Wahai Anak Muda

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

sept10.

3syawal 12
.
1. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan baik akhir pekerjaan bagi orang-orang
yang bertakwa, dan selawat dan salam keatas nabiNya Muhammad dan keatas keluarganya,
sekelian mereka.



.
2. Ketahuilah! bahawa seorang daripada pelajar-pelajar yang maju ilmunya telah dengan
tekun berkhidmat kepada syeikh al imam zainuddin hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad al Ghazali, moga Allah mengkuduskan jiwanya, dan dia sibuk menghasilkan dan
mempelajari ilmu darinya hinggakan dia berjaya menghimpunkan ilmu-ilmu yang halus dan
mendapat sifat-sifat jiwa yang baik dengan sempurna.

))
.((



3. Kemudian pada satu hari dia berfikir tentang keadaan jiwanya dan ia terlintas didalam
hatinya, dia berkata: sungguhnya aku telah membaca berbagi-bagai ilmu dan aku telah
memalingkan umur remaja ku kepada mempelajari dan menghimpunkannya, dan sekarang ini
sayugialah aku mengetahui mana satu bagainya yang bermanfaat kepada aku pada hari esok dan
berjinak-jinak dengan ku didalam kubur ku, dan mana satunya yang tidak bermanfaat kepada aku
supaya aku meninggalkannya sepertimana kata rasulullah sawm ((ya Allah aku berlindung dari
Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat)).


: .

. .
.
4. Maka berterusanlah pikirannya ini hingga dia menulis kepada yang mulia syeikh hujjatul
Islam Muhammad al ghazali, rahimahullah taala, meminta fatwa darinya dan bertanyakannya
beberapa masaalah dan meminta darinya nasihat dan doa. Katanya: sekalipun karangan-karangan
syeikh seperti al Ihya dan selainnya meliputi jawaban masaalah ku, akan tetapi tujuan ku agar
syeikh menuliskan hajat ku pada beberapa helaian kertas yang akan ada bersama aku sepanjang
hidup ku dan aku beramal dengan apa yang didalamnya sepanjang umur ku, insya Allah taala.
Maka syeikh itu menulis risalah ini kepadanya sebagai jawabannya. Wallahu alam.





5. Ketahuilah wahai orang muda yang dikasihi yang mulia! moga Allah memanjangkan
kekal kamu didalam ketaatanNya dan menjalankan kamu pada jalan para kekasihNya;
sungguhnya nasihat yang luas tersebar yang ditulis dari lombong kerasulan nabi sawm jika ada
sampai kepada kamu darinya oleh satu nasihat maka apa hajat kamu pada nasihat ku, dan jika ia
tidak sampai kepada kamu maka katakan kepada aku: apa yang kamu telah dapat pada beberapa
tahun kebelakangan ini?



)) !








.













.










. .((

6. Wahai orang muda! Sebahagian daripada jumlah apa yang rasulullah sawm nasihatkan
dengannya kepada umatnya adalah katanya alaihissalam ((tanda berpaling Allah taala dari
seorang hamba adalah sibuknya dengan apa yang tidak berkaitan dengannya. Dan sungguhnya
seorang yang berlalu satu jam daripada umurnya pada selain apa yang dia dijadikan untuknya,
daripada ibadat, adalah orang yang wajar bahawa panjang kesedihannya. Dan orang yang
melintasi empat puluh tahun sedang kebajikkannya tidak mengatasi kejahatannya maka
hendaklah dia bersiap sedia untuk ke neraka)). Nasihat ini cukup untuk ahli ilmu.

!



!



))
.((



7. Wahai orang muda! Nasihat itu mudah, yang payahnya adalah menerimanya, kerana ia
pada kecapan orang-orang yang mengikut hawa nafsu adalah pahit, dikeranakan perkara-perkara
yang dilarang adalah perkara yang dikasihi didalam hati mereka, istimewa pula bagi orang yang
menuntut ilmu rasmi dan yang sibuk pada kelebihan dirinya dan pangkat duniawi, maka dia
mengirakan bahawa ilmu yang semata-mata yang dimilikinya akan menjadi kejayaan dan
kelepasan dirinya, dan bahawa dia terkaya dari amalan soleh, yang mana ini iktikad ahli falsafah,
subhanallah al azim! Orang yang terpedaya ini tidak tahu bahawa dia ketika menghasilkan ilmu
bilamana dia tidak beramal dengannya adalah hujjah menekan dirinya lebih pasti, sepertimana
kata rasulullah sawm ((orang yang paling teruk nisbah azab pada hari kiamat kelak adalah orang
alim yang Allah tidak manfaatkan dia dengan ilmunya)).

