Kertas 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007

EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

BAHAGIAN A : Jawab mana-mana 3 soalan sahaja.

1 (a) Negara X ialah sebuah negara maju dan kaya manakala negara Y
ialah sebuah negara yang sedang membangun. Walau
bagaimanapun, kedua-dua negara tersebut menghadapi masalah asas
ekonomi. Apakah masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh negara X
dan Y? [4m]

(b) Dalam pasaran bebas, firma dan isi rumah mempunyai matlamat yang
bertentangan. Bagaimanakah mekanisme harga dalam sistem pasaran
bebas menyelesaikan masalah tersebut? (SPM2001) [10m]

(c) (i) Seseorang pengguna tidak perlu membuat belanjawan peribadi.


Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? [6m]

(ii) Terangkan langkah-langkah bagi menyediakan belanjawan


peribadi. (SPM2001) [5m]

2 (a) Mengapakah bunga perlu dibayar kepada pemberi pinjaman? [8m]

(b) Keuntungan adalah pulangan kepada usahawan. Jelaskan. [6m]

(c) Jadual 1 di bawah menunjukkan kuantiti barang yang diminta pada


pelbagai tingkat harga.

Harga (RM( Kuantiti diminta (unit)


2 50
3 40
4 30
5 20
Jadual 1

Lukis satu keluk permintaan individu berdasarkan Jadual 1


di atas.
Terangkan bagaimanakah keluk permintaan itu diperoleh. [11m]

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG 1


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

3 (a) (i) Berikut ialah satu rajah keluk penawaran barang J.

Harga (RM)
S

0 Kuantiti (unit)

Terangkan pergerakan titik dari A ke B. [2m]

(ii) Berikut ialah satu rajah keluk penawaran barang K.

Harga (RM)
So
S1

So
S1

0 Kuantiti (unit)
Terangkan peralihan keluk dalam Rajah 2 di atas. [8m]

3 (b) Berikut ialah tiga situasi yang berasingan.


Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta
persendirian tempatan. (SPM2002)

(i) Harga petrol dinaikkan sebanyak 30 sen seliter. [3m]

(ii) Syarikat kewangan melonggarkan syarat sewa beli. [3m]

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG 2


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

(iii) Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta. [3m]

3 (c) Jelaskan perbezaan antara bank saudagar dengan bank


perdagangan. (SPM2002) [6m]

4 (a) Jadual 2 menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi setiap


Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika dan Pound Sterling pada
tahun 2001 dan 2002.

Mata wang asing Tahun


2001 2002
Dolar Amerika (US$) 0.26 0.25
Pound Sterling ( £ ) 0.16 0.17
Jadual 2

Huraikan kesan ke atas imbangan dagangan Malaysia akibat perubahan


kadar pertukaran asing pada tahun 2002 berbanding tahun 2001. [8m]
(SPM2005)

(b) Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengatasi inflasi. [7m]

(c) Sebagai sebuah negara yang berdagang di peringkat antarabangsa,


mengapakah Malaysia masih berdagang walaupun menghadapi pelbagai
sekatan? [10m]

5 (a) Mengapakah sesebuah negara memerlukan pertukaran asing? [8m]


(SPM1988)

(b) Bagaimanakah tarif dan subsidi dapat membantu pembangunan


ekonomi negara? (SPM1988) [8m]

(c) Huraikan tiga bentuk sekatan yang boleh kerajaan laksanakan


untuk melindungi batik tempatan daripada batik daripada Indonesia
tanpa menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara. [9m]

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG 3


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)
BAHAGIAN B : Soalan ini mesti dijawab.

Soalan 6 (a), (b) dan (c) adalah berdasarkan kajian kes di bawah.

Encik Ahmad, seorang penolong pengurus di sebuah syarikat. Beliau


mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan lima orang anak yang masih
bersekolah. Pada setiap bulan, Encik Ahmad menerima gaji sebanyak RM2500
dan hasil sewa RM100 untuk tanah miliknya di kampung. Beliau juga membuat
beberapa pembayaran tahunan seperti 11% daripada gajinya untuk potongan
KWSP, bayaran premium insurans nyawa dan perbelanjaan rawatan ibunya
yang sakit sebanyak RM1200 masing-masing serta bayaran zakat sebanyak
RM50.

Encik Ahmad telah menerima peringatan dari Lembaga Hasil Dalam


Negeri supaya menjelaskan cukai pendapatannya berdasarkan maklumat
berikut:

Pelepasan cukai Kadar cukai ke atas


pendapatan boleh
cukai
Diri RM8000 RM2500 pertama 0%
Isteri RM3000 RM2500 berikut 1%
Anak RM800 seorang RM15000 berikut 3%
KWSP dan Insurans nyawa maksimum RM5000
Perubatan ibu bapa maksimum RM5000

Untuk menambahkan pendapatan, Encik Ahmad telah mengusahakan


perniagaan berasaskan tembikar. Perniagaan ini memerlukan modal sebanyak
RM20000. Sebagai modal permulaan, Encik Ahmad telah mengeluarkan wang
tabungan sebanyak RM10000. Bakinya dipinjam dari Syarikat Kewangan X. Oleh
kerana memerlukan perkhidmatan akaun semasa, beliau telah menyimpan wang
perniagaan di Bank B. Bayaran balik pinjaman dapat dijelaskan secara ansuran
dengan menggunakan cek.

Produk perniagaannya mendapat sambutan baik sama ada di pasaran


tempatan atau luar negara. Beliau bercadang untuk mengeksport produknya ke
negara Jepun, China, Thailand dan Taiwan.

6. (a) Hitungkan cukai pendapatan dan pendapatan boleh guna


Encik Ahmad. [10m]

(b) Terangkan perkhidmatan lain yang boleh dinikmati oleh


Encik Ahmad dari Bank B. [8m]

(c) Selain daripada peraturan keselamatan, Encik Ahmad akan


menghadapi beberapa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan
negara-negara tersebut, semasa memasarkan produknya.
Mengapakah kerajaan negara tersebut perlu berbuat demikian? [7m]

SOALAN TAMAT

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG 4


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG 5

You might also like