Ringkasan Jurnal Berwasit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Ringkasan Jurnal Berwasit

JURNAL PERTAMA Jurnal pertama yang saya kaji ialah Tahap Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor yang dihasilkan oleh Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli dan Musa Ismail daripada Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Program pemulihan khas merupakan suatu usaha pendidikan untuk mengatasi kesulitan murid-murid dalam pembelajaran. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk mengenalpasti sejauhmana minat guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas, mengenalpasti tahap latihan guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas, mengenalpasti sejauhmana beban tugas guru di sekolah mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas dan mengenalpasti faktor paling dominan yang mempengaruhi pengajaran dalam penguasan 3M murid-murid program pemulihan khas. Kajian ini telah dilaksanakan di 42 buah sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan dalam daerah Pontian, Johor. Lokasi ini dipilih kerana sampel guru-guru pemulihan khas yang dikehendaki adalah memenuhi kriteria dan ciri-ciri yang diperlukan untuk kajian ini dengan bilangan sekolah kebangsaan yang agak kecil. Kaedah kajian yang dilakukan adalah soal selidik. Berikut merupakan hasil kajian yang diperolehi: Bilangan responden yang bersetuju berdasarkan tahap minat guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas adalah pada tahap sederhana iaitu 59.78 %. 64.97 % responden bersetuju bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas. Responden yang bersetuju bahawa tahap latihan guru mempengaruhi pengajaran dalampenguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas adalah sederhana iaitu 63.34 % yang bersetuju.

Hasil

kajian

menunjukkan

bahawa

beban

tugas

guru

di

sekolah

mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M murid-murid program pemulihan khas. Ia dapat dilihat dengan jelas iaitu 48.17 % responden yang bersetuju manakala 44.05 % yang tidak bersetuju dan 7.85 % tidak pasti. Keseluruhannya menunjukkan pada tahap yang rendah sahaja. Ia memberi maksud bahawa responden mempunyai kepentingan lain untuk menjadi guru pemulihan khas di sekolah masing-masing kerana peratusan bersetuju dan tidak bersetuju terhadap beban tugas tersebut hampir sama. Hasil daripada kajian tersebut, persoalan tahap minat guru pemulihan khas di sekolah kebangsaan dalam daerah Pontian, pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. Majoriti guru pemulihan khas bersetuju (64.97 %) bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan program pemulihan khas di sekolah. Dalam tahap latihan pemulihan guru pendidikan khas, dengan hasil analisis dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan guru adalah tahap sederhana. Guru pemulihan khas yang terlatih dan berpengalaman akan dapat menguruskan kelasnya dengan lebih kondusif dan berkebolehan untuk

mengenalpasti masalah murid-murid dalam penguasaan 3M. Dalam konteks beban guru, hasil kajian yang menunjukkan tahap sederhana menggambarkan bahawa Ia bergantung kepada guru itu sendiri bagaimana hendak mengatasi sesuatu masalah yang ada dan menyelesaikannya dengan pendekatan yang terbaik dan berkesan. Kekerapan melakukan tugas-tugas lain haruslah dikaji semula atau di selaraskan supaya ia tidak menganggu kelancaran dan tanggungjawab guru yang sebenarnya di kelas pemulihan khas. Secara keseluruhannya, saya dapat simpulkan bahawa tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru berperanan penting dalam membentuk keperibadian seseorang guru. Guru yang berperwatakan seperti seorang pendidik mampu mendidik murid mengatasi masalah kemahiran 3M dan seterusnya melahirkan anak anak murid yang berjaya.

JURNAL KEDUA Jurnal kedua yang saya kaji ialah Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid - Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar yang dihasilkan oleh Abdul Rasid Jamian. Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 161 murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 di luar bandar di Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiran membaca dan menulis. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas

pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah melancarkan projek untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008). Pemulihan merupakan satu pendekatan berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan. Program Pemulihan Pendidikan adalah

berfokuskan objektif memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Objektif kajian ini dilakukan adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu murid murid sekolah rendah di luar bandar. 2. Mengenal pasti masalah menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu murid murid sekolah rendah di luar bandar. 3. Sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis. Hasil daripada dapatan kajian yang dijalankan bagi permasalahan kemahiran membaca Bahasa Melayu, didapati bahawa kebanyakan responden menghadapi kegagalan memahami kandungan teks dan merupakan punca utama murid gagal memahami kandungan maklumat yang dibaca. Selain itu, kebanyakan murid luar bandar tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca dengan baik. Ini menyebabkan murid tidak berkeupayaan untuk menguasai kemahiran menyenaraikan idea idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Namun begitu, permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang menarik perhatian murid. Di samping itu, suasana pembelajaran selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanam minat pelajar untuk terus belajar. Untuk dapatan kajian bagi kemahiran menulis Bahas Melayu, didapati bahawa masalah utama murid ialah tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan. Di samping itu, murid mengalami masalah mengenal pasti tanda baca dengan betul semasa menghasilkan penulisan mini. Di samping itu,

didapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna. Beberapa cadangan telah diketengahkan oleh penulis bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid luar bandar. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Akhir sekali, Usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsisten dalam usaha mencapai matlamat membantu murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam. Kesimpulannya, usaha mengatasi masalah dalam kemahiran menulis dan membaca wajar diberi perhatian serius agar murid murid luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan yang semakin meningkat.

Refleksi Pertama sekali, saya ingin memanjat kesyukuran kepada Tuhan kerana atas rahmat kurnianya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Sesungguhnya, tugasan individu ini telah membawa seribu makna dan pengetahuan yang sangat diperlukan sebagai seorang guru pelatih. Apabila saya mendapati kerja kursus ini memerlukan tugasan individu, saya memastikan saya menyiapkan tugasan pertama untuk memastikan tugasan kumpulan dapat saya jalankan dengan lancar. Terdapat pelbagai kebaikan yang saya terima hasil daripada tugasan individu ini. Pertama sekali, tugasan individu ini mengajar saya berdisiplin. Saya akui bahawa saya merupakan seorang yang suka tangguhkan kerja. Namun begitu, dengan komitmen lain yang perlu dipenuhi sebagai seorang guru pelatih, saya memberi fokus terhadap kerja kursus dengan penuh komitmen dan secara tidak langsung, kerja kursus ini membantu saya dalam menyemai nilai keguruan dalam diri saya iaitu sentiasa menepati masa dan tidak menangguhkan kerja. Di samping itu, melalui tugasan ini, saya mendapat pelbagai pengetahuan mengenai isu isu dalam pemulihan pendidikan selain daripada jurnal yang saya pilih. Antaranya ialah isu disleksia dalam program pemulihan dan isu kekurangan guru pendidikan khas di negara ini. Selain itu, saya mendapat kemahiran baru iaitu cara untuk mengenalpasti jurnal berwasid. Saya menghadapi kesukaran untuk mencari jurnal berwasid disebabkan tidak mempunyai pengetahuan bagaimana memilih jurnal yang sesuai. Oleh itu, saya merujuk semula nota subjek kursus tertentu pada semester lepas dan akhirnya saya mendapat tahu bagaimana cara yang sepatutnya. Hasilnya, saya dapat mencari jurnal melalui sumber internet. Namun begitu, terdapat kekangan yang saya hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah sumber mencari jurnal berwasit adalah kurang. Saya telah menggunakan pelbagai alternatif untuk mendapatkan jurnal dan saya mendapati hanya melalui internet sahaja saya boleh mendapatkan jurnal. Pada pendapat saya, pendedahan tentang jurnal berwasit perlu diperluaskan lagi dalam kalangan guru pelatih supaya guru pelatih melakukan tugasan mengikut kehendak kerja kursus yang sepatutnya. Dengan cara sebegitu, guru pelatih akan mendapat pengetahuan yang lebih banyak melalui kaedah pencarian jurnal berwasit yang

betul. Kekangan kedua yang saya hadapi ialah kelajuan talian internet semasa dalam asrama. Talian internet dalam asrama yang lambat dan adakalanya terputus menyukarkan saya mencari sumber jurnal bagi kerja kursus ini. Di samping itu, kebanyakan laman web adalah berbentuk blogspot. Saya menemui jalan buntu

kerana sumber berwasid sangat susah ditemui sekiranya kaedah yang betul tidak digunakan. Namun begitu, kekangan ini dapat diatasi apabila saya bertanya dengan rakan - rakan. Hasil daripada itu, saya menemui sumber yang sesuai dan sumber rujukan lengkap ketika itu. Sekali lagi, saya mempelajari banyak perkara. Seterusnya ialah melalui tugasan individu ini, saya sedar bahawa sebagai seorang guru pelatih opsyen pendidikan khas saya perlu mengetahui isu pendidikan semasa yang sedang hangat diperkatakan supaya kita mengetahui isu isu pendidikan pemulihan yang sedang berlaku. Seorang guru pelatih perlulah melengkapkan diri dengan ilmu di dada supaya ketika mengajar kelak, kita tidak dipandang enteng dan sentiasa dihormati dalam kalangan masyarakat. Selain itu, kerja kursus ini mengajar saya untuk menjadi lebih berdisiplin dan komitmen semasa menyiapkan kerja ini. Tanpa disiplin dan komitmen yang penuh,sudah tentu kerja ini tidak dapat disiapkan dan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Konsep ini juga sama seperti dalan tamadun dunia yang telah dipelajari. Tanpa usaha keras daripada pemerintah dan rakyat, sudah tentu sesuatu tamadun tidak dapat dibangunkan. Oleh itu, pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini membantu saya untuk meningkatkan tahap disiplin dalam diri saya dan memberi motivasi kepada saya untuk terus mendalami ilmu. Melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan juga telah membuatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan dan pensyarah semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama membantu