: :
.

8. Diriwayatkan bahawa al Junaidi qaddasallahu sirrahu dilihat didalam mimpi selepas


matinya maka dikatakan kepadanya: apa khabarnya wahai Abu Qasim! Katanya : terhapuslan
ibarat-ibarat itu dan binasalah isyarat-isyarat itu, dan tidak bermanfaat kepada kita melainkan
beberapa rukuk yang tak seberapa yang kita lakukan ditengah malam.1

. !



.
9. Wahai orang muda! Janganlah kamu menjadi orang yang muflis dari amalan dan kosong
dari keadaan-keadaan hati yang baik, dan yakinlah bahawa semata-mata ilmu tidak menguatkan
tangan. Perbandingannya kalau seoang lelaki didaratan mempunyai seratus pedang India dan
senjata-senjata lain, dan adalah lelaki itu berani dan pandai berlawan maka menyerangnya seekor
singa yang besar yang menggerunkan maka apa kamu fikirkan? Adakah senjata-senjata itu
mempertahankannya dari singa itu tanpa digunakan atau dihayunkan? Yang sedia diketahui
bahawa ia tidak mempertahankannya melainkan dengan digerakkan dan ditetakkan. Maka begitu
juga kalau seorang membaca seribu masaalah ilmiah dan mempelajarinya dan dia tidak
mengamalkannya ia tidak berfaedah kepadanya melainkan dengan diamalkan.





.

10. Seumpamanya juga kalau seorang mengalami demam panas dan demam kuning yang
rawatannya dengan xx dan rebusan barli maka tidak terhasil sembuh melainkan dengan
menggunakan keduanya. Kalaupun kamu menyukat dua ribu kati arak kamu tidak akan mabuk
bilamana kamu tidak meminumnya.2

.



(( ))






))

(( ))


)) ((

)) ((





((
































))
.((











11. Ilmu itu pokok dan amal itu buahnya. Kalau kamu mempelajari ilmu seratus tahun dan
menghimpunkan seribu kitab kamu tidak sedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan
beramal. ((dan bahawa tidak manusia itu tidak memperoleh melainkan apa yang dia usahakan)),
((maka barangsiapa yang berharap dapat bertemu dengan Tuhannya maka hendaklah dia beramal
dengan amalan soleh)), ((sebagai balasan apa yang mereka amalkan)), ((sebagai balasan apa
yang mereka usahakan)), ((sungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah bagi
1
2

Sila rujuk bidadyatul hidayah.


Ini makna syair Parsi itu.

mereka itu syurga firdaus sebagai tempat tinggal, kekal mereka didalamnya tidak mereka itu
ingin berpindah darinya)), ((maka menggantikan selepas mereka satu generasi yang mensiasiakan sembahyang dan menuruti nafsu syahwat maka mereka akan bertemu dengan kesesatan
melainkan orang yang taubat dan beriman dan beramal soleh maka mereka itu memasuki syurga
dan tidak dizalimi sedikitpun)).








:






))
.((















12. Apa pendapat kamu pada hadith ini ((dibina Islam diatas lima : penyaksian bahawa tidak
ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad rasul Allah, dan mendirikan sembahyang,
dan memberikan zakat, dan puasa ramadhan, dan haji di baitullah bagi orang yang mampukan
perjalanan kesana)).

. .
13. Iman itu pengakuan dengan lidah dan pembenaran dengan hati dan amalan dengan
anggota-anggota. Dalil amalan-amalan itu lebih banyak daripada bahawa ia dapat dihingga.


