Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

SOALAN ISL 1 Huraikan konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

JAWAPAN: Konsep Tamadun Secara umum : Tamadun boleh dimaksudkan dengan madain atau mudun atau madana yang bermaksud tinggi budi bahasadan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar. Dari sudut Barat : Tamadun pembangunan lahirah seperti dalam aspek kebudayaan penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja.

Jurji Zaydan guna istilah tamaddun dalam karyanya yang masyhur Tarikh alTamaddun al Islami.

Muhammad Abduh - menggunakan istilah madaniyyah P. Bagby - budaya yang dijumpai di Bandar Farid Wadji dan Sheikh Muhammad Abduh` gunakan madinah bermaksud Bandar Prof. Syed Naquib Al-Attas - Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

Karl Marx - tamadun terbahagi kepada Marcel Maus - semua pencapaian manusia. Eugene Cavignae - sains, seni, arahan dan kemurnian yang minimum. Robert J. Braidwood: merujuk tamadun kepada perbandaran. Dan harus mempunyai satu struktur politik, undang2 formal dan terdapat beberapa projek mega.

Dari sudut Islam : Meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Definisi Tamadun

Dalam tradisi penulisan berbahasa Arab antara peristilahan yang sering digunakan tamaddun, hadarah, madaniyyah, umran,thaqafa dan nahdah.

Istilah-istilah ini mempunyai penekanan yang agak berbeza antara satu dengan lainnya tetapi daripada segi penggunaan dan juga konotasinya terdapat banyak persamaannya.

Kesemuanya - proses perbandaran dan transformasi manusia daripada pelbagai segi yang menyangkut kehidupan dan persekitarannya.

Manakala dalam tradisi penulisan berbahasa Inggeris perkataan civilisation digunakan secara meluas yang dipinjam dripada Bahasa Latin civitas bandar.

Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah popular yang digunakan tamadun dan peradaban yang meminjam daripada Bahasa Arab.

Membezakan manusia dengan manusia yang tidak bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar).

Cina bangga dengan pencapaian budayanya mengatakan orang asing tidak bertamadun.

Barat menyatakan peraturan dan sistem pemerintahan China sebagai tidak bertamadun.

Barat mengatakan tujuan penjajahan untuk mentamadunkan orang yang dijajah.Islam melihat tamadun sebagai pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi

Satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupannya. Status sosial manusia berubah dari kehidupan yang serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks.

Objektif Pembentukan Tamadun v Untuk membentuk satu Negara yang stabil tanpa keadaan huru-hara seperti zaman sebelum tamadun. vPemerintahan yang bertanggungjawab dan mempunyai visi yang khusus untuk kesejahteraan rakyat yang dipimpinnya merupakan faktor penting kepada kestabilan Negara. vMeningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi vMeningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama

vMenangani masalah ketidakseimbangan sosiekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. vMeningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup vMengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Ciri-ciri Tamadun Pembentukan Bandar / Urbanisasi Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India. Sistem Pemerintah dan Ekonomi Manusia bergantung kepada kegiatan ekonomi seperti bercucuk tanam, menternak binatang dan lain-lain lagi bagi menyara hidup keluarga. Lama-kelamaan, mereka juga menceburi dalam bidang perdagangan.Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandarbandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. Wujudnya Organisasi Sosial Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti

rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi. Perkembangan Teknologi Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat. Pengkhususan Kerja Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang. Wujudnya Kepercayaan Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi

perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir. Kesenian Pengaruh kesenian Hindu-Buddha berkembang secara bersepadu dengan ajaran agama. Kesenian merangkumi aspek-aspek binaan arkitektur, candi, patung, arca dan ukiran lain-lain. Seni bina berasaskan agama merupakan salah satu perkara paling penting untuk melihat pengaruh Tamadun India di Asia Tenggara. Warisan kesenian Hindu-Buddha di Nusantara ialah candu. Hal ini disebabkan agama Hindu-Buddha menjadikan kuil dan candi sebagai monument asas yang mesti didirikan di setiap tempat yang dilawati oleh para penganutnya. Kuil dan candi berfungsi sebagai pusat penyembahan dan melakukan upacara-upacara keagamaan ajaran Hindu-Buddha.

SOALAN ISL KE-2 Bincangkan ; Definisi Tamadun Islam dan Prinsipnya. Mengapakah Tamadun Islam berpandukan al-Quran/ as-Sunnah/ akal/ penemuan & ciptaan baru/ penyempurnaan semula. (A) Definisi Tamadun Islam Ibn Khaldun Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya. Syed Naquib Al-Attas Sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Muhammad Rasyid Ri dha Agama adalah asa tamadun. Ini kerana peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia iniditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan ataukemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. Abu Bakar Hamzah Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Arnold Toynbee Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Will Durant Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. (B) Prinsip-prinsip Tamadun Islam Terdapat lima prinsip dalam Tamadun Islam yang kesemuanya adalah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Kelima-lima prinsip tersebut ialah i. Memelihara jiwa dan nyawa ii. Memelihara akal fikiran iii. Memelihara maruah dan keturunan iv. Memelihara harta benda v. Memelihara hak dan kebebasan i. Memelihara jiwa dan nyawa Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni. Islam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit

ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk. ii. Memelihara akal fikiran Prinsip kedua Tamadun Islam ialah memelihara akal. Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Contoh adab makan seperti sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.

