Amali 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PRAKTIKAL 1: Ukuran dalam kehidupan harian TUJUAN : Untuk mengukur dan membanding ukuran dengan menggunakan beberapa jenis

alat ukuran. TEORI : Pengukuran ialah proses menentukan nilai sesuatu kuantiti fizik dengan menggunakan peralatan sains. Panjang sesuatu objek boleh diukur dengan

menggunakan beberapa alatan seperti pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer. Pembaris meter biasanya digunakan untuk mengukur objek yang sangat panjang. Julat pengukurannya boleh sehingga 1 meter. Bagi angkup vernier, ia digunakan untuk mengukur kuantiti panjang sehingga 10 cm. Maka bagi tolok skru micrometer, ia digunakan untuk mengukur panjang yang kurang dari 2cm. Manakala berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan. Neraca tiga palang, neraca tuas, neraca elektronik pula boleh digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek, terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan. Keperisian ialah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang diperolehnya. Kejituan pengukuran ialah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar. Kepekaan ialah kebolehan suatu alat mengesan perubahan kecil kuantiti fizik yang diukurnya. Semakin kecil nilai senggantan skala terkecil, semakin peka alat pengukuran.

BAHAN DAN PERALATAN: Pembaris meter, angkup vernier, tolok skrew micrometer, neraca tiga palang, penimbang elektronik, wayar kuprum, pensil, mata wang syiling 10 sen dan 20 sen, rambut dan bikar.

AKTIVITI: MENGUKUR PANJANG PROSEDUR : 1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum, syiling 10 sen dan 20 sen dan sehelai rambut diukur dengan menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer. 2. Ukuran diulangkan sebanyak dua kali. 3. Keputusan ukuran dijadualkan. KEPUTUSAN : i. Pembaris meter Objek Modul Fizik Diameter/cm 1 29.5 2 29.5 Purata/cm 29.5

ii.

Angkup vernier Objek 10 sen 20 sen Bikar (External diameter) Bikar (Internal diameter) Diameter/cm 1 1.80 2.34 5.13 4.23 2 2.00 2.36 5.14 4.23 Purata/cm 1.90 2.35 5.14 4.23

iii.

Tolok skru mikrometer Objek Pensel Wayar kuprum Rambut Diameter/cm 1 0.706 0.140 0.002 2 0.709 0.143 0.004 Purata/cm 0.708 0.142 0.003

PERBINCANGAN: 1. Dari tiga jenis alat pengukur panjang, yang manakah lebih persis? Yang manakah lebih jitu? Terangkan? Keperisian ialah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sisihan relatif yang kecil. Alat pengukur tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis kerana ia mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Kejituan pengukuran ialah betapa hampir nilai pengukuran kepada nilai sebenar, maka tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang lebih jitu kerana nilai ukurannya lebih dekat dengan nilai sebenar. 2. Jika seorang murid menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, terangkan mengapa tidak realistik baginya untuk merekod bacaan contohnya 4.32 cm. Terangkan. Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm atau 1.0mm. Oleh itu, ukuran tersebut tidak jitu. Bacaan yang mungkin murid dapat ialah 4.3cm.

3. Apakah alatan yang anda gunakan untuk mengukur ketebalan sehelai kertas? Terangkan bagaimana dan kenapa? Alatan yang paling sesuai bagi mengukur ketebalan sehelai kertas ialah tolok skru mikrometer. Hal ini kerana ia mempunyai kepekaan atau nilai senggatan skala yang kecil iaitu 0.01 mm. Kepekaan yang tinggi ini menyebabkan bacaannya lebih jitu berbanding dengan alatan yang lain. 4. Nyatakan bacaan terkecil yang boleh dibuat oleh ketiga-tiga alat tadi? Pembaris meter Angkup vernier Tolok skru micrometer : 0.1 cm : 0.01cm : 0.01mm

AKTIVITI 2- MENGUKUR JISIM PROSEDUR : 1. Jisim bagi satu pensil, syiling 10 sen dan 20 sen serta kalkulator diukur dengan menggunakan neraca tiga palang dan penimbang elektronik. 2. Ukuran diulangkan sebanyak dua kali. 3. Keputusan ukuran dijadualkan. KEPUTUSAN : i. Neraca tiga palang Objek Pensil Kalkulator Jisim/g 1 5.24 143.39 2 5.26 143.42 Purata/cm 5.25 143.40

ii.

