KULIAH6

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Unit 6 Universiti Sains Malaysia

Kandungan Kuliah
Konsep Kurikulum Bersepadu Konsep Pengintegrasian dalam Kurikulum dan Pengajaran Kesepaduan dalam KBSR/KSSR

PENGENALAN
Di negara ini, pendidikan adalah agenda pembangunan insan dan pembangunan negara. Sehubungan itu, pelaksanaan pendidikan dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai tujuan mencungkil, memupuk, mengembang dan meningkatkan bakat serta potensi murid secara menyeluruh daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani Maka, kurikulum perlu dibentuk dan disusun berteraskan beberapa objektif seperti memperkembangkan potensi kanak-kanak secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu; membina suasana pembelajaran yang baik bagi meningkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah

Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Malaysia adalah bagi mendukung dan menjayakan konsep kurikulum bersepadu ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam FPK Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula di bangunkan berasaskan kepada prinsipprinsip KBSR

Pengertian Kurikulum
Mengikut pengertian umum kurikulum ialah pelajaran ataupun mata pelajaran yang disediakan oleh sekolah. Walau bagaimanapun ada yang lebih perseptif dengan melihat kurikulum sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu. Kurikulum juga boleh bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008) .

The International Encyclopedia of Curriculum pula telah mengaitkan hubungan antara kurikulum dan pendidikan dengan menyatakan bahawa proses pendidikan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya tanpa merujuk kepada komponen kurikulumnya. Ia itu saling pentingnya antara kurikulum dengan pendidikan

Maksud Kurikulum Bersepadu


Konsep kurikulum bersepadu dikenalpasti dilaksanakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia. Rakyat di negara tersebut menganggap kesepaduan dalam kurikulum ialah sebagai usaha yang bersifat futuristik (Passe, 1999)

Contohnya di Amerika Syarikat, unsur-unsur sains adalah dianggap sebagai unsur-unsur yang penting dan perlu disepadukan dalam semua mata pelajaran di sekolah-sekolah secara merentas kurikulum (Wiles & Bondi, 1998). Contoh lain ialah konsep pembelajaran berasaskan minda (brain based learning), yang kini banyak

Diintegrasikan ke dalam kurikulum hingga kurikulum dan pengajaran bersifat sepadu; diperkaya (enriched) serta mantap; seterusnya menjadi laluan ke arah pembelajaran seumur hidup (Forgaty, 2002; Passe, 1999) Secara amnya pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu telah dipraktikkan secara meluas dalam sistem pendidikan di Barat bagi memberi manfaat kepada perkembangan potensi murid

Implikasi Kurikulum Bersepadu


Menurut Passe (1999), kebaikan pelaksanaan konsep kurikulum bersepadu dilihat dari sudut the whole is greater than the sum of its parts selain daripada melihat bahawa no subject is sufficient by itself Secara amnya dalam sesuatu proses pembelajaran, kepelbagaian pengetahuan; kemahiran atau pengalaman; dan nilai-nilai daripada perspektif yang pelbagai, saling berhubung kait antara satu dengan lain di dalam minda bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk kegunaan ketika menghadapi situasi atau menangani masalah yang sedang dihadapi (Caine & Caine, 1991; Fogarty, 2002; Weber, 2005)

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seharusnya bergerak di bawah konsep kurikulum bersepadu seperti tersebut dengan mengambil kira kepelbagaian perkara daripada pelbagai aspek atau dimensi

Integrasi Kurikulum dan Pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu?


Proses pengajaran dan pembelajaran yang melaksanakan kurikulum bersepadu ialah laluan untuk berlakunya konsep pembelajaran berasaskan minda Integrasikan pelbagai elemen dalam kurikulum dan pengajaran dalam kurikulum bersepadu boleh mewujudkan pelbagai rangsangan dalam minda yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan

Beberapa pendekatan boleh diambil dalam usaha untuk mengintegrasikan sesuatu elemen, ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran Passe (1999) mencadangkan pendekatan adaptasi ke dalam kurikulum yang sedia ada; iaitu mengadaptasikan sesuatu elemen kemahiran atau elemen nilai ke dalam mata pelajaran yang sedia ada Sesuatu elemen contohnya kemahiran berfikir boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran yang sedia ada. Fogarty (2002) pula mencadangkan pengintegrasian secara nested

Dalam pengintegrasian secara nested, guru mensasarkan beberapa isi pelajaran; atau beberapa kemahiran, contohnya kemahiran sosial atau kemahiran berfikir, ke dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pendekatan adaptasi mahupun pendekatan nested, sesuatu kurikulum bersepadu mempunyai sifat kaya dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan elemen berguna yang diperlukan oleh murid bagi tujuan perkembangan semua potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu

Pengintegrasian ialah cara yang diguna dalam kurikulum bersepadu untuk mengintegrasikan sesuatu elemen tertentu ke dalam kurikulum yang sedia ada. Pengintegrasian dalam pengajaran dapat menyepadukan sesuatu elemen tertentu, contohnya elemen kemahiran berfikir ke dalam sesuatu mata pelajaran Bagi melaksanakannya, elemen tertentu akan diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping menyampaikan isi kandungan dan mencapai objektif sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran Secara umumnya, pengintegrasian ialah salah satu cara yang diguna pakai oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Menurut Armstrong (2000), elemen kecerdasan pelbagai juga boleh diintegrasikan ke dalam kurikulum yang bersifat sepadu. Sehubungan itu, di bawah konsep kurikulum bersepadu, sesuatu kurikulum berkeupayaan untuk memperkembangkan semua potensi murid secara seimbang, harmonis dan menyeluruh selain daripada membina suasana pembelajaran yang kondusif ke arah mempertingkatkan daya fikir; mencari kebenaran; dan menyelesaikan masalah

