Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI TEMPAT AWAM: SATU KAJIAN Zaharani Ahmad, Mustaffa Omar, Wan Patanah Wan

Yussoff, Aminah Awang Basar Shariffulizan Malek, Siti Suhana Mohd Amir

PENGENALAN Pada tahun 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan satu kajian berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu (BM) di sembilan kompleks beli-belah utama di Malaysia. Kompleks yang terpilih ialah Kompleks Ipoh Parade (Ipoh), Plaza Angsana (Johor Bahru), Star Parade (Seremban), Plaza Gurney (Pulau Pinang), Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur), Berjaya Megamall (Kuantan), Plaza Alam Sentral (Shah Alam), dan Billion (Kota Bharu). Kajian ini melibatkan premis perniagaan yang menjalankan perniagaan berbentuk

telekomunikasi, pakaian, kasut, peralatan sukan, francais makanan, elektrik dan elektronik, permainan kanak-kanak, farmasi, perabot, perhiasan rumah, peralatan bayi dan medan selera di tiga kawasan utama, iaitu di luar kompleks, di dalam kompleks dan di tempat letak kereta. Secara umumnya kajian ini mendapati penggunaan BM di kompleks belibelah berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakan premis didapati tidak mengutamakan BM dalam membuat promosi, peletakan tanda harga dan pelbagai paparan lain yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Kajian yang dilakukan oleh DBP ini didapati agak terbatas kerana hanya dilakukan di kompleks membeli belah di bandar besar sahaja. Kajian ini juga tidak komprehensif kerana penelitiannya hanya tertumpu pada domain perniagaan sahaja. Sehubungan dengan itu, untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan BM di tempat awam, maka satu kajian tahap penilaian yang bersifat komprehensif dan representatif yang merangkumi semua domain penggunaan BM di tempat awam perlu dilakukan di peringkat nasional. Tempat awam dalam kajian ini didefinisikan sebagai semua tempat yang dikhaskan atau diperuntukkan bagi kegunaan dan kepentingan orang ramai atau yang terbuka kepada orang ramai pada bila-bila masa dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengukur, menilai dan merumuskan tahap penggunaan BM dan tahap pematuhan tatabahasa mengikut domain tertentu di tempat awam. Domain yang diteliti meliputi nama premis perniagaan, premis perkhidmatan, nama tempat kediaman, pernyataan pada papan tanda, iklan, nama jalan, nama bangunan, pernyataan pada kain rentang dan pernyataan pada gegantung. Tempat awam pula merujuk kepada kawasan yang terletak di bawah pengawasan, pengurusan dan pentadbiran PBT. Objektif kajian ini secara khusus adalah seperti berikut: i. Menghuraikan dan merumuskan tahap penggunaan BM di tempat awam bagi semua domain di peringkat nasional, zon, dan jenis PBT. ii. Menghuraikan dan merumuskan tahap pematuhan tatabahasa di tempat awam bagi semua domain di peringkat nasional, zon, dan jenis PBT. iii. Mengusulkan saranan dan cadangan kepada PBT sebagai tindakan susulan untuk penambahbaikan bagi memantapkan penggunaan BM di tempat awam. METODOLOGI KAJIAN Seterusnya dihuraikan kaedah dan tatacara yang digunakan dalam kajian ini yang merangkumi pemilihan kawasan, pengutipan data di lapangan, penyaringan dan pengekodan data kajian, penganalisisan dan pentafsiran data. Secara

keseluruhannya, bilangan PBT yang wujud di Malaysia berjumlah 147 buah. PBT ini dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu Dewan Bandar Raya (DB) (3 buah) dan Majlis Bandar Raya (MB) (9 buah), Majlis Perbandaran (MP) (35 buah) dan Majlis Daerah (MD) (96 buah) dan lain-lain (4 buah). Pengkategorian ini dibuat berdasarkan jumlah penduduk dan jumlah kutipan cukai tahunan yang diperoleh (Ahmad Atory Hussain, hlm. 122-123 : 2002). Daripada 147 buah PBT tersebut, hanya 42 buah sahaja dipilih sebagai kawasan kajian. Pemilihan kawasan dibuat mengikut teknik persampelan

berkelompok mengikut zon dan pemilihan dijalankan secara rawak. Lima zon yang dikenal pasti ialah (i) zon utara, (ii) zon tengah, (iii) zon selatan, (iv) zon timur, dan (iv) zon Malaysia Timur (Sarawak). Bahan utama yang menjadi sumber data kepada kajian ini adalah segala bentuk paparan yang diletakkan di premis awam untuk perhatian orang ramai. Paparan ini digolongkan dalam lapan domain, iaitu (i) nama 2

premis perniagaan, (ii) nama tempat kediaman, (iii) pernyataan pada papan tanda, (iv) iklan, (v) nama jalan, (vi) pernyataan pada kain rentang, (vii) pernyataan pada gegantung dan (viii) nama bangunan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur dengan pegawai PBT yang terlibat. Pengumpulan data dilakukan dengan merakam data secara terus di lokasi kajian. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kamera digital untuk merakam semua paparan mengikut domain. Pengambilan gambar dibuat dalam lingkungan 200 meter dari bangunan pentadbiran PBT yang terlibat. Sekiranya di sekitar PBT tersebut tidak terdapat sampel yang diperlukan kerana kedudukannya yang agak terpinggir, maka pusat bandar yang menjadi tumpuan awam dijadikan fokus pengumpulan data. Bagi lokasi PBT yang terdapat banyak premis atau paparan, pengambilan gambar dilakukan secara rawak sistematik, iaitu bagi setiap lima buah premis atau paparan yang berurutan, satu premis atau paparan dipilih sebagai sampel. Bagi lokasi PBT yang tidak terdapat banyak premis atau paparan, maka kesemuanya dijadikan sampel. Sebelum pengumpulan data sebenar di lapangan, satu kajian rintis telah dilakukan di Majlis Perbandaran Kajang untuk mendapatkan gambaran awal mengenai tatacara menjalankan pengumpulan data secara berkesan. Sampel yang terkumpul dalam bentuk rakaman foto dan catatan bertulis diteliti dan direkodkan secara manual sebelum dikodkan ke dalam sistem komputer yang menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSSx). Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk taburan silang dan dipersembahkan dalam bentuk rajah histogram. Tahap penggunaan BM diukur berdasarkan tiga skala penilaian mengikut aras keutamaan, iaitu (i) mengutamakan - bermaksud BM digunakan sepenuhnya dalam penamaan premis atau judul paparan dalam domain; BM ditulis dalam saiz yang lebih besar berbanding bahasa-bahasa lain; BM diletakkan di bahagian atas atau di posisi sebelah kanan bahasa-bahasa lain. (ii) kurang mengutamakan - bermaksud BM digunakan bersama-sama bahasa lain dalam penamaan premis atau judul paparan; BM ditulis dalam saiz yang lebih kecil berbanding dengan bahasa-bahasa lain; BM diletakkan di kedudukan yang kurang penting seperti di bahagian bawah atau di posisi sebelah kiri bahasa-bahasa lain. dan (iii) tidak mengutamakan - bermaksud penggunaan BM sangat minimum atau tidak digunakan langsung dalam domain berkenaan. 3

Tahap pematuhan tatabahasa pula diukur berdasarkan penggunaan yang betul dan tepat menurut Tatabahasa Dewan dan pengukurannya ditunjukkan melalui dua skala perbandingan, iaitu (i) patuh - bermaksud BM yang digunakan itu mematuhi peraturan tatabahasa BM dan tiada sebarang kesalahan dilakukan, dan (ii) tidak patuh bermaksud BM yang digunakan itu melanggar peraturan

tatabahasa BM. Dalam menentukan tahap pematuhan ini juga, enam aspek tatabahasa telah dianalisis, iaitu (i) penggunaan struktur frasa/ayat, (ii) penggunaan ejaan, (iii) pemilihan perkataan, (iv) penggunaan imbuhan, (v) penggunaan tanda baca, dan (vi) penggunaan bahasa bercampur (rojak). DAPATAN KAJIAN Bahagian ini memaparkan hasil dapatan kajian yang menunjukkan tahap penggunaan BM di tempat awam mengikut domain. Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, tempat awam dikelaskan mengikut zon dan jenis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Lima zon yang dikenal pasti ialah (i) zon utara, (ii) zon tengah, (iii) zon selatan, (iv) zon timur, dan (iv) zon Malaysia Timur (Sarawak). Manakala PBT terdiri daripada (i) Majlis/Dewan Bandar Raya (MB/DB), (ii) Majlis Perbandaran (MP), dan (iii) Majlis Daerah (MD). Lapan domain item bahasa di tempat awam yang dikaji ialah (i) nama premis perniagaan, (ii) nama tempat kediaman, (iii) pernyataan pada papan tanda, (iv) iklan, (v) nama jalan, (vi) pernyataan pada kain rentang, (vii) pernyataan pada gegantung dan (viii) nama bangunan. Penggunaan BM dinilai mengikut keutamaan penggunaannya, iaitu (i) mengutamakan, (ii) kurang mengutamakan, dan (iii) tidak mengutamakan. Penilaian dibuat berdasarkan empat maklumat berikut: (i) memberi penamaan/pelabelan, (ii) pembutiran perkhidmatan, (iii) saiz tulisan, dan (iv) kedudukan susun atur. Dalam kajian ini, tahap penggunaan BM ditentukan mengikut empat skala seperti di bawah. Huraian tentang penggunaan BM terbahagi kepada dua bahagian, iaitu (i) analisis secara keseluruhan (umum) dan (ii) analisis mengikut domain. Pada setiap bahagian, analisis dan penghuraiannya meliputi tahap penggunaan pada peringkat kebangsaan, zon, dan PBT.

