Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1.0 PENGENALAN Perkataan etnik berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud orang atau ethos.

Kumpulan etnik boleh membawa maksud sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri dan budaya yang hampir sama.Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan mempunyai kepelbagaian keunikan yang sangat dikagumi oleh negara luar.Pada tahun 2005 Malaysia mempunyai anggaran penduduk melebihi 24 juta orang dan dikatakan 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai agama,budaya dan Bahasa atau dialek.Interetnik bermaksud satu hubungan etnik dengan etnik yang lain.Menurut Fathi (1997: 121),asas kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara sehingga menghasilkan kepelbagaian manusia ini adalah satu keunikan dan keistimewaan yang patut dihayati bagi meransang serta menggalakkan berlakunya interaksi ,kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik.Contohnya setiap etnik dengan etnik yang lain saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza.Manakala intraetnik pula bermaksud hubungan antara sesama kaum atau keturunan.Hal ini berlaku apabila keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka. Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing. 2.0 Perkaitan Intraetnik 2.1 Aspek sosial 2.1.1 Perkahwinan Campur Perkahwinan merupakan penyatuan seorang lelaki dengan seorang perempuan dan zuriat yang dilahirkan oleh si perempuan diakui sebagai anak kepada kedua dua pihak, perkahwinan boleh juga ditafsirkan sebagai penerimaan masyarakat terhadap hak seseorang lelaki dan seorang perempuan untuk tinggal bersama sebagai suami isteri, (Norazit Selat, 128 : 1993). Kahwin merupakan salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi

harmoni antara budaya dan kaum. Kahwin campur ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Perkahwinan campur dapat diibaratkan sebagai sebuah permulaan budaya baru dari sebuah keluarga. Hal ini dapat dilihat dari petikan bahawa ; Keluarga bukan sahaja merupakan alat penyambung dalam kesinambungan sesuatu kebudayaan tetapi ia merupakan anasir dalam merubah kebudayaan. Oleh itu keluarga mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat apabila keluarga memainkan peranan yang besar kearah pembentukan sesebuah masyarakat, (Rohana Yusof, 152 ; 2010). Berdasarkan petikan di atas dapat kita huraikan bahawa perkahwinan antara dua kaum atau dua keturunan yang berbeza ras akan melahirkan sebuah budaya baru, paling tidak ianya akan terjadi sebuah proses asimilasi secara fizik antara dua kebudayaan atau dua ras, kerana pada konsep perkahwinan ialah penyatuan dua insan yang datang dari dua keluarga berbeza. Seterusnya,antara usaha yang dapat dilakukan dalam inisiatif kewujudan perkahwinan campur adalah mewujudkan iklan.Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan dengan perpaduan. Begitu juga dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang turut menerbitkan beberapa iklan berbentuk perpaduan etnik. Antaranya, iklan yang menceritakan tentang perkahwinan campur yang dilakonkan oleh kanak- kanak Melayu, Cina dan India. Perkahwinan campur juga adalah salah satu cara berkesan yang telah diterima dengan baik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan etnik. Oleh yang demikian, iklan perkahwinan campur yang dihasilkan telah memberikan mesej yang mudah difahami oleh penerima, iaitu masyarakat

