Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

1.

0 Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk. Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita. Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti

tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar. Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah: 1. Pendaratan 2. Statik 3. Gerak edar 4. Putaran 5. Hamburan 6. Ayunan Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik ialah: 1. Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol. 2. Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam satu pergerakan. 3. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar. 4. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan. 5. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan

pergerakan dapat dihasilkan. 6. Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

2.0 ASPEK KESELAMATAN

Sebelum melakukan aktiviti. 1. Pastikan alat yang digunakan seperti bangku panjang, peti lombol dan lain-lain hendaklah selamat dan tidak membahayakan. 2. Pastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas. 3. Pakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti. 4. Melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum melakukan aktiviti. 5. Kawasan yang digunakan adalah selamat dan mempunyai keluasan yang mencukupi.

Semasa melakukan aktiviti 1. Adakan penyokong semasa melakukan aktiviti. 2. Pastikan ada tilam mendarat jika melibatkan lompatan. 3. Lakukan aktiviti di atas lantai atau tilam bersesuaian dengan pergerakan. 4. Pastikan ikut giliran semasa melaksanakan aktiviti. 5. Bina keyakinan diri sebelum melakukan aktiviti.

Selepas melakukan aktiviti 1. Lakukan aktiviti menyejukkan badan untuk mengelakkan kekejangan otot. 2. Simpan peralatan di tempatyang selamat.

3.0 GULING HADAPAN

Peserta dalam kedudukan berdiri, lutut dibengkokkan, tangan diangkat lurus ke hadapan dan pastikan belakang dalam keadaan tegak. Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas lantai dengan jarak seluas bahu, kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut dan menolak ke hadapan dengan pangkal jari-jari kaki. Kepala ditundukkan ke dada, tangan dibengkokkan dan bahu dibiarkan menyentuh lantai. Pastikan anda tidak bergolek atas kepala. Tolakkan dari pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang berguling ke hadapan sehingga berdiri atas kaki semula. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

3.1 KESALAHAN-KESALAHAN DALAM GULING HADAPAN Kepala terlalu rapat dengan jari-jari tangan. Ini akan menyebabkan pergerakan gulingan terhentak di atas belakang badan. Berat badan dibiarkan terlalu jauh di hadapan tangan sebelum menundukkan kepala akan menyebabkan badan terhentak apabila berguling. Tidak menundukkan kepala juga akan menjadikan badan dalam keadaan lurus semasa berguling. Bahu yang diturunkan tidak serentak juga menyebabkan gulingan yang senget. Berdiri dengan menekankan tangan di lantai atau dengan menyilangkan kaki merupakan pergerakan yang tidak menyilangkan kaki merupakan pergerakan yang tidak digalakkan.

3.2 BUTIRAN MENGAJAR

1. Dari kedudukan duduk, cuba berdiri dengan menjangkaukan kedua-dua belah tangan ke hadapan. 2. Dari kedudukan duduk pula, berguling ke belakang dan ke hadapan atas belakang badan, kemudian cuba berdiri tanpa bantuan tangan. 3. Dari kedudukan duduk juga, berguling ke belakang dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke atas kepala. dari kedudukan ini cuba berdiri dengan mengayunkan kedua-dua belah tangan dengan keras ke hadapan dan ke bawah. Penekanan hendaklah diberi di bahagian ayunan tangan di antara kedudukan atas dan hadapan . 4. Ulangi pergerakan yang sama tetapi ditamatkan dengan melonjak ke udara dan mendarat serta berdiri tegak. 5. Berdiri, kemudian cuba duduk di atas tilamdengan kedua-dua tangan menjangkau ke hadapan. Berat badan dikekalkan pada pangkal jari kaki semasa lutut dan pinggul dibengkokkan . punggung hendaklah diletakkan di atas tilam seberapa rapat yang mungkin dengan tumit. 6. Berdiri, duduk dan berguling ke belakang dengan kedua-dua kaki tangan lurus di atas kepala. Lonjak untuk berdiri dengan mengayunkan tangan ke hadapan. 7. Berdiri, mendekam, tundukkan kepala dan guling hadapan kepada kedudukan duduk. Pergerakan ini dilakukan secara berpasangan atau individu. 8. Berdiri separuh cangkung, lengan lurus ke hadapan dan guling hadapan.

3.3 KESELAMATAN i. Pergerakan ansur maju- utamakan dengan permukaan condong sebelum kemahiran dilakukan. ii. iii. Permukaan harus dialas dengan tilam. Penyokong bersedia untuk membantu pelaku.