Konsep Integrasi dalam KBSR


Dalam KBSR, konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Konsep kesepaduan dalam KBSR membawa maksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini, pelaksanaan KBSR perlulah mengintegrasikan perkara-perkara berikut:

Teori dengan amali Pengetahuan dengan kemahiran Pengetahuan dan kemahiran dengan nilai Pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman luar bilik darjah Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam sesuatu mata pelajaran dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran lain Bahasa merentas kurikulum

Dari segi prosesnya pula, pelaksanaan KBSR meliputi konsep-konsep berikut: Pendekatan bersepadu Perkembangan individu secara holistik Pendidikan untuk semua Pendidikan sepanjang hayat

Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini elemen ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai adalah dilihat secara bersepadu bagi perkembangan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan John Dewey, Maria Montessori, Franklin Bobbit, Ralf Tyler dan lain-lain ialah antara mereka yang melihat murid-murid sebagai sumber utama kepada sesuatu kurikulum yang digubal Apa yang difikir tentang kurikulum perlulah ada kaitan dengan pengalaman yang dilalui oleh murid-murid. Dewey juga percaya adalah tidak wajar mengasingkan (compartmentalise) antara ilmu pengetahuan dengan pengalaman serta lain-lain elemen yang berkaitan

Perkembangan Individu Secara Holistik


Konsep perkembangan individu secara holistik adalah selaras dengan kehendak FPK Dalam FPK, pendidikan negara adalah sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum dan pengajaran juga tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah Tuhan Individu insan yang dilahirkan melalui proses pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan; mempunyai kemahiran; mempunyai pemikiran kreatif; rasional; mempunyai akhlak yang mulia; dan seterusnya mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan kemakmuran masyarakat dan negara

Pendidikan Untuk Semua


Hak setiap individu tidaklah boleh dinafikan sama sekali walau apa pun keadaan mereka Sehubungan itu pendidikan perlu diberi kepada setiap individu mengikut kapasiti masing-masing Dalam kelas-kelas KBSR yang biasa murid-murid perlu diberi peluang untuk menimba pengetahuan dan kemahiran secara adil dan saksama

Sehubungan itu murid-murid biasanya akan diagihkan mengikut kumpulan berasaskan keupayaan mereka. Kepada kumpulan murid yang cerdas aktiviti pengayaan akan dilakukan Manakala bagi murid-murid yang lemah aktiviti pemulihan pula akan diberi

Pendidikan Sepanjang Hayat


Sebagai yang dihasratkan dalam FPK, secara prosesnya pendidikan adalah usaha yang berterusan, sehubungan itu pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat Pendidikan sepanjang hayat telah dikenal pasti perlu dalam usaha membangunkan modal insan selain daripada memperkembangkan minat, bakat serta domain afektif individu Ini juga diakui oleh pendidik barat seperti Jean Jacques Rousseau yang mana beliau pernah mengatakan pendidikan adalah usaha yang terus menerus sejak dari alam kanak-kanak lagi. Sehubungan itu dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah, pelajar-pelajar perlu disemai dengan sikap dan semangat untuk terus menuntut secara berterusan

Maksud penggabungjalinan dan penyerapan?


Bagi melaksakanan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu, pelaksanaan KBSR menggunakan pula konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan yang dimaksudkan dalam KBSR ialah sebagai proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran. Penggabungjalinan kemahiran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti berikut : Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran (contoh: Kemahiran kira dharab dan kira tolak dalam pengajaran kira bahagi; kemahiran membina ayat dalam kemahiran menulis karangan pendek; dan sebagainya)

Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran (contoh: Kemahiran melukis bulatan, segitiga, segiempat dll. daripada mata pelajaran Seni Visual dalam pembelajaran Matematik dan sebagainya)
Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. (contoh: Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran menaakul, kemahiran menyelesai masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ICT dan sebagainya seboleh mungkin dalam pengajaran semua mata pelajaran)

Penyerapan
Dalam penyerapan, berlaku proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran Sebagai contoh, guru mengambil petikan atau artikel sains daripada mata pelajaran Sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Maklumat atau pengetahuan am juga boleh disentuh dan dihubungkaitkan dalam pengajaran guru Melalui cara ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik selain penguasaan ilmu pengetahuan yang menjadi lebih luas oleh murid Konsep penerapan dalam hal ini membawa maksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang diterapkan adalah termasuk nilai-nilai murni KBSR, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya

Konsep Integrasi dalam KSSR


Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK)

Penekanan Konsep 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan

EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu:


kreativiti dan inovatif keusahawanan teknologi maklumat dan komunikasi

Dalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran

PENUTUP
Unit ini telah menerangkan konsep tentang kurikulum bersepadu secara umumya. Unit juga seterusnya menjelaskan tentang pengajaran yang mengintegrasikan elemen-elemen yang dikenal pasti penting dalam perkembangan pelajar di peringkat sekolah rendah selaras dengan perkembangan potensi secara menyeluruh, harmonis, seimbang dan bersepadu. Unit ini juga telah menjelaskan bagaimana pengintegrasian tersebut dapat berlangsung dalam KBSR/KSSR

You might also like