Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ISL (M10)

Adab Makan Kaum India Sebelum dan selepas makan, tangan dicuci dengan menggunakan kendi air. Makan dengan menggunakan tangan kanan. Lauk-pauk diletakkan di dalam bekas besi yang tahan karat. Tidak bercakap dengan kuat semasa makan. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Di dalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Adat makan guna daun pisang Dalam masyarakat India, mereka sering menggunakan daun pisang bagi menggantikan pinggan makan. Daun pisang digunakan atas beberapa sebab. Antaranya yang penting ialah aspek kesihatan. Daun pisang adalah bersih kerana kekotoran tidak melekat pada daun tersebut. Daun pisang itu hanya digunakan sekali sahaja. Oleh itu tidak perlu bimbang akan jangkitan kuman daripada orang lain. Daun pisang juga dipercayai mengandungi bahan yang dapat menghadamkan makanan serta megelakkan penyakit tertentu. Itulah sebabnya tiada pengantian buat daun pisang.

Maklumat dilayari daripada laman web: http://ertmasakan.wordpress.com/2012/05/16/adab-dan-sopan-semasa-makan/ http://teveswary.tripod.com/makanan.html http://www.cikguhailmi.com/2013/06/adab-makan-masyarakat-malaysia.html

You might also like