Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MERITOKRASI : FAKTOR SOSIO EKONOMI DAN PELUANG PENDIDIKAN TINGGI

Meritrokasi merupakan satu sistem sosial yang mementingkan kejayaan atau ganjaran berdasarkan kepintaran, bakat dan usaha individu tanpa mengira pangkat, harta, keturunan, kaum dan agama. Oleh itu, berdasarkan artikel yang telah saya pilih iaitu Meritokrasi : Faktor Sosio Ekonomi dan Peluang Pendidikan Tinggi yang dikarang oleh Norazlinda bt Saad, merupakan artikel yang membincangkan kajian mengenai sistem meritokasi dan peluang pelajar daripada pelbagai latar belakang mendapat tempat di IPTA serta perkaitan status sosio ekonomi ibubapa dengan merit pelajar. Dalam artikel tersebut telah menjelaskan berkenaan dengan sistem meritokrasi yang mana meritokasi merupakan satu sistem yang dapat memilih pelajar yang cemerlang bagi kemasukkan ke IPTA dengan mengambil kira kebolehan intelektual, kemahiran, dan amalan tanpa mengira keturunan, latar belakang keluarga dan dasar kekayaan seseorang pelajar. Ianya merupakan satu sistem yang memberi peluang pendidikan kepada golongan miskin dan etnik daripada kawasan mundur untuk melanjutkan pendidikan ke pringkat yang lebih tinggi. Artikel tersebut juga turut menyentuh berkenaan dengan faktor-faktor sosio ekonomi, yang sosio-ekonomi banyak menyumbang kepada pencapaian seseorang pelajar. Pelajar yang datang daripada keluarga yang mempunya status sosio ekonomi lebih tinggi berpeluang untuk mendapat peluang pendidikan yang lebih baik kerana mereka diperuntukkan dengan pelbagai kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran. Hasil penulisan Norazlinda bt Saad yang ringkas dan secara terus kepada objektif penulisan kajian yang bertujuan bagi memperlihatkan peluang pelajar dari pelbagai latar belakang yang mendapat tempat di IPTA jelas dinyatakan di samping bukti-bukti statistik kajian yang telah dinyatakan dalam dapatan kajian. Bukan itu sahaja, hasil penulisan yang jelas dan tersusun memudahkan pembaca untuk memahami isi penulisan dan ianya juga telah ditulis dengan baik. Hasil penulisan juga telah menyelitkan bersama-sama dengan pendapat tokoh-tokoh dalam pendidikan

berkenaan dengan kesan sosio-ekonomi dalam mempengaruhi pendidikan anak-anak. Pendapat-pendapat tokoh yang telah dinyatakan ini banyak membantu dalam membuktikan dan memperkukuhkan sesuatu kajian yang telah dijalankan. Sebagai contoh, dapatan kajian telah dinyatakan bersama dengan statistik kemasukkan pelajar mengikut etnik. Berdasarkan statistik yang telah dinyatakan, ianya telah dikaitkan dengan kajian Sharifah Mohd Noor (1992) yang mana dalam kajiannya mendapati bahawa etnik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik yang mana dalam kajian beliau didapati pelajar-pelajar india tidak mempunyai prestasi pendidikan akademik yang baik berbanding dengan pelajar Melayu dan Cina kerana keadaan kedudukan status sosio-ekonomi yang rendah dalam masyarakat india telah menyumbang kepada keadaan tersebut. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan terdapat kekurangan dalam hasil penulisan artikel ini, yang mana terdapat sedikit pertikaian yang ingin diketengahkan oleh saya berkenaan dengan kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi, Akses kepada pendidikan tinggi merupakan peluang-peluang pendidikan yang disediakan kepada lepasan sekolah menengah untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Akses kepada pendidikan tinggi hendaklah sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahuan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kualiti hidup masing-masing. Justeru peningkatan terhadap pendidikan terus meningkat. Berdasarkan kenyataan yang telah ditulis, saya kurang bersetuju berkenaan Sistem Merit dalam menyediakan peluang kerana bukan semua pelajarpelajar berpeluang mendapatkan akses kepada pendidikan yang disediakan. Hal ini kerana terdapat murid-murid atau pelajar-pelajar yang hidup di kawasan pendalaman seperti Orang Asli, Kadazan, Iban dan sebagainya mengalami masalah dalam mendapatkan akses internet kerana kekurangan kemudahan dan masalah buta IT dalam kalangan mereka. Masalah tersebut telah memberikan kesukaran dan menutup peluang kepada golongan tersebut dalam mendapatkan peluang ke pengajian Tinggi. Ulasan saya dapat disokong berdasarkan kenyataan Majid b. Suhut, Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) (2006), yang telah mengatakan bahawa, Sistem Merit yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang menimbulkan masalah besar kepada anak-anak Orang Asli memasuki IPT(IPTA/IPTS). Kemajuan

