Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 55

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TOPIK ALKIL HALIDA

NORSHAHIZAN BINTI MUSTAPHA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2005

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TOPIK ALKIL HALIDA

NORSHAHIZAN BINTI MUSTAPHA

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS KIMIA)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2005

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

....................................................... 5 OKTOBER 2005 NORSHAHIZAN BT MUSTAPHA D20021011078

iii

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Kartini Ahmad selaku pensyarah pembimbing yang telah bekerjasama dalam memberi tunjuk ajar dan panduan bagi meyempurnakan laporan projek penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pelajar-pelajar semester tujuh sesi 2002/2003 yang banyak membantu semasa proses tinjauan dibuat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan laporan penyelidikan ini. Akhir sekali diucapkan ribuan tuerima kasih kepada keluarga tersayang yang banyak memberi sokongan dalam menyempurnakan laporan ini. Sekian, terima kasih.

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran sebagai alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Kimia Organik di kalangan pelajar-pelajar semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sampel kajian adalah terdiri daripada 100 orang pelajar. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian maklumat diri, Bahagian A dan Bahagian B. Nilai peratus dan nilai min digunakan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina. Analisis data yang dilakukan adalah terhadap isi kandungan modul, gaya persembahan modul dan seterusnya terhadap keseluruhan modul. Daripada analisis data, didapati bahawa 100% pelajar memberikan persepsi yang positif terhadap isi kandungan dan gaya persembahan modul dengan nilai purata min skor masing-masing adalah 2.48 dan 2.57. Secara keseluruhannya didapati bahawa 100% pelajar memberikan persepsi yang positif dengan nilai purata min skornya yang lebih besar daripada 2.00 iaitu nilai bagi persepsi positif. Dengan itu, modul yang dibina ini sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Kimia Organik.

ABSTRACT

The purpose of this study is to survey the students perception on the use of teaching and learning module as a teaching aid in Organic Chemistry among students in semester 7 from Universiti Pendidikan Sultan Idris in Tanjung Malim, Perak. The sample of this study consisted of 100 students. The instrument used was questionnaires which consisted of student background, Part A and Part B. Percent and min value are measured to obtain the students perception for teaching and learning module that was built. The analyses of data that accurate from this study are module content, module presentation and the whole of module. From the analyses, 100% students have positive perception for the module content and for module presentation with min score average about 2.48 and 2.57 for each analysis. So, for whole analyses, 100% students have positive perception for the module with min score average about more than 2.00, the value that show for positive perception. So, the module that was built is suitable to use as a teaching aid in Organic Chemistry.

vi

KANDUNGAN

Muka surat PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH ii iii iv v vi ix x

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

PENDAHULUAN Pengenalan Penyataan masalah Objektif kajian Soalan kajian Kesignifikan kajian Batasan kajian Definisi istilah 1.7.1 1.7.2 1.7.3 1.7.4 1.7.5 Persepsi Multimedia Pengajaran Alat bantu mengajar (ABM) Alkil halida 1 2 3 3 4 4 4 4 5 5 5 5

vii

BAB 2 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran Peranan dan kegunaan perisian multimedia Faedah penggunaan multimedia Keberkesanan penggunaan multimedia Persepsi pelajar terhadap penggunaan alat bantu mengajar 6 6 7 8 9 11

BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4

METADOLOGI KAJIAN Pengenalan Rekabentuk kajian Sampel kajian Instrumen kajian 3.4.1 3.4.2 3.5 Borang soal selidik Pembinaan perisian modul 14 14 15 15 15 16 16

Analisis data

BAB 4 4.1 4.2 4.3

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan Penganalisaan data Latar belakang responden 4.3.1 4.3.2 Analisis responden mengikut jantina Analisis responden mengikut kelulusan 17 17 18 18 19

viii

4.4

Analisis item 4.4.1 4.4.2 Penganalisaan data bagi item isi kandungan modul Penganalisaan data bagi item persembahan modul

19 19 21 23 24 26 28 31 37

4.5

Analisis pelajar 4.5.1 4.5.2 4.5.3 Penganalisaan data bagi isi kandungan modul Penganalisaan data bagi gaya persembahan modul Penganalisaan data bagi keseluruhan modul

4.6 4.7

Kandungan modul Perbincangan

BAB 5 5.1 5.2 5.3

KESIMPULAN DAN CADANGAN Pengenalan Kesimpulan Cadangan 39 39 40

RUJUKAN LAMPIRAN

41 44

ix

SENARAI JADUAL

Jadual 4.1 4.2 4.3 4.4 Taburan responden mengikut jantina Laporan responden mengikut kelulusan Persepsi terhadap purata min skor Persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam Modul pengajaran dan pembelajaran Alkil Halida Ringkasan keputusan persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul Purata min skor secar keseluruhan isi kandungan modul Persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam Modul pengajaran dan pembelajaran Alkil Halida

Muka Surat 18 19 19 20

4.5 4.6 4.7

21 21

22

4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16

Ringkasan keputusan persepsi pelajar terhadap gaya persembahan modul 22 Purata min skor secara keseluruhan isi kandungan modul Skala kesimpulan Penganalisaan data bagi isi kandungan modul Persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam modul Penganalisaan data bagi gaya persembahan modul Persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul Penganalisaan data bagi keseluruhan modul Persepsi pelajar terhadap keseluruhan modul 23 23 24 25 27 28 29 30

SENARAI RAJAH

Jadual 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 Persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul Persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul Persepsi pelajar terhadap persembahan modul Persepsi pelajar terhadap persembahan modul Persepsi pelajar terhadap persembahan modul Persepsi pelajar terhadap persembahan modul Paparan untuk memasuki perisian Paparan nota tindak balas Alkil Halida dengan nukleofil dan bes Paparan nota cara stereokimia bagi tindak balas penukargantian Paparan nota kinetik tindak balas Nota paparan susunan kereaktifan dalam SN1 Paparan nota pelarut. Paparan nota nukleofil dalam SN1 Paparan nota stereokimia E2 Paparan nota perbandingan tindak balas E1 dan E2 Paparan menu utama tutorial Paparan soalan tutorial

Muka Surat 25 26 27 28 29 31 32 32 33 33 34 34 35 35 36 36 37

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Multimedia adalah istilah yang selalu digunakan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Ia adalah satu daripada media yang terangkum dalam teknologi instruksional. Ia juga merupakan satu bentuk pembelajaran kendiri yang interaktif yang dikawal oleh komputer sepenuhnya. Perisian multimedia biasanya menggabungkan teks, grafik, audio, visual (gerak dan kaku) dan imej animasi dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (Yusup Hashim, 2004).

Sejak akhir-akhir ini, revolusi teknologi maklumat berjaya membuat ramai pihak berminat untuk mengintegrasikan komputer dalam bidang tugasan masing-masing. Ini termasuklah golongan guru dan pendidik daripada pelbagai bidang.

Memandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan

dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pendidikan melibatkan pengintegrasian teknologi CD-ROM, pengkalan data, multimedia, internet dan lain-lain. Aplikasi teknologi ini akan mengubah imej guru sebagai sumber pengetahuan, maklumat dan bijaksana kepada fasilitator pengetahuan.

Perisian multimedia dapat membantu pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam situasi yang lebih menarik. Perisian yang menepati ciriciri rekabentuk pengajaran juga akan menjamin objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Penggunaan perisian multimedia akan memberi peluang untuk pelajar dalam pengkayaan ilmu pengetahuan.

Multimedia atau modul pembelajaran ini dibentuk adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang pengajaran yang disampaikan di samping menjadikan pembelajaran lebih konkrit dan nyata. Menurut Yusup Hashim (2004), media boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual. Dengan menggabungkan teks, grafik, audio, visual dan animasi dalam bahan pengajaran dan pembelajaran, ini akan menarik minat pelajar untuk belajar dan akan memberi tumpuan kepada pengajaran yang disampaikan. Ini seterusnya menyumbang kepada pengajaran yang lebih berkesan.

1.2

Pernyataan masalah

Kolej dan universiti semakin banyak menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan persekitaran pembelajaran (Buerck, 2002). Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih lengkap dan sempurna jika menggunakan persembahan multimedia. Ia mempunyai potensi untuk mengubah keadaan sistem pendidikan.

Jika dilihat pada sistem pendidikan hari ini, masih banyak penyampaian pengajaran yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada nota-nota kuliah, buku

teks dan lembaran kertas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Teks memainkan peranan penting tetapi peralatan multimedia akan

menjadikannya lebih berkesan lagi.

Persoalannya ialah apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan multimedia atau modul multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah.

1.3

Objektif kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan modul multimedia untuk topik Alkil Halida bagi subjek Kimia Organik dalam membantu proses pengajaran pembelajaran di samping ingin melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan modul multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Kimia Organik bagi pelajar semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Persepsi yang dimaksudkan adalah dari segi isi kandungan dan gaya persembahan yang terdapat dalam modul yang dibina.

1.4

Soalan kajian

Kajian ini dilakukan adalah bagi mencari jawapan kepada soalan berikut:

i. Adakah modul yang dibina sesuai untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kimia Organik.

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap modul pembelajaran yang dibina dari segi isi kandungan modul dan gaya persembahan modul.

1.5

Kesignifikan kajian

Jika dilihat pada hari ini, banyak perisian multimedia yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tertentu terdapat dan dijual di pasaran. Perisian multimedia yang dimaksudkan adalah perisian yang dihasilkan untuk bidang pendidikan.

Kajian yang akan dijalankan ini adalah penting dalam sistem pendidikan umumnya. Dapatan yang akan diperolehi ini dapat membantu menghasilkan modul pembelajaran yang lebih lengkap dan menarik, seterusnya membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penggunaan modul sebagai bahan bantu mengajar boleh menyumbang kepada proses pengajaran yang lebih seronok dan efektif.

1.6

Batasan kajian

Kajian yang akan dijalankan ini akan memberikan tumpuan kepada pengajaran dengan menggunakan perisian multimedia sahaja. Alat ukuran yang digunakan adalah satu set soal selidik bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan modul pembelajaran.

Kajian ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Ia terbatas kepada pelajar 100 orang pelajar semester 7 dari program Pendidikan Sains yang telah mengambil kursus Kimia Organik.

1.7

Definisi istilah

1.7.1

Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) ataupun tanggapan.

1.7.2

Multimedia

Multimedia adalah penggunaan lebih dari satu media dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Multimedia juga adalah gabungan teks, audio, grafik dan animasi ke dalam satu media melalui perantaraan komputer (Zulkifli,1998).

1.7.3

Pengajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pengajaran membawa maksud segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain).

1.7.4

Alat bantu mengajar (ABM)

Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya di bilik-bilik darjah (Kamaruddin Husin, 1988).

1.7.5

Alkil halida

Menurut John McMurry Edisi Keenam (2004), alkil halida merupakan sebatian yang mempunyai atom halogen yang berikat secara ikatan tunggal iaitu penghibridan sp3.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji meneliti serta berbincang mengenai beberapa kajian, kenyataan serta pandangan yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan. Tumpuan lebih kepada penggunaan komputer sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran kimia.

2.2

Penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran

Hasimah dan Mohammad Rafie (1998), CAL Computer Assisted Learning atau pengajaran berbantukan komputer, merupakan satu bidang yang semakin popular dalam teknologi komputer. CAL adalah merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana komputer digunakan sebagai satu medium yang berinteraksi dengan pengguna. Proses ini juga digunakan untuk membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran yang diperolehi dari bilik darjah atau

menyampaikan maklumat dan kemahiran yang baru tanpa bantuan guru atau tenaga pengajar.

Menurut John P. Buerck, Theodore Malstrom and Elliot Peppers (2002), penggunaan teknologi di dalam kelas dapat memberi banyak faedah iaitu meningkatkan proses mengingat, kos yang rendah, kebolehan memindahkan masalah dalam geografi berbanding dengan persekitaran pembelajaran tradisional.

Menurut Heinich (1993) dalam penulisannya yang bertaju Instructional Media and The New Technology of Instructions telah menyatakan bahawa komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.

2.3

Peranan dan kegunaan perisian multimedia

Menurut Mohd. Tajuddin (1998), peranan perkakasan teknologi termasuk perisian kursus multimedia pendidikan, hanya sebagai alat bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan efisien dan efektif. Peranannya sebagai pemangkin kepada pendidikan cemerlang adalah kerana perisian multimedia berperanan untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mengenalpasti kawasan-kawasan kelemahan pelajar. Bagi kawasan kekuatan, perisian multimedia interaktif ini boleh digunakan untuk meningkatkan dan memperluaskan kemahiran intelek dan sikap positif pelajar. Bagi kawasan kelemahan pelajar, ia boleh pula digunakan untuk tujuan pemulihan.

Menurut Rozinah Jamaludin (2000) dalam pendidikan, multimedia digunakan sebagai:

i. Tutorial interaktif dengan memilih bahan yang sesuai berdasarkan kepada kemasukan berterusan maklum balas pelajar dengan

mengambil kira rekod pelajar. ii. Persembahan elektronik melalui pakej aplikasi komputer yang canggih, cakera video dan lain-lain format persembahan. iii. Pengajaran simulasi komputer bagi tajuk yang berbahaya, mahal, berlawanan atau sensitif kepada masa untuk mencubanya secara terusmenerus. iv. Realiti maya, latihan ulangkaji 3-D yang boleh mensimulasikan keadaan sebenar. v. Pengajaran atau sumber yang dihasilkan dalam internet seperti World Wide Web yang memberi perkhidmatan 24 jam sehari. vi. Perayuan hiperteks bagi menjalankan penyelidikan, projek dan pembangunan projek multimedia dalam bentuk CD. Pelajar boleh menggunakan atau menangkap maklumat tekstual, visual grafik dan auditori untuk membangunkan projek mereka.

