Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

GEOGRAFI FIZIKAL STPM

TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

BAB 4.3 EDARAN AIR TANIH


1

KONSEP EDARAN AIR TANIH

KONSEP EDARAN AIR TANIH

Konsep edaran air tanih merujuk kepada pergerakan air bawah tanah yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub permukaan, resapan air yang berlaku secara menegak ke dalam tanah dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.

EDARAN AIR TANIH

Terdapat beberapa perkara yang terlibat dalam proses edaran air tanih iaitu :
1. Larian air permukaan
2. Resapan 3. Aliran air bawah tanah 4. Simpanan air tanih 5. Keporosan 6. Ketelapan 7. Akuifer
4

BAGAIMANAKAN PROSES EDARAN AIR TANIH BERLAKU ???


1. Air hujan yang turun akan diserap

oleh tanah melalui proses RESAPAN. Apabila tidak dapat diserap lagi oleh tanah, air hujan akan mengalir sebagai LARIAN AIR PERMUKAAN yang mengalir ke alur-alur, sungai, tasik dan ke lautan.

2. Air yang meresap masuk ke dalam tanah

juga akan membentuk simpanan air tanih. SIMPANAN AIR TANIH bergantung kepada struktur batuan.

BAGAIMANAKAN PROSES EDARAN AIR TANIH BERLAKU ???


3. Air akan mudah menyerap melalui tanih

yang poros seperti pasir dan batu kelikir. KEPOROSAN tanah yang tinggi memudahkan proses penyerapan dan pengaliran air dalam tanih.
merujuk kepada keupayaan tanah untuk mengalirkan air. Batuan yang telap air ialah batuan yang akan membenarkan air melepasinya sama ada bersifat poros atau tidak.

4. KETELAPAN

BAGAIMANAKAN PROSES EDARAN AIR TANIH BERLAKU ???


5. AKUIFER merujuk kepada struktur geologi

atau batuan yang telap air dan berupaya membendung air dengan banyak serta berupaya memindahkannya. Oleh itu AKUIFER merupakan simpanan semulajadi air tanah. Permukaan yang terdapat di atas akuifer dikenali sebagai aras mata air dan ianya berubah-ubah mengikut musim.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EDARAN AIR TANIH

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI EDARAN AIR TANIH


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi edaran air tanih iaitu ;
1. Sifat batuan dan tanih
2. Ketelapan tanih 3. Jumlah Hujan

4. Litupan tumbuhan

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI EDARAN AIR TANIH


1. Sifat Batuan atau Tanih ;

Ini bergantung kepada jumlah liang pori sesuatu jenih tanih yang menyebabkan tanih itu poros atau tidak. Cth. Tanih pasir yang peroi adalah poros dan tidak mampu menyimpan air dan kandungan air tanihnya kurang. Cth. Sebaliknya tanih liat tidak poros dan mampu menyimpan kuantiti air dengan banyak.
10

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI EDARAN AIR TANIH


2. Ketelapan Tanih ;

Bergantung kepada struktur dan tekstur tanih. Tanih yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air. Tanih yang berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanih liat dan granit pula menggalakkan air bertakung.

11

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI EDARAN AIR TANIH


3. Jumlah Hujan;

Hujan lebat dalam tempoh masa yang lama akan membekalkan jumlah air tanih yang tinggi. Contohnya pada musim tengkujuh yang menyebabkan tanih menjadi lembap berbanding musim kemarau. Keadaan ini akan mempengaruhi edaran air tanih.

12

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI EDARAN AIR TANIH


4. Litupan Tumbuhan ;

Litupan tumbuhan mempengaruhi proses edaran air tanih melalui proses susupan, aliran air permukaan dan aliran air bawah tanah melalui pintasan silara pokok dan akar tumbuh-tumbuhan. Akar pokok yang banyak di permukaan tanah akan mengurangkan pergerakan larian air permukaan dan meningkatkan proses susupan air dalam tanah.
13

SEKIAN, TERIMA KASIH

14

You might also like