Dorongan Dan Kerja Berpasukan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN

Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

KERJA BERPASUKAN

Kerja berpasukan merupakan kumpulan yang matang dengan ahli yang saling bergantung antara satu sama lain serta sangat komited untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Dorongan & Kerja Berpasukan

PERBEZAAN ANTARA KUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN

Kumpulan kerja terdiri daripada individu yang melakukan kerja-kerja tertentu dalam satu kumpulan tetapi tidak mempunyai matlamat yang sama malah masing-masing berusaha menyiapkan kerja masingmasing dengan mendapat ganjaran tertentu. Pasukan kerja terdiri daripada individu yang bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyiapkan sesuatu kerja. Mereka mempunyai garis paduan dan aturcara kerja yang telah ditetapkan untuk dilakukan bersama ke arah wawasan organisasi.
Dorongan & Kerja Berpasukan 3

PERBEZAAN ANTARA KUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN

Contoh: UKM merupakan satu organisasi yang mempunyai pelbagai kumpulan seperti Pensyarah, Pakar Perubatan, kakitangan pentadbiran dan sebagainya. Namun apabila kumpulan ini bergerak dalam satu jabatan yang sama sebagai sebuah pasukan maka matlamat pencapaiannya adalah sama serta bertanggungjawab dalam perkara yang sama.
Dorongan & Kerja Berpasukan 4

CIRI-CIRI UTAMA KERJA BERPASUKAN

Mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap pencapaian matlamat. Bertanggungjawab bersama. Budaya yang berdasarkan kepada kepercayaan dan kesepaduan. Wujudnya sinergi dalam pasukan kerja.

Dorongan & Kerja Berpasukan

JENIS KERJA BERPASUKAN

1. 2. 3.

4.

Terdapat beberapa jenis pasukan kerja digunakan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat mereka. Kebiasaannya terdapat 4 jenis iaitu: Pasukan Penyelesaian Masalah. Pasukan Silang Fungsian. Pasukan Maya. Pasukan Pengurusan.
Dorongan & Kerja Berpasukan 6

PASUKAN PENYELESAIAN MASALAH

Terdiri daripada 5 hingga 12 orang ahli daripada jabatan yang sama bertemu beberapa jam setiap minggu membincangkan cara untuk meningkatkan kecekapan, kualiti dan persekitaran kerja.

Dorongan & Kerja Berpasukan

PASUKAN SILANG FUNGSIAN

Gabungan beberapa orang pekerja mempunyai kedudukan yang sama atau hampir sama dalam hieraki organisasi tapi bidang tugasnya berbeza, bekerjasama untuk menyempurnakan sesuatu matlamat. Contoh pasukan silang fungsian terdiri dari Pensyarah, Doktor, Jurutera, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pendaftar dll. 2 bentuk silang fungsian ialah pasukan petugas dan jawatankuasa. Kebiasaannya, pasukan petugas dan jawatankuasa ini bersifat sementara dan ia akan dibubarkan apabila sesuatu perkara dapat diatasi.

Dorongan & Kerja Berpasukan

PASUKAN MAYA

Pasukan Maya menggunakan teknologi komputer untuk perhubungan ahli yang berada di tempat-tempat yang berlainan dalam usaha mencapai matlamat umum. Dalam pasukan ini, individu bekerjasama secara online menggunakan rangkaian komunikasi Mel elektronik, Video konferens tanpa mengambilkira lokasi mereka.
Dorongan & Kerja Berpasukan 9

PASUKAN PENGURUSAN KENDIRI

Ia merupakan pasukan proses yang mempunyai kawalan menyeluruh ke atas kerja mereka. Mereka menggunakan segala kemahiran yang berbeza mengenalpasti tugas yang dijalankan serta kepentingannya. Ahli pasukan juga mempunyai autonomi yang tinggi serta mudah mendapat maklumbalas berkaitan dengan tugas yang dijalankan.

Dorongan & Kerja Berpasukan

10

Ciri-Ciri Pasukan Kendiri:


1.

2.

Kuasa Untuk Menguruskan Tugasan Sendiri: Perancangan dan penetapan maktlamat, penyusunan jadual, pemilihan ahli, pelaksanaan dan membuat keputusan di bawah kuasa ini. Ahli Daripada Pelbagai Kepakaran & Kefungsian : Bagi memastikan segala tugas dapat disiapkan oleh ahli sendiri yang terdiri daripada pelbagai aspek dan mempunyai Dorongan & Kerja Berpasukan kepakaran dalam fungsi yang berbeza. 11

Ciri-Ciri Pasukan Kendiri


3.

4.

Kuasa Untuk Melaksanakan Keputusan : Pengurusan kendiri berhak mengambil tindakan yang dirasakan perlu tanpa mendapat persetujuan pihak pengurusan atasan. Tiada Pengurus Luar : Pasukan ini tidak perlu melapor kepada pengurus luar. Ahli pasukan mengurus diri, belanjawan dan tugas mereka melalui kepimpinan yang Dorongan & Kerja Berpasukan 12 dikongsi bersama.

Ciri-Ciri Pasukan Kendiri


5.

