Taklimat Pengurusan Pendidikan Islam Kepada Pengetua / Guru Besar 1. P Dan P Pendidikan Islam Pra Sekolah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

TAKLIMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM KEPADA PENGETUA / GURU BESAR 1.

P DAN P PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH - Kelayakan sekolah untuk menerima perjawatan Guru Tambahan Pendidikan Islam adalah berdasarkan wujudnya 2 kelas Pra Sekolah dan 1 kelas Pendidikan Khas Integrasi atau sekurang-kurangnya 1 kelas Pra Sekolah dan 1 kelas Pendidikan Khas Integrasi. - Bagi menampung kekurangan Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI), berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Negeri Bil 2/2011 pada 24-25 November 2011 di Hotel Selesa membenarkan agar guru j-QAF boleh membantu pengajaran di kelas Para Sekolah sebanyak 4 masa seminggu tetapi perlu diselaraskan jumlah masa seminggu jadual waktu di antara Guru Pendidikan Islam dengan guru j-QAF. - Sekiranya guru j-QAF itu menunggal tanpa GPI di sekolah yang mempunyai perluasan program j-QAF, guru j-QAF tersebut mestilah mengutamakan pelaksanaan pengajaran Pendidikan Islam (6 masa) dan Bahasa Arab (3 masa utk KSSR / 2 masa KBSR) yang terdapat dalam program j-QAF. Sekiranya terdapat masa lebihan yang boleh menampung jadual Pendidikan Islam di kelas Pra-Sekolah, bolehlah guru tersebut membantu P dan P di kelas Pra-Sekolah

2. J-QAF 2.1 MEMPERKASAKAN PROGRAM TASMIK - Program j-QAF terdiri daripada model-model : a. Kelas Pemulihan Jawi, b. Khatam al-Quran dan Tasmik, c. Perluasan Bahasa Arab, d. dan Kem Bestari. - Program tasmik Membimbing dan merekod pencapaian bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam alQuran semasa berada di Sekolah Rendah. - Dilaksanakan di luar jadual waktu dan dikira waktu rasmi mengajar serta perlu membuat catatan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). - Strategi pelaksanaannya perlu kepada a. Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani b. Setiap murid diwajibkan menghadiri kelas tasmik. c. GPA, GTPI, GPI Program j-QAF & GPI Pend. Khas j-QAF wajib melaksanakan program tasmik manakala guru Islam yang berkebolehan digalakkan untuk membantu. d. Guru-guru yang terlibat dengan program tasmik mestilah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah - Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan - Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa-masa yang sesuai (luar jadual waktu) - Waktu Tasmik tidak boleh dianggap sebagai waktu kokurikulum. - Dijalankan sekurang-kurangnya dua waktu di luar jadual waktu. - Guru Kelas Tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.
2

2.2

MEMPERKASAKAN KEM BESTARI SOLAT

- Model bestari solat dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. - Ia dilaksanakan 4 kali setahun perlu dimasukkan dalam takwim tahunan sekolah. KBS Tahap 1 Wuduk Perlakuan solat Bacaan di dalam solat Wuduk Perlakuan solat Bacaan di dalam solat Amali Solat Tambahan KBS Tahap 2

- Tempoh pelaksanaan Kem Bestari Solat perlulah : a. Kem Pertama Jan hingga Mac b. Kem Kedua April hingga Mei c. Kem Ketiga Jun hingga Julai d. Kem Keempat Ogos hingga Oktober

2.3

MEMPERKASAKAN DATA PENCAPAIAN MURID

- Data pencapaian murid perlu sentiasa di kemaskini menggunakan instrumen yang telah disediakan dalam Buku Panduan Program j-QAF yang merangkumi program Pemulihan Jawi, program Khatam al-Quran, program Bahasa Arab dan program Kem Bestari Solat. 2.4 PROGRAM BAHASA ARAB

- Bahasa Arab adalah bahasa antarabangsa.