2.4

Faedah penggunaan multimedia

Memandangkan masalah kefahaman konsep pecahan di kalangan pelajar sekolah rendah dan masalah kekhuatiran matematik maka timbullah kesedaran bahawa intervensi oleh program pengajaran-pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk mengatasi kekangan-kekangan tersebut. Penggunaan perisian multimedia interaktif boleh memainkan peranan dalam usaha meningkatkan keberkesanan mengajar topik pecahan dalam Matematik sekolah rendah.

Menurut Rozinah Jamaludin (2000) dalam pendidikan, faedah multimedia dalam pendidikan adalah seperti berikut:

i. Pengajaran akan menjadi efektif dengan adanya integrasi elemenelemen multimedia. ii. Menarik minat dan memotivasikan pelajar. iii. Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa sahaja. iv. Menjimatkan masa dan kos. Tidak memerlukan tenaga pengajar, cuma bertindak sebagai fasilitator sahaja. v. Pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan dengan adanya kemudahan internet dan perpustakaan maya.

2.5

Keberkesanan penggunaan multimedia

Multimedia memainkan peranan yang penting di era ini. Segenap ceruk dunia memperkatakan tentang kewujudan multimedia ini dan cuba mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Ia telah digunakan di dalam pelbagai bidang sama ada keilmuan ataupun material. Multimedia adalah penting dalam dekad ini. Hanya multimedia yang merupakan titik perubahan dalam sistem pengkomputeran dan ia memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Kulik (1986) menegaskan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan komputer boleh meningkatkan pencapaian pelajar, menjimatkan masa belajar dan mengajar serta dapat membaiki sikap pelajar terhadap sekolah dan pelajaran tertentu.

Menurut Temme (1991), penggunaan perisian komputer telah membantu sekumpulan pelajar gred tiga mengatasi masalah kemahiran belajar. Perisian yang digunakan telah memberi panduan belajar, panduan membuat nota dan teknik belajar. Perisian ini menggunakan interaksi suara, animasi dan pelbagai jenis

10

grafik sebagai komponen motivasi. Dapatan daripada ujian pos telah menunjukkan peningkatan dalam tahap pencapaian bagi kumpulan pelajar yang lemah

Heinich (1993) telah mengemukakan perdapatnya tentang beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membangunkan perisian komputer untuk tujuan pengajaran. Di antaranya ialah kaedah latih-tubi, tutorial, penyelesaian masalah, permainan dan simulasi Manakala menurut Becker (1990) pula, .interaktiviti dalam pembelajaran adalah merupakan mekanisme asas untuk memperolehi pengetahuan dan perkembangan kedua-dua aspek kognitif dan kemahiran-kemahiran fizikal.

Menurut Shuman (1998), multimedia adalah merupakan satu kepuasan. Ini diperolehi melalui mengajar pelajar belajar apakah itu multimedia dan bagaimana ia mengubah kehidupan kita mengajar mereka memahami mengenai teknologi semasa dan akan datang, dan bekerja dengan mereka dalam mereka bentuk dan membangunkan tajuk perisian.

Pengaruh teknologi maklumat terhadap mata pelajaran sains telah mendapat perhatian pelbagai pihak yang berkecimpung dalam arena pendidikan sains. Pendapat ini telah dinyatakan oleh Harris (1994) dalam hasil bukunya yang bertajuk The Future Curriculum with Information Technology Implication for Science Education. Menurut Smith (1994) pula, persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan multimedia menunjukkan bahawa pelajar menjadi lebih mahir dalam pelajaran serta boleh berkongsi kemahiran yang dipelajari. Pelajar bebas memilih isi pelajaran, lebih kreatif dan boleh meningkatkan motivasi pelajar. Kesemua pelajar mendapat pembelajaran menggunakan multimedia sangat berfaedah dan lebih berkesan. Guru yang terlibat dalam program ini menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Crosby dan Stelovsky (1995) dalam penulisannya yang bertajuk From Multimedia Instruction to Multimedia Evaluation (CD-ROM) menyatakan

11

bahawa pengajaran berasaskan perisian multimedia diperolehi melalui kemajuan pelajar dalam kelas sains komputer. Ini menunjukkan bahawa menghadirkan diri di dalam kelas adalah penting untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Sementara itu didapati pencapaian pelajaran yang menggunakan perisian komputer osmosis lebih baik daripada pelajar yang tidak menggunakan perisian multimedia.

Menurut Ebert dan Strudler (1996), pengajaran sains dengan menggunakan multimedia dan komputer telah meningkatkan minat pelajar, iaitu pelajar datang lebih awal dan balik lebih lewat untuk mengusahakan satu projek yang menggunakan multimedia dan komputer.

2.6

Persepsi pelajar terhadap penggunaan alat bantu mengajar

Muraly (1988) dalam kajiannya bertajuk kesan penggunaan ABM terhadap pencapaian murid tingkatan empat dalam mata pelajaran Fizik di dua buah sekolah di daerah Hulu Langat mendapati pencapaian murid adalah lebih baik apabila menggunakan ABM berbanding cara biasa. Dari segi minat, pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Fizik setelah diajar dengan menggunakan ABM.

Satu kajian bertajuk persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan ABM dalam mata pelajaran Fizik tingkatan empat, satu tinjauan di Sekolah Menengah Taun Gusi dan Arshad di Kota Belud, Sabah telah dilakukan oleh Sabdani Batang (1999). Beliau mendapati pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap ABM yang guru gunakan. Dari segi kemahiran, hasil dapatan menunjukkan ABM dapat memberi idea kepada pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan memudahkan pelajar-pelajar membayangkan isi pengajaran yang diajar oleh guru semasa ujian. Dari segi kognitif, hasil dapatan menunjukkan ABM dapat membantu pelajar-pelajar menggambarkan konsep pembelajaran dengan lebih jelas. Pelajar juga dapat mengingati isi pengajaran guru dengan lebih senang.

12

Asas-asas penting dapat difahami dengan lebih berkesan jika ABM digunakan. Dari segi tingkah laku pula, ABM dapat menggalakkan pelajar untuk belajar, pengajaran lebih licin dan sempurna dan pelajar juga merasakan penggunaan ABM adalah sesuai dan berkesan. Dari segi minat, penggunaan ABM yang pelbagai cara pengajaran akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Hasil dapatan beliau juga menunjukkan penggunaan ABM merupakan satu cara unggul dalam menarik minat pelajar terhadap pengajaran guru. Dari segi pemilihan ABM, pelajar telah mempersepsi bahan-bahan 3D, sistem video/TV dan bahan-bahan bercetak dapat menarik minat mereka untuk mengikuti pelajaran.

Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan ABM juga telah dijalankan oleh Muhammad Azian (2000). Kajian beliau adalah mengenai persepsi pelajar terhadap keberkesanan ABM dalam pengajaran sains dan telah merumuskan bahawa pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif dan baik terhadap keberkesanan penggunaan ABM dalam pengajaran sains. Dari dimensi minat, kaedah penggunaan ABM yang pelbagai dalam pengajaran dapat menarik minat pelajar terutama apabila ABM yang berwarna-warni digunakan. Manakala dari dimensi kemahiran, penggunaan ABM dalam pengajaran sains dapat memberi idea kepada pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan berfikir secara sistematik. Dari dimensi tingkah laku pula, hasil kajian menunjukkan ABM dapat menggalakkan pelajar untuk belajar. Dimensi kognitif pula menunjukkan bahawa ABM dapat membantu pelajar-pelajar menggambarkan konsep pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dengan jelas, memahami asas dan butir penting dalam pembelajaran serta pelajar lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran.

Kajian berkaitan dengan persepsi pelajar tehadap ABM telah dijalankan oleh Wan Monalyza (1990) yang mengkaji persepsi pelajar-pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan. Hasil dapatan beliau menunjukkan persepsi sederhana terhadap ABM dan juga cara guru menggunakan ABM dalam pengajaran mata pelajaran Sains Paduan. Kebanyakan pelajar lebih

13

mementingkan ABM yang berjenis-jenis, tulisan dan gambarajah yang teratur serta mudah dibaca serta mempunyai pelbagai warna yang menarik.

Kajian yang sama juga telah dijalankan oleh Lew Poh Peng (1989) melalui kajiannya bertajuk persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam mata pelajaran Biologi Moden mendapati persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam mata pelajaran Biologi Moden adalah positif dan baik. Pelajar mempunyai persepsi bahawa penggunaan ABM merupakan pendekatan yang boleh membantu memajukan perkembangan kognitif, minat, tingkah laku dan kemahiran mereka dalam pembelajaran. Hasil dapatan beliau membuktikan bahawa penggunaan ABM berjaya menguji dan mencabar daya imaginasi dan daya kreativiti pelajar serta memberi simulasi dan motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. Pengkaji mendapati bahawa faktor jantina mempengaruhi persepsi pelajar tehadap penggunaan ABM dalam pengajaran Biologi Moden, di mana persepsi pelajar perempuan lebih baik berbanding dengan persepsi pelajar lelaki dalam soal keberkesanan penggunaan ABM dalam membantu pembelajaran mereka. Hasil kajian beliau juga telah menemui tahap pencapaian pelajar tidak mewujudkan perbezaan persepsi tehadap penggunaan ABM dalam pengajaran Biologi Moden. Persepsi pelajar yang berlainan tahap pencapaian tidak berbeza terhadap peralatan ABM yang digunakan kecuali bahan tayangan dan sistem audio.

14

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan penganalisaan data. Lokasi yang dipilih untuk melakukan kajian ini ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

3.2

Rekabentuk kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif. Data dipungut daripada pelajar-pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah. Set soal selidik ini hendaklah dijawab oleh 100 orang pelajar pelajar 100 orang pelajar semester 7 dari program Pendidikan Sains yang telah mengikuti kursus Kimia Organik di lokasi yang telah dipilih.

15

Di samping itu, kaedah kajian yang telah digunakan adalah kaedah tinjauan. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengumpul maklumat atau pengumpulan data. Kaedah ini dipilih kerana pemerhatian yang dibuat adalah secara terperinci, halus dan menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

3.3

Sampel kajian

Sampel kajian yang telah digunakan ialah pelajar-pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, perak. Pelajar tersebut adalah dari semester 7, program Pendidikan Sains yang telah mengambil kursus Kimia Organik. Sampel yang telah terlibat dalam kajian adalah seramai 100 orang. Pemilihan sampel adalah secara rawak kelompok iaitu responden berada dalam kumpulan dan ini akan memudahkan kajian.

3.4

Instrumen kajian

3.4.1

Borang soal selidik

Bagi pengumpulan data bagi kajian ini, alat kajian yang telah digunakan adalah satu set soal selidik. Responden yang dipilih diminta menjawabnya secara individu. Set soal selidik ini mengandungi bahagian untuk maklumat diri, bahagian A dan bahagian B. Bahagian A (15 soalan) adalah untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap isi kandungan modul dan Bahagian B (15 soalan) adalah untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap gaya persembahan modul. Item-item di dalam set soal selidik ini disediakan dengan menggunakan pengubahsuaian skala Likert 4 poin iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), setuju (S) dan sangat setuju (ST).

16

3.4.2

Pembinaan perisian modul

Modul pengajaran Kimia Organik yang bertajuk Alkil Halida ini telah dibina dengan menggunakan perisian Authoware 7. Modul ini mengandungi nota-nota dan grafik yang akan membantu pelajar-pelajar menggambarkan konsep pembelajaran yang ingin disampaikan dengan jelas, memahami asas dan butir penting dalam pembelajaran serta pelajar lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran. Modul multimedia Kimia Organik yang dibina mempunyai beberapa ciri utama iaitu:

i) berdasarkan sukatan pelajaran Kimia Oranik ii) gambarajah dan persamaan kimia yang sesuai dan dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar. iii) ikon yang mudah digunakan. iv) Menggalakkan pemikiran yang rasional.

3.5

Analisis data

Data-data yang telah diperolehi daripada kajian yang dijalankan akan dianalisis dengan menggunakan perisian Excel. Melalui penganalisaan data yang menggunakan kaedah Excel ini, nilai peratus dikira. Hasil soal selidik ini telah dinilai berpandukan gred yang ditetapkan iaitu modul pembelajaran yang dibina diandaikan sesuai jika peratus yang diperolehi adalah 60% hingga 100% manakala ia dianggap tidak sesuai jika peratus yang diperolehi adalah di antara 0% hingga 59%.

17

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

Setelah menjalankan kajian yang telah diterangkan di dalam bab sebelum ini, maka data kajian direkod daripada set soal selidik yang diberikan kepada responden. Dengan menggunakan perisian Excel, penganalisaan data dilakukan menjadi lebih mudah.

Bab ini membincangkan tentang keputusan kajian yang telah dijalankan. Penganalisaan data yang dibuat adalah terhadap soal selidik iaitu merangkumi isi kandungan modul, gaya persembahan modul serta keseluruhan modul yang dibina.

4.2

Penganalisaan Data

Bahagian ini membincangkan data dan maklumat bagi soal selidik berkaitan persepsi pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap pembinaan modul multimedia sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Alkil Halida.

18

Kajian terhadap persepsi pelajar dilakukan bagi mengetahui persepsi mereka terhadap modul yang dihasilkan sama ada positif ataupun negatif dan seterusnya

mengetahui sama ada modul tersebut sesuai ataupun tidak untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Analisis data ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah berkenaan latar belakang responden, bahagian kedua adalah analisis item yamg merangkumi isi kandungan modul dan gaya persembahan modul dan bahagian ketiga adalah analisis pelajar.