meningkatkan proses kesempurnaan tugasan kerja kursus pendek ini. Sama seperti konsep carian data untuk menghasilkan jurnal, tanpa toleransi antara satu sama lain sudah tentu tidak wujudnya jurnal berwasit yang ada sekarang. Kesimpulannya toleransi antara ahli kumpulan dan pensyarah amat penting dalam melaksanakan tugasan. Tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion ini serta menambahkan lagi

semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERISE dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Secara konklusi, kerja kursus ini telah mendedahkan saya kepada dunia pendidikan dan banyak memberi faedah kepada saya sebagai seorang guru pelatih. Faedah yang diperolehi akan saya manfaatkan sepenuhnya nanti. Makna pendidikan itu sangatlah luas sepertimana luasnya ilmu pengetahuan.Setiap individu mempunyai kebolehan dan keistimewaan tersendiri.

Temu Bual Bersama Guru Besar Saya : Selamat pagi cikgu. Guru Besar : Selamat pagi . Saya berharap soalan yang cikgu akan kemukakan dapat dijawab dengan betul. Saya : Baiklah cikgu. Soalan yang saya kemukakan adalah berperihalkan Profesionalisme Guru. Soalan pertama, menurut pandangan cikgu, apakah keperluan yang diperlukan untuk seorang guru pemulihan? Guru Besar : Pertama sekali, seseorang individu perlu mempunyai cita cita atau minat untuk menjadi seorang guru. Tanpa minat, kekangan yang bakal dihadapi seseorang bakal guru tidak akan berjaya diatasi kerana mereka tidak mempunyai motivasi. Selain itu, etika pakaian amat penting seseorang guru. Pakaian yang tidak sesuai akan menggambarkan perwatakan guru tersebut. Kita perlu ingat bahawa kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan oleh murid murid. Adakalanya murid memberi gelaran tertentu terhadap guru berdasarkan pakaian yang digunakan. Di samping itu, kelayakan dan latihan guru asas adalah amat diperlukan untuk menjadi seorang guru pemulihan. Saya : Nampaknya cikgu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pemulihan pendidikan. Ada sebarang tambahan? Guru Besar : Sebenarnya dalam profesionalisme guru terdapat banyak isu yang boleh diperkatakan. Antaranya ialah peningkatan profesionalisme. Guru perlu sentiasa meningkatkan profesionalisme guru dalam diri untuk mendidik anak anak bangsa. Antara program yang telah dibentuk bagi meningkatkan kemahiran guru ialah Kursus Dalam Perkhidmatan, Pendidikan Jarak Jauh, Kajian Berasaskan Bilik Darjah. Di samping itu, sokongan pengurusan sekolah adalah amat penting. Pihak sekolah berperanan dalam kerjasama, kenaikan pangkat, penghargaan dan pengikhtirafan, kebajikan dan kerja berpasukan. Saya : Nampaknya isu profesionalisme guru ini amat penting dan sewajarnya menjadi isu diperkatakan. Saya sekali lagi berterima kasih atas komitmen yang cikgu berikan.

Temu Bual Bersama Guru Pendidikan Khas (PK) Saya : Salam sejahtera cikgu. Guru PK : Salam sejahtera juga saya ucapkan. Saya : Baiklah. Kita akan mulakan sesi temu bual sekarang. Soalan pertama, apakah isu yang cikgu sering perkatakan berkaitan dengan pendidikan pemulihan? Guru PK : Isu yang sering saya bincangkan apabila bercakap tentang isu

pendidikan pemulihan sudah tentu perbezaan antara pendidikan khas dan pendidikan pemulihan khas. Kadang-kadang sukar juga nak menerangkan perbezaan antara pemulihan dan pendidikan khas. Ramai orang keliru di antara Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas. Saya : Boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut? Guru PK : Definisi sebenar Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Saya: Bagaimana pula dengan Program Pendidikan Khas? Guru PK : Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan muridmurid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas,

teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya. Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang labih kurang sama dengan Pemulihan Khas. Saya : Nampaknya terdapat perbezaan ketara antara program pendidikan khas dan program pendidikan pemulihan khas. Nampaknya masa sekarang tidak mengizinkan sekarang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Guru PK : Sama sama. Saya sangat berbesar hati kerana diberi kesempatan ditemu bual oleh bakal guru seperti kamu.