3.4 ANSUR MAJU GULING HADAPAN 1. Imbangan Dekam I. II. III. IV. V. Duduk dalam keadaan mencangkung Kaki dibuka sama luas dengan bahu Tangan diletakkan di atas lantai Bongkokkan badan ke hadapan sehingga kaki terangkat Imbangkan badan menggunakan tangan seberapa lama yang boleh

2. Guling Dari Lombol I. II. III. IV. V. Meniarap di atas lombol Tangan diletakkan di atas tilam Kepala dirapatkan ke dada Menyusur turun seperti ular tanpa mengangkat kaki Pastikan badan dalam keadaan bulat semasa turun

3. Golek Kelapa I. II. III. IV. V. VI. Duduk dalam keadaan mencangkung Dada dirapatkan ke lutut Peluk kaki dengan rapat menggunakan kedua-dua tangan Jatuhkan badan ke belakang Lakukan gulingan dalam skala separa tanpa henti Lakukan secara berpasangan dengan pasangan akan membantu menggulingkan pasangannya

4. Guling Separa Dengan Silinder I. II. III. IV. Berada dalam keadaan meniarap di atas silinder Muka si pelaku mestilah dirapatkan ke silinder Tangan diletakkan di atas tilam Penyokong dikehendaki memegang bahu si pelaku dengan satu tangan dan satu tangan lagi penyokong akan cuba memusingkan silinder dalam skala separa

5. Gulingan Dengan Menggunakan Silinder I. II. III. IV. Berada dalam keadaan meniarap di atas silinder Muka si pelaku mestilah dirapatkan ke silinder Tangan diletakkan di atas tilam Penyokong dikehendaki memegang bahu si pelaku dengan satu tangan dan satu tangan lagi penyokong akan cuba memusingkan silinder dalam skala penuh V. Pelaku perlulah melakukan gulingan ke hadapan apabila penyokong memusingkan silinder VI. Pastikan badan dalam keadaan bulat semasa mebuat gulingan

6. Gulingan Dari Tempat Tinggi Ke Rendah I. II. III. Tangan diletakkan ditepi telinga Dagu dirapatkan ke dada Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas tilam IV. V. Lonjakkan kedua-dua kaki secara serentak Gulingan hendaklah dilakukan dari tempat tinggi ke rendah VI. Pastikan badan berada dalam keadaan bulat semasa membuat gulingan

7. Gulingan Dengan Sokongan I. II. III. IV. V. VI. Tangan diletakkan ditepi telinga Dagu dirapatkan ke dada Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas tilam Lonjakkan kedua-dua kaki secara serentak Penyokong perlulah memegang bahu dengan satu tangan Satu lagi tangan penyokong perlulah memegang kaki si pelaku untuk membantu si pelaku melakukan gulingan hadapan VII. Pastikan badan berada dalam keadaan bulat semasa membuat gulingan

8. Gulingan Hadapan I. II. III. IV. V. Tangan diletakkan ditepi telinga Dagu dirapatkan ke dada Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas tilam Lonjakkan kedua-dua kaki secara serentak Pastikan badan dalam keadaan bulat semasa membuat gulingan

4.0 DIRIAN KEPALA (head stand)

Dirian kepala, pelaku akan mencangkung di hadapan tilam. Kedua-dua tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu agar berada dalam kedudukan sokongan hadapan. Pelaku perlu menitikberatkan tapak sokongan. Tapak sokongan berbentuk segitiga sama. Pelaku akan meletakkan dahinya dan kedua-dua tangan dengan tapak sokongan yang selesa (segitiga sama). Otot belakang badan, punggung, lutut dan pergelangan tangan hendaklah dikeraskan semasa kedudukan ini. Kaki lurus dan dirapatkan, tinggikan punggung dengan merapatkan kedua-dua kaki secara beransur-ansur menghala ke dahi sehingga kedua tapak kaki terangkat. Kaki terus diangkat secara perlahan-lahan hingga tegak ke atas. Keseluruhan badan hendaklah diluruskan seberapa yang boleh walaupun dikekalkan sedikit lengkungan yang cantik dan asli. Berat badan hendaklah dibahagi sama rata di antara dahi dan kedua-dua tapak tangan agar tumit kelihatan betul-betul tegak atas bahu. Mendarat atau menurunkan kaki secara terkawal agar tidak jatuh ke belakang. Pengawalan ini dapat dibiasakan dengan berlatih dari kedudukan dirian tangan kepada dirian kepala bersudut atau sebaliknya.

4.1 BUTIRAN MENGAJAR 1. (a) Kepala dan dua tapak tangan membentuk segitiga. (b) Gunakan bahagian atas kepala. 2. (a) Badan lurus dan tegak semasa mengimbang badan. (b) Luruskan hujung kaki ke atas. 3. Turunkan perlahan-lahan.

