Hubungan Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 2.

0 PENGENALAN Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah Negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum yang terdapat di Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat mengikut aturan dan cara yang tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk perpaduan integrasi nasional. Menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan. Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah Negara Pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti iaitu mewakili lebih kurang 55%, sementara Cina mewakili lebih kurang 25%, India pula 7% dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan Dusun, Murut dan Bajau di Sabah. Kemajmukan Negara kita telah menjadi tarikan masyarakat luar. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall ( 1967 : 54 ), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas 5

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 kepada hal ekonomi dalam jual beli sahaja. M.G Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri. Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L.Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah ia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara luar. Selain itu juga, ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall ( 1956 ) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy And Practice : a comparative study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang turut serta masing-masing berpegang pada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri. Perkara ini telah menunjukkan betapa pentingnya memerlukan perpaduan dan intergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses dinamik di mana rakyat daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza sosio-budaya, agama, adat resam, wilayah dapat hidup dalam suasana aman damai, harmoni berteraskan kepada persefahaman, penghayatan kepada Perlembagaan Persekutuan serta menjadikan Rukun Negara sebagai teras budaya dan gaya hidup. Ia juga satu proses untuk mengukuhkan jalinan inter dan intra kaum dan etnik di negara ini. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) "masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia. Namun wujud pula halangan-halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai. Kerajaan malaysia telah mewujudkan satu alternatif yang berkesan bagi

memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah melalui budaya dialog sama ada dalam bidang politik, agama, budaya, ekonomi dan sebagainya. Budaya dialog antara kaum/etnik/budaya/peradapan amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelansungan identiti negara. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Antaranya ialah Majlis Belia Malaysia dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) telah bersama-sama terlibat dalam mendapatkan komen dan pandangan belia pelbagai kaum tentang integrasi rakyat di Malaysia menerusi penganjuran Dialog Pandangan dan Komen untuk Mengeratkan Integrasi Rakyat. Program telah berlangsung pada 29 September 2013 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Dialog ialah perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat, dan tanya jawab. Berasaskan maksud tersebut, dialog boleh dimaksudkan sebagai salah satu percubaan antara dua belah pihak yang berlainan pendapat atau pandangan bagi melakukan sesuatu aktiviti pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara keduadua pihak. Oleh itu, kita boleh menyatakan bahawa dialog ialah perbincangan atau pertukaran pendapat yang melibatkan lebih dari seseorang tentang sesuatu perkara atau isu. Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman atau konflik ideologi yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperli konflik kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu keadilan sosial dan ekonomi. Nilai-nilai teras tamadun haruslah diberi perhatian untuk memastikan keadilan ekonomi bagi mereka. Secara rumusnya, perkara atau isu kepimpinan kelompok/budaya teras harus diberi perhatian dengan memperdalamkan apresiasi kita tentang soal peradaban.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3

3.0 BAHAGIAN B
PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK AMAT PERLU DISUBURKAN DALAM KONTEKS NEGARA KITA, UNTUK MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL YANG MERUPAKAN KUNCI KELESTARIAN KEPIMPINAN KELOMPOK DAN BUDAYA TERAS SERTA KELANGSUNGAN IDENTITI NEGARA? BINCANGKAN.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Pada Pendapat Anda, Adakah Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik Amat Perlu Disuburkan Dalam Konteks Negara Kita, Untuk Memperkukuhkan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Yang Merupakan Kunci Kelestarian Kepimpinan Kelompok Dan Budaya Teras Serta Kelangsungan Identity Negara? Bincangkan. 3.1 PENGERTIAN BUDAYA DIALOG Istilah dialog peradaban merupakan satu istilah yang boleh membawa banyak pengertian dan konotasi bergantung dimensi mana yang hendak kita bahaskan. Dua perkataan iaitu dialog dan peradaban bukanlah istilah baru dalam dunia peradaban manusia. Gagasan dan pemikiran mengenai dialog mulai mendapat tempat apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membahaskan mencari pemikiran baru bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik, pengaduhan dan perselisihan faham yang berlaku antara negara-negara di dunia. Sebab itu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Peradaban. Pengistiharan ini adalah untuk menggalakan perbincangan dan pertemuan antara individu, kelompok, organisasi dan masyarakat dari pelbagai peringkat dan latar belakang mencari titik tolak untuk berkongsi pemikiran, bersefahaman, bekerjasama demi keharmonian dan kedamaian sejagat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), budaya ialah tamadun atau peradapan. Oleh itu budaya merupakan peradapan. Dalam bukunya Comparative History of Civilizations in Asia, Edward L. Farmer mendefinisikan bahawa peradaban adalah entiti atau unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan. Mengikut Kamus Dewan (2005), peradaban diertikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Menurut Muhammad Naquib al-Attas peradaban ialah kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh

masyarakatnya. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa peradaban ialah proses tamadun yang merujuk kepada pencapaian masyarakat dari segi kebendaan dan tatasusila yang tinggi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dialog ialah kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama, perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. Berdialog bermaksud mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka. Bagi Profesor Leonard Swidler dialog ialah,

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 ...a conversation on a comman subject between two or more persons with different views, the primary purpose of which is for each participant to learn from the other so that she or he can change and grow. This definition of dialogue embodies the first commandment of dialogue. Berdasarkan kepada definisi di atas, sesi dialog boleh membantu pemahaman dua atau lebih pihak yang terlibat melalui pertukaran atau perkongsian pandangan, nilai, hujah dan seumpamanya. Secara ringkasnya, dialog adalah satu bentuk interaksi yang berlaku antara sesama manusia demi memenuhi motif atau matlamat tertentu. Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar, merujuk kepada etimologinya yang berasal daripada ha, wau, ra. Seterusnya, idealisme dialog turut diperincikan oleh Azizan Baharuddin (2005) yang menekankan dialog adalah suatu bicara dengan pihak yang berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir yang berlainan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknanya, bukan debat untuk mengalahkan dan menundukkan orang lain. Menurut Ghazali Basri (1990: 40), dialog adalah suatu bicara, komunikasi antara dua pihak atau lebih samada secara formal atau tidak formal. Selain itu, dialog bukannya semata-mata satu siri perbicaraan malahan ia adalah satu cara berfikir yang baru; satu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknanya. Berasaskan pengertian dialog di atas, adalah jelas bahawa secara umumnya dialog adalah satu elemen komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah faham di antara pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Oleh itu dapat disimpulkan budaya dialog membawa maksud dialog peradapan. Dialog peradapan dalam konteks yang luas adalah bertujuan untuk membincangkan antara dua atau lebih pihak bagi mencapai jalan penyelesaian yang kreatif dan baru di dalam menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) pula menjelaskan dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakianan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi. Dialog peradapan dari perspektif Islam pula ditunjukkan oleh Osman Bakar (1997). Beliau menyatakan bahawa komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikkan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza. Daripada dua pendapat bertokoh ini, kita boleh menyimpulkan bahawa dialog peradaban merupakan satu 10