(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 ) iii. Memelihara maruah dan keturunan Prinsip Tamadun Islam yang ketiga ialah memelihara maruah dan keturunan. Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakalbakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. iv. Memelihara harta benda Prinsip Tamadun Islam yang keempat ialah memelihara harta. Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari ) v. Memelihara hak dan kebebasan Islam telah memberikan kebebasan dan hak kepada manusia untuk melakukan sesuatu perbuatan dan tingkahlaku. Islam telah mengkategorikan hak dan kebebasan yang diberikan kepada manusia iaitu hak Allah serta hak dan kebebasan manusia. Al-Quran secara khusus bertanggungjawab mengekalkan kebebasan manusia yang ada kaitan dengan hal Allah Taalah melalui 3 cara iaitu kebebasan daripada taklid, alam bukti kewujudan Allah Taala serta kebebasan dari kesesatan. Pematuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada hari ini seperti sekularisme, humanisme, materialisme dan sebagainya merupakan penjajahan akidah dan pemikiran yang sentiasa diperjuangkan penghapusannya oleh Allah Taala.Islam memberikan kebebasan sebagai hak asasi manusia. Kebebasan tersebut ialah kebebasan berpersatuan, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan kebebasan beragama. Mengapakah sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah, akal, penemuan, penciptaan baru dan penyempurnaan semula. Sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran menggariskan prinsipprinsip asas, kemudian dijelas dan diperincikan oleh al-Sunnah. Kedua-duanya ini merupakan

sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka. Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran. Kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Ia sesuai sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan. Ia juga merupakan kitab samawi terakhir bagi manusia selepas turunnya Taurat, Zabur dan Injil. Sumber tamadun Islam juga berpandukan kepada al-Sunnah kerana segala kandungan dalam al-Sunnah disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan(taqrir) serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Cuma sunnah yg menjadi sandaran hukum; sesudah menjadi rasul. Akal manusia merupakan anugerah yang paling berharga dan dengan akal fikiran, manusia dapat berusaha mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, Akal fikiran merupakan sumber kedua pentingnya dalam pembentukan tamadun Islam. Dengan adanya akal fikiran, manusia dapat mereka dan mencipta sesuatu yang baru serta bersesuaian kehidupan pada masa itu. Dengan sikap inovasi, banyak penemuan dan penciptaan baru dalam pelbagai bidang yang telah dilakukan oleh orang Islam berlandaskan kepada penerokaannya terhadap Al-Quran dan hasil kajian mereka sendiri. Di atas dasar agama tidak melarang dan dapat menerima unsur-unsur luar yang tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam, telah menyebabkan perkembangan pengubahsuaian dan penyempurnaan semula ilmu berkembang dengan pesat.Berdasarkan Mustafa Haji Daud (1985), Baitul Hikmah merupakan salah sebuah pusat yang menterjemahkan buku-buku dari luar. Dari masa ke semasa, Baitul Hikmah berperanan sebagai pengalih bahasa buku-buku asing ke Bahasa Arab ke arahpenyempurnaan dan memperkayakan perbendaharaan ilmu pengetahuan umat Islam. Kesimpulannya, akal, pemikiran, penciptaan, pengubahsuaian dan penyempurnaan semula dibimbing oleh wahyu drp Allah s.w.t. Seterusnya, kesemua ini telah pun dijadikan sebgai sumber utama dalam pembentukan tamadun Islam.

SOALAN ISL KE-3 Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun? Jawapan: Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India) PENGENALAN - Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. - Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun - Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China - Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. - Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi - Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China - Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan: 1.Penyebaran Agama Buddha - Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) - Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) 2. Sains dan Teknologi - Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas - Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India - Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru - Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian - Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme - Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. - Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN INDIA - Bermula seawal abad ke-3 SM - Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu) - Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas - Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu Kesan: 1.Penyebaran Agama - Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. - Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. 2.Sistem Pemerintahan - konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan - Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja - Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi HinduBuddha. 3.Struktur Masyarakat - Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. - Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu 4.Adat resam dan Budaya - Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera - Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga,

bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, - Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 5. Bahasa - Pengaruh bahasa Sanskit - Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu - Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila 6.Kesusasteraan - Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana - Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma - Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan rajaraja & menyelitkan unsur epik & mitos - Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA

- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China - Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk

ke India sekitar tahun 250 M - Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh - Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. - Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese Kesan: 1. Penyebaran Agama - Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan - Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). 2. Warisan Cina Peranakan - Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. - Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. - Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien - Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan - Pakaian kebaya dan kain sarong 3. Kebudayaan - Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah

4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma,

anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea - Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin Pengenalan Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun memberikan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif. Interaksi yang positif Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke

Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi. Interaksi yang negatif Interaksi antara tamadun ini tidak sunyi dari timbulnya perbezaan. Konflik ini pula dibesarkan dengan wujudnya elemen-elemen perbezaan yang terlalu extreme untuk diterima oleh sesebuah tamadun. Tambahan lagi jika wujudnya kepercayaan agama yang mempunyai permusuhan sejak awal lagi memburukkan lagi hubungan antara tamadun. Contohnya dalam hubungan antaraTamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

SOALAN ISL KE-4 Jelaskan nilai-nilai universal antara tamadun. JAWAPAN: Nilai-nilai Universal Antara Tamadun Menurut ilmu persejarahan, interaksi antara tamadun dunia berfokuskan kepada aspek material dan spiritual secara universal. Ini boleh dilihat dalam pelbagai perkara meliputi: teologi

etika pemikiran kebudayaan kesenian peningkatan status ekonomi dan politik

Nilai-nilai universal antara tamadun memperlihatkan wujudnya persamaan antara satu sama lain dan tidak terasing daripada lingkungan ketamadunan manusia sejagat. Berdasarkan teras kepercayaan dan kepentingan sesuatu bangsa dan rakyat di sesebuah Negara seperti Asia (Malaysia, Cina, India, Jepun) sebenarnya sangat bergantung kepada 5 unsur utama yang menjadi asas terhadap persamaan dan perbezaan antara tamadun, iaitu:

teologi ekonomi pendidikan komuniti keluarga

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun

1. KETERBUKAAN -Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain. Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran. -Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

2. KESEJAGATAN

-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia. Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. -Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia. Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.

Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. - Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anakmerangkumi pendidikan agama dan kemahiran. - Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. - Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

TAMADUN CHINA

Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China. Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa. -Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:a) hubungan maharaja dengan rakyat b) hubungan bapa dengan anak c) hubungan abang dengan adik d) hubungan suami dengan isteri e) hubungan kawan dengan kawan -Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. -Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina

mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

TAMADUN INDIA

Unit penting dalam tamadun India. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.

Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

KOMUNITI

TAMADUN ISLAM

Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.

Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.

Asas hubungan individu dalam Islam:a) ikatan kekerabatan b) persamaan agama c) ikatan kemanusiaan

Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.

Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakattidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan. Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

TAMADUN CINA

Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.

Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah. Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

TAMADUN INDIA Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.

Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta. Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.

Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.

Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti. Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

Soalan ISL KE-5 Bincangkan teori-teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. JAWAPAN TEORI DAN BUKTI ISLAM DATANG DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang. Dapat dibuktikan : catatan China yang mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan pentempatan di Canton/Amoy.

Pedagang Arab juga dapat kuasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China.

Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutamanya di Selat Melaka.

Disebabkan kedudukan Selat Melaka yang strategik. Selat Melaka dijadikan tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China. Kebanyakan pedagang Arab telah menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ.

Perkampungan penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan membeli barang mewah yang datang dari China dan India.

Orang Arab di perkampungan ini berkahwin dengan wanita tempatan. Masa tunggu perubahan angin monsun digunakan oleh pedagang untuk berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.

Wujud sebuah perkampungan yang bernama Ta Shih di Sumatera Utara. Kewujudan perkampungan menunjukkan Islam telah pun bertapak di Asia Tenggara. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.

Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada bahasa Arab. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab.

TEORI DAN BUKTI ISLAM DATANG DARI CHINA

Dikemukankan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi. Emanuel Gadinho Eredia beri alasan bahawa Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan terkenal dalam kalangan peniaga Arab yang beragama Islam.

Jalinan hubungan antara peniaga sudah tentu membolehkan Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di negara China.

Apabila peniaga China berdagang ke Asia Tenggara telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

S.Q.Fatimi memberikan bukti berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara.

Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat,Kuala Berang,Terengganu.

Fakta sejarah tidak dapat dinafikan adalah di Terengganu telah pun wujud sebuah kerajaan tua yang juga bergantung pada perdagangan.

Persamaan unsur bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti Kelantan,Melaka, dan Pulau Jawa.

Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China pagoda.

Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid.

TEORI DAN BUKTI ISLAM DATANG DARI INDIA


Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje,sejarawan Belanda. Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.

Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik al-salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.

Kewujudan unsure kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan terdapat hubungan yang rapat.

Sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau ini telah dibawa oleh pedagang Islam.

Mereka terdiri daripada pedagang dari Arab, China, India. Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh oleh para ulama sehinggan Islam menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara.