Penimbang elektronik Objek 10 sen 20 sen Jisim/g 1 2.85 5.61 2 2.85 5.61 Purata/cm 2.85 5.61

PERBINCANGAN: 1. Dari dua jenis alat pengukur jisim yang telah digunakan, yang manakah lebih persis? Yang manakah lebih jitu? Terangkan. Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alatan pengukur jisim yang lebih persis ialah penimbang elektronik. Hal ini kerana ukuran bacaan yang diambil dengan menggunakan alatan ini adalah konsisten berbanding dengan neraca tiga palang. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah hampir dengan nilai sebenar. Alatan pengukur jisim yang lebih jitu juga ialah penimbang elektronik. Hal ini kerana ia mempunyai kebolehan untuk mengesan perubahan kecil kuantiti fizik yang diukurnya jika berbandingan dengan neraca tiga palang.

2. Nyatakan alat penimbang yang lain yang boleh digunakan untuk mengukur jisim dalam kehidupan harian. Komen dari segi kejituan dan keperisian. Alat penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian iala hneraca mampatan dan neraca mikro. Neraca mampatan lebih jitu kerana skalanya ditentu ukur dengan menggunakan jisim piawai yang jitu. Neraca mampatan tidak persis kerana tidak mempunyai pembahagian skala yang cukup kecil untuk menunjukkan perubahan besar bagi perubahan kecil dalam jisim yang diukur. Manakala bagi neraca mikro ianya boleh digunakan untuk mengukur jisim objek halus seperti pasir dan rambut. Ini kerana ianya sangat peka kerana perubahan kedudukan penunjuk adalah besar dengan perubahan jisim yang sangat kecil. Namun, neraca mikro kadang kala tidak jitu. Ini disebabkan tiupan angin mempengaruhi bacaannya. 3. Apakah yang telah anda pelajari dari dua aktiviti di atas? Melalui aktiviti 1 yang dilakukan, saya telah mempelajari cara yang betul untuk mengukur objek dengan menggunakan pembaris, angkup vernir dan tolok skru mikrometer. Selain itu, saya juga telah belajar tentang cara mengambil nilai ukuran dengan betul semasa menggunakan alat-alat pengukur tersebut. Untuk

mengelakkan kesilapan, bacaan sebanyak beberapa kali perlu diambilkan. Tambahan lagi, saya juga mempelajari cara untuk mengendalikan alatan pengukuran sekiranya terdapat ralat sifar pada alatan tersebut. Akhirnya, saya dapat mengetahui bahawa tolok skru micrometer merupakan alat pengukur yang paling persis dan jitu di antara ketiga-tiga alat pengukur tersebut. Melalui aktiviti 2 yang dilakukan, saya telah pelajari bahawa penimbang elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang paling baik dalam menyukat objek. LANGKAH BERJAGA-JAGA : 1. Bidal pada tolok skru mikrometer hendaklah dirapatkan sehingga bunyi klik pertama terhasil. 2. Garis penglihatan semasa mengambil bacaan, hendaklah berserenjang dengan skala untuk mengelakkan ralat paralaks. 3. Sebelum menggunakan angkup vernier dan tolok skru mikrometer, rahangnya perlu dirapatkan terlebih dahulu untuk mencatatkan ralat sifar. 4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca. 5. Bacaan diambil dengan beberapa bacaan ulangan dan mengira purata bacaan.

KESIMPULAN: Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang baik dalam menimbang objek.

You might also like