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 perbincangan yang diadakan bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak lain. Dialog peradaban dalam konteks yang luas adalah bertujuan untuk membincangkan antara dua atau lebih pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan baru di dalam menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Dialog peradaban secara umumnya merujuk kepada usaha-usaha berterusan bagi membolehkan penganut daripada pelbagai agama, kepercayaan dan tradisi saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ia bertujuan untuk menghapuskan rasa curiga, buruk sangka dan salah faham terhadap penganut agama atau kepercayaan lain. Hal ini seterusnya akan dapat mewujudkan suasana kehidupan masyarakat dunia yang aman sejahtera. Selain itu, matlamat dan tujuan dialog adalah untuk mewujudkan saling memahami tentang nilai-nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti budaya yang wujud. Dialog peradaban juga berpotensi besar untuk menghindarkan konflik dalam komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan melalui persefahaman, saling percaya

mempercayai dan meletakkan asas kukuh ke arah langkah penyelesaian yang di persetujui bersama (Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban, (2001:1-2)). Dialog peradaban merupakan satu agenda yang sangat penting pada hari ini. Pada era globalisasi, masyarakat dunia daripada pelbagai agama dan tradisi dapat berinteraksi dengan mudah. Dalam konteks negara Malaysia, dialog peradaban ini merupakan sesuatu yang sangat penting. Hal ini kerana negara kita merupakan negara yang sangat rencam dengan kepelbagaian agama, bangsa, bahasa dan budaya. Kepelbagaian ini, jika tidak ditangani dengan baik, akhirnya akan menjadi faktor yang boleh menghancurkan kehidupan negara ini. Sebaliknya, jika diuruskan dengan bijak, ia akan menjadi kekuatan yang akan meletakkan negara ini kukuh dan istimewa di mata dunia. Salah satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah dengan mewujudkan suasana saling memahami dan menghapuskan prasangka antara satu sama lain. Untuk itu, dialog peradaban antara penduduk negara ini daripada pelbagai agama dan kepercayaan mestilah dilakukan. Berdasarkan pendapat-pendapat yang diberikan di atas, dapat kita simpulkan bahawa dialog peradaban adalah amat perlu dalam konteks masyarakat majmuk atau pelbagai tamadun.

11

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 3.2 JENIS-JENIS DIALOG Sesuatu proses dialog itu akan membabitkan perbincangan antara dua pihak atau lebih dengan mempunyai unsur pertemuan, komunikasi, persepakatan, pemahaman,

perhubungan dan persefahaman secara kolektif. Terdapat tiga bentuk dialog agama yang berkembang di Malaysia. Ia tidak bersifat statik tetapi dinamik selari dengan perubahan dan perkembangan masyarakat. Tiga bentuk dialog agama yang berkembang di Malaysia adalah dialog kerjasama dalam kehidupan, dialog tindakan bersama dan dialog melalui wacana intelektual/dialog pengalaman beragama. Terdapat juga jenis atau bentuk dialog lain seperti dialog penyelesaian masalah antara kaum dan etnik, dialog teologi, dialog tentang nilai sejagat, dialog keamanan dan keganasan dan akhirnya adalah dialog tolerensi antara budaya dan agama. Dialog dalam kehidupan menekankan bahawa, di dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama saling memperkaya fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama-sama di dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam dan lain-lain. Dialog dalam kehidupan berlaku apabila ahli masyarakat yang berbeza terpaksa ataupun berusaha untuk hidup bersama di luar batasan kelompok sendiri tanpa dibatasi oleh ruangan lingkungan agama. Sepertimana yang berlaku dalam masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, etnik bukan Melayu telah mengalami proses asimilasi yang cukup tinggi dengan masyarakat Melayu, sehingga dilihat telah meleburkan budaya etnik mereka yang asal (Vaughan, 1974). Mereka akan hidup berjiran, bergotongroyong dan sama-sama berkongsi perasaan sedih dan duka dalam masalah kemanusiaan. Dialog dalam bentuk ini paling kerap dikesan berlangsung dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Falsafah pembangunan negara sejak selepas merdeka hinggalah pada masa sekarang yang menekankan integrasi nasional lebih menekankan elemen dialog dalam bentuk patriotisme ini tanpa menjuruskan kepada isu, nilai-nilai agama yang cukup serius (Abdul Rahman, 2004). Seterusnya adalah dialog melalui tindakan bersama. Ia dapat direalisasikan apabila setiap penganut agama yang berbeza bersepakat merancang dan melaksanakan tindakan yang menguntungkan semua pihak. Dialog bentuk ini biasanya dilakukan oleh nongovernmental organisation (NGO) Islam dan bukan Islam yang bersatu memperjuangkan isu-isu membabitkan kemanusiaan sejagat seperti isu alam sekitar, kepenggunaan, kemiskinan, pendidikan, dadah, AIDS, kebebasan demokrasi dan globalisasi. Selain daripada NGO, terdapat juga badan agama-agama bukan Islam (Malaysian Consultative Council of Buddhisme, Christianity, Hinduisme and Sikhisme) yang bernaung di bawah 12