4.2 KESELAMATAN 1. Gunakan tilam 2. Penyokong bersedia untuk membantu. 3. Gunakan bahagian atas kepala bukan dahi yang menyentuh tilam.

4.3 ANSUR MAJU DIRIAN KEPALA. 1. Lonjakan Sebelah Kaki. i. Dengan menggunakan dinding, lakukan gerak kerja dirian kepala dengan bantuan 2 penyokong yang berada di sisi pelaku. Pelaku berdiri sebelah kaki di hadapan (kaki yang melonjak) dengan tangan dan dahinya di atas tilam. Lutut kaki hadapan dibengkokkan sepenuhnya. Satu lonjakan dilakukan dengan kaki hadapan dan kaki sebelah lagi diayun dari pinggul ke atas. Penyokong-penyokong memberi bantuan dengan meluruskan kedudukan kaki dan badan pelaku dengan memegang pinggul pelaku. Jika pelaku tidak dapat membawa kakinya naik, penyokong-penyokong boleh membantu dengan menyambut kaki ketika pelaku mengayun kakinya naik. ii. Dengan menggunakan seorang penyokong, lakukan gerak kerja dirian kepala dengan lutut dibengkokkan atau kaki dikangkangkan.

2. Lonjakan Dua Belah Kaki i. Lakukan dirian kepala dengan menggunakan lonjakan dua belah kaki secara individu, bantuan dinding dan kemudian tanpa bantuan. ii. Lakukan dirian kepala dengan keadaan lutut lurus dan jari kaki masih mencecah lantai dan kaki dilonjak serentak.

3. Berjalan Atas Hujung Jari Kaki i. Pelaku berada dalam kedudukan dengan lutut yang diluruskan cuba berjalan di atas hujung jari kaki menghala ke dahi. Lakukan perjalanan ini sehingga kedua-dua kaki terangkat naik.

10

ii.

Kawal pergerakan naik ini dengan menggeraskan otot perut, peha dan lengan. Bawa perlahan-lahan kaki hingga ke kedudukan dirian kepala bersudut dan kemudian ke dirian kepala.

4.4 TEKNIK DALAM DIRIAN KEPALA a. Kaki diluruskan dan gerakan dibuat pada hujung jari kaki.tangan pula menekan kuat ke lantai (tilam). b. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. c. Perlakuan dirian kepala bermula dengan memastikan hidung mencecah lantai. d. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. e. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.

4.5 CARA MENYOKONG DIRIAN KEPALA

a. kedudukan kaki penyokong hendaklah seperti di gambar rajah dibawah

b. Penyokong berdiri rapat berhampiran pelaku dengan lutut dibengkokkan untuk membantu mengangkat pelaku. c. Penyokong hendaklah memegang pinggul si pelaku.

11

5.0 PUTAR RODA (cart wheel)

Putar roda merupakan salah satu daripada kemahiran asas dalam gimnastik.

Caranya ialah dengan berdiri sisi, kaki mengangkang, tangan mendepa dan badan dicondongkan menghala arah yang berlawanan dengan arah pergerakan roda kereta. Jika pergerakan menghala ke kiri, pandang ke bawah ke kiri sisi kiri. Condongkan badan ke bawah sisi kiri, tangan menyokong di tanah sambil lejangkan kaki kanan, diikuti oleh kaki kiri dan tanagn kanan menyokong sama di tanah. Jarak kedua-dua tangan adalah lebih kurang 0.6 meter dan sebaris dengan kedua-dua kaki tadi. Apabila berat badan dipindahkan dari tangan kiri ke tangan kanan, satu tolakan yang kuat dilakukan ari kaki kiri ke tangan kanan, satu tolakan yang kuat dilakukan dari kaki kiri ketika kaki kiri bebas dihayun ke sisi dan naik ke atas memandu pergerakan. Berpusing seperti roda sambil badan dikilaskan dan berpusing 90 darjah dengan kaki dan tangan diluruskan. Siku dibengkokkan sedikit untuk mengawal gegaran dan kaki dikangkangkan bagi pengawalan imbangan. Sebaik sahaja kaki kiri bebas, ia diluruskan dan mengikuti jejak kaki kanan. Badan diluruskan dan kepala dicondongkan kebelakang pelajar melalui kedudukan dirian tangan dengan kaki kangkang. Perlu diingatkan seperti dalam dirian tangan, dagu

