Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1a) Antara identiti sesuatu bangsa ialah budaya yang diamalkan. Jelaskan 2 elemen utama melambangkan sesuatu budaya.

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Selain itu, budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Terdapat dua elemen utama yang melambangkan sesuatu budaya iaitu dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia ,budaya meliputi setiap aspek yang berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, social, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Dalam kepelagaian kelompok ini, budaya juga dikatakan melipiti peralatan dan kelengkapan, sistem ekonomi sistem

kemasyarakatan, bahasa, kesenian, sistem pengetahuan, kepercayaan dan kerajaan. Sehubungan itu, budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya juga adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undangundang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. Kesimpulannya, budaya merupakan aspek kepunnyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

Bahagian c: 1(a) Bincangkan 5 cara yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa proses P&P. Dewasa ini, semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Mereka seharusnya mengajat tanpa membezakan bangsa murid yang berbeza. Guru juga mestilah mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Cara yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa proses P&P iaitu kelas sosial. Dalam hal ini, kelas sosial perlu diberi perhatian oleh guru. Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus dikesampingkan. Bagi mereka yang datangnya dari kelas atasan dan berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain. Perbezaan kelas sosial ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat lain. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan kepada mereka. Cara kedua iaitu guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru mesti melayan keperluan-keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara optimum. Selain itu, guru perlu berusaha untuk membantu murid dalam memilih

kerja yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menolong murid membentuk konsep kendiri positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik di samping meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. Cara yang ketiga itu guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan murid untuk meneruskan pembelajaran. Dengan itu, baru tiada seorang murid yang terpinggir dalam pengajaran dan pembelajaran. Cara yang keempat iaitu dalam aspek kepercayaan, dalam aspek ini, guru tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh muridmurid mereka. Setiap nilai dan kepercayaan yang tersebut harus diterima dengan seadanya. Isu-isu sentitif dan berkaitan dengan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Cara yang kelima ialah aspek bahasa. Aspek bahasa harus dibei pertimbangan yang sewajarnya guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit akibat daripada penggunaan bahasa dielak haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Cara yang terakhir pula iaitu jantina. Dalam hal ini, jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina

mesti dielakkan keran peluang yang sama haruslah diberikan kepada setiap murid dalam menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Kesimpulannya, kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan secara langsung kepada pembelajaran secara khasnya. Oleh yang semikian, sebagai pendidik adalah sangat penting untuk mereka mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

You might also like