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memperjuangkan kepentingan setiap penganut agama bukan Islam di Malaysia (Ibrahim, 2003). Dialog melalui wacana intelektual biasanya berlaku sama ada dalam bentuk bilateral seperti Dialog Islam-Kristian, ataupun trilateral seperti agama Islam-Kristian-Yahudi, ataupun dalam bentuk multilateral. Ternyata dialog bentuk multilateral ini didapati lebih efektif kerana perbincangannya lebih berfokus dan lebih terkawal (Ahmad Sunawari, 2003). Dialog bentuk ini masih lagi terhad dalam konteks Malaysia semasa, apabila ia lebih khusus dijalankan hanya di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta tidak diperluaskan skopnya ke dalam kehidupan masyarakat yang lebih besar. Fenomena ini berlaku kerana dialog itu merupakan satu bentuk kemahiran insaniah yang wajar dipelajari dan di budayakan. Secara kesimpulannya, jenis-jenis dialog ini dapat menyumbang kepada negara yang aman dan damai tanpa melibatkan sebarang masalah, pertelingkahan antara satu sama lain, konflik dan sebagainya. 3.3 CIRI-CIRI DIALOG Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001: 2-3) juga telah menggariskan beberapa ciri dialog peradaban antaranya ialah: 1. saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan yang wujud. 2. sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yang lain. Perkara ini merujuk terhadap aktiviti sedia mendengar dari peradaban orang lain. 3. sikap lapa dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan akomodasi dalam perspektif diri. Ciri saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan sesuatu agama dapat membantu menghindarkan daripada berlakunya perselisihan faham, konflik, masalah dan sebagainya. Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang saling memahami antara satu sama lain dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat yang mengamalkan sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yang lain dapat membantu mewujudkan keadaan ataupun suasana yang aman dan damai tanpa menimbulkan sebarang masalah. Sikap toleransi akan menyuburkan pertukaran budaya, persefahaman dalam keadaan yang harmoni seterusnya mengukuhkan kerjasama setiap pihak dalam segenap peringkat. Dengan itu, dialog peradaban dapat menghalang daripada terjadinya konflik diperingkat antarabangsa, nasional dan peringkat 13

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 tempatan melalui pengurangan kesalahfahaman dan ketidakpercayaan. Perkara ini mempunyai kepentingan yang sangat besar untuk menyelesaikan ekonomi semasa dan masa depan, sosial dan masalah-masalah politik melalui perkongsian pengalaman seterusnya dapat mencari penawar kepada pelaksanaannya (Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban, 2001).

3.4 PENGERTIAN KELESTARIAN Kelestarian membawa maksud yang luas, dan dapat diaplikasikan dalam pelbagai disiplin termasuklah pembangunan ekonomi, pengurusan sumber alam dan alam sekitar, pengeluaran makanan, tenaga dan dimensi sosio budaya serta gaya hidup. Kelestarian bukan hanya menyentuh isu alam sekitar, tetapi banyak lagi aspek yang dilestarikan. Pada masa kini, kelestarian merupakan perkataan yang sering digunakan. Kelestarian adalah keperluan untuk hidup serta kesejahteraan hidup sama ada langsung ataupun tidak langsung. Kelestarian membawa kepada keadaan atau suasana yang harmoni dan produktif. Tambahan pula, kelestarian ialah kesatuan kehidupan yang hidup bersama dengan rapat dan harmoni. Ianya mengambil kira apa yang kita perlukan untuk hidup pada masa kini tanpa menjejaskan potensi bagi orang-orang pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan sejagat. 3.5 PENGERTIAN KEPIMPINAN KELOMPOK Kelompok merupakan konsep yang sangat umum dipakai dalam sosiologi dan antropologi. Sebenarnya kelompok merupakan kumpulan manusia yang memiliki syaratsyarat tertentu, dengan kata lain tidak semua pengumpulan manusia dapat disebut sebagai kelompok. Kelompok adalah sekumpulan orang yang mempunyai tujuan bersama yang berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai tujuan bersama-sama, mengenali antara satu sama lain, dan memandang mereka sebagai seorang yang terdapat dalam kelompok tersebut. Kelompok adalah himpunan atau kesatuan manusia yang saling berinteraksi, dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sasaran-sasaran tertentu. Selain daripada itu, kelompok merupakan struktur hubungan yang stabil sehingga dapat menjaga anggota kelompok secara bersama-sama dan berfungsi sebagai suatu unit. Menurut Friedler (1967) kelompok adalah individu yang mempunyai takdir bersama dimana jika satu kejadian mempengaruhi seseorang dalam kelompok maka anggota lain akan terpengaruh. Menurut Cartwright dan Zender (1968) kelompok merupakan sekumpulan individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain yang membuat mereka saling bergantungan antara satu sama lain. Manakala kepimpinan merupakan kemampuan mempengaruhi orang lain, orang bawahan, kemampuan mengarahkan tingkah laku kelompok, memiliki 14

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 kemampuan atau keahlian khusus dalam bidang yang diinginkan oleh kelompoknya, untuk mencapai tujuan organisasi ataupun kelompok. Kepemimpinan kelompok merupakan kemampuan seseorang untuk mempengaruhi anggota kelompoknya untuk bertingkah laku seperti yang dikehendaki oleh pemimpin dalam mencapai tujuan kelompok secara bersama.

3.6 PENGERTIAN PERPADUAN Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat yang bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Selain itu, menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar iaitu padu yang membawa maksud bergabung menjadi satu, sepakat, kukuh, persesuaian, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Perpaduan menekankan kepada sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dimana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup secara bersama. Ianya tercapai dengan sikap saling hormat-menghormati dan sikap tolenrasi antara satu sama lain. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbagaibagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri. Perkara ini menegaskan bahawa perpaduan merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan juga merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama-sama. Perpaduan juga bermaksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Secara rumusnya, setiap masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan semangat perpaduan bagi mengekalkan kesejahteraan negara bersama. 3.7 PENGERTIAN INTEGRASI Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi ialah penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup 15

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman dan damai tanpa mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Integrasi boleh berlaku melalui proses akomodasi, akulturasi dan asimilasi. Selain daripada itu, integrasi bermakna penggabungan atau pengabungan dua atau lebih kaum menjadi satu kesatuan. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Intergrasi national adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum.

3.8 KEKUATAN BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA/PERADAPAN Budaya dialog memainkan peranan yang cukup besar dan penting di dalam hubungan domestik, antarabangsa dan juga dalam kalangan masyarakat yang terdapat di seluruh dunia. Hal ini kerana sebahagian daripada masalah yang berlaku pada masa kini, yang telah menimbulkan keganasan dan ketidakadilan dapat diselesaikan melalui budaya dialog. Selain daripada itu, dailog tamadun dapat mengurangkan ketegangan yang wujud di dalam hubungan manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenai pemikiran dan cara kehidupan masing-masing. Sesuatu masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan adannya budaya dialog. Terdapat banyak kekuatan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban yang dapat menyumbang kepada keadaan atau suasana yang aman dan damai. Apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan agama masing-masing mereka, ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan aspek utama kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Perkara ini dapat menyumbang kepada kehidupan yang aman dan damai tanpa adanya sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya. Dengan berbuat demikian, masyarakat tersebut dapat mewujudkan perpaduan sesama mereka. Sebagai contohnya, kemunculan Tamadun Islam yang telah mencapai tahap, Golden agenya (8-14 Masihi) itu misalnya adalah dipengaruhi oleh rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu yang digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap. Tegasnya, budaya dialog dapat mewujudkan kehidupan yang seimbang dalam kalangan masyarakat yang mendorong kepada kehidupan yang harmonis.