Tahap Penggunaan

Skala

Sangat memuaskan (cemerlang) 85% dan ke atas Memuaskan (baik) Kurang (sederhana) Tidak memuaskan (lemah) TAHAP PENGGUNAAN BM Rajah 1 di bawah menunjukkan tahap penggunaan BM di tempat awam yang meliputi premis perniagaan, tempat kediaman, papan tanda, iklan, nama jalan, nama bangunan, kain rentang, dan gegantung. Secara keseluruhannya, peratusan yang mengutamakan penggunaan BM ialah 66.4% berbanding peratusan yang kurang mengutamakan (11.4%) dan tidak mengutamakan (22.3%). Peratusan ini 49% dan ke bawah 70% hingga 84% memuaskan 50% hingga 69%

menunjukkan penggunaan BM berada pada tahap kurang memuaskan.

70 60 50 40 30 20 10 0 Tahap Penggunaan BM 11.4 Tidak Mengutamakan Kurang Mengutamakan Mengutamakan 66.4

Rajah 1 : Tahap Penggunaan BM Secara Keseluruhan (N=6327)

Seterusnya dipaparkan pula tahap penggunaan BM berdasarkan lima zon, iaitu zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur, dan zon Malaysia Timur (Sarawak). Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa zon utara, selatan dan timur menunjukkan tahap penggunaan yang memuaskan. Ketiga-tiga zon ini menunjukkan peratusan yang melebihi tahap penggunaan pada peringkat kebangsaan. Manakala zon tengah berada pada tahap kurang memuaskan dan zon Malaysia Timur (Sarawak) tidak memuaskan.

80 70 60 50 40 30 20 10 0

Utara N=1296 16 10.2 73.8

Tengah N=1253 21.9 9.3 68.8

Selatan N=1395 12.5 12.8 74.7

Timur N=1075 11.3 10.8 77.9

Sarawak N=1308 48.2 13.4 38.4

Kebangsaan N=6327 22.3 11.4 66.4

Tidak Mengutamakan Kurang Mengutamakan Mengutamakan

Rajah 2: Tahap Penggunaan BM Mengikut Zon

Rajah 3 berikutnya menunjukkan tahap penggunaan BM secara keseluruhan mengikut jenis PBT. Kajian ini mendapati bahawa tahap penggunaan BM antara jenis PBT adalah berbeza. Kawasan MD didapati lebih mengutamakan penggunaan BM (70.2%), diikuti kawasan MP (67.6%) dan kawasan DB/MB (52.3%). Tahap penggunaan BM di kawasan DB/MB dan MP adalah kurang memuaskan, manakala kawasan MD pula menunjukkan tahap penggunaan yang memuaskan.
80 70 60 50 40 30 20 10 0

DB/MB N=1067 Tidak Mengutamakan Kurang Mengutamakan Mengutamakan 37.2 10.5 52.3

MP N=2006 18.8 13.6 67.6

MD N=3254 19.5 10.3 70.2

Kebangsaan N=6327 22.3 11.4 66.4

Rajah 3: Tahap Penggunaan BM Mengikut Jenis PBT

Huraian berikutnya memaparkan tahap penggunaan BM mengikut jenis PBT dan zon. Perbandingan ini sekali gus menerangkan dengan lebih terperinci tentang tahap penggunaan BM mengikut zon dan PBT. Rajah 4 menunjukkan bahawa wujud dua pola yang berbeza daripada segi tahap penggunaan BM mengikut jenis PBT. Zon utara, zon tengah, dan zon timur menunjukkan pola yang sama, iaitu kawasan MD lebih mengutamakan penggunaan BM di tempat awam, diikuti oleh kawasan MP dan seterusnya kawasan DB/MB. Sementara bagi zon selatan dan zon Malaysia Timur (Sarawak), kawasan MP pula paling kurang mengutamakan penggunaan BM di tempat awam berbanding dengan MD dan DB/MB.
100

80

60

40

20

0 DB/MB MP MD Kebangsaan

Utara 53.5 70.5 78.9 73.8

Tengah 44.9 72.8 76 68.8

Selatan 77.8 68.3 83.1 74.7

Timur 0 69 80.8 77.9

Sarawak 37 26 40.9 38.4

Rajah 4: Tahap Penggunaan BM Pada Skala Mengutamakan Mengikut Jenis PBT dan Zon

Daripada Rajah 4 juga kita dapat melihat bahawa tahap keutamaan penggunaan BM di kawasan pentadbiran DB/MB di zon selatan adalah memuaskan. Manakala, kawasan pentadbiran DB/MB di zon utara kurang memuaskan, dan zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak) tidak memuaskan. Di kawasan pentadbiran MP pula menunjukkan tahap penggunaan BM di zon utara dan zon tengah adalah memuaskan, sementara di zon selatan dan zon timur kurang memuaskan. Bagi zon Malaysia Timur (Sarawak) tahap pencapaiannya tidak memuaskan. Bagi kawasan pentadbiran MD, kesemua zon kecuali zon Malaysia Timur (Sarawak) mempunyai tahap penggunaan BM yang memuaskan. Zon

Malaysia Timur (Sarawak) pada semua peringkat pentadbiran PBT didapati mempunyai tahap penggunaan BM yang tidak memuaskan. Tahap Penggunaan BM Mengikut Domain Rajah 5 di bawah menunjukkan bahawa tahap penggunaan BM adalah berbeza mengikut domain-domain yang dikaji. Daripada lapan domain yang dikaji pada skala mengutamakan, domain nama tempat kediaman (99.4%) dan nama jalan (98.2%) adalah sangat memuaskan. Sementara pernyataan pada papan tanda (82.9%) dan nama bangunan (76.1%) didapati berada pada tahap memuaskan. Sebaliknya pula, domain pernyataan pada gegantung, iklan, nama premis perniagaan dan pernyataan pada kain rentang didapati kurang memuaskan.
100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0
Premis Perniagaan N=3840 25.6 14.5 59.9 Tempat Kediaman N=316 0.3 0.3 99.4 Papan Tanda Iklan N=844 13 4 82.9 Nama Jalan N=169 1.8 98.2 Kain Rentang N=646 25.4 10.1 64.6 Gegantung N=186 32.8 14.5 52.7 Nama Bangunan N=71 19.7 4.2 76.1 Kebangsaan N=6327 22.3 11.4 66.4

N=169 29.4 11.4 59.2

Tidak Mengutamakan Kurang Mengutamakan Mengutamakan

Rajah 5: Tahap Penggunaan BM Mengikut Domain Secara Keseluruhan

Dalam perbincangan seterusnya dihuraikan tahap penggunaan BM secara khusus mengikut domain tertentu. Huraian ini meliputi pencapaian pada peringkat kebangsaan, zon dan PBT.

Domain Premis Perniagaan Premis perniagaan bermaksud tanda nama syarikat atau kedai termasuk pernyataan perniagaan yang dipamerkan pada premis tersebut. Daripada 3840 premis perniagaan yang dikaji, hanya 59.9% yang mengutamakan penggunaan BM pada premis mereka, dan tahap penggunaan ini adalah kurang memuaskan. Peratus premis yang tidak mengutamakan penggunaan BM juga agak tinggi berbanding dengan peratus yang kurang mengutamakan penggunaan BM. Zon Malaysia Timur (Sarawak) menunjukkan tahap penggunaan BM yang tidak memuaskan. Ini terbukti apabila sebahagian besar (53.1%) premis perniagaan di zon ini tidak mengutamakan penggunaan BM. Bagi zon-zon lain kecuali zon selatan tahap penggunaannya adalah kurang memuaskan. Hanya zon selatan sahaja yang berada pada tahap memuaskan (72.4%). Dapatan kajian juga menunjukkan semua kawasan pentadbiran mengikut jenis PBT mempunyai tahap mengutamakan penggunaan BM yang kurang memuaskan. Dari segi peratus yang tidak mengutamakan penggunaan BM, kawasan pentadbiran DB/MB didapati lebih tinggi (37.4%) berbanding dengan MD dan MP. Ini menunjukkan penggunaan BM dalam premis perniagaan di kawasan pentadbiran DB/MB adalah lebih bermasalah berbanding dengan MD dan MP. Domain Nama Tempat Kediaman Domain seterusnya ialah domain nama tempat kediaman. Nama tempat kediaman merujuk pada nama sesuatu kawasan atau rumah kediaman penduduk. Daripada sejumlah 316 nama tempat kediaman yang dirakam, didapati hampir

keseluruhannya (99.4%) mengutamakan penggunaan BM dalam menamakan tempat kediaman. Ini merupakan satu tahap pencapaian yang sangat memuaskan pada peringkat kebangsaan. Kesemua zon didapati menunjukkan tahap penggunaan BM yang sangat memuaskan. Zon utara, zon selatan dan zon timur memperlihatkan tahap penggunaan BM yang optimum dengan pencapaian 100%. Berdasarkan jenis PBT pula, didapati kesemua kawasan pentadbiran menunjukkan tahap penggunaan BM yang sangat memuaskan. MD menunjukkan tahap penggunaan BM yang optimum iaitu sehingga 100%.