.
14. Sekalipun seorang hamba itu sampai kepada syurga dengan kurniaan dan kemurahan
Allah taala akan tetapi selepas bahawa dia bersiap sedia dengan ketaatan dan ibadat kepadaNya,
kerana rahmat Allah itu dekat dengan orang-orang yang berbuat baik.

3 : !



)) :
.((





15. Kalau dikatakan juga dia boleh sampai dengan semata-mata iman kita katakan : ia, tetapi
bila dia sampai? Berapa aqabah4 mengelirukan yang dia lepasi hingga dia dapat sampai? Maka
awal daripada aqabah-aqabah itu adalah aqabah iman dan bahawa adakah dia selamat dari
tercabut imannya atau tidak? Dan bila dia sampai adakah dia orang yang tidak mendapat maksud
atau orang yang muflis dari amalan? Kata Hasan al bashri : berkata Allah taala kepada hambahambanya pada hari kiamat: masuklah kalian wahai hamba-hamba ku kedalam syurga dengan
rahmat ku dan bahagi-bahagikanlah ia dengan kadar amalan-amalan kamu.

.

: . : .
: !
. .
3
4

Pada satu naskhah .


aqabah jalan dibukit-bukit.

16. Wahai orang muda! apa yang kamu tidak amalkan tidak kamu dapat ganjarannya.
Dihikayatkan bahawa seorang lelaki daripada Bani Israil beribadat kepada Allah taala selama
tujuh puluh tahun, maka Allah taala hendak menonjolkannya dikalangan para malaikat, maka
Allah mengutuskan kepadanya seorang malaikat mengkhabarkannya bahawa dia bersama dengan
ibadatnya itu tidak layak memasuki syurga dengan sebabnya. Maka tatkala malaikat itu
menyampaikannya abid itu berkata: kami dijadikan untuk beribadat maka sayugialah bahawa
kami beribadat kepadaNya. Maka tatkala malaikat itu kembali dia berkata: Tuhan ku! Engkau
lebih tahu dengan apa yang dia kata! Maka kata Allah taala: kalau begitu dia tidak berpaling dari
ibadat kepada Kami maka Kami bersama dengan kemurahan Kami tidak berpaling darinya.
Saksikanlah wahai para malaikat Ku bahawa aku telah mengampunkan dia.









))

: .((
. : .

. :












))
.((


17. Kata rasulullah sawm ((hisablah diri kamu sebelum bahawa kamu dihisab dan timbanglah
amalan kamu sebelum bahawa kamu ditimbang)). Kata Ali r.a: siapa menyangka bahawa dia
tanpa kesungguhan dapat sampai maka dia orang yang berangan-angan dan siapa yang
menyangka bahawa dia dengan memberikan kesungguhan dapat sampai maka dia orang yang
mengkayakan diri dari rahmat Allah. Kata Hasan rahimahullah taala: mencari syurga tanpa
amalan itu satu daripada dosa-dosa. Dan katanya: tanda hakikat itu adalah tinggal memerhati
amalan, bukan meninggalkan amalan. Kata rasulullah sawm ((orang yang bijak itu orang yang
merendahkan dirinya dan beramal untuk apa yang selepas mati, dan orang yang tolol itu orang
yang mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan diatas Allah taala dengan angan-angan
baik)).

!


.
.
:



*





18. Wahai orang muda! Berapa banyak malam yang engkau hidupkan dengan mengulangi
ilmu dan mentelaah kitab-kitab, dan engkau nafikan tidur dari diri mu? Tidak aku tahu apa yang
jadi pendorong padanya? Jika ianya untuk mencapai mata benda dunia dan menarik
matabendanya dan menghasilkan pangkat dan bermegah-megah diatas rakan-rakan sebaya maka
celakalah bagi kamu kemudian celakalah bagi kamu. Dan jika tujuan kamu padanya
menghidupkan syariat nabi sawm dan memurnikan akhlak kamu dan memecahkan nafsu yang
kuat mengajak kepada kejahatan maka baiklah bagi kamu kemudian baiklah bagi kamu. Sungguh

benarlah orang yang menyebutkan syair : berjaga malam mata-mata itu kerana selain wajah Mu
adalah sesat dan menangisnya kerana selain luputkan Mu adalah batil.