RUMUSAN Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dirintis oleh pedagang Islam. Kemudian, menerusi peranan yang dimainkan oleh kerajaan Islam, agama Islam terus berkembang dengan meluas sehingga kini satu pertiga daripada jumlah orang Islam di dunia terdapat di Asia Tenggara. Sikap terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan terhadap Islam membolehkan Islam tersebar dengan aman tanpa konflik atau peperangan. Tidak dapat dinafikan bahawa penyebaran Islam secara aman ke Asia Tenggara merupakan pengajaran sejarah yang besar ertinya bagi rantau ini dan dunia seluruhnya. Juga dapat dirumuskan bahawa dengan terbuktinya ketiga-tiga teori tadi maka bolek dikatakan Islam datang ke Tanah Melayu melalui ketiga-tiga bangsa iaitu dari Arab, India dan juga cina.

Soalan ISL KE-6 Apakah kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu? JAWAPAN: Kesan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu Pengenalan Kedatangan agama Islam telah banyak meninggalkan pengaruh dalam Tamadun Melayu. Kesan ini terdapat dalam aspek-aspek seperti sistem pentadbiran, sosial, undang-undang, ekonomi, adat istiadat, kesenian dan sistem pendidikan. Sistem Pentadbiran Di atas konsep keadilan tanpa mengenal kedudukan atau pangkat, Islam telah memperkenalkan sistem khalifah Islam yang adil dan bersistematik. Antara kesannya ialah penggunaan gelaran sultan. Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan dan menjamin kewibawaannya. Yang di-pertuan Agongpula ialah ketua agama Islam. Sistem politik Islam yang diamalkan sehingga hari ini yang mengandungi peruntukanperuntukan mengenai kuasa-kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman adalah yang terdapat dalam Piagam Madinah iaitu piagam bertulis pertama di dunia yang diperkenalkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Piagam ini diperkenalkan untuk mengikat perjanjian dan persefahaman di antara golongan sesama Islam dan juga golongan Islam dengan bukan Islam untuk menjaga hak dan tanggungjawab bersama bagi menjamin keutuhan dan kestabilan negara Madinah. Sosial Sistem sosial selepas kedatangan Islam masih berasaskan semangat kesedaran sosial. Hierarki sosial yang diamalkan oleh kerajaan Melaka bersifat superior-inferior di mana masyarakatnya terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Hierarki sosial sebegitu telah membentuk semacam halangan sosial antara golongan atasan dan golongan bawahan. Halangan sosial menjadikan peningkatan mobiliti sosial sukar berlaku kerana kepentingan diberikan kepada keturunan atau kebangsawanan individu sehingga lahirnya undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan menjaga taraf dan kepentingan golongan atasan.

Selain itu, juga wujud sistem syura iaitu sistem mesyuarat di kalangan ahli-ahli pakar (ahl alhal wa al-aqd) dan juga sistem hisabiaitu menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kriteria perlantikan menteri ekoran pengenalan sistem khalifah Islam. Undang-Undang Selepas kedatangan Islam, undang-undang Melayu telah diubah suai mengikut undang-undang Islam. Undang-undang Islam bermula apabila Raja Melaka memeluk Islam pada abad ke15. Pada peringkat awalnya, undang-undang adat ditokok tambah dan diubahsuai dengan unsur-unsur agama Islam. Kehadiran Islam telah memperkembangkan undangundang bertulis seperti yang dipaparkan melalui Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka, lebih kurang 40.95 peratus atau 18 fasal sahaja yang menurut undang-undang Islam. Pengaruh Islam boleh dilihat pada peringkat awal fasal-fasal dalam Hukum Kanun Melaka seperti pada kesalahan membunuh. Selepas kedatangan Islam, dikatakan hukuman bercorak Islam merupakan alternatif kepada bentuk hukum adat yang sedia ada. Hukum Kanun Melaka amat dipengaruhi oleh hukum syarak. Manakala Undang-Undang Laut Melaka pula mengandungi 25 fasal, hanya satu fasal sahaja iaitu yang mengenai zina yang mengikut hukum Islam sebenar. Undang-undang berkenaan hal-hal di laut yang lainnya banyak berunsurkan hukum dan peraturan-peraturan adat. Pengaruh undang-undang Islam ke atas undang-undang Melayu terbukti dengan penemuan Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303. Bahasa Melayu yang bertulis dengan tulisan Arab dan terdapat catatan tentang hukum-hukam tertera pada Batu Bersurat tersebut. Ini juga dapat membuktikan bahawa penduduk tempatan sudah lama memeluk Islam. Ekonomi Aktiviti ekonomi bercorak agrarian seperti pertanian, perikanan masih dijalankan selepas kedatangan Islam. Kedatangan Islam telahmeningkatkan aktiviti perdagangan di kalangan masyarakat Melayu. Ekoran itu, lahir pasar serta kota bersifat antarabangsa di mana terdapat aktiviti perdagangan dengan pedagang asing dari Arab, Parsi dan sebagainya. Selain itu, sistem wang juga dipakai secara meluas. Adat istiadat Sebelum kedatangan Islam, adat-adat Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Buddha dan Hindu. Selepas kedatangan Islam, adat istiadat Melayu banyak dipengaruhi oleh Islam.