Domain Pernyataan Pada Papan Tanda Domain pernyataan pada papan tanda memaparkan maklumat berkaitan dengan tanda arah, nama tempat, dan notis pemberitahuan. Daripada 844 papan tanda yang dianalisis pada peringkat kebangsaan, lebih 80% didapati mengutamakan

penggunaan BM. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kecil (13%) daripada keseluruhan papan tanda yang masih tidak mengutamakan penggunaan BM. Keseluruhannya, penggunaan ini menunjukkan satu tahap pencapaian yang memuaskan. Pencapaian berdasarkan zon pula, tahap mengutamakan penggunaan BM adalah sangat memuaskan bagi zon timur (89.8%), zon selatan (86.0%) dan zon utara (84.7%). Ketiga-tiga zon ini juga didapati mempunyai peratusan di atas paras kebangsaan (82.9%). Zon Malaysia Timur (Sarawak) menunjukkan tahap

penggunaan BM yang memuaskan, manakala zon tengah adalah pada tahap kurang memuaskan. Berasaskan peratus yang tidak mengutamakan penggunaan BM, lebih daripada satu pertiga (34.5%) di zon tengah dan 22.8% di zon Malaysia Timur (Sarawak) didapati tidak mengutamakannya. Kawasan pentadbiran MD lebih mengutamakan penggunaan BM di papan tanda dan berada pada tahap sangat memuaskan. Manakala kawasan pentadbiran MP berada pada tahap memuaskan berbanding kawasan pentadbiran DB/MB yang berada pada tahap kurang memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan kawasan pentadbiran DB/MB dan MP mempunyai peratus tidak mengutamakan penggunaan BM yang agak tinggi iaitu, 33.7% dan 20.9%. Domain Iklan Iklan merujuk kepada papan pernyataan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dipamerkan di tempat awam. Dalam domain iklan, tahap mengutamakan penggunaan BM secara keseluruhannya kurang memuaskan. Daripada 255 iklan, hanya 59.2% yang mengutamakan penggunaan BM. Peratus yang tidak mengutamakan penggunaan BM pula didapati agak tinggi (29.4%). Penelitian mengikut zon pula menunjukkan hanya zon timur (77.6%) dan zon utara (76.9%) sahaja mempunyai tahap penggunaan BM yang memuaskan dan melepasi peratus paras kebangsaan 59.2%. Zon selatan pula berada pada tahap kurang memuaskan, manakala zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak) didapati mempunyai peratus tidak mengutamakan penggunaan BM lebih tinggi. 10

Kedua-dua zon ini juga didapati berada pada tahap penggunaan BM yang tidak memuaskan. Kawasan pentadbiran MD menunjukkan tahap pencapaian yang memuaskan (71.3%) diikuti oleh kawasan pentadbiran MP yang kurang memuaskan (53.8%) dan tahap pencapaian yang tidak memuaskan ialah kawasan pentadbiran DB/MB (47.6%). Sebaliknya, jika dilihat pada tahap tidak mengutamakan penggunaan BM, kawasan pentadbiran DB/MB mempunyai peratus tertinggi, iaitu 44.4% dan kawasan pentadbiran MP (31.9%). Kedua-duanya melepasi peratus paras kebangsaan, iaitu 29.4%. Domain Nama Jalan Domain nama jalan merujuk kepada tanda nama yang diberikan pada nama sesuatu laluan. Tahap penggunaan BM dalam domain secara umumnya amat memuaskan. Daripada 169 nama jalan, 98.2% telah mengutamakan penggunaan BM. Kecuali zon Malaysia Timur (Sarawak) dan zon timur, peratus penggunaan BM dalam zon-zon lain menunjukkan pencapaian tahap penggunaan yang optimum (100%). Tahap penggunaan BM mengikut jenis PBT juga menunjukkan pencapaian yang sangat memuaskan, iaitu antara 94.1% hingga 98.7%. Domain Pernyataan Pada Kain Rentang Domain ini merujuk kepada pernyataan yang tertera pada sebidang kain atau kertas yang mengandungi cogan kata atau maklumat mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau notis pemberitahuan yang diletakkan di tempat awam. Daripada sejumlah 646 kain rentang, 64.6% didapati telah mengutamakan penggunaan BM. Manakala, peratusan tidak mengutamakan BM pula di sekitar 25.4% dan pencapaian ini adalah kurang memuaskan. Penggunaan BM dalam domain ini mengikut zon menunjukkan zon utara (85.0%) mempunyai tahap pencapaian yang sangat memuaskan. Zon selatan dan zon timur (81.6%) masing-masing mempunyai tahap pencapaian yang memuaskan dan melebihi paras kebangsaan, iaitu 64.6%. Sebaliknya, bagi zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak), kedua-duanya berada di bawah paras kebangsaan. Penggunaan BM di zon tengah didapati kurang memuaskan dengan peratus tidak mengutamakan bersamaan 39.3%. Bagi zon Malaysia Timur (Sarawak), tahap pencapaiannya adalah tidak memuaskan dengan peratus yang tidak mengutamakan 11

penggunaan BM lebih tinggi (45.9%). Berdasarkan jenis PBT,

tahap penggunaan

BM di kawasan pentadbiran MD adalah memuaskan, manakala di kawasan pentadbiran MP kurang memuaskan dan yang tidak memuaskan berlaku di kawasan pentadbiran DB/MB. Domain Pernyataan Pada Gegantung Domain penyataan pada gegantung merujuk kepada pernyataan yang tertera pada sebidang kain, kertas, kanvas dan sebagainya yang mengandungi maklumat mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau notis pemberitahuan yang diletakkan di persimpangan jalan, bangunan, atau premis perniagaan. Dalam domain gegantung, tahap mengutamakan penggunaan BM secara keseluruhannya kurang memuaskan. Daripada 186 gegantung, hanya 52.7% yang mengutamakan penggunaan BM, sementara peratus yang tidak mengutamakan penggunaan BM pula agak tinggi (32.8%). Dilihat mengikut zon pula, zon Malaysia Timur (Sarawak) merupakan satusatunya zon yang berada pada tahap tidak memuaskan dengan peratusan yang tidak mengutamakan penggunaan BM adalah sangat tinggi, iaitu 66.7%. Bagi zonzon yang lain, peratusan yang mengutamakan penggunaan BM berada pada tahap kurang memuaskan, iaitu antara 54.5% hingga 63.2%. Penggunaan BM di kesemua jenis PBT didapati kurang memuaskan, iaitu di sekitar 50.6% hingga 55.9% sahaja. Berbeza dengan pencapaian dalam domain-domain sebelum ini, kawasan pentadbiran MD memperlihatkan peratusan terendah (50.6%) berbanding dengan kawasan pentadbiran MP (55.9%) dan DB/MB (52.6%). Domain Nama Bangunan Domain nama bangunan di sini merujuk kepada tanda nama yang diberikan pada sesebuah bangunan. Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada tiga perempat (76.1%) nama bangunan telah mengutamakan penggunaan BM. Peratus yang tidak mengutamakan penggunaan BM dalam domain ini berjumlah 19.7%. Penggunaan BM mengikut zon pula menunjukkan, inilah satu-satunya domain pencapaian yang

amat memuaskan bagi zon Malaysia Timur (Sarawak). Peratusan yang dicapai oleh zon Malaysia Timur (Sarawak) didapati bukan sahaja mengatasi tahap pencapaian paras kebangsaan tetapi turut mengatasi zon-zon yang lain. Zon timur dan zon utara

12

diperhatikan mempunyai tahap pencapaian yang memuaskan dan peratusannya melepasi paras kebangsaan. Bagi zon tengah dan zon selatan, tahap pencapaiannya kurang memuaskan. Jika dilihat peratus yang tidak mengutamakan BM pada nama bangunan, peratus yang paling tinggi ditunjukkan oleh zon selatan, iaitu 29.2% dan peratus yang paling rendah ialah zon Malaysia Timur (Sarawak), iaitu 8.3% sahaja. Dari segi jenis PBT, kawasan pentadbiran MD berada pada tahap sangat memuaskan. Kawasan pentadbiran ini lebih mengutamakan penggunaan BM pada nama bangunan berbanding jenis PBT yang lain. Bagi kawasan pentadbiran DB/MB, pencapaiannya adalah memuaskan, dan kawasan pentadbiran MP kurang memuaskan. TAHAP PEMATUHAN TATABAHASA Pematuhan tatabahasa bermaksud bahasa yang digunakan di tempat awam itu mematuhi peraturan tatabahasa bahasa Melayu seperti yang dihuraikan di dalam buku Tatabahasa Dewan. Dengan kata lain, bahasa yang digunakan itu tidak melakukan kesalahan tatabahasa. Tahap pematuhan diukur berdasarkan penilaian dari segi penggunaan tatabahasa sama ada betul atau salah dalam dua skala, iaitu (i) patuh dan (ii) tidak patuh. Dalam menentukan tahap pematuhan ini, enam aspek tatabahasa telah dianalisis, iaitu (i) penggunaan struktur frasa/ayat, (ii) penggunaan ejaan, (iii) pemilihan perkataan, (iv) penggunaan imbuhan, (v) penggunaan tanda baca, dan (vi) penggunaan bahasa bercampur (rojak). Sama seperti analisis tahap penggunaan, tahap pencapaian pematuhan BM ditentukan mengikut skala berikut:

Tahap Pematuhan

Skala

Sangat memuaskan (cemerlang) 85% dan ke atas Memuaskan (baik) Kurang (sederhana) Tidak memuaskan (lemah) 49% dan ke bawah 70% hingga 84% memuaskan 50% hingga 69%

Seperti yang telah dihuraikan, data yang dianalisis dalam kajian ini terdiri daripada 6327 sampel. Daripada bilangan tersebut 22.3%, iaitu sebanyak 1409 sampel tidak mengutamakan penggunaan BM, atau dengan kata lain tidak 13

menggunakan BM dalam pelabelan dan penamaannya. Sehubungan itu, dalam membincangkan tahap pematuhan tatabahasa BM ini, hanya sampel yang menggunakan BM sahaja yang akan dianalisis, iaitu yang berjumlah 4918 sampel. Berikut dipaparkan tahap pematuhan tatabahasa secara keseluruhan di peringkat kebangsaan.