.



!
19. Wahai orang muda! Hiduplah caramana engkau mahukan maka sungguhnya kamu akan
mati dan kasihlah apa yang engkau mahukan maka sungguhnya kamu akan berpisah darinya dan
kerjakanlah apa yang engkau mahukan maka engkau akan dibalas dengan sebabnya.

!
.










))






:
.








((!



.




20. Wahai orang muda! apa suatu yang terhasil bagi kamu daripada menghasilkan ilmu
kalam dan diwan dan syair dan bintang dan arud dan nahu dan saraf melainkan mensia-siakan
amalan. Dengan ketinggian Tuhan yang mempunyai ketinggian, sungguhnya aku lihat didalam
Injil Isa diatas nabi kita dan diatasnya selawat dan salam ((dari saat diletakkan mayat diatas
pengusung hingga ia diletakkan diatas tubir kubur Allah dengan keagonganNya bertanyakan dia
empat puluh soalan. Yang pertamanya Dia berkata: wahai hamba ku! Engkau bersihkan tempat
pandangan makhluk bertahun-tahun dan tidak engkau bersihkan tempat pandangan Ku satu jam,
sedang setiap hari aku memandang ke dalam hati mu maka aku katakan : apa yang engkau buat
untuk orang selain Aku sedang engkau dilingkungi dengan kebaikkan Ku. Adakah engkau pekak
tidak engkau mendengar?)).

. !
21.

Wahai anak muda! Ilmu tanpa amalan itu gila dan amalan tanpa ilmu itu tidak ujud.

)) .
. : ((





22. Ketahuilah bahawa ilmu yang tidak menjauhkan kamu pada hari ini dari maksiat-maksiat
dan tidak mendorong kamu kepada ketaatan tidak akan menjauhkan kamu esok hari dari api
neraka jahannam. Bila kamu tidak beramal dengan ilmu kamu pada hari ini dan tidak
memperdapatkan hari-hari yang lalu kamu akan berkata pada hari kiamat kelak ((maka
kembalikan kami, kami hendak melakukan amalan soleh selain apa yang dulu kami amalkan)).
Maka dikatakan : wahai si tolol, kamu datang dari sana!

!
. .
23. Wahai anak muda! Jadikanlah kekuatan semangat kamu pada roh dan kalah nafsu dan
mati tubuh, kerana tempat tinggal kamu adalah kubur, yang mana ahli-ahli kubur menunggu-

nunggu kamu pada setiap detik bila kamu akan sampai kepada mereka. Awaslah kamu daripada
bahawa kamu sampai kepada mereka tanpa bekalan.

:

))
.((








.((





))
24. Kata Abu Bakar as shiddiq r.a: tubuh-tubuh ini sangkar burung atau kandang ternakkan
maka hendaklah kamu fikirkan pada diri kamu dari mana satu daripada keduanya diri kamu itu?
Jika kamu daripada burung-burung tinggi maka ketika kamu dengar dengung gendang hendaklah
kamu balik kepada Tuan kamu, kamu terbang naik tinggi hingga bahawa kamu duduk pada
menara syurga yang tertinggi sepertimana kata rasulullah sawm ((bergegar arasy ar Rahman
kerana kematian Saad bin Muaz)). Perlindungan dengan Allah jika kamu dari kalangan binatang
ternakkan sepertimana kata Allah taala ((mereka itu seperti binatang ternakkan bahkan mereka
lebih sesat)), maka tidak amanlah perpindahan kamu dari penjuru rumah ke neraka yang dalam.


: :
. :
25. Diriwayatkan bahawa Hasan al bashri rahimahullah taala diberikan sedikit air sejuk
maka bila dia memegang mangkoknya dia pengsan dan jatuhlah ia dari tangannya, maka
bilamana dia sedar dikatakan kepadanya: apa kena kamu wahai Abu Saied? Katanya : aku
teringatkan keinginan ahli neraka ketika mereka berkata kepada ahli syurga : artinya hendaklah
kamu tuangkan keatas kami daripada air itu atau apa yang Allah razekikan kamu.

