Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Program intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak autisme dan sindrom down, terutamanya

tempoh umur di antara 0 hingga 6 tahun. Ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat dan menentukan intervensi yang diamalkan ke atas anak masing-masing secara persendirian selepas mengenal pasti bahawa anak mereka mengalami simptom-simptom autisme ataupun sindrom down. Keberkesanan intervensi yang dijalankan dan kemajuan terhadap perkembangan kanak-kanak autisme dan sindrom down amat bergantung kepada sikap ibu bapa yang positi . Ibu bapa perlu melibatkan diri dan mengetahui peranannya dalam pelaksanaan program intervensi awal. !alaupun begitu, sejauh manakah penglibatan dalam kalangan ibu bapa dan keluarga dalam pelaksanaan program intervensi awal masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam.

"ntuk menghasilkan program yang e ekti kepada kanak-kanak autisme dan sindrom down, kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak pro esional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak autisme dan sindrom down dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. #ambahan pula, $pendidikan untuk semua%% yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanak-kanak autisme dan sindrom down . Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

You might also like