16

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Antara kekuatan budaya dialog ialah mampu menyelesaikan konflik yang berlaku terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berbeza dari segi adab, budaya, adat istiadat dan agama haruslah menganggap perbezaan ini sebagai satu yang unik dan satu peluang untuk saling kenal mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain yang akhirnya akan melahirkan pengkayaan peradaban dan keharmonian hidup. Perkara ini dapat mewujudkan perpaduan dan juga dapat meningkatkan ilmu yang baru mengenai budaya-budaya agama lain. Budaya dialog memainkan peranan yang sangat penting dan luas dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dengan memahami dan mengenali tentang adat istiadat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia, kita dapat mengelakan daripada berlakunya sebarang masalah ataupun perselisihan faham. Masyarakat Malaysia yang pelbagai adab dan agama haruslah bersama-sama berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain untuk mencari kebaikan bersama. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengekalkan kemakmuran negara. Selain daripada itu, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban ialah dengan berasaskan kepada prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu. Perkara ini menyumbang kepada sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan moral dan akhlak yang terpuji. Antara nilai-nilai yang terkandung dalam diri setiap masyarakatnya adalah kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan kekreatifan yang tinggi untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kepimpinan negara. Dengan memiliki penghayatan moral dan akhlak yang terpuji, setiap kaum, etnik, budaya dan peradaban dapat mengelakan daripada berlakunya sebarang masalah, konflik, perselisihan faham antara satu sama lain dan sebagainya. Penghayatan moral dan akhlak yang mulia dapat menyumbang ataupun melahirkan masyarakat yang baik, jujur, sopan santun dan sebagainya. Perpaduan dapat diwujudkan akibat daripada masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban adalah dapat mewujudkan nilai-nilai murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangunkan negara dan tamadun kearah perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi. Perkara ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada negara malah ia juga memberi kebaikan kepada rakyatnya. Perkara ini kerana, sekiranya pemimpin memimpin negara dengan adil sudah pastinya semua rakyat mendapat hak masing-masing dan mendapat keperluan asas mereka dengan sempurna. Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai tamadun seperti Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali dan juga Ibnu Khaldun dalam tamadun 17

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Islam, Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina serta Kautilya dan Sambara dalam tamadun India. Keadaan seperti ini dapat melahirkan negara Malaysia yang aman dan damai. Setiap masyarakat dapat memiliki segala kemudahan-kemudahan asas tanpa menghadapi sebarang masalah, akibat daripada pemimpin-pemimpin negara yang menghayati nilai-nilai murni. Pemupukan nilai-nilai murni pada pemimpin negara, dapat melahirkan pemimpinpemimpin yang adil dan saksama dalam setiap urusan mereka. Hal ini akan membanggakan negara kita dalam kalangan negara lain. Tegasnya, budaya diolog memainkan peranan yang sangat penting dalam perkara ini. Selain daripada itu, kekuatan dialog peradaban ialah ia dapat memupuk persefahaman antara satu sama lain dan juga dapat melahirkan perpaduan. Dialog antara agama dapat difahami sebagai suatu bentuk interaksi, perbualan antara pihak yang berlainan agama samada dalam aspek yang bersifat teologi, ritual atau universal. Matlamatnya adalah untuk membina persefahaman dalam kalangan penganut agama seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Budaya dialog berpotensi besar untuk menghindarkan konflik dalam komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan melalui persefahaman, saling percaya mempercayai dan meletakkan asas kukuh ke arah langkah penyelesaian. Dengan memahami antara satu sama lain, kita dapat mengekalkan hubungan yang harmonis antara satu agama dengan agama lain tanpa berlakunya sebarang masalah, konflik dan sebagainya. Perkara ini dapat membawa kepada keadaan atau suasana negara yang aman dan damai. Tambahan pula, kekuatan dialog peradaban ialah ia dapat mengukuhkan nilai-nilai sejagat antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Perkara ini merupakan sesuatu amalan yang sangat penting dan dapat melahirkan perpaduan ataupun saling memahami antara satu sama lain. Sebagai contohnya, saling memahami adat-istiadat kaum lain, saling membantu antara satu sama lain sekiranya mengalami sebarang kecemasan, mengamalkan sikap toleransi dalam sesuatu perbuatan yang membawa kepada pergaduhan dan sebagainya. Pengamalan nilainilai sejagat dapat membentuk sebuah negara yang aman dan damai. Dengan berbuat demikian, sudah pastinya matlamat budaya dialog akan tercapai. Secara umumnya, perbincangan yang dijalankan seharusnya dibincangkan supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan bukan mengikut cara diskusi atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan pendapat dan fakta mereka. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia 18

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya membincangkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan yang diperlukan kaum mereka sahaja. Secara keseluruhanya, budaya dialog memainkan peranan penting dalam mewujudkan pelbagai kebaikan kepada masyarakatnya.

3.9 KELEMAHAN BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA/PERADAPAN Budaya diolog memainkan peranan yang sangat penting terutamanya dalam kalangan masyarakatnya. Walaubagaimanapun, ia mendatangkan beberapa kelemahan kepada etnik, kaum, budaya dan peradaban. Perkara ini memang satu isu yang membimbangkan semua pihak. Hal ini kerana, kelemahan ini akan menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam aspek perpaduan dan integrasi nasional mahupun akan mewujudkan keadaan yang huruhara. Pertama sekali, kelemahan utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban di Malaysia adalah sikap fanatik dan juga perkauman. Apabila sesuatu perbincangan dialog diadakan, kita tidak boleh membincangkan isu-isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Perkara inilah membawa budaya dialog kepada peradaban yang tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Perkara ini telah membimbangkan semua masyarakat yang terdapat di setiap negara. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap dialog peradaban kerana mengikut pandangan mereka, hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja yang dapat menikmati faedah dan kebaikkan manakala pihak yang lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Di sini kita boleh mengatakan bahawa, sesuatu diolog yang diadakan atau dijalankan tidak akan berjaya sekiranya tidak mengikuti protokol yang sewajarnya. Perkara ini menyebabkan matlamat yang diingini tidak akan tercapai untuk menyatukan setiap kaum yang terdapat di Malaysia dan memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta mencari jalan penyelesaian yang disetujui oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan fanatik dalam diri masyarakat. Tegasnya, perkara ini boleh menyebabkan berlakunya rasa tidak puas hati dan membawa kepada pergaduhan. Kelemahan budaya dialog yang seterusnya ialah masalah polarisasi kaum atau bangsa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Polarisasi di sini merujuk kepada setiap kaum akan berkelompok di dalam kaum masing-masing, perhubungan dengan kaum lain adalah terhad dan berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat 19