4.3

Latar belakang responden

Responden dianalisis berdasarkan kepada jantina dan kelulusan kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4.3.1

Analisis responden mengikut jantina

Sampel yang dipilih untuk kajian ini adalah melalui pemilihan secara rawak berkelompok seperti yang telah dijelaskan dalam Bab 3. Daripada Jadual 4.1 didapati responden perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki iaitu seramai 95 orang berbanding pelajar lelaki yang seramai 5 orang sahaja. Mengikut peratus, pelajar perempuan adalah sebanyak 95% dan pelajar lelaki sebanyak 5 %. Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina Jantina Kekerapan Peratus (%) Perempuan 95 95 Lelaki 5 5 Jumlah 100 100

19

4.3.2

Analisis responden mengikut kelulusan

Sampel yang dipilih untuk kajian ini adalah melalui pemilihan secara rawak berkelompok seperti yang telah dijelaskan dalam bab sebelum ini. Daripada Jadual 4.2 di bawah, didapati responden terdiri daripada 82 orang pelajar yang berkelulusan matrikulasi, 15 orang yang mempunyai kelulusan STPM dan 3 orang daripada kelulusan diploma.

Jadual 4.2 Taburan responden mengikut kelulusan Kelulusan Matrikulasi STPM Diploma Kekerapan 82 15 3

4.4

Analisis item

Daripada analisis data yang dilakukan, diperolehi peratus responden dan kekerapan serta skor min bagi setiap tahap persepsi terhadap setiap item yang dikemukakan. Secara ringkasnya, untuk menentukan persepsi pelajar terhadap item yang dikemukakan adalah berdasarkan purata min skor adalah seperti Jadual 4.3.

Jadual 4.3 Persepsi terhadap purata min skor Purata Min Skor > 2.00 < 2.00 Persepsi Positif Negatif

4.4.1

Penganalisaan data bagi item isi kandungan modul

Jadual 4.4 menunjukkan nilai min skor dan peratusan responden yang memilih jawapan bagi setiap item soalan yang terkandung dalam bahagian soal selidik bagi mengetahui

20

persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam modul. Daripada jadual, didapati bahawa peratus pelajar yang menjawab pilihan sangat setuju adalah paling tinggi pada item yang ke-4 yang merupakan satu penyataan bahawa saya bebas untuk memilih menu. Peratus pelajar yang memilihnya adalah sebanyak 48%. Bagi pilihan setuju pula, peratus pelajar menjawab paling tinggi pada item yang ke-6 yang

merupakan satu penyataan bahawa penggunaan perisian ini memantapkan lagi konsepkonsep penting dalam topik Alkil Halida. Peratus pelajar yang memilihnya adalah sebanyak 77% daripada 100 orang responden. Sementara bagi pilihan tidak setuju, peratus responden tertinggi yang memilih dari kesemua item adalah sebanyak 51% iaitu pada item ke-8. Peratus responden yang menjawab pilihan sangat tidak setuju paling tinggi pula adalah pada item yang ke-9 iaitu dengan peratus 48%. Kedua-dua item yang ke-8 dan yang ke- 9 adalah merupakan item yang berbentuk negatif.

Jadual 4.4 Persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam modul pengajaran dan pembelajaran Alkil Halida No. Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 STS 0 0 0 0 0 0 13 45 48 0 % Responden TS S 0 60 0 62 6 55 10 42 2 59 2 77 26 37 51 4 48 4 0 84 S = Tidak Setuju SS = Sangat Tidak Setuju Min Skor SS 40 38 39 48 29 21 24 0 0 16 3.4 3.38 3.33 3.38 3.07 3.19 2.72 1.59 1.56 3.16 f = Kekerapan % = Peratus

STS = Sangat Setuju TS = Setuju

Bagi meringkaskan keputusan dalam jadual 4.4, nilai purata bagi peratus pelajar mengikut tahap persepsi iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju diperolehi seperti dalam Jadual 4.5.

21

Jadual 4.5 Ringkasan keputusan persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul Komponen Pemerhatian Nilai purata Sangat Tidak Setuju 12% Tidak Setuju 14% Setuju 48% Sangat Setuju 26%

Jadual 4.6 pula menunjukkan nilai-nilai bagi skor maksimum, skor minimum dan purata skor secara keseluruhan bagi mengukur persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam modul. Hasil dari analisis yang dilakukan, didapati skor maksimum yang diperolehi untuk kesemua item adalah 3.4. Sementara skor minimumnya adalah 1.56. Oleh itu, purata min skor yang diperoleh adalah 2.48. Jika dirujuk pada Jadual 4.3, didapati bahawa secara puratanya kesemua responden mempunyai persepsi positif terhadap perihal yang diketengahkan di dalam setiap item berkenaan dengan isi kandungan yang terdapat dalam modul multimedia bagi tajuk Alkil Halida.

Jadual 4.6 Purata min skor secara keseluruhan isi kandungan modul Min Skor Maksimum 3.4 Min Skor Minimum 1.56 Purata Min Skor 2.48

4.4.2

Penganalisaan data bagi item persembahan modul

Jadual 4.7 menunjukkan nilai min skor dan peratusan responden yang memilih jawapan bagi setiap item soalan yang terkandung dalam bahagian soal selidik bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam modul. Daripada jadual, didapati bahawa peratus pelajar yang menjawab pilihan sangat setuju adalah paling tinggi pada item yang ke-19 yang merupakan satu penyataan bahawa saya boleh keluar dari program ini pada bila-bila masa saya kehendaki. Peratus pelajar yang memilihnya adalah sebanyak 62%. Bagi pilihan setuju pula, peratus pelajar menjawab paling tinggi pada item yang ke-20 yang merupakan satu penyataan bahawa secara umumnya, persembahan keseluruhan modul ini adalah bermutu. Peratus pelajar yang memilihnya

22

adalah sebanyak 77% daripada 100 orang responden. Sementara bagi pilihan tidak setuju, peratus responden tertinggi yang memilih dari kesemua item adalah sebanyak 43% iaitu pada item ke-18. Peratus responden yang menjawab pilihan sangat tidak setuju paling tinggi pula adalah juga pada item yang ke-18 iaitu dengan peratus 49%. Item ke-18 ini adalah merupakan satu penyataan negatif iaitu penggunaan modul ini tidak menarik minat saya untuk belajar topik Alkil Halida.

Jadual 4.7 Persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul pengajaran dan pembelajaran Alkil Halida No. Item 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 STS 0 0 0 0 0 1 0 49 3 3 % Responden TS S 1 68 6 61 5 61 6 53 1 66 22 65 6 71 43 8 2 33 0 77 S = Tidak Setuju SS = Sangat Tidak Setuju Min Skor SS 31 33 34 41 33 12 23 0 62 20 f = Kekerapan % = Peratus 3.3 3.27 3.29 3.35 3.32 2.88 3.17 1.59 3.54 3.14

STS = Sangat Setuju TS = Setuju

Bagi meringkaskan keputusan dalam jadual 4.7 di atas, nilai purata bagi peratus pelajar mengikut tahap persepsi iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju diperolehi seperti dalam Jadual 4.8.