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Secara Umumnya, Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan

yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan -keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa . Setelah mengikuti program ini murid dapat: Menguasai kemahiran asas 3M Meneruskan pembelajaran di kelas biasa Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran

Isu Isu / Trend Pemulihan Pendidikan Program pendidikan pemulihan merupakan program Pendidikan yang mempunyai perbezaan dengan program pendidikan khas. Masyarakat luar sering keliru di antara Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas. Ini disebabkan kurangnya pendedahan atau maklumat yang disalurkan kepada masyarakat luar mengenai kedua dua program tersebut. Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas didefinisikan sebagai program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Pelajar pendidikan khas terdiri daripada anak yang menyimpang daripada kanakkanak biasa dari segi mental, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang

menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya. Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk

membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang labih kurang sama dengan Pemulihan Khas. Definisi sebenar Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan. Faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" Ini adalah supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah sekolah menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Program pendidikan pemulihan dilakukan berdasarkan strategi pelaksanaan yang telah dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk pencalonan murid, pelajar tersebut merupakan pelajar yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M. Namun begitu, murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan 1 atau 2 tidak boleh dicalonkan. Pencalonan murid boleh dibuat oleh guru mata pelajaran atau guru kelas, guru besar dan ibu bapa. Isu pendidikan pemulihan seterusnya ialah profesionalisme guru pemulihan. Dalam istilah profesional sering dikaitkan dengan orang yang menerima upah atau gaji dari apa yang sudah dia kerjakan, baik dikerjakan dengan sempurna atau tidak. Dalam hal ini yang dimaksudkan dengan profesional adalah untuk guru. Profesionalisme guru adalah guru yang memiliki kompetensi profesional. rendah dan ke peringkat

Kompetensi profesional yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kemampuan guru dalam penguasaan pelajaran tertentu secara luas dan mendalam.

Hal hal yang sering dibincangkan dalam profesionalisme guru termasuklah minat, etika pakaian, peningkatan profesionalisme dan peranan pihak pengurusan sekolah. Seseorang individu perlu mempunyai cita cita atau minat untuk menjadi

seorang guru. Tanpa minat, kekangan yang bakal dihadapi seseorang bakal guru tidak akan berjaya diatasi kerana mereka tidak mempunyai motivasi. Tanpa

keinginan diri untuk menjadi seorang pendidik, sudah tentu ilmu tidak sampai kepada pelajar. Selain itu, etika pakaian amat penting seseorang guru. secara umumnya, pakaian akan menggambarkan perwatakan guru tersebut. Tambahan lagi, masyarakat luar sering mudah mengenalpasti sekiranya individu tersebut merupakan seorang guru iaitu melalui cara berpakaian dan cara percakapan. Kita perlu ingat bahawa kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan oleh murid murid. Adakalanya murid memberi gelaran tertentu terhadap guru berdasarkan pakaian yang guru gunakan. Di samping itu, peningkatan profesionalisme sangat penting bagi seorang guru pemulihan. Guru perlu sentiasa meningkatkan profesionalisme guru dalam diri untuk mendidik anak anak bangsa. Tambahan pula, dengan pembangunan yang pesat membangun sudah tentu pelajar perlu diajar dengan perkara baru atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Antara program yang telah dibentuk bagi meningkatkan kemahiran guru ialah Kursus Dalam Perkhidmatan, Pendidikan Jarak Jauh, Kajian Berasaskan Bilik Darjah. Di samping itu, sokongan pengurusan sekolah adalah amat penting. Pihak sekolah berperanan dalam kerjasama, kenaikan pangkat, penghargaan dan pengikhtirafan, kebajikan dan kerja berpasukan. Melalui sokongan pihak pengurusan sekolah, guru pemulihan pendidikan menjadi lebih bermotivasi dalam mendidik murid murid dan dijadikan sebagai satu bentuk penghargaan terhadap guru pemulihan khas.