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 keperluan dan kepentingan yang mustahak dan tidak dapat dielakkan. Perkara ini menyatakan bahawa polarisasi kaum di Malaysia pada masa kini menjadi semakin kritikal dan secara langsung memberikan kelemahan kepada masyarakatnya. Tahap interaksi antara setiap kaum adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang untuk berinteraksi sesama kaum atau bangsa di pelbagai tempat. Sebagai contohnya, kecenderungan untuk memilih sahabat dari bangsa yang sama, kurang perbincangan secara serius dan terbuka terhadap isu politik, ekonomi dan sosial di antara masalah yang berlaku dalam negara kita. Terdapat juga sikap prasangka dan stereotaip yang kuat serta mempercayai bahawa kebudayaan etniknya lebih baik dan unggul daripada kebudayaan orang lain. Sebagai contohnnya, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Perkara ini merupakan salah satu bentuk hubungan yang palsu. Apabila perhubungan yang berbentuk palsu ini dijalankan segala usaha untuk memartabatkan keharmonian antara negara pasti tidak akan dicapai kerana mereka seolah-olah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap terbuka tetapi sebaliknya mereka hanya menjalinkan hubungan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Sekiranya situasi demikian kian berterusan, sikap polarisasi kaum pasti tidak dapat dibendung dan dihalang kerana mereka yang terlibat berfikir bahawa pendapat mereka adalah paling betul dan jika dihalang ia akan menjadi salah satu perkara yang memundurkan kaum-kaum tertentu serta mereka akan berfikir mereka dijajah seperti hamba yang hanya menurut perintah. Sudah pasti perasaan ini pasti akan terbongkar dan boleh membawa permasalahan pada bila-bila masa yang sudah mencapai tahap tidak boleh diatasi lagi. Polarasi kaum yang berterusan sudah pasti akan menyebabkan kemakmuran negara kita akan menjadi merosot. Perkara ini seratus peratus akan mendatangkan kesan yang sangat mendalam dan buruk kepada seluruh masyarakatnya dari sosial, ekonomi mahupun politik. Pendekatan dialog ini boleh dijadikan sebagai wadah utama untuk mengatasi isu polarisasi kaum yang sedang melanda masyarakat Malaysia semasa. Kekurangan nilai-nilai murni juga merupakan salah satu kelemahan yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban. Kajian menunjukan bahawa, sebahagian daripada masyarakat yang terdapat di dunia ini tidak mengamalkan ataupun menghayati nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak begitu peka dengan nilai-nilai murni dan berpendapat bahawa ia ketinggalan zaman. Mereka tidak sedar kepentingan nilainilai murni yang dapat membentuk satu hubungan yang rapat, mesra dengan kaum-kaum lain. Nilai murni seperti berkerjasama, bertolak ansur, berdikari, bersatu padu, tolong menolong dan lain-lain adalah nilai yang perlu diamalkan oleh setiap masyarakat bagi mengelakan daripada berlakunya sebarang permusuhan atau perselisihan faham. Kekurangan nilai murni dalam kehidupan seseorang, akan menyebabkan berlakunya 20

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 keruntuhan moral. Selain itu, kekurangan nilai-nilai murni dalam seseorang individu juga mencetuskan perasaan tidak puas dan dendam di antara setiap kaum. Akhirnya ia akan menyebabkan kemakmuran negara diancam. Setiap masyarakat haruslah mengatasi kelemahan ini supaya keadaan ini tidak berterusan dan menggelakan permusuhan. Kelemahan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban ialah kekurangan sikap toleransi antara satu sama lain. Sikap toleransi merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya. Negara kita iaitu negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Sikap toleransi merupakan aspek yang sangat penting bagi mewujudkan keadaan ataupun suasana yang tenang, aman dan damai. Toleransi antara sesebuah kaum atau etnik adalah dengan menerima tradisi, prinsip, agama dan budaya mereka. Kekurangan toleransi antara kaum boleh menjadi satu kelemahan kepada pelaksanaan proses dialog peradaban. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Tetapi kebanyakan orang pada masa kini sudah lupa perkataan toleransi dalam kehidupan mereka. Perkara ini seratus peratus akan mengancam keamanan negara. Kekurangan mengamalkan sikap toleransi sesama masyarakat, boleh mendatangkan kesan yang teruk dan sudah pastinya kita akan mundur dalam mewujudkan aspek perpaduan dan integrasi nasional. Tambahan pula, kelemahan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban ialah ketidakfahaman etnik. Perkara seperti ini perlu dikurangkan kerana ia adalah pemusnah perpaduan kaum. Kepelbagaian etnik yang mengamalkan kepercayaan, adat, cara hidup ataupun budaya berbeza-beza menjadikan kelemahan yang lebih kuat dalam pembentukan tamadun. Perbezaan ini dapat dinilai dan ditinjau dari aspek politik, ekonomi, dan sosial. Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku di antara kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia adalah bertitik tolak daripada rasa tidak puas hati antara kaum Melayu, Cina dan India. Ketegangan yang berlarutan telah mencetuskan perselisihan faham dan seterusnya pertumpahan darah. Konflik yang dicetuskan ini telah menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Pembentukan tamadun Malaysia telah tercalar akibat tiada penerimaan dan toleransi antara kaum yang ada. Peristiwa itu adalah suatu contoh kegagalan ataupun kelemahan dialog antara budaya dan komuniti tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Setiap masyarakat haruslah memahami antara satu sama lain bagi menggelakan berlakunya sebarang pertelingkahan. Perkara ini dapat menyumbang kepada keamanaan negara.

21

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang aman dan damai tanpa mengalami sebarang keadaan huru-hara. Dialog peradaban berperanan penting di dunia ke arah mewujudkan masyarakat yang aman dan harmonis, hidup damai dalam kepelbagaian ragam tapi masih dapat memelihara prinsip dan nilai peradaban masing-masing. Seiring dengan itu, masyarakat Malaysia harus melihat pengukuhan jiwa agama masing-masing terhadap diri mereka sebagai faktor kestabilan. Tanpa kekuatan agama yang mendasari pembentukan peribadi dan komitmen hidup, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum boleh menjadi amat liberal dalam berfikir hingga suasana keterbukaan menyebabkan mereka hilang jati diri dan tidak melihat kepentingan agama, nilai dan etika sebagai sesuatu yang amat bermakna dalam masyarakat majmuk.

