Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENYUDAH TEPI

DEFINISI Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk menyudah atau mengemas bahagian tepi artikel, pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga. Penyudah tepi boleh digunakan sebagai hiasan dan boleh dihias dengan fabrik dan renda. Bahagian-bahagian pakaian yang perlu disudahkan ialah garis leher, lubang lengan, hujung lengan, bahagian bawah skirt, blaus, baju kurung, pinggang dan lain-lain.

FUNGSI PENYUDAH TEPI Untuk mengemas dan memelihara tepi kain Untuk membuat pakaian yang siap lebih menarik Sebagai hiasan di tepi pakaian

JENIS-JENIS PENYUDAH TEPI Lapik Kelepat Kun Renda

KELEPET

DEFINISI Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam. Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan. Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung. Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm. Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin.

CIRI-CIRI KELEPET Terletak dengan rata. Tidak bergelembung. Lebar lipatannya sama pada keseluruhan. Lipatan bawah tidak kelihatan di sebelah luar artikel atau pakaian.

JENIS KELEPET Kelepet Lurus Kelepet Melengkung

CARA MENJAHIT KELEPET LURUS

Langkah 1 Tandakan garisan pemadan. Lipatkan lipatan pertama selebar 5mm ke sebelah dalam pakaian.

Langkah 2 Buat lipatan kedua pada garisan pamadan dengan lebar antara 5 mm hingga 40mm mengikut keperluan. Jelujur dan tekan dengan seterika supaya kelepet rata dan kemas.

Langkah 3 Tetapkan kedudukan kelepet dengan salah satu jahitan berikut: (a) Jahitan mesin. (b) Jahitan sembat. (c) Jahitan sembat susup. (d) Jahitan silang pangkah.

CARA MENJAHIT KELEPET MELENGKUNG

Langkah 1 Buat lipatan pertama selebar 5 mm ke sebelah dalam pakaian atau artikel. Buat lipatan kedua pada garis pemadan.jelujur dan seterika supaya kelepet menjadi rata. Buat lisu kecil untuk menghilangkan gelembung.

Langkah 2 Ratakan lisu dengan jahitan sembat. Tetapkan kelepet dengan seterika supaya rata dan kemas.

KUN

DEFINISI Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap. Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu. Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus. Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.

CIRI-CIRI KUN Ukuran kun sama lebar keseluruhannya. Kun terletak sama rata pada fabric. Kun tidak berpintal. Cantuman kun tidak berkedut.

FUNGSI KUN Kun diguna untuk menghias tepi sambil mengemasnya Untuk mengemas kelim dan tepi-tepi jerumbai di bahagian dalam pakaian terutama sekali pada fabrik-fabrik tebal dan longgar tenunannya serta mudah berjerumbai

You might also like