80 60 40 20 0

79.7

Patuh Tidak Patuh 20.3 Tahap Pematuhan Tatabahasa BM

Rajah 6: Tahap Pematuhan Tatabahasa Secara Keseluruhan (N=4918)

Secara keseluruhannya, tahap ketidakpatuhan terhadap tatabahasa BM yang ditunjukkan dalam Rajah 6 di atas adalah sebanyak 20.3%. Dengan ini, data yang mematuhi tatabahasa BM dalam lapan domain yang dikaji berada pada tahap memuaskan, iaitu 79.7%. tatabahasa mengikut zon.
100 80 60 40 20 0

Seterusnya Rajah 7 memaparkan tahap pematuhan

Utara (N=1088) 74.6 25.4

Tengah (N=979) 78.1 21.9

Selatan (N=1221) 84 16

Timur (N=953) 76.6 23.4

Sarawak (N=677) 86.9 13.1

Kebangsaan (N=4918) 79.7 20.3

Patuh Tidak Patuh

Rajah 7: Tahap Pematuhan Tatabahasa Mengikut Zon

Daripada rajah di atas didapati tahap pematuhan tatabahasa yang melepasi tahap kebangsaan ialah zon Malaysia Timur (Sarawak), iaitu 86.9% dan zon selatan (84.0%). Zon Malaysia Timur (Sarawak) merupakan satu-satunya zon yang berada 14

pada tahap sangat memuaskan, manakala zon-zon lain berada pada tahap memuaskan. Ini menunjukkan bahawa peratusan mematuhi tatabahasa BM di zon Malaysia Timur (Sarawak) adalah lebih baik berbanding dengan zon-zon lain. Dilihat dari sudut ketidakpatuhan tatabahasa pula, zon utara, zon timur, dan zon tengah menunjukkan peratus ketidakpatuhan yang tinggi. Lebih daripada satu perlima sampel kajian di ketiga-tiga zon ini tidak mematuhi tatabahasa BM. Analisis selanjutnya menghuraikan tahap pematuhan tatabahasa mengikut PBT seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.
100 80 60 40 20 0

DB/MB N=670 76.1 23.9

MP N=1629 81.4 18.6

MD N=2619 79.6 20.4

Kebangsaan N=4918 79.7 20.3

Patuh Tidak Patuh

Rajah 8: Tahap Pematuhan Tatabahasa Mengikut Jenis PBT

Secara umumnya, kawasan pentadbiran MP menunjukkan tahap kepatuhan terhadap tatabahasa BM yang lebih tinggi, malah melebihi tahap kebangsaan iaitu sebanyak 81.4%. Manakala peratus pematuhan tatabahasa di kawasan pentadbiran MD dan DB/MB adalah lebih rendah daripada kadar kebangsaan. DB/MD mencatatkan tahap pematuhan pada kadar 76.1%, dan MD sebanyak 79.6%. Pada keseluruhannya kesemua jenis PBT menunjukkan pematuhan tatabahasa berada pada tahap memuaskan.

15

Tahap Pematuhan Tatabahasa Mengikut Domain Rajah 9 di bawah menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa dalam lapan domain yang dikaji, iaitu premis perniagaan, nama tempat kediaman, pernyataan pada papan tanda, iklan, nama jalan, pernyataan pada kain rentang, pernyataan pada gegantung dan nama bangunan.
100

80

60

40

20

Premis Perniagaan N=2856 78.7 21.3

Tempat Kediaman N=315 87 13

Papan Tanda N=734 79.2 20.8

Papan Iklan N=180 75.6 24.4

Nama Jalan N=169 87.6 12.4

Kain Rentang N=482 78.6 21.4

Gegantung N=125 80 20

Nama Bangunan N=57 94.7 5.3

Kebangsaan N=4918 79.7 20.3

Patuh Tidak Patuh

Rajah 9: Tahap Pematuhan Tatabahasa Mengikut Domain

Secara umumnya, tiga domain menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa melebihi peratus kebangsaan dan berada pada tahap sangat memuaskan, iaitu nama bangunan (94.7%), nama jalan (87.6%), dan nama tempat kediaman (87.0%). Bagi domain pernyataan pada gegantung (80.0%) pula, walaupun melepasi peratus kebangsaan tetapi pencapaiannya hanya pada tahap memuaskan bersama dengan domain pernyataan pada papan tanda (79.2%), nama premis perniagaan (78.7%), pernyataan pada kain rentang (78.6%), dan iklan (75.6%). Dari sudut ketidakpatuhan tatabahasa, terdapat lima domain yang

mempunyai peratusan ketidakpatuhan agak tinggi iaitu melebihi 20%. Antaranya, iklan (24.4%), pernyataan pada kain rentang (21.4%), nama premis perniagaan (21.3%), pernyataan pada papan tanda (20.8%) dan pernyataan pada gegantung

16

(20.0%). Seterusnya, dalam bahagian yang berikut dipaparkan tahap pematuhan tatabahasa mengikut domain secara lebih terperinci. Domain Premis Perniagaan Tahap pematuhan tatabahasa dalam domain nama premis perniagaan adalah pada tahap memuaskan, iaitu 78.7%. Namun begitu, peratus tidak patuh dalam domain ini juga agak tinggi, iaitu 21.3% atau melebihi satu perlima daripada keseluruhan sampel yang dikaji. Zon Malaysia Timur (Sarawak) sekali lagi menunjukkan peratus kepatuhan tatabahasa yang tertinggi dan berada pada tahap sangat memuaskan (86.1%). Manakala, tahap pematuhan tatabahasa di zon-zon lain hanya pada tahap memuaskan, iaitu di antara 74.1% hingga 83.4%. Keadaan ketidakpatuhan tatabahasa di zon utara, tengah, dan timur agak membimbangkan, kerana lebih daripada satu perempat daripada keseluruhan sampel di zon-zon tersebut tidak mematuhi tatabahasa BM. Ketiga-tiga kawasan pentadbiran PBT didapati mempunyai tahap pematuhan yang hampir sama, iaitu pada tahap memuaskan. Walaupun ada perbezaan peratusan, tetapi kadarnya adalah kecil. Dalam konteks ketidakpatuhan tatabahasa, peratusan yang diperoleh ketiga-tiga jenis PBT terutama DB/MB agak tinggi. Ketidakpatuhan itu melibatkan lebih satu perlima daripada jumlah sampel. Domain Nama Tempat Kediaman Analisis keseluruhan mendapati bahawa tahap pematuhan tatabahasa dalam domain ini sangat memuaskan, iaitu pada kadar 87.0%. Daripada 315 jumlah sampel nama tempat kediaman, hanya 41 sampel (13%) sahaja yang tidak mematuhi aspek tatabahasa BM. Zon Malaysia Timur (Sarawak) mempunyai tahap pematuhan tatabahasa yang optimum, iaitu 100% patuh, diikuti oleh zon tengah (91.0%) dan zon utara (86.1%) yang kesemuanya berada pada tahap sangat

memuaskan. Manakala, pencapaian zon selatan dan zon timur adalah pada tahap memuaskan. Berasaskan peratus ketidakpatuhan tatabahasa, zon timur

menunjukkan peratus lebih tinggi berbanding zon yang lain. Lebih satu perempat (27.3%) daripada kesalahan tatabahasa ini berlaku di zon timur. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa dalam semua kawasan pentadbiran PBT

17

adalah sangat memuaskan. Peratus ketidakpatuhan juga didapati rendah di ketigatiga kawasan pentadbiran PBT. Domain Pernyataan Pada Papan Tanda Hasil analisis mendapati 20.8% daripada sampel pernyataan pada papan tanda yang dikaji tidak mematuhi tatabahasa BM. Tahap pematuhan tatabahasa dalam domain ini adalah sebanyak 79.2%, iaitu berada pada tahap memuaskan. Analisis secara terperinci mengikut zon pula menunjukkan wujudnya tahap pematuhan tatabahasa yang berbeza antara zon. Zon Malaysia Timur (Sarawak) didapati berada pada tahap sangat memuaskan berbanding dengan zon-zon lain yang hanya sekadar memuaskan. Zon utara, timur, dan tengah merupakan antara zon yang mempunyai tahap ketidakpatuhan tatabahasa yang agak tinggi dengan peratusan melebihi 20%. Dari sudut jenis PBT, ketiga-tiga kawasan pentadbiran PBT didapati mempunyai tahap pematuhan tatabahasa BM yang memuaskan. Secara

perbandingan, kawasan pentadbiran MP mempunyai peratusan tertinggi, iaitu sebanyak 83.5%, diikuti oleh MD (79.0%), dan DB/MB (69.6%). Namun begitu, tahap ketidakpatuhan di kawasan pentadbiran DB/MB didapati hampir sekali ganda lebih besar daripada MP dan sekitar 10% lebih tinggi daripada MD. Tahap ketidakpatuhan di kawasan pentadbiran DB/MB juga melebihi tahap kebangsaan. Domain Iklan Tahap pematuhan tatabahasa dalam domain iklan secara keseluruhannya berada pada tahap memuaskan, iaitu sebanyak 75.6%. Peratus ini agak rendah jika dibandingkan dengan tahap pematuhan tatabahasa BM dengan domain-domain lain sebelum ini. Daripada 180 sampel iklan, 44 sampel (24.4%) didapati tidak mematuhi tatabahasa BM. Analisis mengikut zon menunjukkan hanya zon selatan dan zon Malaysia Timur (Sarawak) mencapai tahap pematuhan tatabahasa yang sangat memuaskan iaitu melebihi 85%. Bagi tiga zon yang lain, zon tengah dan zon timur berada pada tahap memuaskan, manakala zon utara berada pada tahap kurang memuaskan iaitu di bawah 70%. Tahap ketidakpatuhan tatabahasa di zon utara sangat tinggi, iaitu 44.1% dan angka ini hampir sekali ganda lebih besar daripada tahap kebangsaan.