Malaysia kerana cinta tidak mengenal bangsa dan keturunan. Tambahan pula, iklan seperti itu merupakan salah satu pengisian oleh media untuk memberi informasi dan bagi tujuan mendidik di samping dapat menghiburkan kumpulan sasarannya. Secara umumnya iklan dan pesanan khidmat sosial seperti itu boleh berunsur berat mahupun ringan. Namun yang lebih penting ialah keberkesanannya dan jika selalu ditayangkan oleh semua saluran televisyen sama ada saluran kerajaan ataupun swasta, akan menjadi satu panduan kepada masyarakat.Kesimpulannya, agama berperanan dalam mewujudkan hubungan etnik antara kaum,hal ini dapat dibuktikan sejak zaman Rasulullah SAW lagi, telah menyatukan golongan masyarakat Islam Madinah yang terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu Muhajirin dan Ansar. Orang-orang Muhajirin bukanlah penduduk asal Madinah,mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah. Manakala Orang-orang Ansar merupakan penduduk asal Madinah. orang Ansar merupakan penduduk asal Madinah. Orang-orang Ansar berasal daripada dua kumpulan iaitu puak Aus dan Khazraj bawah naungan Islam Masyarakat Islam 2.2 Aspek pendidikan Dasar Pendidikan Negara masa kini bertujuan untuk membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dasar pendidikan kebangsaan telah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu penjajahan barat dan keadaan masyarakat yang berbilang kaum. Sebagaimana yang diketahui umum, integrasi pendidikan yang wujud kesan daripada penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 telah menimbulkan kesedaran kerajaan British bahawa sistem pendidikan perlu diselaraskan untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum. Kesedaran ini telah terbukti dalam Rancangan Cheesemen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Penyatuan sistem persekolahan dilaksanakan melalui beberapa jawatankuasa pendidikan yang dilantik khas oleh kerajaan British untuk mengkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu. Langkah susulan yang diambil dalam memastikan penyatuan sistem pendidikan berlaku ialah dengan kemunculan Penyata Barnes, 1950.Dalam hal ini,matapelajaran Sejarah di sekolah rendah dan menengah mampu menjadi agen kepada pemupukan perpaduan dengan memperkenalkan kepada setiap kaum akar umbi budaya kaum masing-masing.Matapelajaran Sejarah dan Hubungan Etnik di peringkat Institusi pengajian tinggi boleh memasukkan unsur kepelbagaian kaum sebagai asas kepada pengenalan kaum agar dapat memupuk sikap toleransi,saling memahami dan hormat menghormati. Dalam mewujudkan elemen hormat-menghormati antara pelbagai kaum, perlembagaan negara perlulah menjadi tunjangnya. Perlembagaan negara Malaysia ini

berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.Antara dasar yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mewujudkan perpaduan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan sekolah

khas yang dapat mewujudkan hubungan interetnik adalah seperti Sekolah Wawasan,Sekolah Bestari,Sekolah Kluster dan lain-lain.Sekolah wawasan telah diperkenalkan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sekolah Wawasan bukanlah mengubah dasar pendidikan yang sedia ada secara drastik. Ia hanya menempatkan ketiga-tiga buah sekolah jenis kebangsaan di sebuah kawasan yang sama. Menerusi Sekolah Wawasan, ia membolehkan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain sama ada di dalam kawasan sekolah, kantin dan padang permainan.Secara konklusinya,sistem pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam usaha mewujudkan hubungan etnik di dalam sesebuah negara. 2.3 Aspek politik Menurut Tun Abdul Razak,perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut.Berdasarkan ucapan Tun Abdul Razak,Jabatan Perpaduan Negara yang ditubuhkan pada tahun 1969 adalah merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk merealisasikan harapan untuk menyatupadukan kepelbagaian etnik di Malaysia.Agensi ini telah merapatkan semua negeri di Malaysia khususnya Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.Bagi menjamin hubungan etnik yang harmonis antara usaha yang dijalankan oleh pihak agensi Jabatan Perpaduan Negara telah bekerjasama dengan sector swasta(karporat dan pelabur asing),sector kominiti pihak badan bukan kerajaan NGO )dan semua parti politik untuk bersama-sama berusaha mengukuhkan.Selain itu,Penerapan Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menjadikan konsep tersebut sebagai satu agenda yang ditetapkan oleh kepemimpinan beliau.Bagi merealisasikan konsep tersebut,media dijadikan alat penyampai kepada sebarang bentuk tujuan khususnya jika bermaksud untuk menerapkan nilai- nilai yang mendorong kepada perpaduan etnik. Media membantu menerapkan nilai-nilai luhur sambil membentuk rakyat yang berfikir. Walaupun iklan

yang berunsurkan perpaduan ini biasanya banyak dan kerap ditayangkan pada waktu tertentu sahaja seperti dalam bulan kemerdekaan dan sempena hari perayaan sesuatu kumpulan etnik. Sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos setiap tahun misalnya, banyak iklan berunsurkan perpaduan akan ditayangkan. Media wajar dan perlu sentiasa menayangkan iklan sebegini sepanjang masa supaya warga Malaysia lebih peka dan menghayati erti perpaduan yang dipaparkan.Konklusinya,kepelbagaian jenis iklan yang menonjolkan masyarakat Malaysia berbilang etnik hidup bersatu padu dan harmoni telah memenuhi ruang kaca televisyen setiap rumah di negara ini. Keadaan ini menunjukkan berlaku perubahan positif pada akhir-akhir ini berbanding dengan keadaan sebelumnya kerana iklan yang berunsurkan perpaduan kurang mendapat tempat sama ada di kaca televisyen ataupun dalam media cetak. 2.4 Aspek Budaya Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain. Keunikan pelbagai perayaan ini menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.Di samping itu, amalan baik kampung juga menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan

sanak-saudara. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa diamalkan ketika sambutan perayaan. Secara tidak langsung, budaya ziarah menziarahi dapat dipupuk di dalam setiap kaum dan etnik.Contohnya,kaum melayu ketika menyambut hari Perayaan Hari Raya

