Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sejarah LPSB

Pengisytiharan Langkawi sebagai Pulau Bebas cukai pada tahun 1987 telah meransang pembangunan sektor pelancongan dengan pesat. Langkawi telah mengalami pembangunan fizikal yang sangat ketara iaitu dari sebuah pulau perkampungan nelayan kepada sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Sebagai sebuah pulau, pengangkutan laut merupakan sistem perhubungan utama yang menghubungkan Langkawi dengan destinasi lain terutamanya untuk penumpang dan kargo. Sehubungan itu, pelabuhan memainkan peranan yang sangat penting sebagai pintu masuk ke Langkawi. Pada peringkat awal pembangunannya, Langkawi tidak mempunyai infrastruktur pelabuhan yang baik. Jeti Teluk Ewa yang dibina untuk kegunaan industri simen turut digunakan sebagai pelabuhan kargo untuk kegunaan awam. Berikutan pembangunan yang sangat pesat, Jeti Teluk Ewa tidak dapat lagi menampung jumlah muatan kargo yang semakin meningkat. Justeru pada 1995, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah membina sebuah pelabuhan baru di Tanjung Lembung. Pelabuhan ini telah mula beroperasi pada 15 November 1997. LADA telah melantik sebuah konsortium yang terdiri daripada LADA, Yayasan Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) dan DR Group Holdings Sdn. Bhd. untuk mentadbir pelabuhan ini. Konsortium telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu LANGKAWI PORT SDN. BHD. (LPSB) sebagai operator Dermaga Tanjung Lembung. LPSB telah diperbadankan pada 16 Jun 1997 dan memulakan operasi di Dermaga Tanjung pada 15 November 1997.

You might also like