18

Dapatan kajian menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa di kawasan pentadbiran DB/MB berada pada tahap paling rendah (68.6%) dan pencapaian ini kurang memuaskan. Manakala kawasan pentadbiran MP dan MD menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Dari sudut ketidakpatuhan tatabahasa pula, ketigatiganya mempunyai peratusan yang agak tinggi, iaitu antara 22.6% sehingga 31.4%. Domain Nama Jalan Analisis seterusnya tertumpu kepada tahap pematuhan tatabahasa dalam domain nama jalan. Kajian ini mendapati sebanyak 87.6% daripada 169 sampel nama jalan yang dikaji mematuhi tatabahasa BM, manakala 12.4% tidak mematuhi peraturan tersebut. Tahap pematuhan tatabahasa dalam domain ini didapati lebih tinggi berbanding domain-domain sebelum ini. Kecuali zon timur, tahap pematuhan

tatabahasa bagi empat buah zon yang lain itu berada pada tahap yang sangat memuaskan. Zon selatan menunjukkan pencapaian di tahap optimum (100%) diikuti zon Malaysia Timur (Sarawak), zon tengah, dan zon utara. Zon timur menunjukkan tahap ketidakpatuhan tatabahasa yang tinggi, iaitu hampir sekali ganda berbanding dengan tahap kebangsaan. Secara keseluruhan tahap pematuhan tatabahasa di kesemua kawasan pentadbiran PBT adalah sangat memuaskan. Dari segi peratusan pematuhan dan ketidakpatuhan tatabahasa, pencapaian ketiga-tiga jenis PBT tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Domain Pernyataan Pada Kain Rentang Secara keseluruhan, kadar pematuhan tatabahasa dalam domain ini berada pada tahap memuaskan (78.6%). Namun, tahap ketidakpatuhan tatabahasa BM juga agak tinggi, iaitu melibatkan hampir satu perlima daripada keseluruhan sampel yang dikaji. Analisis mengikut zon pula menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa bagi kelima-lima zon adalah memuaskan. Walaupun kesemuanya berada pada tahap yang memuaskan, pencapaian antara zon menunjukkan perbezaan peratusan yang agak ketara. Zon utara mempunyai pencapaian paling rendah (72.4%), manakala zon tengah mempunyai pencapaian tertinggi (82.9%). Perbezaan antara kedua-dua zon ini dalam lingkungan 10%. Dari segi ketidakpatuhan tatabahasa BM, zon utara dan zon timur mempunyai peratusan lebih tinggi daripada kadar kebangsaan. Analisis mengikut jenis PBT mendapati tahap pematuhan tatabahasa dalam domain pernyataan pada kain rentang juga berada pada tahap memuaskan. Namun begitu, 19

jika dibandingkan dengan kadar kebangsaan peratus ketidakpatuhan tatabahasa BM di kawasan pentadbiran MP adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pentadbiran MD dan DB/MB. Domain Pernyataan Pada Gegantung Tahap pematuhan tatabahasa dalam domain pernyataan pada gegantung adalah memuaskan, iaitu sebanyak 80.0%, sementara tahap ketidakpatuhan adalah sebanyak 20.0%. Berdasarkan zon, zon Malaysia Timur (Sarawak) menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa yang optimum (100%), kemudian diikuti oleh zon timur (92.3%) dan zon selatan (88.2%). Tahap pencapaian ketiga-tiga zon ini berada pada tahap sangat memuaskan. Manakala zon utara dan zon tengah pula menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa yang kurang memuaskan, masing-masing pada kadar 65.0% dan 64.3%. Jika dibandingkan dengan kadar kebangsaan, peratus pematuhan di zon utara dan zon tengah ini adalah jauh lebih rendah. Perbezaan antara tahap yang tertinggi (zon Malaysia Timur) dengan yang terendah (zon tengah) amat ketara sehingga 35.7%. Keadaan ini amat berbeza dengan domaindomain sebelum ini yang jurang perbezaannya tidaklah sebesar itu. Analisis mengikut jenis PBT menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa yang tertinggi adalah di kawasan pentadbiran MP (88.6%) dan pencapaiannya berada pada tahap sangat memuaskan. Manakala, bagi DB/MB (79.2%) dan MD (73.7%) tahap pencapaian kedua-duanya adalah memuaskan. Namun begitu, jika

dibandingkan dengan kadar kebangsaan tahap ketidakpatuhan tatabahasa di kawasan pentadbiran MD adalah lebih tinggi (26.3%). Dapatan ini menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa dalam domain pernyataan pada gegantung di kawasan pentadbiran MD kurang berkesan. Domain Nama Bangunan Kajian ini mendapati sebanyak 94.7% daripada sampel nama bangunan yang dikaji mematuhi hukum tatabahasa BM dan hanya 5.3% sahaja yang tidak mematuhi tatabahasa tersebut. Pencapaian ini berada pada tahap sangat memuaskan. Tahap pematuhan tatabahasa BM dalam domain ini bagi kelima-lima zon adalah tinggi dan berada pada tahap pencapaian yang sangat memuaskan. Malahan, zon utara, zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak) menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa BM yang optimum, iaitu 100%. Tahap pencapaian di ketiga-tiga jenis 20

PBT juga sangat memuaskan dengan kawasan pentadbiran DB/MB dan MP mempunyai kadar optimum (100%). Jika dibandingkan dengan domain-domain lain sebelum ini, tahap pematuhan tatabahasa domain nama bangunan adalah antara yang tertinggi pencapaiannya. Jenis-jenis Kesalahan Aspek Tatabahasa Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, daripada 4918 sampel yang menggunakan BM, 3921 sampel (79.7%) didapati patuh kepada tatabahasa BM. Sebaliknya, 997 sampel (20.3%) didapati telah melakukan kesalahan tatabahasa. Analisis dalam bahagian ini tertumpu kepada sampel yang tidak mematuhi tatabahasa BM dengan tujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesalahan tatabahasa yang telah dilakukan. Aspek kesalahan tatabahasa BM yang dianalisis meliputi enam perkara, iaitu ejaan, penggunaan tanda baca, pemilihan perkataan, penggunaan imbuhan, pembinaan struktur frasa dan ayat, dan percampuran bahasa. Huraian tahap kesalahan ini dibentangkan secara umum, mengikut zon, dan jenis PBT. Dalam bahagian ini, tingkat kesalahan tatabahasa BM ditentukan mengikut tiga skala seperti yang berikut:

Tingkat Kesalahan Tinggi (Lemah) Sederhana Rendah (Baik)

Skala 20% dan ke atas 11% hingga 19% 10% dan ke bawah

Rajah 10 di bawah menunjukkan tingkat kesalahan yang tinggi dilakukan dalam aspek percampuran bahasa (52.5%), diikuti pemilihan perkataan (32.9%) dan ejaan (31.5%). Kesalahan tatabahasa pada tingkat sederhana meliputi aspek

struktur frasa dan ayat (10.4%), manakala di tingkat rendah merangkumi aspek tanda baca (3.7%) dan penggunaan imbuhan (8.8%). Ini menunjukkan aspek tanda baca dan penggunaan imbuhan tidak bermasalah jika dibandingkan dengan empat aspek tatabahasa yang lain. Aspek percampuran bahasa merupakan kesalahan

yang paling banyak berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu di tempat awam.

21

100

80

60

40

20

0
Ejaan Betul Salah 68.5 31.5 Tanda Baca 96.3 3.7

Pemilihan Perkataan 67.1 32.9

Penggunaan Imbuhan 91.2 8.8

Struktur Frasa dan Ayat 89.6 10.4

Percampuran Bahasa 47.5 52.5

Rajah 10 Jenis Kesalahan Mengikut Aspek Tatabahasa BM Secara Keseluruhan (N=997)

Perbincangan seterusnya menghuraikan tingkat kesalahan tatabahasa mengikut zon. Jadual 11 di bawah menunjukkan bahawa tingkat kesalahan tatabahasa dalam aspek percampuran bahasa adalah tinggi bagi kelima-lima zon. Dua pertiga kesalahan percampuran bahasa berlaku di zon tengah (61.2%) dan zon Malaysia Timur (Sarawak) (65.2%). Manakala zon selatan melebihi separuh (52.8%) dan zon utara dan timur melebihi 40% kesalahan dalam aspek ini. Kesalahan kedua tertinggi melibatkan aspek pemilihan perkataan. Zon tengah mendahului zon-zon lain dengan kadar kesalahan menghampiri 60%, dan diikuti oleh zon timur (43.5%) dan zon Malaysia Timur (Sarawak) (40.4%). Kesalahan ketiga tertinggi dalam aspek tatabahasa ialah kesalahan ejaan. Empat daripada lima zon, kecuali Malaysia Timur (Sarawak), mempunyai peratus kesalahan ejaan yang agak tinggi, iaitu antara 26.6% (zon tengah) dengan 36.8% (zon timur). Bagi kesalahan tanda baca, penggunaan imbuhan, dan struktur frasa dan ayat tingkat kesalahan yang dilakukan masih rendah merentasi kelima-lima zon.