Refleksi Kumpulan Pertama sekali, kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Pengurusan Tingkah Laku dengan jayanya walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran komitmen lain sebagai bakal guru. Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini, kami agak keliru dengan kehendak tugasan. Di samping perasaan bimbang, kami berasa agak tercabar disebabkan untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada amatlah cetek dan disebabkan kami mengambil opsyen pendidikan khas, kami sedikit keliru pada awalnya kerana menyangka program pemulihan khas adalah bersamaan dengan program pendidikan khas. Namun begitu, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk menghasilkan hasil tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari sumber rujukan, mengadakan temu bual dengan pihak sekolah sehinggalah membuat penulisan ini. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang isu dan trend program pemulihan khas di sekolah dapat kami kumpul dan maklumat tersebut diperolehi daripada hasil temu bual bersama pihak sekolah. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah sekiranya kami diberi peluang mengajar dalam program pemulihan khas. Terdapat berbagai bagai rintangan serta dugaan yang telah kami harungi bersama demi komitmen untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kumpulan kami . Kami berhadapan dengan masalah kerana di awal waktu perjalanan tugasan kami, kami benar benar tidak memahami tajuk tugasan yang diberikan. Bagi mengatasi masalah tersebut, kami memperbanyakkan lagi pencarian maklumat serta membaca dengan lebih mendalam mengenai tajuk tugasan. Kami juga mendapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah serta belajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan. Selain itu, kami juga perlu bersikap positif dan bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Di samping itu, kami menghadapi masalah semasa proses menemu bual dengan pihak sekolah samada pada peringkat pihak pengurusan sekolah dan guru guru. Ini adalah disebabkan pada ketika itu, kebanyakan pihak pengurusan dan guru guru menghadiri kursus yang dikelolakan oleh pejabat pendidikan. Hal ini menyebabkan masa untuk menemu bual amat terbatas. Namun begitu, kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana masih sudi memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada kami untuk terlibat dalam proses temu bual. Dengan sikap toleransi dan saling hormat menghormati yang kami tunjukkan, akhirnya proses menemu bual dapat dijalankan dengan lancar. Kekangan lain yang kami hadapi ialah kesukaran untuk mendapatkan tempat perbincangan yang strategik yakni mempunyai kemudahan WiFi serta bahan bahan rujukan untuk sebagai bahan sokongan isu pemulihan khas yang telah dibincangkan dengan pihak sekolah. Sejak akhir akhir ini, perkhidmatan WiFi sering tergendala. Ini menyebabkan kami menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat. Bagi mengatasi masalah tersebut, kami telah bersepakat untuk menggunakan masa serta kesempatan yang sesuai dengan bijak serta mencari alternative untuk Wifi iaitu, melakukan carian maklumat pada waktu awal pagi disebabkan pada ketika itu sahaja jaringan WiFi agak lancar. Di sebalik masalah yang dihadapi tersebut, ia melatih kami supaya membuat perancangan awal tentang perkara yang berkaitan dengan masa dan tempat untuk melaksanakan tugasan. Di sebalik masalah masalah yang kami hadapi ini, ia sedikit sebanyak mematangkan kami serta memberikan pengalaman kepada kami dalam melaksanak tugasan tugasan yang diberikan serta dapat kami amalkan kelak dalam alam pekerjaaan kami sebagai guru. Melalui tugasan ini juga, kami mendapat pelbagai manfaat sebagai seorang guru pelatih. Pertama sekali ialah kami mengenali dengan lebih mendalam tentang Program Pemulihan khas khususnya isu isu atau trendnya yang sering diperkatakan. Sebagai seorang guru pelatih, adalah amat penting kepada kami bagi mengetahui isu pendidikan semasa supaya tidak ketinggalan dalam aspek kemajuan pendidikan. Sebagai contoh, antara isu isu yang sering dibincangkan ialah profesionalisme guru dan perbezaan antara program pemulihan khas dan program pendidikan khas. Melalui isu isu tersebut, kami dapat mengaplikasikan pemikiran secara kritis dan kreatif melalui penjanaan pendapat antara kami.

Kedua ialah kami dapat memperbaiki kemahiran bersosial sebagai seorang bakal guru. Kami mempelajari bahawa apabila kami menunjukkan etika sebagai sebagai seorang guru di sekolah, warga sekolah akan melihat kami dengan pandangan yang positif sentiasa memberikan kerjasama yang diperlukan. Ketiga, melalui proses menyiapkan tugasan projek ini yang dilaksanakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Kami mula lebih mengenali sikap dan sahsiah antara kami dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tanpa kerjasama yang dihulurkan antara kami, sudah tentu kerja kursus ini tidak mungkin dapat disiapkan tepat pada masanya Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini samada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terutama pensyarah,rakan sekumpulan dan rakan seperjuangan pkmp2. Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada kami dan membuatkan kami lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

You might also like