Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH UNTUK RUANG KOLUMNIS BUKU PROGRAM THE EXPLORING SCIENCE EXHIBITION 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata pada lembaran ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Mini bagi pelajarpelajar PISMP ambilan Jan 2011 dan juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan yang julung-julung kali diadakan bagi setiap tahun selain berjaya meneruskan tradisi Kejohanan Olahraga Mini ini. Kejohanan Olahraga Mini (KOM) merupakan wadah kepada para guru pelatih dalam meningkatkan kemahiran dan pengelolan sukan . Selain itu ia merupakan satu titik tolak dalam melahirkan guru yang serba boleh bukan sahaja menerusi aspek akademik, tetapi aspek pencapaian Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang baik dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Jika diperhatikan, kita memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk mereka ini agar menjadi manusia yang berjaya dan juga berguna.

Saya berharap agar usaha menganjurkan pameran berunsurkan sains ini akan diteruskan sebagai langkah untuk menyediakan peluang kepada guru pelatih memantap dan memperteguh daya saing masing-masing selaras dengan keperluan zaman. Saya juga berharap semangat dan amalan permuafakatan yang terbina dalam kalangan guru pelatih Jabatan Sains ini dapat disebarkan kepada semua warga kampus.

Sekian, terima kasih.

Ruang t/tangan untuk di scan bagi penghasilan buku program

(ASMAH BINTI YAHYA) Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar

You might also like