Jadual 4.8 Ringkasan keputusan persepsi pelajar terhadap gaya persembahan modul Komponen Pemerhatian Nilai purata Sangat Tidak Setuju 6% Tidak Setuju 9% Setuju 56% Sangat Setuju 29%

23

Jadual 4.9 di bawah menunjukkan nilai-nilai bagi skor maksimum, skor minimum dan purata skor secara keseluruhan bagi mengukur persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul. Hasil dari analisis yang dilakukan, didapati skor maksimum yang diperolehi untuk kesemua item adalah 3.54. Sementara skor minimumnya adalah 1.59. Oleh itu, purata min skor yang diperoleh adalah 2.57. Jika dirujuk pada Jadual 4.3, didapati bahawa secara puratanya kesemua responden mempunyai persepsi positif terhadap perihal yang diketengahkan di dalam setiap item berkenaan dengan gaya persembahan yang terdapat dalam modul multimedia bagi tajuk Alkil Halida.

Jadual 4.9 Purata min skor secara keseluruhan gaya persembahan modul Min Skor Maksimum 3.54 Min Skor Minimum 1.59 Purata Min Skor 2.57

4.5

Analisis pelajar

Maklumat dari soal selidik dikumpul dan dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan peratusan persepsi pelajar terhadap modul multimedia yang dibina sama ada positif ataupun negatif. Dalam menentukan peratus persepsi tersebut, julat peratusan dalam Jadual 4.10 di bawah digunakan bagi mengelaskan persepsi pelajar iaitu sama ada positif ataupun negatif.

Jadual 4.10 Skala kesimpulan Julat 0-44 45-59 60-74 75-100 Tahap Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Skala Persepsi pelajar adalah negatif

Persepsi pelajar adalah positif

24

4.5.1

Penganalisaan data bagi isi kandungan modul

Jadual 4.11 menunjukkan peratus kekerapan bagi setiap tahap persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul. Data yang dikumpulkan ini adalah ditentukan berdasarkan julat dan tahap-tahap yang telah ditetapkan seperti yang terdapat dalam jadual.

Daripada jadual, didapati responden dengan persepsi sangat setuju menunjukkan peratus kekerapan yang sangat tinggi iaitu 76% daripada 100 responden yang terlibat. Bagi persepsi setuju pula, peratus kekerapan yang ditunjukkan adalah sebanyak 24% iaitu kurang daripada persepsi responden yang sangat setuju. Di samping itu, tidak terdapat seorang pun responden yang menunjukkan persepsi yang tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina. Jika dirujuk pada skala kesimpulan, didapati bahawa persepsi responden terhadap isi kandungan modul yang dibina ini adalah ke arah persepsi yang positif dan tiada seorang pun responden yang terlibat memberikan persepsi yang positif.

Jadual 4.11 Penganalisaan data bagi isi kandungan modul Julat 0-44 45-59 60-74 75-100 Tahap Persepsi Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan (Bilangan Pelajar) 0 0 24 76 % Kekerapan 0 0 24 76

Rajah 4.1 menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul. Tahap persepsi pelajar dibahagikan kepada sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Didapati bahawa responden yang berpersepsi sangat setuju terhadap isi kandungan modul adalah paling ramai iaitu sejumlah 76 responden dan diikuti oleh 24 orang responden yang mempunyai persepsi setuju. Manakala tidak terdapat seorang pun responden yang memberikan persepsi tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap isi kandungan yang dibina.

25

100 90 80 70 60 % 50 Kekerapan 40 30 20 10 0

76

24

0 Sangat Setuju

Sangat Tidak Setuju Setuju Tidak Setuju Persepsi

Rajah 4.1 Persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul Jadual 4.12 menunjukkan persepsi positif dan persepsi negatif tehadap isi kandungan modul yang dibina. Daripada jadual, didapati 100% responden yang terlibat memberikan persepsi yang positif terhadap isi kandungan modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina ini. Ini menunjukkan semua responden menerima isi kandungan modul yang dibina.

Jadual 4.12 Persepsi pelajar terhadap isi kandungan yang terdapat dalam modul Jumlah persepsi Bahagian Isi Kandungan Persepsi positif Jumlah Responden 100 % Responden 100% Persepsi negatif Jumlah Responden 0 % Responden 0%

Rajah 4.2 di bawah adalah ringkasan daripada Jadual 4.12 . Dapat dilihat dengan lebih jelas lagi bahawa persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul adalah positif.

26

100 100 90 80 70 60 % 50 Pe lajar 40 30 20 10 0 Pe rs e ps i Pos itif Pe rs e ps i Pe rs e ps i Ne gatif 0

Rajah 4.2 Persepsi pelajar terhadap isi kandungan modul

4.5.2

Penganalisaan data bagi gaya persembahan modul

Jadual 4.13 menunjukkan peratus kekerapan bagi setiap tahap persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul yang dibina penyelidik. Data yang dikumpulkan ini ditentukan berdasarkan julat dan tahap-tahap yang telah ditetapkan.

Daripada jadual, didapati bahawa responden yang mempunyai tahap persepsi sangat setuju menunjukkan peratus kekerapan yang paling tinggi iaitu 90% berbanding 100 responden. Diikuti dengan 5% responden yang menunjukkan persepsi yang setuju. Manakala jika dirujuk pada Skala Kesimpulan, tidak terdapat seorang pun responden yang menunjukkan pesepsi yang negatif iaitu persepsi sangat tidak setuju dan tidak setuju. Oleh itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa semua responden menunjukkan persepsi yang positif terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul.

27

Jadual 4.13 Penganalisaan data bagi gaya persembahan modul Julat 0-44 45-59 60-74 75-100 Tahap Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan (Bilangan Pelajar) 0 0 5 90 % Kekerapan 0 0 5 90

Rajah 4.3 menunjukkan ringkasan daripada Jadual 4.13. Dapat dilihat dengan jelas bahawa tahap persepsi pelajar yang sangat setuju adalah paling tinggi berbanding dengan tahap persepsi lain iaitu 90%.

100 90 80 70 60 % 50 Kekerapan 40 30 20 10 0

95

5 Sangat Setuju

Sangat Tidak Setuju Setuju Tidak Setuju Persepsi

Rajah 4.3 Persepsi pelajar terhadap persembahan modul

Jadual 4.14 menunjukkan persepsi responden yang dibahagikan kepada persepsi positif dan persepsi negatif terhadap gaya persembahan modul yang dibina. Daripada jadual, didapati 100% responden yang terlibat memberikan persepsi yang positif terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul.

28

Jadual 4.14 Persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul Jumlah persepsi Bahagian Isi Kandungan Persepsi positif Jumlah Responden 100 % Responden 100% Persepsi negatif Jumlah Responden 0 % Responden 0%

Rajah 4.4 di bawah menunjukkan persepsi pelajar terhadap gaya persembahan yang terdapat dalam modul. Dapat dilihat dengan lebih jelas lagi bahawa persepsi pelajar terhadap gaya persembahan modul adalah positif.