!
.
26. Wahai orang muda! Kalaulah semata-mata ilmu itu memada bagi kamu dan kamu tidak
berhajat kepada amalan selainnya nescaya adalah seruanNya adakah ada orang yang meminta!
adakah ada orang yang meminta ampun!, adakah ada orang yang taubat! suatu yang sia-sia
tanpa faedah.


.((




:






))
.((


27. Diriwayatkan bahawa sekumpulan sahabat r.anhum menyebutkan Abdullah bin Umar
r.anhuma disisi rasulullah sawm maka katanya : sebaik-baik orang adalah dia kalau dia
sembahyang pada waktu malam)). Kata rasulullah sawm kepada seorang lelaki dari kalangan
sahabatnya ((wahai fulan! Jangan kamu banyakkan tidur pada malam hari, kerana banyak tidur
pada malam hari itu meninggalkan tuannya sebagai fakir pada hari kiamat)).

" "




" "



"
."



28. Wahai anak muda! dan pada sebahagian malam maka hendaklah kamu bertahajjud
padanya sebagai tambahan bagi kamu adalah perintah, dan pada hujung malam mereka itu
meminta ampun adalah kesyukuran, dan mereka itu orang-orang yang meminta ampun pada
waktu hujung malam adalah zikir.












))
.((








29. Kata nabi aswm ((tiga suara Allah taala kasih: suara bapak ayam dan suara orang yang
membaca Quran dan suara orang yang memohon ampun pada hujung malam)).

:
: : .
: .
: .
.
30. Kata Sufian Thauri rahmatullah alaih: sungguhnya Allah tabaraka wa taala menjadikan
angin yang bertiup pada hujung malam yang membawa zikir-zikir dan istighfar kepada al
Malikul Jabbar. Katanya juga : apabila tiba awal malam menyerulah seorang penyeru dari bawah
arasy: hendaklah bangkit ahli-ahli ibadat! Maka mereka itu bangkit dan sembahyang apa yang
Allah kehendaki. Kemudian berseru seorang penyeru ditengah malam : hendaklah bangkit xx!
Maka mereka itu bangkit dan sembahyang hingga hujung malam. Maka bila terbit fajar berseru
seorang penyeru: hendaklah bangkit orang-orang yang lalai! Maka mereka itu bangkit dari
hamparan mereka seperti orang-orang mati yang dibangkitkan dari kubur mereka.


: !
.
31. Wahai anak muda! Diriwayatkan pada wasiat-wasiat Luqman al hakim kepda anaknya
bahawa dia berkata : janganlah bapa ayam itu menjadi lebih bijak dari kamu, dia berseru pada
hujung malam sedang kamu tidur.

:



*









*









*



32. Merpati berkicau didalam gelap malam, diatas dahan, dengan kicauan yang lemah,
sedang aku tidur. Aku berdusta, demi baitullah, kalaulah aku mabuk cinta (kepada Tuhan)
tentulah merpati itu tidak mendahului aku dengan menangis. Aku menyangka bahawa aku

gundah gulana, berlinang air mata, kerana Tuhan ku, maka aku tidak menangis sedang lembu
kerbau menangis.

. !
33. Wahai anak muda! Rumusan ilmu itu adalah bahawa kamu mengetahui apa dia taat dan
ibadat.



.
34. Ketahuilah bahawa taat dan ibadat itu menuruti Syari pada perintah dan tegah, dengan
kata-kata dan perbuatan, iaitu setiap apa yang kamu katakan dan kamu buat dan kamu tinggalkan
nisbah kata-kata dan perbuatan adalah dengan menuruti syari, sepertimana kalau kamu puasa
pada hari raya dan hari-hari tasyrik adalah kamu derhaka, atau kamu sembahyang pada kain yang
dirampas sekalipun ianya rupa ibadat kamu berdosa dengan sebabnya.

!



.
.

35. Wahai anak muda! Sayugia bagi kamu bahawa adalah kata-kata kamu dan perbuatan
kamu selari dengan syara, kerana ilmu dan amalan tanpa menuruti syara itu sesat. Dan sayugia
bagi kamu bahawa kamu tidak terpedaya dengan xx dan kehebatan ahli-ahli sufi, kerana
menjalani jalan ini adalah dengan mujahadah dan memutuskan keinginan nafsu dan membunuh
kecenderongannya dengan pedang latihan bukan dengan kehebatan dan kepalsuan itu.