Koordinasi & Kerjasama Dengan Pasukan atau Individu Lain Dipengaruhi oleh Keputusan Pasukan: Setiap ahli bertanggungjawab terhadap hasil prestasi pasukan. Ini disebabkan ahli pasukan bebas dan tidak perlu melapor kepada pengurus secara formal. Oleh itu pasukan kendiri perlu mengkoordinasikan tugas serta aktiviti bagi mencapai perpaduan dengan pihak lain.
Dorongan & Kerja Berpasukan 13

Ciri-Ciri Pasukan Kendiri


6.

Kepimpinan Dalaman : Fungsi ketua bukanlah memberikan arahan, menetapkan matlamat atau memantau tetapi adalah untuk mengalihkan halangan yang dihadapi oleh pasukan serta memastikan pasukan mendapatkan sumber yang diperlukan. Peranan utama ketua ialah memudahkan pasukannya bukan mengawal pasukannya.
Dorongan & Kerja Berpasukan 14

Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

1.

Kejayaan tidak akan diperolehi secara seorang diri. Organisasi yang sihat perlukan dorongan. Berikut adalah beberapa aspek yang boleh mendorong dan membawa kejayaan sesuatu organisasi pasukan yang berjaya iaitu: Bina Matlamat Bersama Yang Jelas : Pernyataan matlamat pasukan biasanya pendek dan jelas. Semua ahli perlu jelas dengan matlamat pasukan serta mempunyai pelan tindakan untuk mencapai visi, misi dan matlamat.
Dorongan & Kerja Berpasukan 15

Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan


2.

3.

Jelaskan Kemahiran dan Tenggungjawab Ahli : Setiap ahli perlu bertindak sebagai pemain pasukan dan bertanggungjawab memikul tanggungjawab berdasarkan kemahiran mereka. Bagi ahli baru, bimbingan dan kursus perlu diberikan bagi membina kemahiran dan pengalaman mereka. Menyediakan Peraturan Sebagai Penduan : Pasukan memerlukan peraturan bagi menentukan kekerapan pertemuan, persediaan bermesyuarat, peraturan dalam mengendalikan permasalahan serta membuat keputusan secara kolektif.
Dorongan & Kerja Berpasukan 16

Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan


Komunikasi Terbuka : Ahli Pasukan perlu merasa bebas untuk meluahkan perasaan tentang tugas dan operasi pasukan. Luahan ini biasanya di luar waktu mesyuarat yang formal. Kepimpinan Yang Dikongsi : Walaupun pasukan mempunyai seorang ketua yang formal, fungsi kepimpinan beralih daripada seorang ahli kepada seorang ahli yang lain dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada keperluan pasukan, keadaan dan kemahiran ahli.
Dorongan & Kerja Berpasukan 17

4.

5.

Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan


6.

7.

Hapuskan Virus Konflik : Ahli pasukan kerja haruslah sedar untuk mencapai matlamat. Komitmen ahli-ahli memainkan peranan penting. Segala persaingan dikalangan ahli perlulah dilupakan. Fokus kepada usaha mencapai matlamat organisasi. Konflik perlu dilihat sebagai hasil sampingan yang mewujudkan pelbagai idea. Elakkan melihat konflik secara emosi. Percaya Antara Satu Sama Lain : Kerjasama tidak akan terjalin jika tiada kepercayaan. Maka setiap ahli perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab melakukan tugas dengan mahir. Jangan hampakan Dorongan & Kerja Berpasukan 18 harapan rakan-rakan ahli.

Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan


8.

9.

Kerap Menilai Pasukan Kerja : Setiap ahli perlu sentiasa menilai pencapaian pasukan sebagai sebuah pasukan. Matlamat dan perlembagaan atau peraturan pasukan perlu dikaji semula samada bersesuaian dengan keadaan semasa. Jika perlu, lakukan kemaskini perkembangan atau peraturan berdasarkan realiti proses pasukan. Membentuk Jaringan : Jalinkan hubungan dengan organisasi atau agensi luar bagi meluaskan pengetahuan serta idea. Penanda aras boleh dilakukan bagi menggalakkan pencapaian pasukan agar dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Dorongan & Kerja Berpasukan

19

Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

10.

Pengiktirafan Antara Satu Sama Lain : Motivasi utama pekerja ialah perasaan naluri bahawa mereka telah menyumbangkan hasil kerja yang baik. Satu cara pengiktirafan ialah melalui anugerah kualiti dan hasil kejayaan pasukan dihebahkan. Ucapkanlah terima kasih kepada semua ahli sebagai tanda penghargaan.
Dorongan & Kerja Berpasukan 20

KESIMPULAN

Pasukan kerja berbeza dengan kumpulan kerja dari segi prinsipnya. Pasukan kerja ada 4 jenis : Pasukan Penyelesaian Masalah, Pasukan Silang Fungsian, Pasukan Maya dan Pasukan Pengurusan Kendiri. Antara langkah yang mendorong keberkesanan kerja berpasukan ialah semangat kerjasama, toleransi dan dedikasi, tujuan serta matlamat yang jelas. Pengiktirafan amatlah penting dalam menjayakan hasil pencapaian pasukan kerja agar kerja berpasukan terus & Kerja Berpasukan organisasi. 21 berkekalan ke arah Dorongan pembangunan

Rujukan

Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2007 : Panduan Pengurusan Pejabat. Etika Kerja Kakitangan Pentadbiran dan Sokongan Cetakan 2006. Pelan Integriti Nasional Cetakan 2004.

Dorongan & Kerja Berpasukan

22

You might also like