Teknologi IT dengan sistem atau kaedah permohonan kemasukan secara online menyukarkan pelajar-pelajar Orang Asli untuk membuat permohonan kemasukan ke IPT. Kenyataan yang telah dinyatakan dalam penulisan Norazlinda bt Saad yang mengetengahkan bahawa sistem Merit itu memberi peluang akses kepada pendidikan sama sekali berlawanan dengan kenyataan yang telah dinyatakan oleh Majid b. Suhut dalam penulisan Mohamad Johdi Bin Salleh berkenaan dengan kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak Orang Asli dalam mendapatkan peluang pendidikan kerana akses kepada teknologi atau menggunakan sistem online. Artikel tersebut juga telah mengaitkan peringkat pendidikan ibu bapa kepada pencapaian yang tinggi kepada pelajar.

turut mengatakan bahawa adalah penting untuk mempunyai satu sistem yang mengutamakan keperluan golongan yang berkedudukan rendah dari segi sosioekonomi. Ia bukan setakat adil malah menguntungkan semua pihak . Berdasarkan kenyataan tersebut, pertikaian yang ingin saya ketengahkan di sini adalah sistem ini pada hakikatnya hanya mementingkan golongan yang mempunyai kecemerlangan akademik semata-mata dan tidak mengutamakan keperluan golongan berkedudukan rendah kerana kebanyakkan golongan rendah sendiri mengalami masalah dalam memperolehi merit yang tinggi kerana faktor sosioekonomi, terutamanya masyarakat pedalaman. Faktor sosioeonomi sesebuah keluarga dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran dalam keluarga.

Hal ini dapat dibuktikan menerusi artikel Mohamad Johdi bin Salleh dan Abdul Razak Ahmad yang bertajuk Kesedaran Pendidik Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli yang telah diselitkan kenyataan bahawa, Selain itu tahap sosioekonomi mereka yang rendah juga turut mempengaruhi pencapaian anak-anak mereka. Kebanyakkan ibu bapa mereka hanya menumpukan kepada pekerjaan untuk menampung keperluan hidup sehingga mengabaikan pendidikan anak-anak mereka. Faktor keluarga yang mempunyai tahap sosio-ekonomi, dan pendidikan yang rendah mempunyai kesedaran

yang rendah terhadap pendidikan. Walaupun terdapat keluarga dalam golongan Orang Asli mempunyai kewangan dalam membiayai pendidikan anak-anak, namun mereka tidak dapat membantu dalam pembelajaran dan menentukan hala tuju pendidikan anakanak kerana faktor taraf pendidikan yang rendah.

Kenyataan ini dibuktikan menerusi Laporan Keciciran Pendidikan Malaysia (1973) dalam artikel Pengaruh dalam Sosioekonomi Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris oleh Lokuin bt. Gintos yang telah menjelaskan bahawa orang-orang yang bertaraf tinggi mempunyai cita-cita berkenaan dengan pendidikan, pekerjaan, kurang percaya pada nasib dan selalu pandang ke hadapan berbanding dengan pelajar-pelajar daripada taraf sosioekonomi yang rendah di mana menghadapi masalah kewangan dan dorongan yang mempengaruhi pencapaian akademik. Ini jelas memperlihatkan bahawa sistem meritokrasi ini mempunyai kesamaran dalam mengutamakan keperluan golongan yang berkedudukan rendah dan sekaligus dipertikaian tentang soal menguntungkan kepada semua pihak, berikutan dengan Utusan Malaysia hasil penulisan Dr. Hassan Ahmad yang bertajuk Baik dan Buruknya Sistem Meritokrasi dalam Sistem Pendidikan telah menyelitkan kenyataan bahawa, Kalau kita melihat jumlah pelajar bumiputera-bukan bumiputera di IPT (IPTA dan IPTS) secara keseluruhannya, iaitu di peringkat nasional, akan ternyata bahawa jumlah pelajar bumiputera jauh lebih kecil daripada jumlah pelajar bukan bumiputera, secara kasarnya nisbahnya ialah 30:70, yakni 30 peratus pelajar bumiputera dan 70 peratus pelajar bukan bumiputera. Berdasarkan statistik yang telah dinyatakan, pada pandangan saya ianya sama sekali tidak menguntungkan semua pihak sebaliknya hanya golongan yang mempunyai kelebihan dalam aspek sosio-ekonomi sahaja

berpeluang dalam mendapatkan peluang pendidikan di peringkat tinggi kerana kebanyakkan pelajar bumiputera bukanlah berasal daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang tinggi.

You might also like