Puasa.Semasa perayaan Hari Raya Puasa ini,Islam menyarankan umatnya memohon maaf antara satu sama lain. Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga. Jika jiran mereka merupakan kaum lain, mereka juga dijemput datang kerumah bagi meraikan suasana hari raya. Seperti yang kita lihat, iklan di televisyen juga memaparkan sambutan Hari Raya Puasa diraikan oleh kaum lain. Begitu juga dengan Tahun Baru Cina dan perayaan yang lain. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak makanan tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut. Selain itu, mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan hubungan perpaduan antara kaum.Kesimpulannya,menurut Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan tidak hanya mengenai sebahagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan. 2.5 Aspek Agama Agama murujuk kepada pegangan seseorang individu dalam kehidupan. Hal ini kerana manusia memerlukan kepada satu kuasa pertolongan untuk bergantung harap. Di Malaysia, terdapat pelbagai agama diamalkan oleh pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu majoritinya menganut agama Islam. Bagi kaum cina, ada yang menganut agama Kristian dan Buddha. Manakala kaum India pula menganut agama Buddha. Merujuk kepada kepelbagaian agama ini Malaysia berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan.Kebebasan menganut pelbagai ajaran secara bebas sebagaimana yang terbayang dalam Perlembagaan Madinah memberi ruang yang banyak untuk wujudnya hidup kejiranan antara Orang-Orang Yahudi dan Kristian dalam negeri-negeri Islam dari zaman dahulu sampai zaman sekarang. Kewujudan agama-agama lain diiktiraf dalam kehidupan peradaban Islam yang menjadi realiti sejarah yang nyata. Dengan itu, berlaku pertembungan dalam aspek aspek yang tersebut dengan agama sebagai pembentuknya. Perkara ini perlu menjadi contoh kepada Negara kita, Malaysia. Pentingnya hidup beragama ini memandu manusia berakhlak dengan akhlak mulia dan hidup bermoral. Agama juga menentukan keseimbangan di dunia dan akhirat yang mana setiap agama mengajak untuk berbuat kebaikan.Merujuk sumber daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM,2005:37) agama islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik.Oleh itu,tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak

berdasarkan etnik.Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk,kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku.Seharusnya setiap etnik perlu saing kenal mengenal antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 : Wahai umat manusia ! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( beramah-mesra antara satu denga yang lain ) Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu ( bukan yang lebih keturunana atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu ) Kesimpulannya, hubungan etnik di Malaysia adalah berdasarkan pengenalan agama dengan menyamakan Melayu itu Islam dan menyamakan kepentingan etnik dengan kepentingan agama seperti hubungan etnik di Eropah, ia lebih menjurus kepada pengenalan identity agama daripada identiti etnik disebabkan mereka adalah minority dalam Negara yang majority rakyatnya bukan Islam.

3.0 Perkaitan Hubungan Intraetnik Hubungan Intraetnik merujuk kepada hubungan yang dijalinkan di antara kaum sejenis. Misalannya kaum Melayu sesama kaum Melayu, kaum Cina sesama kaum Cina dan begitu juga kaum-kaum yang lain. Sepatutnya perihal hubungan sesama kaum ini atau hubungan intraetnik ini tidak perlu diperbahaskan lagi, dan perihal hubungan yang perlu atau sepatutnya di perbahaskan adalah hubungan interetnik yang melibatkan interaksi antara beberapa kaum yang berbeza. Kaum Melayu Cina, dan India adalah kaum perdana yang menjadi tumpuan di Malaysia. 3.1 Interaksi Kaum Melayu Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan Melayu. Ada berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaju . Perkataan ini berasal daripada kata das ar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Daripada sebutan tersebut dapat diberikan

pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras. Orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut. Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, mencerminkan bangsa Melayu adalam rumpunan bangsa yang menitik beratkan soal adab dan sopan. Kaum Melayu adalah kaum yang cukup disanjung tinggi dek kerana budi bahasa yang diamalkan melalui generasi kepada generasi yang lain. Berdasarkan kenyatan tersebut kaum Melayu nampak lebih akrab sesamanya. Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa keakraban hubungan antara kaum Melayu semasa di perayaan Hari Raya misalnya, menjadi bukti bahawa hubungan antara kaum Melayu adalah akrab. Sejarah orang Melayu berkembang dari tahap satu kaum etnik Melayu menjadi satu kesatuan umat yang besar, merentas segala macam sempadan etnik dan sub-etnik Melayu setempat dan daerah, mendirikan kerajaan, membina negeri atau negara, siap dengan segala institusi undang-undangnya, sistem pentadbirannya, sistem keselamatan dalam negerinya, sistem pertahanannya, dan sistem pengurusan perdagangan di Selat Melaka, selain membina korpus ilmu dan persuratan yang cemerlang mulai abad ke-15 sampai ke puncak yang gemilang dalam abad ke-17 dan ke-18. Ia tidak sahaja di kawasan yang disebut 'Tanah Melayu' tetapi merentas sempadan di seluruh rantau yang orang Barat sebut the Malay Archepelago. Perbezaan bahasa yang digunakan di antara orang Melayu itu sendiri yang berasal dari pelbagai negeri, berupaya mengeratkan ukhuwah antara mereka. Misalannya bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Kelantan, orang Terengganu, dan orang Kedah menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Dialek yang pelbagai itu difahami oleh orang Melayu dan ianya menjadi warna apabila mereka berbicara. 3.2 Interaksi Kaum Cina Seratus tahun yang lalu, setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Sejak awal dalam sejarah China , orang-orang Cina mempercayai bahawa mereka lebih cerdik, beradab dan berkebolehan daripada orang-orang tamadun lain.Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada hal-hal kebendaan. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran menggabungkan bahan-bahan berlainan untuk menghasilkan sebuah jentera yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang secara mudah dan berkesan.Tetapi mereka lebih menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan

harmoni dan keadaan kebahagiaan. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan (harta benda) tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika ianya boleh memberikan kepuasan hidup dan membolehkan mereka menikmati kehidupan serta mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat mereka.Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun termurun. Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini

mempunyai pengertian yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya. hidup dan Nilai-nilai etika ini penting dalam anggota

mempertahankan

kelansungan

keharmonian

sesama

masyarakat.Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.

Orang cina sangat menitikberatkan nilai-nilai keluarga dan konsep (Lima Hubungan), sistem keluarga merupakan asas untuk sistem sosial di negeri China,antaranya Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat.Hubungan antara seorang bapa dengan anak lelakinya.Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya.Tiga daripada hubungan asas tersebut merupakan hubungan antara ahli-ahli dalam sebuah keluarga. Dua hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh diperluaskan untuk menjadi suatu jenis hubungan "keluarga". Kesemua ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina , Pesta Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan lain-lain. Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan juga diseluruh negeri.

3.3 Interaksi Kaum India Masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan masyarakat Malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu.

Antara kebudayaan Hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan vanakum. Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai adat berkunjung kerumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat india digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah rakan atau sanak saudara. Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang kerumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah. Dalam masyarakat ini, sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda kebaikan. Seterusnya adalah kebudayaan kaum India, ianya dapat difokuskan dari aspek perayaan. Masyarakat india menyambut pelbagai jenis perayaan dalam setahun mengikut kalendar hindu. Sepanjang tahun tersebut, mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang dan perubahan tahun. Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini upacara sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama hindu. Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan perayaan

menuai dan padi baru masak serta memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.Melalui adat dan kebudayaan ini, dapat kita perhatikan bahawa hubungan intraetnik sesama kaum India adalah sangat akrab dan tidak boleh dipertikaikan walaupun kuntiti mereka adalah kecil berbanding dengan kaum Melayu dan kaum Cina.