.
.
36. Ketahuilah bahawa lidah yang bebas dan hati yang berlapis-lapis yang dipenuhi dengan
kelalaian dan syahwat adalah tanda kecelakaan. Maka bilamana kamu tidak bunuh nafsu kamu
dengan mujahadah yang sebenar maka hati kamu tidak akan hidup dengan cahaya-cahaya
makrifah.

.
.
.
37. Ketahuilah bahawa sebahagian masaalah yang engkau tanyakan aku tentangnya tidak
terboleh jawapannya dengan tulisan dan kata-kata. Jika kamu sampai kepada keadaan itu kamu
akan tahu apa ia sebenarnya. Jika tidak maka mengetahui keduanya mustahil kerana ia jenis
kecapan. Setiap apa yang ianya jenis kecapan tidak terboleh disifatkan dengan kata-kata, seperti
manis manisan dan pahit hempedu, tidak diketahui melainkan dengan kecapan.

: .

.
38. Sepertimana dihikayatkan bahawa seorang yang mati pucuk menulis kepada rakannya:
bagi tahu kepada aku kelazatan melakukan jimak bagaimana ianya. Maka rakannya menulis
kepadanya pada jawapannya: wahai Fulan dulu aku sangkakan engkau mati pucuk sahaja,
sekarang ini aku tahu bahawa engkau mati pucuk dan tolol, kerana kelazatan ini jenis kecapan,
jika engkau sampai kepadanya engkau tahu, jika tidak, tidak terboleh mensifatkannya dengan
kata-kata dan tulisan.

. !
: .
39. Wahai anak muda! Sebahagian masaalah-masaalah kamu daripada kategori ini. Adapun
sebahagian yang terboleh dijawab maka sungguh telah kami sebutkannya didalam Ihya al Ulum
dan selainnya. Kami akan sebutkan disini secebis darinya dan kami isyaratkan kepadanya maka
kami katakan :

: . :
. : .
:
.
40. Sungguhnya wajib diatas salik empat perkara: Perkara pertama iktikad yang sahih yang
tidak ada bidah padanya. Keduanya : taubat nasuha yang tidak dia kembali selepasnya kepada
kegelinciran. Ketiganya : meminta redha lawan berbalah hingga tidak tinggal satu hak pun bagi
seorang diatas kamu. Keempatnya menghasilkan ilmu syariat kadar apa yang kamu tunaikan
dengannya perintah-perintah Allah taala, kemudian daripada ilmu-ilmu yang lain apa yang
terhasil kejayaan dengannya.

:

.












))
.((








41. Dihikayatkan bahawa Syibli rahimahullah berkhidmat kepada empat ratus orang ustaz
dan dia berkata: aku membaca empat ribu hadith kemudian aku pilih daripadanya satu hadith dan
aku beramal dengannya dan aku biarkan yang selainnya kerana aku mengamatinya maka aku
dapati kelepasan dan kejayaan ku ada padanya, dan adalah ilmu orang-orang dulu dan kemudian
semuanya termasuk didalamnya, maka aku berasa cukup dengannya. Demikian itu bahawa
rasulullah sawm berkata kepada sebahagian sahabat-sahabatnya ((beramallah untuk dunia kamu
sekadar menetap kamu padanya, dan beramallah untuk akhirat kamu dengan kadar kekal kamu
padanya, dan beramallah kerana Allah dengan kadar hajat kamu kepadaNya, dan beramallah
untuk neraka dengan kadar tahan kamu diatasnya)).

. . !
:



:



: . : .
42. Wahai anak muda! Bila kamu tahukan hadith ini tidak kamu perlu kepada ilmu yang
banyak. Amat-amatilah pada beberapa cerita lain. Demikian itu bahawa Hatim al Ashamm
adalah seorang daripada sahabat-sahabat Syaqiq al balkhi rahmat Allah keatas kedua mereka.
Maka pada satu hari dia bertanya Hatim, katanya : kamu bersama dengan aku sejak tiga puluh
tahun apa yang kamu dapat padanya? Katanya: aku mendapat lapan faedah ilmiah yang mana ia
memada bagi aku dari ilmu, kerana aku mengharapkan kelepasan dan kejayaan ku padanya.
Maka kata Syaqiq : apa dia? Kata Hatim al ashamm:

:

: .

