Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MANOGARAN A/L APPALASAMY (ME087456) No. 27 Jalan KP 3/2, Taman Kajang Prima, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB PELAJAR Pusat Hal Ehwal Pelajar, Aras 2, Bangunan Pentadbiran, Universiti Tenaga Nasional, Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 18 April 2014

Tuan/Puan,

RAYUAN MERINGANKAN HUKUMAN TINDAKAN TATATERTIB Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar no ruj. UNITEN/PHEP(P)23/13/1 bertarikh 14 April 2014 adalah dirujuk. 2. Terlebih dahulu, saya amat berdukacita dengan keputusan Jawatankuasa

Tatatertib Pelajar dalam sesi temusoal yang diadakan pada 28 Mac 2014 yang mengenakan hukuman yang disenaraikan seperti berikut:1. Khidmat Komuniti selama 40 jam bermula Semester Mei 2014/2015 2. Denda pengajaran sebanyak RM200.00 Hakikatnya ini adalah bentuk hukuman yang berat terhadap saya apabila pihak Jawatankuasa Tatatertib Pelajar tetap dengan keputusan bahawa saya bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan berkaitan walaupun telah dijelaskan menerusi saya dan disusuli dengan proses justifikasi agar pihak Jawatankuasa dapat memahami faktafakta sebenar yang berlaku dan seterusnya menimbang serta memperhalusi semula apa-

apa dapatan bersalah yang mungkin bermain di fikiran Jawatankuasa Tatatertib Pelajar sebelum ini. 3. Untuk makluman pihak Jawatankuasa saya penunut tahun akhir dan semester

akhir pada Semester Mei 2014/2015. Sehubung dengan itu, saya mempunyai 16 jam kredit termasuk subjek yang disabitkan bersalah iaitu COEB422 Engineers in Society yang diberikan gred E oleh Senat. Situasi disini amatlah tenat bagi saya sebagai seorang penuntut yang perlu menjamin untuk mendapat gred yang baik dalam kesemua subjek yang diambil. Ini akan bertambah perit apabila 40 jam khidmat komuniti yang sukar diselesaikan dalam masa yang begitu singkat. Tuan/Puan, 4. Lebih-lebih lagi, ini adalah kali pertama saya disabitkan bersalah dan diberi

hukuman tatatertib semenjak hampir 5 tahun saya menuntut di Universiti Tenaga Nasional. Semenjak saya menuntut tiada rekod buruk yang dikenakan terhadap saya sehingga semester lalu. Saya menghadiri kuliah tepat pada masa dan tidak pernah mengambil cuti tanpa alasan yang munasabah. Saya juga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulam yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan di Universiti Tenaga Nasional. Malah saya juga pernah berkhidmat untuk satu penggal yang lalu sebagai EXCO Majlis Perwakilan Pelajar dan memberi pertolongan yang wajar terhadap penuntut-penuntut yang lain. Saya berasa kecewa dan sangat sedih apabila rekod saya sebagai penuntut Universiti Tenaga Nasional diburukkan. 5. Pada pendapat saya, adalah mustahil untuk menarik balik hukuman tindakan

tatatertib terhadap saya oleh pihak Jawatankuasa tetapi adalah wajar untuk meringankan hukuman kerana pertuduhan terhadap saya adalah daripada kecuaian dan kesilapan yang saya lakukan secara tidak sengaja atau tiada motif tertentu. 6. Oleh itu, Saya dengan rendah diri ingin merayu kepada pihak Jawatankuasa agar

dapat meringankan hukuman tindakan tatatertib terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya berjanji tidak akan melakukan sebarang pelanggaran disiplin, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, Universiti Tenaga Nasional secara sengaja atau tidak sengaja di masa-masa akan datang.

Segala perhatian dan tindakan yang pihak Jawatankuasa berikan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MANOGARAN A/L APPALASAMY (ME087456) Penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Universiti Tenaga Nasional

You might also like