22

Jenis Tatabahasa

Tahap Pematuhan Tatabahasa

Peratus Pematuhan BM Mengikut Zon Tengah Selatan Timur Malaysia N=276 N=214 N=195 N=223 Timur (Sarawak) Utara
N=89

Kebangsaa n N=997

Ejaan

Betul Salah

67.4 32.6 96.4 3.6 89.5 10.5 93.1 6.9 87.0 13.0 51.1 48.9

73.4 26.6 97.7 2.3 40.7 59.3 93.5 6.5 93.5 6.5 38.8 61.2

63.6 36.4 94.9 5.1 80.0 20.0 88.2 11.8 89.7 10.3 47.2 52.8

63.2 36.8 95.1 4.9 56.5 43.5 89.2 10.8 90.6 9.4 57.0 43.0

84.3 15.7 98.9 1.1 59.6 40.4 91.0 9.0 85.4 14.6 34.8 65.2

68.5 31.5 96.3 3.7 67.1 32.9 91.2 8.8 89.6 10.4 47.5 52.5

Tanda baca

Betul Salah

Pemilihan perkataan

Betul Salah

Penggunaan imbuhan Struktur frasa dan ayat Percampuran bahasa

Betul Salah Betul Salah Betul Salah

Jadual 11: Tahap Pematuhan Aspek Tatabahasa Mengikut Zon

Jadual 12 menunjukkan tingkat kesalahan tatabahasa mengikut jenis PBT. Dapatan kajian memperlihatkan tingkat kesalahan tatabahasa mengikut jenis PBT menunjukkan pola yang sama mengikut zon. Kesalahan percampuran bahasa mempunyai peratus lebih tinggi merentasi semua jenis PBT, diikuti kesalahan pemilihan perkataan dan ejaan. Secara perbandingan kesalahan percampuran bahasa lebih banyak dilakukan di DB/MB, diikuti MP dan MD. Bagi kesalahan pemilihan perkataan, peratus perbezaan tidak begitu ketara antara DB/MB dengan MP, tetapi lebih tinggi daripada MD. Dalam aspek kesalahan ejaan, kebanyakan kesalahan ini berlaku di MD (34.5%) diikuti MP (30.4%), sementara DB/MB pada kadar lebih rendah (23.8%). Bagi kesalahan tanda baca, pemilihan perkataan, penggunaan imbuhan, dan struktur frasa dan ayat secara keseluruhannya masih rendah di semua jenis PBT.

23

Jenis Tatabahasa Tahap Pematuhan Tatabahasa Ejaan Betul Salah Tanda baca Betul Salah Pemilihan perkataan Betul Salah Penggunaan imbuhan Struktur frasa dan ayat Percampuran bahasa Betul Salah Betul Salah Betul Salah

Peratus Pematuhan BM Mengikut Jenis PBT DB/MB MP MD


N=160 N=303 N=534

Kebangsaan
N=997

76.3 23.8 98.1 1.9 65.6 34.4 90.0 10.0 90.0 10.0 38.1 61.9

69.6 30.4 95.4 4.6 64.4 35.6 90.4 9.6 87.5 12.5 47.5 52.5

65.5 34.5 96.3 3.7 69.1 30.9 91.9 8.1 90.6 9.4 50.4 49.6

68.5 31.5 96.3 3.7 67.1 32.9 91.2 8.8 89.6 10.4 47.5 52.5

Jadual 12: Tahap Pematuhan Aspek Tatabahasa Mengikut Jenis PBT

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan BM secara keseluruhan di peringkat kebangsaan adalah kurang memuaskan dengan peratus pencapaian pada kadar 66.4%. Sebagai sebuah negara berdaulat setelah setengah abad mencapai kemerdekaan, pencapaian ini menunjukkan bahawa usaha rakyat negara ini dalam memartabatkan BM pada kedudukan yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa rasmi dan Malaysia masih belum tercapai dengan sepenuhnya. Dalam kajian ini, tempat awam di peringkat kebangsaan dikelaskan kepada lima zon utama, iaitu (i) zon utara, (ii) zon tengah, (iii) zon selatan, (iv) zon timur, dan (v) zon Malaysia Timur (Sarawak). Tahap pencapaian penggunaan BM pula dirumuskan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah tahap memuaskan dan zon yang menduduki tingkat ini ialah zon timur (77.9%), zon selatan (74.7%) dan zon utara (73.8%). Peringkat kedua yang merupakan tahap kurang memuaskan diduduki oleh zon tengah (68.8%) dan pada peringkat ketiga iaitu tahap paling tidak memuaskan adalah oleh zon Malaysia Timur (Sarawak) pada kadar 38.4%. Peratusan penggunaan BM di zon Malaysia Timur (Sarawak) juga didapati jauh lebih rendah berbanding peratusan penggunaan di peringkat kebangsaan. bahasa kebangsaan

24

Secara umum, zon yang mempunyai tahap kemajuan dan perbandaran yang lebih rendah mempunyai tahap penggunaan BM yang memuaskan berbanding dengan zon yang lebih maju dan terbandar. Misalnya, tahap pencapaian dalam penggunaan BM di zon utara dan zon timur yang dikenali umum sebagai mewakili negeri-negeri kurang maju adalah lebih baik daripada zon tengah dan zon selatan yang diwakili negeri-negeri lebih maju dan moden. Selain itu, zon yang kurang maju ini umumnya merupakan kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu, lantas tahap penggunaan BM diperhatikan lebih memuaskan daripada zon-zon lain yang diwakili penduduk daripada pelbagai kaum atau etnik. Bagi zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak), kewujudan pelbagai kaum atau lebih ramai etnik bukan Melayu memperlihatkan tahap penggunaan BM di tempat awam yang lebih rendah. Umum sedia maklum bahawa urusan penggunaan BM di tempat awam adalah di bawah kawalan dan diurus tadbir PBT masing-masing yang terdiri daripada tiga jenis PBT iaitu MD, MP, dan DB/MB. Secara perbandingan di peringkat kebangsaan, penggunaan BM di tempat awam di kawasan pentadbiran MD adalah lebih baik (70.2 %) berbanding dengan MP (67.6%) dan DB/MB (52.3%). Berdasarkan tahap pencapaian yang berbeza mengikut jenis PBT dapat disimpulkan bahawa perbezaan dalam tahap penggunaan bahasa Melayu adalah berkait rapat dengan tingkat perbandaran yang mencirikan setiap kawasan pentadbiran PBT tersebut. Tahap penggunaan BM di tempat awam adalah lebih baik dan memuaskan di kawasan pentadbiran MD di mana lokasinya terletak di bandar-bandar kecil. Manakala, di kawasan pentadbiran MP yang terletak di bandar besar dan DB/MB di bandar raya, tahap penggunaan BM adalah lebih rendah dan kurang memuaskan. Seterusnya dirumuskan penemuan berkaitan tahap penggunaan BM mengikut lapan domain yang dikaji. Secara umumnya, kedudukan domain-domain ini boleh dikelaskan kepada tiga kategori mengikut tahap pencapaian masingmasing di peringkat kebangsaan. Kategori pertama merujuk kepada dua domain utama dengan tahap pencapaian sangat memuaskan iaitu tempat kediaman dan nama jalan. Kategori kedua pula mengelompokkan semua domain dengan tahap pencapaian memuaskan iaitu papan tanda dan nama bangunan. Kategori terakhir atau ketiga pula merujuk kepada empat domain lain dengan tahap pencapaian kurang memuaskan iaitu kain rentang, premis perniagaan, iklan dan gegantung.