Contohnya, adat berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang sudah cukup umur atau baligh, adat bercukur dilakukan apabila bayi sudah berumur seminggu dan nyanyian marhaban turut mengiringi sepanjang proses ini, adat berkhatam Al-Quran serta upacara menjejak tanah turut menggabungkan adat dan unsur-unsur Islam. Kesenian Pengaruh kesenian Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat pada masjid, batu nisan, rumah dan sebagainya. Batu nisan merupakan karya seni Islam terawal yang masuk ke Alam Melayu. Antara batu nisan yang menampakkan pengaruh Islam ialah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir bertarikh 903 (Kedah). Kesenian batu nisan dan makam dapat dilihat juga pada bentuk dan hiasannya. Secara keseluruhannya, masjid mempunyai maksud tertentu bagi masyarakat Islam, seperti mihrab, mimbar, dipenuhi dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran. Selain itu, seni muzik seperti nasyid juga dipengaruhi oleh agama Islam. Sistem Pendidikan Sistem pendidikan mangalami perubahan besar selapas kedatangan Islam, antaranya ialah Bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi iaitu huruf-huruf dalam AlQuran, pendidikan dijalankan di masjid, surau, madrasah dan pesantren atau pondok, ilmu pengetahuan tidak lagi di Istana dan untuk golongan bangsawan sahaja tetapi disebarkan di kalangan rakyat jelata dan sebagainya. Selain itu, proses pengtakrifan semula Ayat-Ayat dalam Al-Quran bukan sahaja untuk mengetahui rahsia tersembunyi Tuhan malahan mengukuhkan keyakinan, ketaqwaan dan ketauhidan mereka kepada Allah s.w.t. Dari segi ilmu pengetahuan,perhatianbanyak diberikan kepada ilmu syariah yang meliputi bidang usuluddin dan tasawuf. Antara kitab utama yang menajdi pegangan ialah al-Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan sebagainya. Tambahan pula, ibu bapa juga mula menghantar anak-anak untuk mengaji Al-Quran. Selain itu, mereka juga turut menghantar anak-anak untuk pendidikan sekular supaya seimbang antara ilmu duniawi dan ilmu Islam. Bagi membentuk peribadi anak yang baik, ibu bapa juga mula mengawal batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Perkembangan dalam bidang ilmu dan pendidikan telah membawa kepada kelahiran ulama Melayu dengan kemampuan ilmiah yang hebat. Contohnya: Nurudin al-Raniri (kitabnya: Hidayah al-Iman, Sirat al-Mustaqin).

Soalan ISL KE-7 Nyatakan sumbangan tokoh-tokoh berikut kepada Tamadun Islam. JAWAPAN: Ibn Khaldun Nama lengkap ialah Abdurrahman Abu Zaid Weliuddin Bin Khaldun. Dilahirkan di Tunis pada 732 H (1331M) dan meninggal dunia pada 808H (1406). Merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sisiologi, dan dan tokoh agama serta politik. Ibn Khaldun dan Karya Agungnya Muqadimah Karya teragung beliau dalam bidang persejarahan ialah Muqadimah yang merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan (ilmu sejarah dan sosiologi) yang sangat penting dan boleh membantu ahli sejarah untuk meghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah. Karya ini telah membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan dan telah dibahagikan kepada beberapa bab yang setiap bab didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal. Kandungan Muqadimah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu yang asasi dan tidak asasi. Bahagain yang asasi ialah mengenai disiplin sejarah atau falsafah sejarah dan disiplin sosiologi atau falsafah sains sosial. Bahagian yang tidak asasi pula merangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah. Bahagian ini hanya merupakan gagasan-gagasan umum, nukilan atau ringkasan daripada berbagai-bagai sumber yang diambil oleh Ibn Khaldun bagi menyuarakan pandangan dan pendapatnya mengenai perkara-perkara berkenaan. Ibn Khaldun sebagai Ahli Sejarah dan Sosiologi Muqadimah dianggap sebagai suatu sumbangan agung dalam bidang ilmu sejarah atau persejarahan kerana merupakan percubaan terawal yang pernah dilakukan oleh ahli sejarah bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.