.
43. Faedah pertama: bahawa aku lihat kepada makhluk maka aku nampak setiap mereka
mempunyai suatu yang dikasihi dan diasyikkan, dia mengasihinya dan asyik kepadanya, dan
sebahagian kekasih itu bersama dengannya hingga kepada sakit kematiannya dan sebahagiannya
hingga tepi kubur kemudian semuanya balik dan meninggalkannya sendirian bersaorangan, tidak
ada satu pun daripada mereka itu masuk bersamanya kedalam kuburnya. Maka aku berfikir dan
berkata : sebaik-baik kekasih seorang itu apa yang masuk kedalam kuburnya dan berjinak-jinak
dengannya didalam kuburnya, maka aku tidak dapati selain amalan soleh maka aku jadikan ia
sebagai kekasih ku supaya ia menjadi lampu bagi ku didalam kubur ku dan berjinak-jinak dengan
ku didalamnya dan tidak meninggalkan aku bersendirian.

:
((








))

.
44. Faedah kedua: bahawa aku lihat makhluk mengikut kesukaan hati mereka dan cepat
kepada memenuhi kehendak nafsu mereka maka aku amat-amati kata Allah taala ((dan adapun
orang yang takutkan kedudukkan Tuhannya dan menahan nafsunya dari keinginannya maka
sungguhnya syurga itu adalah tempat kembalinya)), dan aku yakin bahawa Quran itu kebenaran
yang sejati maka aku segera kepada menyalahi nafsu ku dan aku menyinsing lengan untuk
bermujahadah melawannya dan menghalangnya dari keinginannya hinggakan ia rela untuk
mentaati Allah subhanahu wa taala dan menurutiNya.



((



))
.
45. Faedah ketiga: bahawa aku lihat tiap seorang daripada manusia berusaha pada
menghimpunkan harta dunia kemudian dia menahannya hal keadaan dia mengenggamkan
tangannya diatasnya, maka aku amat-amati pada kata Allah taala ((apa yang disisi kamu binasa
dan apa yang disisi Allah kekal)), maka aku sumbangkan apa yang aku hasilkan daripada dunia
untuk wajah Allah taala lalu aku agihkannya diantara orang-orang miskin supaya ia menjadi
simpanan ku disisi Allah taala.




((


))
.
46. Faedah keempat: bahawa aku lihat sebahagian makhluk menyangkakan kemuliaannya
dan kegemilangannya pada ramai ahli keluarga dan puak maka dia terpedaya dengan mereka itu,
dan sebahagian yang lain menyangka bahawa ianya pada kaya harta dan ramai anak maka
mereka berbangga dengannya, dan sebahagian mereka menyangkakan kemuliaan dan
kegemilangan itu pada merampas harta orang lain dan menzalimi mereka dan menumpahkan
darah mereka, dan satu kumpulan mengiktikadkan bahawa ianya pada menghabiskan harta dan
mewah berbelanja dan membazirkannya, dan aku mengamat-amati pada kata Allah taala
((sungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah yang paling bertakwa dari kalangan kamu))
maka aku memilih takwa dan mengiktikadkan bahawa Quran itu kebenaran yang sejati dan
sangkaan mereka itu batil lagi tidak kekal.


((




))

.
47. Faedah kelima: bahawa aku lihat manusia mencerca sebahagian mereka akan sebahagian
yang lain maka aku dapati demikian itu kerana dengki dan pangkat dan ilmu, maka aku amatamati pada kata Allah taala ((Kami telah bahagi-bahagikan diantara mereka razeki mereka
dikehidupan dunia ini)), maka aku tahu bahawa pembahagian itu adalah dari Allah taala pada
azali, maka aku tidak dengkikan seorang pun dan aku redha dengan epembahagian Allah
subhanahu wa taala.

You might also like