25

Bermula dengan kategori pertama, dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan BM dalam domain tempat kediaman dan nama jalan berada pada tahap yang sangat memuaskan. Kedua-dua domain ini telah berjaya mencapai peratusan penggunaan BM yang amat tinggi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat zon dan PBT. Di peringkat kebangsaan, domain tempat kediaman dan nama jalan ini masing-masing mencapai tahap penggunaan BM sebanyak 99.4% dan 98.2 %. Prestasi yang cemerlang untuk kedua-dua domain ini dalam penggunaan BM di tempat awam juga dapat dibuktikan di peringkat zon dan PBT. Misalnya, dalam domain tempat kediaman, tiga dari lima zon yang dikaji iaitu zon utara, zon selatan, dan zon timur telah mencapai paras optimum (100%). Bagi zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak), prestasi kedua-dua zon ini masih cemerlang dengan peratusan pencapaian yang melebihi 90%. Pencapaian dari segi PBT pula, walaupun peratusan pencapaian MD (100%) mengatasi MP (99.4%) dan DB/MB (94.4%), namun jurang perbezaan tersebut adalah kecil dan tidak signifikan. Ketigatiganya memperlihatkan pencapaian pada tahap sangat memuaskan. Dalam domain nama jalan pula, dapatan kajian menunjukkan tiga daripada lima zon yang dikaji mencapai paras optimum (100%) dalam penggunaan BM di tempat awam. Zon-zon tersebut ialah zon utara, zon tengah dan zon selatan, sementara pencapaian dalam zon timur menurun sedikit kepada 98.2%, manakala zon Malaysia Timur (Sarawak) kepada 86.7%. Rumusan mengikut PBT pula menunjukkan kesemua kawasan pentadbiran MD, kecuali di zon Malaysia Timur (Sarawak), berjaya mengekalkan tahap penggunaan BM yang optimum dalam domain nama jalan. Begitu juga pada peringkat PBT, ketiga-tiga kawasan

pentadbiran PBT ini mencapai peratusan yang tinggi, iaitu antara 94.1% hingga 98.7%, dan ini merupakan suatu pencapaian yang cemerlang dan sangat memuaskan. Kategori kedua merujuk kepada semua domain yang menunjukkan tahap prestasi memuaskan di peringkat kebangsaan. Kajian mendapati dua domain yang tergolong dalam kategori ini ialah domain papan tanda dengan pencapaian 82.9% dan nama bangunan dengan pencapaian 76.1%. Analisis mengikut zon dalam domain papan tanda menunjukkan perbezaan tahap pencapaian antara zon adalah amat ketara. Pencapaian zon timur, zon selatan dan zon utara ternyata sangat memuaskan dengan peratusan yang agak tinggi, iaitu masing-masing 89.8%, 86% 26

dan 84.7%. Pencapaian untuk zon Malaysia Timur (Sarawak) pula telah jatuh kepada 75.2% dan pencapaian paling rendah sekali adalah di zon tengah dengan mencapai 64.6%. Analisis mengikut PBT juga menunjukkan jurang perbezaan antara PBT adalah signifikan. Peratusan penggunaan BM dalam kawasan pentadbiran MD bersamaan 91%, jauh meninggalkan MP (74%) dan DB/MB (60.6%). Berkaitan dengan penggunaan BM dalam domain nama bangunan di peringkat kebangsaan, pencapaiannya hanya sekadar memuaskan iaitu 76.1%.

Berbeza dengan tiga domain sebelum ini, penganalisisan mendalam di peringkat zon memperlihatkan kerencaman dalam penemuannya. Dalam domain ini, zon Malaysia Timur (Sarawak) telah muncul sebagai zon terbaik dengan tahap pencapaian yang sangat memuaskan iaitu 91.7%. Zon utara (75%) dan zon timur (81.8%) pula sekadar berada pada tahap memuaskan, manakala zon selatan (66.7%) dan zon tengah (60%) berada pada tahap kurang memuaskan. Pada peringkat PBT, MD sekali lagi mencatatkan pencapaian yang sangat memuaskan dengan peratusan tertinggi, iaitu 93.3% dan jauh mengatasi MP (61.3%) dan

DB/MB (70%) yang berada pada tahap kurang memuaskan dan memuaskan. Kategori ketiga merujuk kepada domain-domain yang tahap pencapaiannya kurang memuaskan. Domain-domain yang dimaksudkan merangkumi domain kain rentang (64.6%) premis perniagaan (59.9%), iklan (59.2%), dan gegantung (52.7%). Penemuan ini menunjukkan bahawa domain-domain yang tiada kawalan secara langsung dan kurang pemantauan secara berterusan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran PBT didapati mempunyai tahap pencapaian kurang memuaskan. Penemuan ini juga menunjukkan bahawa usaha pemantauan dan penguatkuasaan dalam penggunaan BM pada keempat-empat domain ini oleh pihak PBT setakat ini masih belum begitu berkesan dalam memartabatkan penggunaan BM di tempat awam. Walaupun begitu, analisis lebih terperinci tentang tahap penggunaan BM dalam keempat-empat domain ini melalui perbandingan antara zon menunjukkan bahawa zon utara, timur dan selatan sentiasa lebih baik pencapaiannya berbanding dengan zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak). Tahap penggunaan BM di zon Malaysia Timur (Sarawak) begitu rendah sekali sehingga ada di antara peratusannya berada di bawah paras 50%. Misalnya, dalam domain kain rentang, zon utara berada pada tahap pencapaian yang sangat memuaskan dengan peratusan penggunaan BM sebanyak 85%, dan diikuti oleh zon selatan (81.6%) dan 27

zon timur (76.7%) pada tahap memuaskan. Sementara prestasi pencapaian di zon tengah (51.9%) dan zon Malaysia Timur (Sarawak) (43.2%) ternyata sangat rendah dalam domain ini. Pada peringkat PBT, peratusan yang diperoleh oleh MD bersamaan 72.3%, sedangkan MP dan DB/MB hanya mencapai kadar 61.7% dan 45.3%. Perbandingan ini juga menunjukkan secara konsisten bahawa penggunaan BM di tempat awam dalam kawasan pentadbiran DB/MB umumnya berada pada paras terendah dengan pencapaian yang sangat tidak memuaskan. Pola penyebaran yang sama juga terserlah dalam domain iklan dan gegantung. Tahap penggunaan BM dalam domain iklan bagi zon utara dan timur adalah memuaskan dengan masing-masing mencapai peratusan 76.9%, dan 77.6%. Sebaliknya, bagi zon selatan, pencapaiannya adalah pada tahap kurang memuaskan (58.3%), manakala zon tengah dan zon Malaysia Timur (Sarawak) kedua-duanya berada di bawah paras 50%, suatu pencapaian yang sangat tidak memuaskan. Pencapaian di peringkat PBT pula menunjukkan kawasan pentadbiran MD mencapai peratusan 71.3%, manakala MP dan DB/MB masing-masing hanya mendapat 53.8% dan 47.6% sahaja. Begitu juga dalam domain gegantung, zon utara (63.2%), zon selatan (60.5%), zon timur (57.1%) dan zon tengah (54.5%) walaupun mempunyai peratusan jauh lebih baik tetapi kesemuanya berada dalam tahap kurang memuaskan. Malahan, pencapaian zon Malaysia Timur (Sarawak) dalam domain ini adalah sangat lemah (21.2%), dan jauh lebih rendah daripada peratusan diperoleh dalam domain-domain lain yang diteliti sebelum ini. Pada peringkat PBT pula, peratusan yang diperoleh oleh MP ialah 55.9%, manakala DB/MB mendapat 52.6%, dan MD sebanyak 50.6%. Dalam domain premis perniagaan, hanya zon selatan sahaja yang berjaya meletakkan dirinya pada tahap memuaskan (72.4%). Bagi tiga zon yang lain iaitu zon utara, zon timur dan zon tengah, tahap pencapaian masing-masing adalah kurang memuaskan iaitu di antara 65.5% hingga 68.7%. Seperti biasa, zon Malaysia Timur (Sarawak) berada di tangga terakhir dengan peratusan pencapaian yang sangat rendah dan tidak memuakan, iaitu 31.5%. Kawasan pentadbiran MP sekali lagi berada di tangga teratas dalam domain premis perniagaan dengan 62.8%, manakala MD di tangga kedua dengan 61.5%, manakala DB/MB di sekitar 50.3%. Berdasarkan peratusan yang ditunjukkan, walaupun wujud perbezaan dalam nilai peratusan, namun perbezaan itu amat kecil dan tidak signifikan. Ketiga-tiga kawasan 28

pentadbiran PBT ini masih menunjukkan tahap pencapaian tidak memuaskan dalam domain gegantung dan premis perniagaan. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa domain yang di bawah kawalan terus pihak PBT, seperti nama jalan, tempat kediaman, nama bangunan, dan papan tanda memiliki tahap penggunaan BM yang sangat memuaskan. Penggunaan bahasa dalam domain ini harus melalui prosedur yang ditetapkan dan biasanya perlu diluluskan serta disahkan melalui mesyuarat pentadbiran PBT. Justeru itu, individu, institusi atau organisasi yang ingin meletakkan atau menyampaikan maklumat melalui domain tersebut mesti mematuhi peraturan dan prosedur berkenaan. Penamaan pada domain tersebut juga bersifat kekal dan oleh sebab itu pengawalannya lebih ketat. Sebaliknya, bagi domain iklan, kain rentang, gegantung dan premis perniagaan, pengawalan oleh pihak PBT agak longgar. Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang pegawai PBT, kebiasaannya pihak yang ingin

mempamerkan iklan, kain rentang atau gegantung hanya perlu mengisi borang dan membayar yuran yang ditetapkan. Apa yang tertulis dan tercatat pada bahan-bahan tersebut tidak begitu diberi perhatian oleh bahagian yang mengawalnya di peringkat PBT. Pegawai yang menjaga dan menguruskan bahagian iklan, kain rentang dan gegantung kebanyakannya tidak terlatih dalam bidang bahasa khususnya dari aspek tatabahasa. Mereka akan meluluskan semua permohonan asalkan pihak pengguna membayar yuran yang ditetapkan. Setelah dirumuskan tahap penggunaan BM di tempat awam mengikut zon, jenis PBT, dan domain, rumusan seterusnya adalah dari sudut pematuhan tatabahasa dalam penggunaan BM. Penganalisisan tentang pematuhan tatabahasa hanya melibatkan sampel yang menggunakan BM sahaja, iaitu sampel yang mengutamakan BM dan kurang mengutamakan BM. Bagi sampel yang tidak mengutamakan BM tidak dapat dinilai tahap pematuhan tatabahasanya.