12

hendaklah betul-betul tegak dia atas hujung jari tangan dan ibu jari kaki betul diatas tengkuk. Apabila berat badan dipindahkan ke atas tangan kanan, satu tolakan dilakukan oleh tangan kiri dengan kuat. Ketika badan jatuh ke sisi dan pusat graviti melintasi dan melebihi bahu kanan, tangan kanan akan menolak ke atas dengan kuat. Tolakkan tangan kanan dan hayunan kaki kanann akan membawa bahagian atas badan naik dan turun ke bawah. Badan semasa ini akan menunjukkan kedudukan tegak. Pendaratan pada pangkal jari-jari kaki kanan dengan jarak kira-kira 0.6 meter dari tangan kanan. Kaki kiri kemudian mengikuti untuk menamatkan pergerakan dalam keadaan berdiri kangkang. Mendarat juga dilakukan bagi pergerakan putar roda sambil berpusing 90 darjah, kaki rapat dan menghadap tempat lakuakn permulaan. Ulang pergerakan ke arah sisi kanan pula, paling penting ialah kedudukan tangan dan kaki dilantai hendaklah berada dalam satu barisan lurus dari masa permulaan sehingga tamat pergerakan.

Cara menyokong roda kereta

13

6.0 GULING BELAKANG

Guling belakang merupakan salah satu pergerakan yang terdapat dalam acara gimnastik yang mana pergerakan dimulakan dengan membengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai dan badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa di atas pangkal jari-jari kaki. Ini membolehkan pelajar dengan mudah dan selesa duduk rapat ke tumit tanpa buntut terhentak. Pada masa yang sama, dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat. Apabila badan mula berguling ke belakang, tangan dibengkokkan sepenuhnya dengan siku dirapatkan ke sisi badan. Pergelangan tangan dibengkokkan ke tahap maksimum dan tapak tangan menghala ke atas. Ketika gulingan bergerak ke belakang, lutut yang bengkok tadi dibuka sedikit dan ditarik dengan cepat ke dada kemudian gulingan dilakukan di atas bahu, pangkal tengkuk dan belakang kepala. Ketika berat badan dipindahkan ke tas belakang kepala, pusat graviti akan melebihi tapak tangan, satu tolakan yang lembut dibuat ke atas dan ke belakang mengarah gulingan. Pada masa yang sama, kaki ditekan ke lantai seberapa rapat yang boleh dengan tangan. Pendaratan di atas pangkal jari-jari kaki akan berlaku dengan kedudukan menyerupai mendekam. Satu tolakan dari tangan yang kuat dengan lonjakan ke atas dan ke belakang akan membolehkan pelajar berdiri semula. Kaki yang disentap kea rah tangan serta tolakan dari tangan akan menyebabkan pusat garaviti berpindah melintas kaki. Ini akan menyenangkan pelajar untuk melonjak ke udara dan berdiri tegak. Perhatian perlu ditekankan agar tolakan dari tangan tidak dilakukan terlalu awal, iaitu sebelum pusat graviti melebihi tangan.

14

6.1 BUTIRAN MENGAJAR 1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan. 2. Lutut dilipat ke dada, tangan dibawa awal ke atas bahu. 3. Tolak dengan kuat, kekalkan lutut dilipat. 4. Tolakan diteruskan sehingga mendarat atas pangkal jari-jari kaki.

6.2 ANSUR MAJU GULING BELAKANG

1. Dari kedudukan berdiri, cuba duduk ke belakang di atas tilam tanpa bantuan tangan dan pastikan buntut tidak terhentak. 2. Berdiri, mendekam, tundukkan kepala ke dada, lonjak naik ke atas dengan bantuan tangan untuk mendarat berdiri. 3. Duduk berlunjur, lutut diangkat, dibengkokkan dan dirapatkan ke dada, tangan bengkok sepenuhnya dengan siku rapat ke sisi badan. Pergelangan tangan juga dibengkokkan agar tapak tangan menadah ke atas Dari kedudukan ini, guling ke belakang dank e hadapan di atas belakang badan. Perlu diingatkan semasa kedudukan terbalik, pastikan tapak tangan menyentuh lantai dan siku menghala ke siling. Dagu ditekan ke dada ketika badan berguling ke belakang. 4. Ulang pergerakan 3, tetapi dengan bantuan penyokong. Penyokong berlutut di sisi pelajar dan menolak belakang tengkuk pelajar dengan perlahan ketika gulingnya mencecah bahu bagi membantunya berdiri naik Ulang pergerakan 4, tetapi tanpa penyokong. 5. Dari kedudukan berdiri kemudian guling belakang.