3.10

CADANGAN

MEMPERBAIKI

DAN

MEMPERTINGKATKAN

PELAKSANAAN

BUDAYA DIALOG ANTARA KAUM/ETNIK/BUDAYA DAN PERADABAN Budaya dialog memainkan peranan yang penting dalam pelbagai perkara sehingga dapat mendatangkan kebaikan yang berterusan seperti mengekalkan perpaduan antara satu sama lain, menggelakan daripada berlakunya pergaduhan ataupun perselisihan faham, dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, membangunkan kehidupan yang seimbang, mampu melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan moral dan akhlak yang terpuji dan sebagainya. Dialog peradaban dianggap sebagai satu agenda penting dan berkesan yang mendorong kearah perpaduan dan integrasi nasional. Tetapi ramai masyarakat menggangap dialog peradaban sebagai satu perkara yang tidak begitu penting dalam kehidupan seharian mereka. Perasaan tidak menghirau atau tidak penting terhadap budaya dialog haruslah dihapuskan dan diterangkan ataupun didedahkan tentang kelebihan budaya dialog dalam kalangan masyarakatnya. Untuk mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan ddalam kalangan pihak-pihak yang terlibat, untuk cuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lain-lain. Berhubungan dengan perkara di atas, semua pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan serta merta bagi mengatasi masalah tersebut. Terdapat pelbagai cadangan dalam memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban.

22

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Cadangan pertama ialah, kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara kaum dalam masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatupadukan seluruh masyarakat dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni. Dengan berbuat demikian, semua masyarakat dapat menjalankan kehidupan seharian mereka dalam keadaan tenang, aman dan damai. Suasana ini telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya wujud perpaduan dan integrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Contohnya, adanya program rumah terbuka di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan ia akan dihadiri oleh semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Kerajaan haruslah mengadakan kempenkempen yang bertajuk Keharmonian dan kerjasama antara kaum bagi mendedahkan pelbagai perkara mengenai hubungan kerjasama antara setiap kaum bagi mewujudkan perpaduan. Dengan berbuat demikian, kerajaan dapat meningkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia. Perkara ini merupakan salah satu kenyataan yang amat betul. Malah kita haruslah mengamalkan beberapa nilai yang baik bagi mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara setaip kaum. Tegasnya, pelaksanaan budaya dialog antara pelbagai kaum dan etnik dapat ditingkatkan melalui usaha kerajaan yang mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara kaum. Tambahan pula, media massa, sekolah dan IPT haruslah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengorak langkah untuk merapatkan jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan berbuat demikian, pelaksanaan budaya dialog dapat ditingkatkan antara kaum, etnik, budaya dan peradaban. Sebagai contohnya, apabila kita berinteraksi dengan pelbagai kaum, kita dapat mengumpul tenaga bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau kekangan isu secara bersama. Melalui berinteraksi dengan pelbagai kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan persefahaman di antara pelbagai kaum serta dapat kenal mengenali, bantu-membantu dan berkomunikasi untuk menyelesaikan perkara-perkara yang mementingkan kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam negara serta masalahmasalah sosial secara bersama. Cadangan setersunya adalah bagi meningkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum dan etnik ialah melalui pendedahan ilmiah. Menurut Azizan (2014), kita memerlukan pendedahan ilmiah dalam kehidupan seharian kita seperti sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing 23

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah antara budaya dan tamadun. Malah, ia juga dapat menggalakan hubungan yang tenang dan harmonis dalam kalangan masyarakat tanpa mengalami sebarang masalah, konflik, perselisihan faham, pergaduhan dan sebagainya. Tegasnya, pendedahan ilmiah dapat meningkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban. Selain daripada itu, seseorang yang melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Kita haruslah memberikan keputusan yang adil dan saksama terdapat orang yang membuat kesilapan walaupun mereka beragama sama. Perbincangan atau dialog yang adil dapat menjamin keadaan ataupun suasana yang tenang, aman dan damai tanpa mengalami sebarang huru-hara dalam kalangan masyarakatnya. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Contohnya, semasa semua kaum di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya memberi sokongan kepada isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja bahkan perlulah menjaga perasaan sesama kaum. Kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja boleh menyebabkab berlakunya perselisihan faham antara kaum dan boleh mendorong kepada keancaman kemakmuran negara. Perkara ini membolehkan dialog di akhiri dengan aman dan tenteram tanpa ada perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati sesama mereka. Minda yang terbuka dan perasaan perkauman yang bersama dapat meningkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban. Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intracivilisational, perlulah diwujudkan. Perkara ini merupakan salah satu cadangan yang diambil bagi meningkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban di Malaysia. Ia merupakan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu, Cina, India, dan kaum peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum di negara ini. Perkara ini menyebabkan masyarakat saling kenal mengenali, bantu membantu, saling menghormati antara satu sama lain dan sebagainya. Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaum tersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut, tanpa menimbulkan sebarang masalah. Selain daripada itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsi bersama oleh agama-agama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Dengan berbuat demikian, kita dapat mewujudkan keadaan negara yang aman dan damai dan dapat meningkatkan pelaksanaan budaya dialog. 24

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Cadangan seterusnya ialah, Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolahsekolah boleh memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pelaksanaan budaya dialog. Pengajian mengenai budaya dialog antara kaum dan etnik haruslah dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini. Usaha-usaha tersebut dapat meningkatkan pelaksanaan budaya dialog di Malaysia. Secara kesimpulannya, dialog peradaban merupakan satu tema yang baru di negara Malaysia dan mulai menjadi satu agenda penting dalam masyarakat majmuk. Lantaran itu kerana kepetingannya, maka semua peringkat pemimpin dan masyarakat harus cuba memahami dan applikasikannya dalam kehidupan seharian. Terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik bagi menggelakan berlakunya konflik. Dengan kesediaan dan persiapan mental dan emosi, langkah yang proaktif dan dinamik dalam meningkatkan pelaksanaan budaya dialog harus dilaksanakan. Pelaksanaan budaya dialog dapat menjamin negara yang aman dan damai.