Karya ini telah mengambil pendiriannya sendiri dengan mengetepikan persejarahan tradisional dan sikap konservatif golongan ahli-ahli sejarah tradisi. Ia berusaha mencari suatu penyelesaian yang baru dengan itu mewujudkan suatu falsafah yang baru. Kaedah penyelidikan yang digunakan lebih mirip kaedah sosiologi. Dua aspek yang ditekan,iaitu: 1. Mengenai sifat-sifat semula jadi 2. Mengenai sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Menurut Ibn Khaldun, manusia ialah makhluk sosial yang mempunyai roh, akal dan tubuh badan serta masing-masing mempunyai tugas dan keperluannya. Kesemua unsur ini seharusnya bekerjasama untuk memenuhi kebahagian dan kepuasan kehidupan. Ibn Sina Juga dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Barat Merupakan ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Hasil karya beliau berjudul al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) merupakan suatu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil daripada Ibn Sina. Penulis-penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai Bapa Doktor kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Sumbangan Beliau telah memperkembangakan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyuatan jantung untuk mengenal pasti (dalam masa beberapa detik shj) ketidakseimbangan yang berkenaan.

Kaedah ini dikenalpasti oleh para hakim untuk mengira berapa denyut jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan kelembapan di paras kulit dekat denyutan itu dan sebagainya. Beliau adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paruparu (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Beliau memberikan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau menghasilkan 250 karya yang kekal sehingga kini termasuk 116 buah karyanya dalam bidang ilmu perubatan. Antara yang terkenal ialah al- Qanun fi al-Tibb. Karya beliau mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan merupakan buku rujukan yang utama di universiti-universiti sehingga kurun ke-17. Iman Al-Ghazali Dilahirkan di Thos pada 450 Hijrah. Beliau terkenal dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan terutamanya dalam falsafah akhlak. Pengertian akhlak bagi beliau adalah bersesuaian dengan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Menurut beliau, dasar budi pekerti manusia dibahagikan kepada 3 sebab asas iaitu akal, hawa nafsu dan marah. Memperbaiki budi pekerti ialah dengan ialah dengan cara memperseimbangkan ketiga-tiga sifat dasar itu. Manakala dalam bidang pendidikan kanak-kanak, al-Ghazali memerikan peringatan bahawa hendaklah membentuk kanak-kanak ke arah suatu matlamat, bukan membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang disukainya. Menurut beliau, sekiranya dibiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang hendak diceburinya, berkemungkinan berlakunya pemilihan yang tidak tepat dan membawa kepada perkara yang negatif. Maka, beliau amatlah menekankan bimbingan ke arah pemilihan itu sangat penting lantaran kanak-kanak sangat terhad pemikiran mereka. Al-Biruni Nama penuh ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni.

Dilahirkan pada 3 Zulhijah tahun 362 H (4 September 973 M) di negeri Parsi. Beliau banyak mendapat ilmu pengetahuan daripada seorang putera Raja Parsi iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, seorang pakar ilmu matematik. Al-Biruni merupakan sarjana agung dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa serta hidup sezaman dengan sarjana Islam, Ibn Sina. Karya beliau Rasail al-Biruni adalah dianggap teragung, iaitu merupakan sebuah ensiklopedis astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang memberi banyak sumbangan dalam astronomi dan sains. Ahli Astronomi Bidang pengajian beliau yang utama ialah astronomi. Teori-teori astronominya yang penting antaranya ialah teori alam semesta, kosmogeni, teori geosentrik, kalender dan kronologi, matahari dan sebagainya. Dalam teori alam semesta, beliau beranggapan bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau juga tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar. Sementara bagi Kosmogeni, beliau menolak pandangan yang menyatakan bahawa dunia ini kekal. Teori Geosentrik pula, beliau dan cendekiawan sezaman dengannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau menyatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh, iaitu bermakna selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai serta menerima teori dan penerangan yang terdahulu Bagi kelendar dan kronologi, beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau mempercayai teori geosentrik dan menganggap matahari bergerak mengelilingi bumi. Gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.

Ahli Sains Beliau telah menghasilkan sebuah arya berjudul Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah sebagai suatu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaaan bahasa dan subjeknya yang beik serta mudah difahami. Beliau turut menguasai aritmetik orang India.

Al-Khawarizmi Mohammad bin Musa Al-Khawarizmi, dikenali juga dengan panggilan Abu Abdullah. Beliau merupakan seorang ahli Matematik, astronomi dan sejarah. Dilahirkan pada 780M di daerah Hawarizmi. Beliau dilantik oleh Khalifah Al- Mamun sebagai penasihat astronomi dan pengawas Khalifah di Baghdad. Beliau menulis beberapa buah buku seperti Hisab al-Jabr was al-Muqabalah yang memperkenalkan al-jabar dan menjadi buku teks matematik yang utama di universiti Eropah. Beliau turut memperkenalkan sistem angka kita sekarang ini kapada kebudayaan Barat.Hanya apabila sistem ini telah digunakan di Barat barulah mereka dapat mengembangkan ilmu matematik dengan pesatnya. Beberapa variasi ejaan terhadap nama beliau seperti al-Karismi,al-Chowarizmi, al-Goritmi, alChwarizmi dan sebagainya atas sumbangan beliau yang terlalu besar. Beliau digelar sebagai Bapa Kaedah Berangka.