15

6. Dari kedudukan berdiri, guling belakang dengan lutut lurus. Pelajar hendaklah duduk ke belakang dari pinggul dan badan yang dicondongkan ke hadapan dengan tangan menjangkau ke hadapan untuk membolehkannya duduk tanpa terhentak. Lutut dikekalkan lurus sehingga berdiri semula

16

7.0 LOMBOL KANGKANG

Pelaku akan membuat larian menuju ke peti lombol dalam kelajuan terkawal dan melonjak dua belah kaki dengan tangan diluruskan kea rah peti lombol. Tangan diletakkan lurus di atas peti lombol. Kemudian kaki kangkang seluas yang boleh, lutut diluruskan dan pergelangan kaki difleksiblekan. Mata sentiasa memandang ke hadapan. Pelaku hendaklah mendarat menggunakan dua belah kaki yang rapat. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit semasa mendarat untuk menyerap daya. Pelaku disarankan tidak membuka tangan terlalu luas ketika di atas peti lombol, kangkang kaki seluas yang boleh dan kepala tegak dan pandang depan. Komponen kecergasan seperti kekuatan, daya tahan, ketangkasan, fleksibiliti, kuasa eksplosif dan imbangan yang baik amat diperlukan

7.1 BUTIRAN MENGAJAR 1. Lari di atas hujung kaki dengan kelajuan terkawal 2. Tangan lurus 3. Kaki kangkang dan lurus 4. Pandang ke depan 5. Bengkokkan lutut sedikit.

7.2 KESELAMATAN 1. Penyokong diperlukan. 2. Tilam digunakan 3. Pandang depan untuk mengelak tersungkur.

17

7.3 PENYOKONG 1. Kedua-dua tangan penyokong memegang bahagian atas tangan pelaku. Rapat ke peti lombol. 2. Kedudukan kaki penyokong satu di hadapan dan satu di belakang. 3. Penyokong bergerak ke belakang semasa pelaku mendarat.

7.4 ANSUR MAJU LOMBOL KANGKANG 1. Secara berpasangan, penyokong membantu pelaku dengan memegang tangan pelaku yang melakukan lompat kangkang setempat.

2. Letakkan tangan atas peti lombol dan buat lompatan kaki kangkang setempat.

3. Lari dan lompat ke atas peti lombol dengan kedua belah tangan dan kaki kangkang. Kemudian lompat dan mendarat. Penyokong diperlukan

18

8.0 KEMAHIRAN PRAKTIKAL

8.1 Kemahiran : Guling Belakang

8.2 Persediaan Fizikal Tumpuan kepada otot dibahagian tangan dan perut. 1. Push up (15 kali)

2. Spinal rocking (10 kali)

3. Sit up ( 10 kali)

19

8.3 Persediaan Teknikal Bil 1 Dari duduk dengan kaki dibengkokkan longgar dan lengan lurus ke depan, berguling ke belakang dan capai sikap lilin (shoulder stand) dengan cepat tanpa harus dipertahankan lama. Gambarajah Pergerakan

2. Dari posisi tubuh terlentang dengan kedua kaki terangkat lurus dan kedua tangan di samping telinga, tusukkan kaki ke atas.

3 Berguling ke belakang dengan kaki lurus dan mencuba mencapai posisi handstand untuk bersandar pada matras yang ditumpuk atau dipasang berdiri.

4 *Mendarat dengan kedua-dua kaki. *Berdiri tegak semula dengan sokongan dua kaki.

20

Kesilapan yang biasa dilakukan

Pembetulan

1. Kaki tidak lurus

Persediaan teknikal nombor 2

2. Hayunan yang lemah

Persediaan teknikal nombor 3

3. Mendarat tidak kemas

Persediaan teknikal nombor 4

8.4 Teknik menyokong oleh jurulatih Jurulatih berada di sisi gimnas ketika perlakuan guling belakang dengan menyokong secara memegang bagi membolehkan gulingan dilakukan.

21

9.0 BIBLIOGRAFI Abdul Halim Md Salleh dan Othman Che Man (2011) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. Aminudin Yusof, Anuar Din, Enson Din (2003) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. Amran Lee Abdullah, P. Sundaralingam ( 2007 ) Siri Pendidikan Jasmani Dan Sukan, Petaling Jaya, Sutrapadu ( M ) Sdn Bhd. Hajah Noresah Bt. Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. Idris Mohamad, Shaharudin Abd Aziz, Zamry Ahmad (2002) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. P. Y. Ramakrishnan. (1998). Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shamsudin Mohd. Shariff, Mohd Sofian Omar Farzee (2003) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. Tee Boon Tong. Panduan Gimnastik Artistik, Cetakan Longman Msia Wee Eng Hoe. (2005). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam. Karisma Publication Sdn. Bhd. Buku Panduan Guru, Gimnastik Artistik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cetakan Pertama 1997