25

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 4.0 RUMUSAN Secara kesimpulanya, dialog peradaban amat perlu dalam konteks masyarakat majmuk atau pelbagai tamadun. Fahaman dalam kalangan peserta dialog dan mereka yang serius dalam dialog perlu mendalami konsep, tujuan, kaedah berdialog dan prasarana dialog. Pastinya peserta dialog atau pencinta dialog perlu ada persediaan emosi, minda dan rohani bagi mempastikan kejayaan dialog dan natijah yang manfaat bersama. Maka dari persediaan dan persiapan diharapkan agar dialog peradaban menjadi sebagai satu wadak untuk menerapkan nilai-nilai persefahaman dan interaksi antara peradaban. Seterusnya menghasilkan kerjasama antara satu sama lain. Usaha pembinaan Tamadun Malaysia bukanlah suatu yang mudah, usaha ini memerlukan kerjasama, penerimaan dan toleransi yang tinggi antara semua kaum terlibat. Semua kaum di Malaysia perlu menganggap mereka adalah bangsa Malaysia yang mana segalanya perlu dinikmati bersama. Malaysia adalah negara kita, tiada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan. Penghayatan nilai-nilai murni diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu satu negara dan satu bangsa. Maka dapatlah kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah penting bagi menguruskan sesebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Mereka harus sedar bahawa, mereka harus menjaga dan membina tamadun dan warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang di telan zaman. Perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia. Maka, setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk bangsa Malaysia. Penerapan rukun negara dapat menyatupadukan dan mengeratkan lagi perpaduan kaum, etnik, budaya dan peradaban di Malaysia.

26

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 5.0 REFLEKSI Saya berasa amat gembira apabila saya menghabiskan kerja kursus ini. Kerja kursus ini dibuat secara individu. Saya berasa bersemangat apabila saya membuat Kerja Kursus Hubungan Etnik. Terus-terang saya katakan bahawa tugasan kali ini amat mencabar kerana ini merupakan satu tugasan yang lain daripada yang pernah saya siapkan. Saya telah mempelajari pelbagai pengajaran daripada hasil kerja kursus ini. Saya telah bertungkuslumus untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk saya. Hal ini adalah satu cabaran bagi saya. Walau bagaimanapun saya tetap berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Melaui tugasan ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang Peristiwa 13 Mei 1969 dan budaya dialog antara kaum/etnik. Saya berpendapat bahawa, hubungan antara semua etnik di Malaysia sangat penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok. Seperti yang saya sudah maklumkan, tugasan ini merupakan tugasan yang rumit. Namun begitu, atas bantuan daripada pelbagai pihak, dapat juga saya menyiapkan tugasan yang bermakna ini dengan sempurna dan baik. Saya Malarvilee a/p Elamkhovan sangat berterima kasih kepada pensyarah Hubungan Etnik iaitu En. Mohamad Munir bin Ismail yang memberi Kerja Kursus Pendek ini. Pada mulanya, saya telah menghadapi beberapa masalah dalam membuat tugasan kerja kursus ini. Saya sedikit keliru mengenai tugasan yang diberikan oleh Pensyarah. Saya juga berasa tugasan kali ini agak berat kerana memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang lebih mendalam. Selepas berbincang dengan pensyarah Hubungan Etnik, saya dapat banyak maklumat mengenai tugasan ini. Beliau juga banyak memberikan penerangaan tentang kerja kursus pendek ini semasa saya menyiapkan kerja itu. Malah beliau juga banyak memberikan nasihat kepada saya supaya saya dapat menyelesaikan projek tersebut dengan baik. Saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna dengan adannya dorongan dan nasihat daripada Pensyarah matapelajaran ini. Saya juga sangat menghargai jasa Pensyarah kerana beliau memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus pendek saya serta membantu saya dari semasa ke semasa apabila saya mendapat susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Dengan adannya dorongan dan nasihat daripada pensyarah, saya dapat berjaya menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Kerja kursus ini dibahagiakan kepada dua bahagian. Dalam tugasan pertama, kami perlu mengkaji tentang Peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada berlakunya rusuhan antara kaum dan terjejasnya perpaduan dan keamanan negara. Di samping itu, kami juga perlu menyediakan sebuah peta minda (i-Think) yang berkenaan dengan rentetan 27

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Seterusnya, dalam tugasan kedua kami diarahkan untuk membuat tentang budaya dialag antara kaum/etnik. Dengan berbuat demikian, saya dapat mengenali lebih mendalam tentang perkara-perkara yang baru. Melalui tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara tidak langsung saya dapat mempelajari pelbagai maklumat-maklumat baru dan berguna. Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana berlakunya peristiwa 13 mei 1969 yang membawa kepada berlakunya rusuhan antara kaum. Walaupun saya telah pelajarinya semasa berada di sekolah dahulu, namun, pendedahan ini telah meningkatkan lagi pemahaman saya tentang Peristiwa 13 Mei 1969. Di samping itu, saya dapat mengenali lebih mendalam tentang urutan peristiwa tersebut. Perkara ini merupakan sesuatu yang penting dalam saya mengenali asal-usul tanah air dan bagaimana peristiwa itu berlaku. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap pemahaman saya dan telah membuatkan saya lebih menghargai serta mencintai tanah air saya. Perkara yang paling penting yang saya pelajari sewaktu penghasilan tugasan ini ialah, saya telah mendapat satu pendedahan baru mengenai budaya dialog antara kaum/etnik. Jika sebelum ini saya tidak begitu ambil peduli tentang perkara ini, tetapi sekarang saya menjadi lebih peka dengan situasi yang bermain di Negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok. Seterusnya, tugasan ini memberi gambaran jelas tentang budaya dialog antara kaum/etnik yang perlu disuburkan dalam konteks negara kita. Selain itu, saya dapat

menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai keadaan hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini. Langkah menerapkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat dapat dilaksanakan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya dari segi kekangan masa. Hal ini adalah kerana terdapat banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar dalam waktu yang sama. Namun, berkat usaha dan rasa tanggungjawab yang tinggi, saya berjaya menyelesaikannya dengan baik. Masa yang ada terpaksa saya korbankan demi cinta saya seluruh jiwa dan raga kepada matapelajaran yang saya minati. Walaupun saya menghadapi masalah dari segi masa, saya tetap membuat tugasan ini dengan tenang sehingga saya dapat memahami semua unsurunsur penting dalam Hubungan Etnik. Saya sebagai bakal guru amat beryakin bahawa dapat mencurahkan segala ilmu yang telah saya pelajari kepada pelajar-pelajar yang bakal saya mengajar pada masa hadapan. 28