Berdasarkan penelitian ini, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap pematuhan tatabahasa di peringkat kebangsaan telah mencapai kadar 79.7%. Peratusan ini tidak menggambarkan satu tahap pencapaian yang cemerlang seperti yang diharapkan, tetapi sekadar memuaskan sahaja. Dalam konteks tahap penggunaan BM sebelum ini, didapati zon Malaysia Timur (Sarawak) sentiasa berada di tangga terbawah dengan tahap pencapaian yang tidak memuaskan. Namun, dalam konteks tahap pematuhan BM pula, zon ini 29

telah muncul di tingkat teratas dengan peratusan sebanyak 86.9%, iaitu satu pencapaian yang sangat memuaskan. Empat zon yang lain, iaitu zon selatan (84%), zon tengah (78.1%), zon timur (76.6%), dan zon utara (74.6%) hanya berada pada tahap memuaskan. Pencapaian zon Malaysia Timur (Sarawak) di tangga teratas dapat dilihat dalam domain premis perniagaan, nama tempat kediaman, pernyataan pada papan tanda, pernyataan pada kain rentang, dan pernyataan pada gegantung. Begitu juga dalam konteks tahap penggunaan BM, zon timur dan zon utara didapati berada di tangga teratas. Sebaliknya, dalam konteks tahap pematuhan tatabahasa, kedua-dua zon ini berada di tangga terbawah. Rumusan yang dapat disimpulkan ialah tahap penggunaan BM yang tinggi, tidak semestinya diikuti dengan tahap pematuhan yang tinggi. Di sesetengah zon, walaupun mempunyai tahap penggunaan BM yang rendah namun tahap pematuhannya adalah tinggi. Dengan kata lain, walaupun secara kuantitatifnya sesetengah zon mempunyai tahap penggunaan BM yang memuaskan namun dari segi kualiti pematuhan

tatabahasanya adalah rendah. Penganalisisan pada peringkat jenis PBT pula menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa di semua kawasan PBT adalah memuaskan dengan perbezaan peratusan yang kecil iaitu kawasan pentadbiran MP (81.4%), diikuti oleh MD (79.6%) dan akhirnya DB/MB (76.1%). Analisis seterusnya merujuk kepada tahap pematuhan tatabahasa mengikut lapan domain yang dikaji. Antara domain yang mencapai tahap pematuhan tertinggi dan berada pada paras sangat memuaskan ialah domain nama bangunan (94.7%), nama jalan (87.6%), dan nama tempat kediaman (87%). Bagi lima domain yang lain, iaitu domain pernyataan pada gegantung (80%), pernyataan pada papan tanda (79.2%), nama premis perniagaan (78.7%), pernyataan pada kain rentang (78.6%), dan iklan (75.6%) pencapaiannya adalah pada tahap memuaskan. Berdasarkan dapatan ini dapat disimpulkan bahawa domain yang diurus tadbir secara langsung oleh pihak PBT yang perlu melalui prosedur dan peraturan yang lebih terkawal seperti nama bangunan, nama jalan, dan nama tempat kediaman memperlihatkan tahap pematuhan tatabahasa yang tinggi berbanding dengan domain-domain lain. Rumusan berikut pula adalah berkaitan tahap pematuhan BM mengikut aspek tatabahasa. Aspek tatabahasa yang dinilai meliputi enam perkara, iaitu ejaan, tanda baca, pemilihan perkataan, penggunaan imbuhan, struktur frasa dan ayat, dan percampuran bahasa. Tahap pematuhan tatabahasa BM ditentukan mengikut tiga

30

skala: baik (kesalahan 10% dan ke bawah), sederhana (kesalahan 11% hingga 19%), dan lemah (kesalahan 20% dan ke atas). Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada enam aspek tatabahasa ini, hanya dua aspek yang mencapai tahap pematuhan yang baik, iaitu tanda baca (96.3%) dan penggunaan imbuhan (91.2%). Manakala struktur frasa dan ayat berada pada tahap sederhana (89.6%), sementara ejaan (68.5%), pemilihan perkataan (67.1%), dan percampuran bahasa (47.5%) berada pada tahap lemah. Berdasarkan angka-angka tersebut, antara aspek tatabahasa yang bermasalah dan perlu diberi perhatian ialah aspek percampuran bahasa, pemilihan perkataan, dan ejaan. Analisis pada peringkat zon juga menunjukkan aspek kesalahan dari segi percampuran bahasa terutama di zon Malaysia Timur (Sarawak), zon tengah, dan zon selatan adalah sangat lemah iaitu melebihi 50%. Begitu juga pada peringkat PBT, khususnya di kawasan pentadbiran DB/MB dan MP, peratusan kesalahan dari segi percampuran bahasa juga sangat lemah, iaitu masing-masing 61.9% dan 52.5%. Kesimpulannya, tahap pematuhan dalam aspek percampuran bahasa amat lemah berbanding dengan aspek tatabahasa yang lain. Fenomena percampuran bahasa, khususnya penggabungan antara BM dan bahasa Inggeris dilihat semakin menular terutama di zon dan kawasan pentadbiran PBT yang mempunyai komposisi penduduk bukan Melayu yang ramai seperti di zon Malaysia Timur (Sarawak), zon tengah dan zon selatan, dan kawasan terbandar (urbanised) dan lebih maju seperti DB/MB dan MP. Dua lagi aspek kesalahan tatabahasa BM yang sangat bermasalah ialah aspek ejaan dan pemilihan perkataan. Dalam aspek ejaan empat zon kecuali Malaysia Timur (Sarawak) didapati mempunyai peratusan kesalahan yang tinggi iaitu daripada 26.6% di zon tengah hingga 36.8% di zon timur. Dalam aspek pemilihan perkataan pula, kesalahan tatabahasa juga ketara di empat zon kecuali di zon utara dengan julat peratusan antara 20.0% di zon selatan dengan 59.3% di zon tengah. Dapatan ini menunjukkan bahawa masalah kesalahan ejaan dan pemilihan perkataan tidak sahaja terhad di kawasan maju dan terbandar, malah berlaku juga di kawasan kurang maju. CADANGAN DAN SARANAN

31

Bagi meningkatkan penggunaan BM dan di samping mengurangkan kesalahan tatabahasa di tempat awam, beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan. Pertama, Semua PBT perlu menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia termaktub dalam Undang-undang Kecil berkaitan penggunaan BM di setiap kawasan pentadbiran PBT dan negeri. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal ketika memproses kelulusan sesuatu permohonan baru dan pembaharuan lesen perniagaan. Undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan BM yang kurang berkesan atau agak longgar perlu diteliti semula dan dikemas kini serta diselaraskan untuk semua kawasan pentadbiran PBT di Malaysia. Langkah ini dapat membantu memantapkan dan memperkasakan penggunaan BM dan tindakan

penguatkuasaannya. Bagi premis yang sudah mendapat kelulusan tetapi gagal mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia termaktub, tindakan

penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan mengeluarkan arahan atau notis pembetulan, menurunkan objek yang dipamerkan, mengenakan kompaun, dan denda. Kedua, tindakan pemantauan yang berterusan dan lebih kerap perlu dilakukan. Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang pegawai di PBT, isu pemantauan dan penguatkuasaan sukar dilakukan kerana faktor kekurangan sumber tenaga manusia dan kawasan liputan pentadbiran yang luas. Bagi menangani masalah ini, PBT perlu menambah bilangan sumber manusia. Ketiga, bagi memastikan penggunaan bahasa yang tidak menyalahi peraturan tatabahasa BM di tempat awam, PBT perlu mewujudkan jawatan pegawai bahasa di setiap kawasan pentadbirannya. Pegawai ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan pemantauan dalam memastikan penggunaan BM yang betul. Mereka juga bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat, panduan, dan teguran kepada pelanggan PBT. Bagi pegawai lain pula, walaupun tidak terlibat secara langsung dalam hal-hal kebahasaan, mereka juga perlu peka terhadap peraturan-peraturan dan undangundang berkaitan penggunaan BM. Pegawai-pegawai ini diwajibkan untuk menghadiri bengkel dan kursus penataran BM dan penulisan teknikal dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dari semasa ke semasa. Keempat, bagi meningkatkan kesedaran pegawai PBT dan orang awam, kempen kesedaran seperti Cintailah Bahasa Kita perlu dilaksanakan dari semasa 32

ke semasa dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, keyakinan dan kecintaan pegawai PBT dan orang awam dalam mengutamakan penggunaan BM. Pada masa yang sama, dalam usaha kerajaan menentukan Indeks Pencapaian Utama (Key Performance Index-KPI) sesuatu PBT, kriteria tahap penggunaan dan pematuhan BM di kawasan pentadbiran PBT berkenaan perlu diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian. Kelima, sebagai satu badan yang bertanggungjawab merancang, membina, dan memperkasakan BM, Dewan Bahasa dan Pustaka disarankan membantu PBT dan orang awam dalam konteks mengutamakan penggunaan BM serta tidak menyalahi peraturan tatabahasa di tempat awam. Antaranya DBP menyediakan buku panduan, memberi khidmat nasihat dan bimbingan, menganjurkan bengkel penataran bahasa, memberi penghargaan melalui Anugerah Citra Bahasa kepada PBT yang cemerlang dan komited memartabatkan BM.

33

You might also like