ISL KE-8 Apakah ciri-ciri pemodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji pada zaman pemerintahannya (1897 1912)? JAWAPAN: Pemodenan oleh Maharaja Meiji Maharaja Meiji mangambil alih sistem pemerintahan Jepun selepas kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Pemerintahan Meiji bermula bermula pada tahun 1868 dan berakhir pada tahun 1912. l Maharaja Meiji membawa perubahan besar dalam sejarah Jepun l Kuasa maharaja berada pada kedudukan sebenarnya iaitu ketua masyarakat Jepun yang tertinggi. l Meiji memindahkan ibu Negara dari Kyoto ke Edo. Pada Disember 1868, Edo telah ditukar kepada Tokyo. Oligarki Meiji mempengaruhi golongan daimyo menyerahkan tanah secara sukarela kepada Maharaja. 29 Ogos 1871, maharaja mengumumkan penghapusan semua tanah feudal. Sistem hieraki sosial yang ketat sejak zaman Tokugawa telah dihapuskan. Golongan samurai kehilangan hak keistimewaan dan hak menggunakkan pedang pada September 1871. Pada Mac 1876 kerajaan mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai. Samurai kehilangan hak sebagai pahlawan Memodenkan Angkatan Tentara Laut dan Darat Disember 1872, kerajaan Jepun memperkenalkan sistem tentera kerahan moden terdiri daripada rakyat biasa (helmin) yang berusia 20 tahun ke atas. Yamagata Arimoto menyusun semula pentadbiran angkatan tentera ala Jerman.

Mewajibkan askar kerahan tenaga supaya berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun (3 tahun dalam angkatan tetap dan sembilan tahun angkatan simpanan) Pertahanan diperkukuhkan dengan senjata-senjata moden. Cara latihan peperangan diperbaiki dan beberapa pegawai tentera asing diambil berkhidmat untuk melatih teknik berperang kepada tentera Jepun. Tahun 1872, Kementerian Angkatan Laut ditubuhkan. Jepun mempunyai 17 buah kapal tentera laut yang beratnya 14,000 tan. 1876 tiga buah kapal laut yang besar dibeli dari Britain. Kemudahan limbungan diperbaiki. Pegawai tentera British diambil berkhidmat sebagai jurulatih dan arkitek Angkatan Laut Jepun. 1894, kerajaan Meiji mempunyai 28 bual kapal moden dengan beratnya 57,000 tan dan 24 buah anak-anak kapak perang dan torpedo

Komunikasi Pemodenan sistem komunikasi mempengaruhi kecekapan tentera, pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara Tahun 1872, Tokyo dan Yokohama dihubungkan oleh landasan kereta api. Pada tahun 1874, Kobe dan Osaka juga mempunyai landasan kereta api dan pada tahun 1877, Kobe Osaka dan Kyoto telah dihubungkan. Menjelang 1881, Jepun mempunyai 26 landasan kereta api dan pada tahun 1880, landasan kereta api Yokohama dan Tokyo mengangkut antara 2 hingga 3 juta penumpang. Kemajuan telegraf mencapai kemajuan yang lebih pesat. Menjelang 1880, hampir kesemua bandar utama Jepun dihubungkan oleh ibusawat telegraf. Pada tahun 1893, Jepun mempunyai 4000 batu kawat telegraf.

Jumlah berita kawat yang dihantar bertambah dari 19,448 pada tahun 1871 kepada 1.27 juta dalam tahun 1878 dan meningkat menjadi 2.7 juta dalam tahun 1884.

Pendidikan Penuntut Jepun dihantar ke luar negeri mempelajari Sains dan pentadbiran dan teknik perindustrian barat. Pakar-pakar, golongan profesional, pakar teknologi barat telah digaji untuk mengajar berbagai kemahiran kepada rakyat Jepun. Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan pada tahun 1872, Jepun dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran. Setiap kawasan mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas menerima pelajaran wajib selama 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28,000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid hampir 2 juta. Pada tahun 1886, Mori Arinori (Menteri Pelajaran 1885-89) telah memulakan satu sistempelajaran sekolah rendah diwajibkan selama 8 tahun dan sekolah menengah menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi- sekolah teknik peringkat tinggi ditubuhkan meliputi bidang perubatan, sains ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan, perikanan dan lain-lain. Pusat tertinggi sistem pendidikan Jepun ialah Universiti Diraja Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1886 Menjelang tahun 1910, beberapa universiti diraja ditubuhkan di Sapporo, Kyoto dan Fukuoka.

