninggal duania. Angamah menangis sambil menjerit Saya Sayang Ayah!.

18

4.2 PENAMBAHBAIKAN CERPEN

4. 2.1 Plot Asal Dalam Cerpen Sayang Ayah

Permulaan cerita dimulakan

dengan gambaran suasana di dalam kelas Tahun 6

Kenanga. Cikgu Bustam sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, iaitu karangan. Manakala perkembangan pula apabila Cikgu Bustam memberi tajuk karangan pada hari itu, Saya Sayang Ayah. Cikgu Bustam dan murid muridnya berbincang tentang tajuk tersebut. Angamah, murid yang periang berubah sikapnya. Dia menjadi pendiam dan enggan melibatkan diri dalam perbincangan. Cikgu Bustam tidak menghantar buku karangan pada hari esoknya. Cikgu Bustam bertambah harian. Cikgu Bustam mengesyaki ada sesuatu berlaku pada Angamah. Perumitan dalam cerpen ini apabila Cikgu Bustam memanggil Angamah dan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh Angamah. Angamah cuba merahsiakan peristiwa penderaan yang dilakukan oleh ayah tirinya terhadap dirinya. Pada hari berikutnya ke sekolah dengan tangan yang cedera. Klimaks iaitu puncak dalam cerita ini apabila Cikgu Bustam dan Guru Besar berbincang tentang masalah Angamah. Mereka berusaha untuk membantu Angamah. Mereka bersetuju untuk melaporkan kes penderaan tersebut kepada berkuasa. Teknik plot yang terakhir ialah peleraian di mana ayah Angamah ditimpa kemalangan di tempat kerja dan akhirnya meninggal dunia.

19

4. 2.2 Plot Penambaikan dalam Cerpen Sayang Ayah

Permulaan cerita dimulakan

dengan gambaran suasana di dalam kelas Tahun 6

Kenanga. Cikgu Bustam sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, iaitu karangan. Manakala perkembangan pula apabila Cikgu Bustam memberi tajuk karangan pada hari itu, Saya Sayang Ayah. Cikgu Bustam dan murid muridnya berbincang tentang tajuk tersebut. Angamah, murid yang periang berubah sikapnya. Dia menjadi pendiam dan enggan melibatkan diri dalam perbincangan. Cikgu Bustam tidak menghantar buku karangan pada hari esoknya. Cikgu Bustam bertambah harian. Cikgu Bustam mengesyaki ada sesuatu berlaku pada Angamah. Perumitan dalam cerpen ini apabila Cikgu Bustam memanggil Angamah dan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh Angamah. Angamah cuba merahsiakan peristiwa penderaan yang dilakukan oleh ayah tirinya terhadap dirinya. Pada hari berikutnya ke sekolah dengan tangan yang cedera. Cikgu Bustam mengesyaki sesuatu berlaku kepada Angamah dan beliau bertanya kepada Angamah secara peribadi tetapi Angamah tidak mahu menceritakannya. Oleh yang demikian,Angamah dibawa berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk tujuan kaunseling. Klimaks iaitu puncak dalam cerita ini apabila ayah Angamah ditimpa kemalangan yang mengakibatkan lumpuh manakala ibunya mati dalam kemalangan tersebut. Angamah mengambil keputusan untuk menjaga ayahnya meskipun ayahnya pernah menderanya kerana hanya ayah tirinya sahaja keluarganya yang tinggal. Teknik plot yang terakhir ialah peleraian ayah tiri Angamah terharu melihat pengorbanan Angamah dan berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Ayah tiri Angamah berjanji akan menjadi ayah yang baik kepada Angamah.

20

4.3 HURAIAN PENAMBAHBAIKAN CERPEN SAYANG AYAH

21

5.0 PENUTUP
Mempelajari kesusasteraan Melayu amat berguna dan sesuai untuk

diaplikasikan kepada murid-murid Pemulihan. Mengikit kronologi, subjek Kesusasteraan Melayu sebenarnya telah diperkenalkan sejak tahun 1957 lagi. Matlamatnya adalah untuk membolehkan murid menjiwai unsur dan nilai-nilai murni dari aspek kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Maka dalam konteks Pendidikan Pemulihan pula, mengajar dengan menaplikasikan eleman sastera diharap akan dapat membantu murid Pemulihan menjadi lebih kreatif, mampu menghayati keindahan karya sastera dan sekaligus dapat menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik.

Sastera Melayu sebenarnya dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina modal insan yang diharap harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Justeru nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera. Aspek inilah yang wajar diterapkan kepada murid-murid sekolah terutama murid Pemulihan.

Kesusasteran Melayu juga memainkan peranan sebagi satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanah ilmu dan persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan pengajaran termasuk kepada murid Pemulihan. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbiran negara.
22

Shahnon Ahmad (1997), menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997), pula menyatakan bahawa peranan sastera sebagai rakman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping

menggarapkannya dengan sesam makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia.

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu memainkan peranan penting dalam arus pendidikan masa kini bagi membantu negara melahirkan modal insan yang memiliki jati diri yang tinggi. Untuk merealisasikan harapan negara ini, semua individu perlu diajar dan didedahkan dengan keindahan karya-karya kesusasteraan Melayu yang sememangnya terkenal dengan eleman nilai murni, unsur nasihat dan pengajaran. Perkara-perkara tersebut amat berguna dalam membantu individu terutama murid sekolah dalam usaha membentuk jadi diri. Maka dengan itu, murid Pendidikan Pemulihan juga tidak terkecuali untuk mendapat pendedahan dan pendidikan dalam ilmu sastera supaya mereka juga boleh mengembangkan jati diri mereka seiring dengan murid-murid lain.

23

You might also like