3

- Memartabatkan Bahasa Arab - Meningkatkan status Bahasa Arab dengan diperluaskan kepada semua sekolah rendah - Memberi peluang kepada semua murid untuk mempelajarinya. - Sebagai bahasa elektif untuk tahun 2013, diperuntukan 2 waktu bagi Tahun 4 hingga Tahun 6 KBSR seminggu, Tahun 1, 2 dan 3 KSSR diperuntukan sebanyak 3 waktu seminggu. - Sekurang-kurangnya dimasukkan 2 waktu seminggu dalam jadual waktu rasmi persekolahan dan 1 waktu lagi boleh dibuat di luar jadual waktu rasmi mengikut peruntukan pelaksanaan KSSR. - Murid Islam dikehendaki memilih Bahasa Arab sekiranya tidak mengambil bahasa elektif yang lain. 2.5 PERLUASAN PROGRAM j-QAF DI SJKC NEGERI JOHOR

- Keputusan Mesyuarat Khas Bersama Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 5 dan 10 September 2012 menyatakan bahawa program j-QAF dilaksanakan di semua Sekolah Rendah pada tahun 2013. - Berdasarkan unjuran Bahagian Penyelidikan dan Dasar Pendidikan, KPM program ini akan dilaksanakan di 62 buah SJKC yang mempunyai enrolmen 30 Jun 2012. Ini tidak termasuk SJKT kerana kedudukan semasa ketika data enrolmen ini diunjurkan, jumlah murid Islam kurang daripada 10 orang.

3. PENTAKSIRAN PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) - Pentaksiran Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) mesti dilaksanakan bermula daripada Tahun 1 di Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 dari Sekolah Menengah mengikut kod-kod yang telah disusun sebagaimana dalam Buku Panduan Pelaksanaan PAFA supaya tiada masalah murid hanya di nilai pada tahun atau tingkatan peperiksaan sahaja sama ada Tahun 6, Tingkatan 3 atau Tingkatan 5. - Dengan ini murid dapat diberi peluang yang secukupnya untuk penilaian berdasarlkan tajuk-tajuk bidang PAFA mengikut Tahun oleh GPI selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2012 : Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah bertarikh 3 Disember 2002.

4. DAKWAH 4.1 PROGRAM BUDAYA AL-QURAN

- Pelaksanaan program budaya al-Quran adalah satu program yang dilaksanakan atas Surat Arahan Khas Setiausaha Kerajaan Johor bil (14) dlm, SUKJ 676/2-20 bertarikh 28 Februari 1996. - Sekolah-sekolah dipohon untuk memperkasakan pelaksanaannya mengikut kemampuan fizikal dan kesesuaian penyusunan jadual waktu di peringkat sekolah masing-masing. 4.2 PERUNTUKAN HARI KEBESARAN ISLAM / PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID

- Sekolah-sekolah mesti menggunakan peruntukan peruntukan berkenaan untuk tujuan asal iaitu bagi sambutan dan penghayatan hari-hari kebesaran Islam dan pembangunan sahsiah murid supaya ia memberi impak kepada masalah gejala sosial dan mengurangkan displin murid bagi sekolahsekolah berkenaan yang seterusnya boleh menyumbang kepada penurunan % KPI disiplin di peringkat PPD dan JPN. 4.3 Jawatankuasa Majlis Kegiatan Dakwah Sekolah (MAKDIS)

- Pembugaran di peringkat sekolah perlu dilakukan dengan seorang Penyelaras Dakwah dilantik di kalangan GPI untuk menjadi setiausaha MAKDIS berlainan dengan GPI yang memegang jawatan Ketua Panitia.

5. SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN - Dimaklumkan bahawa sebanyak 17 Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 8 Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) telah mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pada 14 Ogos 2012. - Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-sekolah Rendah yang berhampiran dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) agar dapat membantu sekolah-sekolah tersebut dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan ko-kurikulum.

You might also like