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Sebenarnya saya banyak berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang topik perbincangan. Melalui kerja kursus pendek ini saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang Peristiwa 13 Mei 1969, rentetan berlakunya Peristiwa 13 Mei, budaya dialog antara kaum dan etnik di negara kita dan sebagainya. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui lebih banyak maklumat tentang matapelajaran Hubungan Etnik di Malaysia. Hal ini semua dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan saya secara lebih mendalam. Tambahan pula, sebagai seorang guru pelatih saya berasa bahawa mengetahui tentang Peristiwa 13 Mei 1969 dan budaya dialog antara kaum dan etnik merupakan tanggungjawab saya supaya saya dapat menjadi seorang guru yang berpengetahuan pada masa hadapan. Hal ini membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah dengan baik dan sempurna. Sifat berdikari telah menonjol dalam diri saya apabila saya memulakan Kerja Kursus ini. Hal ini sangat membantu saya dan melahirkan nilai berdikari dalam diri saya. Malah, saya juga sedar bahawa kesabaran yang amat tinggi diperlukan bagi mencari maklumat yang tepat dan sikap kerajinan dalam menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Saya juga telah menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan. Melalui tugasan kerja kursus ini, saya telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang Hubungan Etnik. Pihak Pusat Sumber sangat membantu saya untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus Hubungan Etnik. Perkara ini telah menyedarkan saya bahawa perpustakaan mempunyai banyak jenis sumber bacaan yang boleh

memudahkan kerja kursus ini. Saya berpendapat bahawa setiap kerja kursus harus menggalakkan pelajar untuk menggunakan sumber buku dan mengurangkan sumber internet. Saya rasa hal ini akan menyebabkan pelajar untuk membaca buku dengan lebih kerap. Saya berasa amat gembira apabila saya dapat mencari banyak buku yang berkaitan dengan tajuk saya. Hal ini sangat mengembirakan saya. Saya dapat menghabiskan kerja kursus saya dengan sempurna dengan adannya buku- buku daripada Pusat Sumber. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai benda baru dapat saya pelajari terutamanya berkenaan Peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada berlakunya rusuhan antara kaum dan budaya dialog antara kaum dan etnik di negara kita. Saya dapat mengetahui bahawa rentetan berlakunya peristiwa 13 mei 1969 dengan lebih mendalam apabila saya berjaya menghabiskan tugasan projek tersebut. Hal ini semua saya dapat mengetahui apabila saya mula membuat Kerja Kursus Hubungan Etnik. Saya juga membuat rujukan dari pelbagai sumber dalam usaha untuk mencari maklumat yang tepat dan 29

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 bermutu. Artikel dari majalah dan internet serta buku rujukan di perpustakaan menjadi bahan utama dalam penghasilan tugasan saya. Saya amat menitikberatkan kualiti sumber rujukan termasuklah kreadibiliti pengarang bagi memastikan maklumat yang disiarkan adalah benarbenar terbukti dan keberkesanannya. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan banyak faedah dan manfaat kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Saya telah mempelajari pelbagai nilai murni semasa proses pelaksanakan kerja kursus pendek Hubungan Etnik. Saya berasa amat bersyukur apabila saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Diharap kerja kursus ini memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pensyarah dan menepati kehendak soalan yang diberikan. Ilmu yang saya perolehi sepanjang penulisan ini akan saya aplikasikan sebagai panduan dalam kehidupan. SEKIAN, TERIMA KASIH.

30

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 6.0 RUJUKAN Aizat Sharif. (2014). Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan. Kuala Lumpur: Astro Awani. Azmi Shah Suratman & Azrinah Abdul Rahah. (tiada tarikh). Persepsi pelajar terhadap dialog antara agama: Kajian dalam kalangan pelajar tahun 4, fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari http://eprints.utm.my/10439/1/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_DIALOG_ANTARA _AGAMA.pdf. Azmi Shah Suratman, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad & Zulkifli Haron. (2007). Tahap dialog peradaban: Kajian di kalangan pelajar tahun 3 Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari http://eprints.utm.my/2835/1/71864.pdf. Hanis Izzatie Jafar. (2013, Jun 3). Faktor-faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari http://www.scribd.com/doc/145354683/Faktor-faktortercetusnya-peristiwa-13-Mei. Hasliza Hassan. (2012, April 09). Dialog antara agama bantu pupuk perpaduan masyarakat. Berita Harian, pp.6. Hernan Lopez Garay. (2001). Dialogue among civilizations: What for?. International Journal On World Peace, 18(1), 15-33. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari http://sunsite.utk.edu/FINS/loversofdemocracy/lopez-garay.pdf. Institut Tadbiran Awam Negara. (1980). Negara kita: Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Ismail Said. (2010). Perkembangan sejarah negara. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Jauriah Md Azali. (2011). I-think: Aplikasi peta visual dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2000). Pengajian Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Mohanasundari Muniandy. (2013, May 15). Esei cabaran-cabaran yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari http://www.scribd.com/doc/141570512/Esei-cabaran-%E2%80%93-cabaran-yangmenjadi-tribulasi-kepada-proses-dialog-peradaban. Nurdeng Deuraseh. (2008). The Dialogue of Civilizations in the Birth of Modern Science (review). Journal of World History, 19(4), 552-556. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari https://muse.jhu.edu/login?auth=0&type=summary&url=/journals/journal_of_world_hist ory/v019/19.4.deuraseh.html Nurul Nadia Abd Rahman. (2012, May 12). Definisi dialog peradaban. Dimuat turun pada Mac 8, 2014 dari http://www.scribd.com/doc/93356267/Definisi-Dialog-Peradaban.

31

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 Pinar Bilgin. (2012). Civilisation, dialogue, security: The challenge of post-secularism and the limits of civilisational dialogue. Cambridge Journals, 38(5). doi: 10.1017/S0260210512000496 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal. (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia. Kajian Malaysia, 29(2), 91-110. Dimuat tutun dari http://web.usm.my/km/29(2)2011/Art5_KM29-2.pdf Zaid Ahmad, Ho, H.L., Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee, Y.F., Nazri Muslim & Ruslan Zainuddin. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zuraina Majid. (1985). Masyarakat Malaysia edisi II: Tinjauan dan perbincangan terhadap beberapa isu dan topik semasa. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan negara bangsa. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

32

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PISMP SEJARAH SEM 3 7. 0 LAMPIRAN

LAMPIRAN

33

You might also like