22

REFLEKSI 1 Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuataan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan yang penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik. Konsep imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata dikedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai cirri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur yang merupakan antara lakuan memindahkan beban lazim. Konsep kelenturan (flexibility) ialah keupayaan meregang otot beserta

kebebasan sendi bergerak sepenuhnya. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan membengkok manakala etstensi pula pergerakan untuk meluruskan. Contoh gerakan ayunan lutut pada pergerakan berjalan. Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh, aktiviti melambung dan menyambut pundi kacang dimana keselarasan mata, tangan, kaki dan badan perlu untuk melambung dan menyambut pundi kacang tersebut. Maka ketiga-tiga konsep di atas amat penting dikuasai oleh setiap individu terutama dalam mempelajari kemahiran gimnastik. Untuk itu konsep-konsep tersebut perlu dipelajari dan diajar seawal-awalnya bermula dari sekolah rendah lagi.

23

Bagi kerja kursus Gimnastik PJM3107 untuk semester 3 ini pelajar telah diberikan 3 tugasan iaitu Kertas kerja Pengurusan Amali beserta pelan lantainya dalam tugasan kumpulan, secara berpasangan menghasilkan buku skrap lima pola pergerakan gimnastik artistik dan refleksi individu. Untuk tugasan pertama ianya

tidaklah terlalu sukar tetapi akan menjadi susah tanpa adanya kerjasama dalam satu unit. Saya bersyukur kerana mendapat satu unit yang bekerjasama dan bergerak dalam satu kumpulan. Bermula dari perjumpaan dan perbincangan, persiapan kertas kerja hingga bermulanya dan berakhirnya amali semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang pasti pengalaman sebagai guru yang biasa terlibat dengan pengurusan pelbagai sukan dan majlis telah banyak membantu dalam pengurusan amali gimnastik ini. Cuma apa yang dikesalkan ialah apabila melihat dan merasai sendiri keadaan gimnasium yang mana bagi pendapat saya tidak terurus dan mempunyai pelbagai kelemahan yang tidak seharusnya berlaku dan tidak bersesuaian dengan status IPG itu sendiri. Oleh itu adalah diharapkan keadaan tersebut akan berubah demi keselesaan dan keselamatan pengguna gimnasium tersebut. Tugasan kedua pula lebih menjurus kepada membuat buku skrap mengandungi lima pola pergerakan gimnastik artistik yang meliputi butiran mengajar, ansur maju, teknik menyokong dan langkah-langkah keselamatan dalam pengajaran dan

pembelajaran gimnastik artistik serta seterusnya menyediakan empat kemahiran praktikal berdasarkan buku skrap yang dihasilkan. Tugasan ini agak mudah memandangkan butiran yang diminta mempunyai banyak sumber rujukannya terutama dari sumber internet dan buku. Namun begitu bagi bahagian penyediaan kemahiran praktikal dirasakan agak susah memandangkan pertama kali didedahkan mengenai perkara tersebut. Namun dengan bimbingan pensyarah dan sumber rujukan ianya Berjaya disiapkan dan diharapkan memenuhi kehendak pensyarah. Untuk tugasan ketiga iaitu penulisan refleksi, agak sukar juga memandangkan hendak ditulis sehingga 6 muka surat dan dalam bentuk ilmiah berdasarkan pengalaman menghasilkan tugasan pertama dan kedua, masalah-masalah dan cara mengatasinya dan seterusnya mengaitkannya dengan perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

24

Terdapat banyak pengalaman yang diperolehi melalui tugasan yang diberikan. Yang pertama dari segi pengurusan amali gimnastik. Ilmu-ilmu berkaitan pengurusan amali yang diperolehi dapat membantu saya dalam mengelolakan amali gimnastik di sekolah yang mana ianya tidak pernah dibuat dalam bentuk pengelolaan amali. Selain itu pengelolaan amali bukan sahaja terhad di dalam gimnasium sahaja tetapi di tempat yang mempunyai ruang yang mencukupi lebih-lebih lagi tidak semua sekolah mempunyai kemudahan gimnasium. Kekurangan peralatan juga tidak boleh dijadikan alasan walaupun itulah hakikat yang sebenarnya berlaku di sekolah memandangkan kos peralatan yang mahal dengan sumber kewangan yang terhad. Untuk itu saya harus lebih kreatif dan menggunakan peralatan yang sedia ada dan boleh diubahsuai atau dibuat. Apa yang penting kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat diperolehi oleh murid. Tugasan penyediaan buku skrap yang mengandungi lima pola pergerakan gimnastik artistik merupakan pengalaman yang paling bermakna bagi saya. Dengan ilmu butiran mengajar, ansur maju, teknik menyokong dan langkah-langkah keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik yang diperolehi secara teori dan amali amat membantu saya dalam menjalankan P & P di sekolah terutama dalam sukatan berkaitan gimnastik memandangkan selama ini hanya bersumberkan buku teks sebagai rujukan. Ini memberikan pengetahuan dan keyakinan kepada saya dalam mengajar kemahiran berkaitan gimnastik artistik. Secara tidak langsung dapat membekalkan kepada murid ilmu-ilmu berkaitan gimnastik artistik dan seterusnya membuka mata dan merubah tanggapan mereka yang mana pendidikan jasmani