100 100 90 80 70 60 % 50 Pelajar 40 30 20 10 0 Persepsi Positif Persepsi

0 Persepsi Negatif

Rajah 4.4 Persepsi pelajar terhadap persembahan modul

4.5.3

Penganalisaan Data Bagi Keseluruhan Modul

Jadual 4.15 menunjukkan hasil dapatan yang diperolehi daripada soal selidik berdasarkan kepada persepsi pelajar terhadap keseluruhan modul yang dibina iaitu dari aspek isi

29

kandungan dan gaya persembahan yang terdapat dalam modul. Daripada jadual didapati bahawa peratus kekerapan bagi persepsi sangat setuju adalah paling tinggi iaitu 89% dan diikuti pula oleh persepsi setuju iaitu 11%. Di samping itu, tidak terdapat seorang pun pelajar yang memberi persepsi sangat tidak setuju dan tidak setuju terhadap modul yang dibina. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan di sini bahawa semua responden yang dipilih untuk pengujian modul ini memberikan persepsi yang positif. Jadual 4.15 Penganalisaan data bagi keseluruhan modul Julat 0-44 45-59 60-74 75-100 Tahap Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan (Bilangan Pelajar) 0 0 11 89 % Kekerapan 0 0 11 89

Rajah 4.5 menunjukkan persepsi pelajar terhadap keseluruhan modul yang dibina. Daripada rajah, dapat dilihat peratusan pelajar yang mempunyai persepsi yang positif dan persepsi yang negatif terhadap keseluruhan modul.

100 90 80 70 % Kekerapan 60 50 40 30 20 10 0 0 0 11

89

Sangat Tidak Setuju Setuju Tidak Setuju Persepsi

Sangat Setuju

Rajah 4.5 Persepsi pelajar terhadap keseluruhan modul

30

Jadual 4.16 berikut menunjukkan peratus persepsi pelajar terhadap modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina. Jika dilihat daripada jadual, didapati peratus pelajar yang mempunyai persepsi yang positif adalah 100%. Oleh yang demikian, tidak terdapat seorang pun pelajar yang mempunyai persepsi yang negatif. Dengan itu, dapat dirumuskan di sini bahawa modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina oleh penyelidik bagi tajuk Alkil Halida ini boleh diterima dan sesuai dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

Jadual 4.16 Persepsi pelajar terhadap keseluruhan modul Jumlah persepsi Bahagian Isi Kandungan Persepsi positif Jumlah % Responden Responden 100 100% Persepsi negatif Jumlah % Responden Responden 0 0%

Rajah 4.6 mewakili persepsi pelajar-pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap modul yang dibina bagi tajuk Alkil Halida. Daripada data yang diperolehi, diketahui bahawa modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina ini sesuai dan dapat dijadikan bahan bantu mengajar bagi tajuk Alkil Halida. Ini disimpulkan berdasarkan kepada persepsi positif yang diberikan oleh responden iaitu sebanyak 100%.

31

100 100 90 80 70 60 % 50 Pelajar 40 30 20 10 0 Persepsi Positif Persepsi 0 Persepsi Negatif

Rajah 4.6 Persepsi pelajar terhadap keseluruhan modul

4.6

Kandungan Modul

Modul yang dibina ini adalah merangkumi topik Alkil Halida bagi mata pelajaran Kimia Organik. Setiap paparan mudul yang dibina mempunyai ikon-ikon yang mudah difahami pelajar-pelajar bagi memudahkan mereka memasuki paparan yang dikehendaki. Di samping itu, disediakan juga ikon Quit pada setiap paparan bagi memudahkan pelajar untuk keluar daripada perisian pada masa-masa yang mereka kehendaki. Modul perisian ini juga mempunyai gambarajah dan grafik yang sesuai dan boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Paparan-paparan yang terkandung di dalam modul adalah seperti yang ditunjukkan.

32

Rajah 4.7 Paparan untuk memasuki perisian.

Rajah 4.8 Paparan nota tindak balas Alkil Halida dengan nukleofil dan bes

33

Rajah 4.9 Paparan nota jenis-jenis stereokimia bagi tindak balas penukargantian.

Rajah 4.10 Paparan nota kinetik tindak balas.

34

Rajah 4.11 Nota paparan susunan kereaktifan dalam SN1

Rajah 4.12 Paparan nota pelarut.

35

Rajah 4.13 Paparan nota nukleofil dalam SN1

Rajah 4.14 Paparan nota stereokimia E2

36

Rajah 4.15 Paparan nota perbandingan tindak balas E1 dan E2

Rajah 4.16 Paparan menu utama tutorial.

37

Rajah 4.17 Paparan soalan tutorial.

4.7

Perbincangan

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar semester 7 yang telah mengikuti kursus Kimia Organik di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap modul multimedia bagi tajuk Alkil Halida yang dihasilkan oleh penyelidik.

Pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan modul merupakan satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi mereka terutamanya dalam kursus Kimia Organik. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang dijalankan, didapati bahawa pelajar yang telah dinyatakan di atas berpandangan positif terhadap modul multimedia yang dibina. Dengan ini, modul yang dihasilkan boleh diterima dan sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kursus Kimia Organik bagi tajuk Alkil Halida.

38

Kenyataan ini selaras dengan pendapat Muraly (1988) yang menyatakan bahawa pencapaian murid adalah lebih baik apabila menggunakan ABM berbanding cara biasa. Sabdani Batang (1999) juga berpendapat bahawa pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap ABM yang guru gunakan. Dari segi kemahiran, ABM dapat memberi idea kepada pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan memudahkan pelajar-pelajar membayangkan isi pengajaran yang diajar oleh guru semasa ujian. Dari segi kognitif, ABM dapat membantu pelajar-pelajar menggambarkan konsep pembelajaran dengan lebih jelas. Pelajar juga dapat mengingati isi pengajaran guru dengan lebih senang. Asasasas penting dapat difahami dengan lebih berkesan jika ABM digunakan. Dari segi tingkah laku pula, ABM dapat menggalakkan pelajar untuk belajar, pengajaran lebih licin dan sempurna dan pelajar juga merasakan penggunaan ABM adalah sesuai dan berkesan. Dari segi minat, penggunaan ABM yang pelbagai cara pengajaran akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa isi kandungan modul dan gaya persembahan modul yang dibina mendapat persepsi yang positif dari pelajar-pelajar. Ini menunjukkan modul multimedia di bawah tajuk Alkil Halida yang dibina ini dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan alat bantu mengajar khususnya modul akan menyumbangkan minat pelajar untuk belajar kerana keadaan modul yang menarik dan pelbagai akan menarik perhatian mereka. Menurut Muhammad Azian (2000), dari dimensi minat, kaedah penggunaan ABM yang pelbagai dalam pengajaran dapat menarik minat pelajar terutama apabila ABM yang berwarna-warni digunakan. Manakala dari dimensi kemahiran, penggunaan ABM dalam pengajaran sains dapat memberi idea kepada pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan berfikir secara sistematik. Dari dimensi tingkah laku pula, hasil kajian menunjukkan ABM dapat menggalakkan pelajar untuk belajar. Dimensi kognitif pula menunjukkan bahawa ABM dapat membantu pelajar-pelajar menggambarkan konsep pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dengan jelas, memahami asas dan butir penting dalam pembelajaran serta pelajar lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran.

