Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2.

7 Perbezaan antara Teori Konstruktivisme dan Teori Behaviourisme Setelah membuat kajian yang menyeluruh, kami dapati terdapat beberapa perbezaan yang jelas dapat dilihat antara kedua-dua teori ini. Antaranya ialah perbezaan daripada segi aspek, ciri, implikasi, dan prinsip. Perbezaan antara Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme daripada segi aspek ialah menurut Teori Behaviorisme, murid menerima pengetahuan daripada guru manakala menurut Teori Konstruktivisme pula murid perlu mengkaji untuk mendapatkan pengetahuan dan murid juga adalah sebagai pembina pengetahuan bukannya penerima pengetahuan. Selain itu juga melihat perbezaan dari segi ciri, dalam Teori Behaviorisme peluang berfikir dan mengemukakan pendapat tidak diberi kepada murid. Berbeza pula

dengan Teori Konstruktivisme yang memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan pendapat dan meneroka untuk mendapatkan maklumat. Disamping itu juga, menurut Teori Behaviourisme pembelajaran berlaku melalui pengulangan dan latih tubi, tetapi menurut Teori Konstruktivisme pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Seterusnya perbezaan dari segi implikasi, Teori Behaviourisme lebih memberi penekanan kepada tingkah laku murid berbanding dengan Teori Konstruktivisme yang memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada. Disamping itu Teori Behaviouris juga menyatakan pembelajaran bermula dengan mengaitkan

pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Berbeza pula dengan Konstruktivisme yang menyatakan pembelajaran bermula dengan pengetahuan sedia ada hingga tercapai pemahaman baru. Kemudian perbezaan daripada segi prinsip, menurut Teori Behaviourisme guru perlu membuat banyak pengulangan dan latih tubi kepada murid. Berbeza pula dengan pembelajaran menurut Teori Konstruktivisme yang menyarankan guru menyediakan banyak contoh dan bahan yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baru. Akhir sekali perbezaan daripada segi prinsip menurut Behaviourisme, kanak-kanak mudah faham apabila adanya peneguhan positif daripada guru. Hal ini berbeza dengan Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah faham apabila adanya perbincangan dan rakan sebaya yang membimbing.

Bil

Perbezaan

Teori Behaviourisme

Teori Konstruktivisme

1.0

Aspek

1.1 Murid menerima pengetahuan daripada guru.

Murid perlu mengkaji untuk mendapatkan pengetahuan.

2.0

Ciri

2.1 Tidak memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan mengemukakan pendapat.

Memberi peluang kepada murid mengemukakan pendapat dan meneroka untuk mencari maklumat.

2.2 Pembelajaran berlaku melalui pengulangan dan latih tubi.

Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.

3.0 Implikasi 3.1 Teori ini memberi penekanan kepada tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada.

3.2 Pembelajaran bermula dengan mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada.

Pembelajaran bermula dengan pengetahuan sedia ada hingga tercapai pemahaman.

4.0

Prinsip

4.1 Guru perlu membuat banyak pengulangan dan latih tubi kepada murid.

Guru perlu menyediakan banyak contoh dan bahan yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan pemahaman baru.

4.2 Kanak-kanak mudah faham apabila adanya peneguhan positif daripada guru.

Kanak-kanak lebih mudah faham apabila adanya perbincangan dan rakan sebaya yang membimbing.

You might also like