4.0 RUMUSAN

Alhamdulillah, kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah penasihat serta rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Tanpa bantuan mereka semua mana mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini selengkapnya pada waktu yang telah ditetapkan. Perkataan yang pertama saya dapat gambarkan dalam menyiapkan tugasan ini adalah wow kerana ia merupakan satu tugasan yang menghasilkan satu pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga pada diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, ia telah membuka pemikiran saya perihal etnik yang ada di Malaysia.. Tugasan ini telah memberi kesempatan kepada saya untuk mencari maklumat serta mendalami etniketnik di Malaysia .Rupa-rupanya banyak etnik yang ada di Malaysia sehingga saya rambang mata untuk memilih etnik mana yang akan dijadikan sebagai panduan saya untuk menjadikan asas kerja kursus saya.
Berpaksikan kepada sumber-sumber yang saya perolehi, dapat saya simpulkan di sini bahawa masyarakat Malaysia berupaya menyahut cabaran tentera Inggeris yang menjadikan kemakmuran hidup dalam berbilang etnik adalah syarat kepada kemerdekaan yang orang Melayu inginkan. Kesungguhan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan daripada Inggeris 50 tahun yang lalu dapat disaksikan dengan amalan hidup masyarakat Malaysia pada hari ini. Bepadanan dengan gerak gerja saya yang bakal mengorak langkah sebagai seorang muallim, saya lebih cenderung untuk menghubungkait tugasan ini dengan Falsafah Pendidikan Guru yang menjadi prinsip atau garis panduan kepada amalan keguruan yang bakal saya tempuhi. Akan tetapi, tidak semua elemen akan saya ceritakan di dalam penulisan ini. Elemen yang menjadi pertama yang tunjang utama dalam Falsafah Pendidikan Guru ini amat bersesuaian dengan mauduk tugasan yang diberikan kepada saya kali ini. Elemen yang dimaksudkan adalah elemen pekerti mulia. Usaha dalam melahirkan guru yang berpekerti mulia ini tidak tertumpu kepada guru yang beragama islam sahaja. Seandainya moral menjadi kayu pengukur bagi menilai ketulusan peribadi seseorang yang bukan beragama Islam, pekerti mulia adalah salah satu nilai di dalamnya. Islam juga menekankan nilai yang sama dalam membentuk seorang muslim yang berbudi pekerti.

Justeru itu, tidak keberatan untuk saya katakana disini bahawa guru adalah kerjaya yang dihormati, dek kerana elemen yang terkandung di dalam falsafah keguruan ini sendiri mementingkan setiap guru untuk berpekerti mulia bukan hanya sesama agama, kaum, dan etnik sahaja tetapi bagi setiap rakan sekerjaya yang menjawat jawatan guru. Sesuailah dengan suasana kehidupan guru yang bukan sahaja dijawat oleh orang melayu, cina atau india sahaja malah kerjaya ini melibatkan semua kaum. Elemen yang kedua yang kini hangat diperkatan adalah pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guruguru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain. Di samping itu juga,melalui tugasan ini,seorang guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaranberlangsung.Sekolah SekolahKebangsaan (SK), rendah Jenis terbahagi kepada Cina tiga jenis aliran dan iaitu

Sekolah

Kebangsaan

(SJKC)

Sekolah

JenisKebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasaperantara. Oleh itu,guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasamenyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah.

Hal ini kerana,sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akanmenerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara. Akibatnya masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku.Maka,rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka

terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya guru dapa tmeminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Elemen yang ketiga menjadi tarikan untuk saya menaip lagi adalah amat sesuai dengan intipati tugasan ini adalah elemen menyanjung warisan kebudayaan negara. Jelas termaktub didalam falsafah keguruan ini nilai yang jelas menunjukkan batapa pentingnya aspek budaya dalam melahirkan guru yang mengenal warisan bangsa. Persis dengan kehidupan masyarakat melayu yang kaya dengan adat resam, sehinggakan wujud pepatah yang menjadi gambaran khusus bagi elemen warisan kebudayaan ini. Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya. Justeru itu ,saya nukilkan satu peribahasa melayu ini sebagai pengganti kepada gambaran yang menunjukkan bahawa setiap kaum ada warisan budayanya yang tersendiri. Namun begitu, daripada rumpun yang berbeza, kita dikumpulkan di atas satu padang yang sama. Oleh itu, elemen warisan dan budaya menjadi warna dalam memeriahkan kerjaya keguruan ini. Buktinya, kita sama-sama meraikan perayaan setiap kaum dengan

mengisytiharkan cuti pada hari-hari yang menjadi takwim bagi perayaan kaum-kaum tersebut. Ini menunjukkan kecaknaan guru tentang kewujudan perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum-kaum di Malaysia. Rentetan daripada keunikan pelbagai budaya inilah, akan wujudnya kemesraan guru-guru dalam berukhuwah. Dalam masa yang sama , kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi

memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat.Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur.Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka.Selain itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka.Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga.Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan

mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur didalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan Indiabertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran danpembelajaran guru dengan berkesan. Secara keseluruhannya, seorang guru hendaklah pengetahuan dan mendalami ilmu tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia.Guru perlulah mengkaji dan meneliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah.

5.0 ULASAN VIDEO

6.0 RUJUKAN

7.0 LAMPIRAN

You might also like