Undang-Undang Undang-undang dibentuk untuk mengkaji semula perjanjian tidak adil antara Jepun dengan kuasa barat yang ditandatanganipada tahun 1850-an dan 1860-an.

Pada tahun 1873, peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan Jepun. Undang-undang sivil dan perdagangan telah digubal dan diluluskan pada tahun 1888-89.

Kesusasteraan Penterjemah yang terkenal- Oda Junichiro (mendapat pendidikan dari Universiti Edinburgh) Hasil karya yang diterjemah- Ernest Maltravels, The Bride of Cammermoor, Romeo and Juliet, dan The Last Day of Pompei Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku, dan Itagaki Taisuke- penulis-penulis terkenal telah mengilhamkan pemikiran politik dan sistem politik Barat Fukuzawa Yukichi- perintis pendidikan barat dan pemikir politik agung dalam sejarah kebangkitan politik di Jepun. Hasil terkenal- Seiyo Jiyo(keadaan di negara-negara Barat) Taguchi Ukichi- memberi perhatian kepada isu-isu pemikiran dan teori ekonomi. Pelopor utama doktrin laissez faire. Menentang keras dasar perlindungan industri yang menurutnya akan memberi layanan istimewa kepada ahli samurai dan mendorong mereka kembali ke tabiat tradisional yang malas. Okakura Tenshin dan Shimomura Kanzon- memulihkan seni tradisional (lukisan minyak menjadi popular dan lukisan barat diterima) Muzik gaya barat semakin popular. Piring-piring hitam barat terdapat di pasaran dan tarian ballroom menjadi lebih popular di kalangan aristokrat dan elit politik Minat dalam alat-alat dan gaya muzik tradisional dihidupkan semula. Gagaku (muzik yang dimainkan di istana raja) diberi keutamaan dalam upacara rasmi dan keagamaan. Shakuhachi (seruling buluh), koto (alat bertali) dan samisen (alat muzik bertali tiga) dihidupkan kembali. Industri filem berkembang pesat. Panggung wayang gambar pertama dibina pada tahun 1903.

Akhir era Meiji, industri filem Jepun membuat kemajuan besar dengan penggunaan teknik kamera moden, sarikata, teknik sinaran tiruan, props dan sebagainya.

Ideologi dan Agama Rakyat Jepun diseru supaya memberi kesetiaan dan ketaatan sepenuhnya kepada negara khususnya maharaja yang dianggap suci dan tidak boleh dibantah. Shinto Negara (gabungan Shinto Tempat Suci dan Shinto Istana Diraja) menjadi agama rasmi negara. Langkah pertama menyebarkan Shinto Negara- mengeluarkan perintah mengasingkan Buddhisme dari Shinto dan menghidupkan semula Jabatan Shinto yang dibentuk mengikut model Pejabat Hal Ehwal Ketuhanan Jawatan paderi dihapuskan dan semua paderi dilantik menjadi pegawai kerajaan. Dengan pengisytiharan Shinto sebagai agama rasmi, kerajaan Meiji menyekat perkembangan agama Buddha. Pemimpin Buddha seperti Ekido, Nisshu, Tetsujo, Dokoun memujuk kerajaan mengubahsuai dasar-dasar yang keras terhadap Buddha dan kerajaan telah mengubahsuai dasar tersebut dengan pemberian lebih banyak autonomi kepada badan-badan dan institusi agama Buddha. Ajaran Kung Fu Tze bergabung erat dengan Shinto Negara. Agama Kristian yang disekat perkembangan di zaman Shogun Tokugawa dipulihkan semula.

Ekonomi Pertanian Menjalankan proses modenisasi dalam bidang ekonomi Pemimpin-pemimpin Meiji percaya bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri kapitalisme merupakan kunci utama kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme. Modenisasi ekonomi didorong oleh beberapa faktor- negara mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, sektor pertanian tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan, kerajaan mengalami masalah kekurangan yang teruk dalam

perdagangan luar negeri dann menyelesaikan masalah ini dengan menambah kuantiti dan jenis perindustrian ke negara asing. Kelas samurai yang berjumlah 600,000 orang harus diberi pekerjaan kerana kerajaan tidak mampu terus membayar pencen. Membangunkan sektor pertanian yang menghasilkan 80% dari jumlah hasil pendapatan Jepun dalam tahun 1870-an dan 1880-an. Perubahan dalam sistem cukai tanah. Cara pembayaran cukai lama di mana petani membayar cukai dengan hasil tanaman dihapuskan. Para petani diminta membayar cukai dengan menggunakan wang tunai di mana kadar percukaian berdasarkan nilai tanah- 3% dari nilai tanah tidak kira sama ada hasil tuaian baik atau tidak. Penuntut dalam jurusan pertanian dihantar ke luar negeri dan pakar pertanian asing diambil berkhidmat.

You might also like