hanya sekadar bermain bolasepak sahaja. Apa yang pasti ianya dapat menarik minat murid dalam mengaplikasikan kemahiran gimnastik dalam kehidupan harian mereka yang mana agak sukar untuk melihat kanak-kanak zaman sekarang melakukan kemahiran gimnastik berbanding semasa zaman saya dahulu yang memperolehi kemahiran tersebut dengan secara tidak formal dimana pada waktu tersebut gimnastik merupakan sesuatu yang asing dan tidak dipelajari. Dengan harapan juga semoga ada di antara murid-murid ini bakal menjadi atlit gimnastik pada satu masa nanti dengan ilmu yang diberikan ini.

25

Secara keseluruhannya tugasan yang diberikan ini merupakan pengalaman yang sangat berharga kepada diri saya dengan pelbagai disiplin ilmu yang diperolehi dan seterusnya membantu meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dan secara langsung membantu dalam melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek tersebut. Semoga refleksi ini dapat memenuhi kehendak proforma tugasan dan pensyarah terlibat.

Disediakan oleh, IRWAN BIN NAZARUDIN 780317-05-5617 UNIT PJK2 SEMESTER 3 PPG KOHORT 2

26

REFLEKSI 2 Gimnastik artistik menitikberatkan seni pergerakan tubuh badan, sama ada dengan menggunakan alatan ataupun tanpa alatan. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep, imbangan, kelenturan dan konsep koordinasi. Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah. Sejarah dan perkembangan awal (dunia) bagi sukan gimnastik telah bermula dan berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan sangat berhubung rapat dengan peradaban manusia. Sejak 2000 tahun dahulu orang-orang Cina telah menggunakan senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian, orang-orang India dan Persia telah mengikutinya. Orang-orang Greek pula telah menamakan pergerakan ini sebagai gymnastics dan tempat melakukan senaman ini secara beramairamai dikenali sebagai gymnasium. Walaupun perkembangan sukan gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi Aristotle, seorang ahli falsafah berbangsa Greek telah menulis bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni, malahan ia juga merupakan salah satu bidang ilmu sains iaitu sains kemasyarakatan. Seorang ahli perubatan yang masyhur dan pengikut Hippocrates, Gelen, telah mencipta teori mengenai gimnastik yang menunjukkan ia sesuatu gerak kerja yang berpengetahuan dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi dan masih digunakan sehingga sekarang. Dalam sejarah Malaysia pula, sukan gimnastik telah pun diajar di sekolahsekolah dan maktab-maktab perguruan melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolahsekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.

27

Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negeri-negeri tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan setiap tahun hanya antara lima negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang menganggotai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya peringkat sekolah-sekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Sepanjang saya melaksanakan tugasan 1 iaitu membuat kertas kerja pengurusan amali di mana dalam tugasan tersebut kami diminta mewujudkan satu jawatankuasa yang lengkap untuk menjalankan satu pengelolaan amali. Sejujurnya, saya dapat mempelajari dengan lebih jelas tentang pengelolaan amali yang betul dan hubungan antara rakan dapat dipupuk dengan lebih erat serta boleh bekerjasama dalam melaksanakan tugasan ini. Manakala, tugasan 2 merupakan membuat buku skrap secara berpasangan turut memberikan saya ilmu pengetahuan yang lebih mantap berkaitan pergerakan gimnastik artistik. Oleh yang demikian, sememangnya tugasan ini telah memberikan pengalaman bermakna dan menambahnilai pengetahuan saya mengenai gimnastik artistik. Aspek keselamatan serta teknik yang betul dapat menambah keyakinan dalam diri saya. Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan ini hanya memberikan tumpuan kanakkanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau kanakkanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan. Setiap pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga memberi peluang untuk melihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid. Kadang kala, kanak-kanak tidak pasti dapat melakukan pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan

28

oleh guru. Tetapi, apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik. Apabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh guru, mereka juga dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerakan yang bakal dihadapi. Oleh yang demikian, dari sudut kognitif, afektif dan fizikal iaitu tubuh badan perlu seiring supaya dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan betul. Murid juga perlu mengatasi rintangan dengan pelbagai cara pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh murid adalah gulingan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi, bergerak dari setempat ke setempat yang lain, dan melakukan pergerakan dari setingkat kepada setingkat yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini ialah gelung, tilam, reben peti lombol, bangku essex, pemidang taiping, dan sebagainya. Sukan gimnastik dalam pendidikan pada hari ini mampu menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak jika mereka didedahkan kepada sukan ini sejak awal usia. Sukan ini membuktikan bahawa ianya mampu membantu kanak-kanak dalam mengembangkan pertumbuhan mereka baik dari segi kognitif dan fizikal. Gimnastik pendidikan ini mengandungi pembelajaran yang membantu mengembangkan lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran ruang. Oleh yang demikian, kanak-kanak boleh belajar untuk mengimbangkan tubuh badan mereka dan menggunakan ruangan yang ada di persekitaran mereka untuk bergerak. Selain itu , ia juga membantu kanak-kanak meningkatkan pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh badan di samping meningkatkan keupayaan teknik lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif mereka. Manafaat yang boleh diperolehi daripada sukan gimnastik juga mampu melatih daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti, daya ketangkasan dan daya koordinasi yang mampu menyumbang ke arah kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Sukan gimnastik ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif kank-kanak dan juga kebolehan-kebolehan yang afektif dari segi penyelesaian masalah, pergerakan mekanikal tubuh badan dan estetika. Di samping itu, ia juga dapat menambahkan

29

pengalaman belajar kepada kanak-kanak untuk merasai suasana persekitaran yang berbeza. Sekaligus, nilai disiplin dan patuh kepada arahan dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Perkara penting seperti bersikap sabar, tidak mudah patah semangat dan bekerjasama dapat dipupuk menerusi sukan gimnastik ini. Seterusnya, kepentingan yang lain ialah gimnastik pendidikan ini membantu mengembangkan bakat kanak-kanak supaya meminati sukan ini dan membantu bakat mereka di dalam bidang lain. Sebagai contoh, gimnastik juga membantu kanak-kanak berkembang dalam bidang tarian dan juga renang. Gimnastik pendidikan ini seelokeloknya diterapkan di dalam pendidikan jasmani di prasekolah. Ini kerana, kanak-kanak yang usia masih muda mempunyai kelenturan badan yang lebih baik berbanding kanakkanak yang sudah meningkat usianya. Dalam menjalankan aktiviti, aspek yang penting diberi perhatian adalah aspek keselamatan. Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan antaranya termasuklah dengan mengenalpasti tahap kemampuan dan kecergasan seseorang murid. Guru sepatutnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan gimnastik seterusnya dapat mengenal pasti tahap kemampuan anak muridnya untuk melakukan aktiviti gimnastik seperti gulingan depan dan belakang. Guru tidak boleh memaksa murid-murid untuk melakukan aktiviti tersebut jika mereka tidak mampu melakukannya bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Tetapi , guru boleh memberikan ruang dan masa untuk murid melakukan aktiviti ini supaya pembelajaran dapat dikuasai oleh murid. Tambahan lagi, murid akan berasa seronok dan teruja untuk melakukan aktiviti tersebut sekiranya mereka mampu melakukannya. Bagi memastikan aspek keselamatan yang lain adalah kemudahan peralatan yang sesuai mengikut peringkat umur. Guru perlu menyediakan peralatan yang sesuai digunakan dan selamat semasa aktiviti sukan gimnastik dijalankan. Dari segi persekitaran pula, guru perlu menyediakan ruang persekitaran yang sesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, guru juga hendaklah peka dengan melakukan penyeliaan terhadap murid-murid dengan memberi arahan dan bimbingan dengan sebaik mungkin.

30

Tugasan

yang

diberikan

sangat

membantu

saya

dalam

menambah

pengetahuan berkaitan sukan gimnastik ini dan saya boleh mengaplikasikan teknik dan kaedah yang betul kepada murid-murid. Pengalaman melakukan sendiri aktiviti gimnastik, memberikan keyakinan yang tinggi kepada saya untuk memberikan peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar dalam gimnastik. Dalam masa yang sama objektif pelajaran boleh tercapai kerana murid-murid boleh menguasai teknik yang betul dan membina keyakinan diri yang tinggi. Pada pandangan saya sukan gimnastik ini sangat perlu diajar dengan teknik yang betul kerana ia boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang dalam melakukan aktiviti seni pergerakan yang terkawal. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara, sukan ini dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha untuk membina (mewujudkan) keupayaan murid-murid secara perseorangan dengan mengaplikasikan semua aspek dalam institusi sekolah (pendidikan) yang bermutu.

KAMARUDDIN ABDUL AZIZ 780608065655 PJPK 2 SEMESTER 3 PPG KOHORT 2

31

You might also like