39

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan ke atas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, semester 7 yang telah mengambil kursus Kimia Organik.

5.2

Kesimpulan

Secara keseluruhan hasil daripada kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa modul multimedia bagi tajuk Alkil Halida yang dibina oleh penyelidik mendapat persepsi yang positif. Hasil dapatan ini hanya merangkumi pelajar-pelajar semester 7 yang telah mengambil Kimia Organik. Walau bagaimanapun dapatan ini boleh digunakan untuk memberikan gambaran secara umum bagi bidang yang dikaji dan boleh dijadikan

40

panduan kepada pengkaji-pengkaji yang seterusnya yang ingin menjalankan kajian lanjutan dalam bidang ini.

5.3

Cadangan

Pengkaji telah memberikan beberapa cadangan terhadap kajian yang telah dilaksanakan. Cadangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji seterusnya supaya lebih terperinci mengkaji bidang ini.

Kajian yang seterusnya haruslah dijalankan dalam jangkamasa yang lebih lama pada masa depan. Tinjauan perlu dilakukan kepada lebih ramai pelajar bagi memperolehi hasil dapatan yang lebih memuaskan. Kajian ke atas responden yang pelbagai kaum juga boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil dapatan yang berkesan.

Secara umumnya, kajian ini amat penting bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermutu dalam menyumbang ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ini secara langsung akan mempengaruhi tahap pemahaman pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan guru. Keadaan ini akan mengelakkan kesalahan konsep yang mungkin berlaku di kalangan pelajar. Oleh itu diharapkan supaya prestasi pencapaian pelajar akan meningkat dan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan melahirkan para pendidik yang berkeyakinan tinggi di samping dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan berkesan.

Rujukan

Becker, H. J. (1990). Computer Use in United State School: 1998. American Educational Research Association. Boston. Crosby, M. E. & Stelovsky, J. (1995). From Multimedia Instruction to Multimedia Evaluation (CD-ROM). Abstract from: ERIC File: EJ 518441. Ebert, E. & Strudler, N. (1996). Improving Science Using Low-Cost Multimedia. Learning and Leading with Technology, 23-26. Harris, B. (1994). The Future Curriculum with Information Technology Implication for Science Education. School Science Review. 76(275): 15-24. Hasimah & Mohammad Rafie. (1998). Penggunaan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Pra sekolah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 12. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Heinich, R. (1993). Instructional Media and The New Technology of Instructions. Instruction Media. J. E. Shuman. (1998). Multimedia in Action. London: International Thomson Publishing. Kamaruddin Husin. 1988. Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Heinmann (Malaysia), 14-15. Kamus Dewan (Ed. Ke-3). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kulik, J.A dan Kulik, C. C. (1986). Effectiveness of Computer-Based Education in Colleges. AED Journal, 19(2-3): 81-108. Lew Poh Peng. (1989). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan ABM dalam Pengajaran Biologi Moden. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Tajuddin. (1998). Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Interaktif Sebagai Penjana Pendidikan Bestari. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 11. Kota Bharu Kelantan. Muhammad Azian Bin Mashar. (2000). Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Sains. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muraly Tharen. (1988). Kesan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Ke Atas Pelajar Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Di Daerah Hulu Langat. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. McMurry, J. (2004). Organic Chemistry (Sixth Edition). America: Thomson Learning Academic Resource Center. 317. P. Buerck, J, Malmstrom, T & Peppers, E. (2002). Learning environments and learning styles: Non-traditional student enrollment and success in an internet-based versus a lecturer-based computer science course. Learning Environments Research, 6, 137-155. Rozinah Jamaludin. (2000). Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan (1-26). Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd. Sabdani Batang. (1999). Latihan Ilmiah Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Dalam Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Empat, Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Taun Gusi dan Arshad, Kota Belud, Sabah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Smith, I.E. (1994). An Investigation Into Students Perception Of Learning Environment Provided By Hypermedia Toolsin An Inter Disciplinary. High Scool Course of Studies. Dissertation Abstracts International. 54(8): 2995-2996A Temme. (1991). Using Multimedia as a Cognitive Tool. Journal of Research on Computing in Education. 27(94): 472-82 Wan Monalyza Wan Jusoh. (1990). Persepsi Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar yang Digunakan Oleh Guru dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sains Paduan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Yusup Hashim. (2004). Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi (Ed. Ke-3). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zulkifli. (1998). Rekabentuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bestari Berdasarkan Multimedia. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 11. Kota Bharu Kelantan.

LAMPIRAN 1

Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim,Perak SOAL SELIDIK Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan persepsi pelajar terhadap modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina bagi tajuk Alkil Halida dalam kursus Kimia Organik. Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Terima kasih. Maklumat Diri Tandakan ( ) pada ruang yang berkenaan. Jantina : Lelaki Semester : ______ Kelulusan : Matrikulasi STPM Diploma Perempuan

Arahan: Bagi setiap kenyataan di bawah, bulatkan pilihan anda berdasarkan skala berikut: 1 2 3 4 = = = = SANGAT TIDAK SETUJU (STS) TIDAK SETUJU (TS) SETUJU (S) SANGAT SETUJU (ST)

Bahagian A: Isi Kandungan Modul Perisian ITEM KENYATAAN 1 Nota yang disediakan dalam modul ini lengkap dan mudah difahami. 2 Kandungan modul mencakupi keseluruhan topik Alkil Halida. 3 Isi kandungan modul yang ringkas dan padat dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4 Saya bebas untuk memilih menu. 5 Saya mudah merujuk semula teks yang saya lupa.

STS 1 1 1 1 1

TS 2 2 2 2 2

S 3 3 3 3 3

SS 4 4 4 4 4

7 8 9

10

Penggunaan perisian ini memantapkan lagi konsepkonsep penting dalam topik Alkil Halida bagi kursus ini. Nota yang disediakan dalam modul ini membolehkan saya belajar tanpa kehadiran guru. Perisian ini menambahkan kekeliruan saya terhadap topik Alkil Halida yang diajar. Soalan-soalan yang dikemukakan tidak merangkumi sukatan pelajaran bagi tajuk Alkil Halida. Saya berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi dalam modul ini.

1 1 1 1

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

Bahagian B: Gaya Persembahan Modul Perisian ITEM 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 KENYATAAN Ikon-ikon yang digunakan dalam modul ini mudah difahami dan digunakan. Teks serta warna yang digunakan sangat bersesuaian dan menarik. Reka bentuk skrin adalah sangat menarik. Gaya persembahan modul ini menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Gaya persembahan modul ini memberi keselesaan kepada saya untuk belajar. Pemilihan font dan saiznya adalah bersesuaian. Grafik yang digunakan adalah bersesuaian dan menarik. Penggunaan modul ini tidak menarik minat saya untuk belajar topik Alkil Halida. Saya boleh keluar dari program ini pada bila-bila masa saya kehendaki. Secara umumnya, persembahan keseluruhan modul ini adalah bermutu. STS 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 TS 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 S 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 SS 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

Cadangan/ komen: ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

You might also like