Professional Documents
Culture Documents
Model Sosial Dan Personal-Group
Model Sosial Dan Personal-Group
Model Sosial
Direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model sosial melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat sertamerta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. Bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan cara bekerjasama dengan orang lain dalam pasukan atau kumpulan.
Pembelajaran Koperatif
Model Sosial
Main Peranan
Simulasi
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif berkonsepkan kepada kerja secara berkumpulan. Pembelajaran koperatif berkisar atas 3 perkara iaitu: 1. Pencapaian akademik 2. Penerimaan kepelbagaian 3. Kemahiran sosial Menurut Slavin (1982),pembelajaran koperatif ialah kaedah pembelajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut : Membaiki hubungan sosial Meningkatkan pencapaian Meningkatkan kemahiran kepimpinan Meningkatkan kemahiran sosial Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi Meningkatkan kemahiran teknologi Meningkatkan keyakinan diri.
Pelajar yang berpencapaian rendah menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor untuk berfikir secara mendalam tentang topik yang dipelajari. Kemahiran-kemahiran seperti kepimpinan dapat dipupuk dalam proses pembelajaran koperatif.
Pergantungan positif Semua ahli dalam kumpulan saling bergantung antara satu sama lain bagi menyelesaikan satu projek. Apabila kejayaan seseorang individu akan dikaitkan dengan kejayaan untuk ahli-ahli sekumpulannya.
Akauntabiliti individu Merujuk kepada tanggungjawab individu. Contohnya, dalam sistem ganjaran di mana jika setiap pelajar mengambil satu ujian secara individu, maka gred secara pasukan akan diberikan dengan mengambil purata semua skor ahli pasukan. Oleh itu, semua ahli dalam kumpulan akan berasa akauntabiliti terhadap ganjaran tersebut.
Penglibatan Seimbang
Bahagian terpenting dalam proses pembelajaran. Pelajar boleh menguasai pembelajaran melalui interaksi dengan kandungan dan rakan sebaya. Masa akan diberikan kepada kumpulan dalam dua orang untuk berkongsi idea mereka.
Interaksi Serentak
Penglibatan aktif akan berlaku apabila diberikan agihan tugasan dalam kumpulan seperti perbincangan pasangan. Kebolehan menggunakan prinsip interaksi serentak merupakan kunci kejayaan pencapaian hasil pembelajaran positif dalam pembelajaran koperatif.
Main Peranan
Satu kaedah yang membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. Proses pengajaran berlaku apabila muridmurid diberi peluang untuk berbincang, berkomunikasi secara dua hala untuk memberi pandangan, pendapat dan idea masing-masing berkenaan perkara yang dibincangkan.
Dapat juga membantu pelajar yang pasif untuk membina keyakinan mereka melalui aktiviti main peranan. Merupakan suatu situasi yang melibatkan pelajar memegang suatu peranan samada sebagai dirinya sendiri ataupun menjadi individu yang lain. Pelajar dapat mengalami sendiri sesuatu situasi dan meningkatkan kemahiran berbahasa.
3. Latihan latihan yang kerap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi seperti contoh pelajar kerap melibatkan diri dalam aktiviti atau memegang jawatan sebagai seorang pengerusi. 4. Cerminan pelajar didedahkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain semasa dalam situasi tertentu. Contohnya, seorang pelajar memarahi rakan sekelasnya kerana melakukan sesuatu perkara, oleh yang demikian pelajar akan belajar menghadapi sesuatu situasi.
5. Kepekaan memberi kesedaran kepada pelajar supaya peka tentang perasaan sendiri atau orang lain pada sesuatu situasi.
Simulasi
Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan sehingga berjaya dikuasai. Simulasi penting kerana membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.
Tujuan Simulasi
1. 2. 3. 4. 5. Menguasai kemahiran Membina pemikiran secara analitis dan kritis. Membina sikap positif Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif Membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah
Fasa I: Orientasi
1. Menyediakan berbagai topik simulasi dan konsep-konsep yang akan diintegrasikan dalam proses simulasi. 2. Menjelaskan prinsip Simulasi dan permainan. 3. Memberikan gambaran teknis secara umum tentang proses simulasi.
Fasa 4: Perbincangan
1. Memberikan ringkasan mengenai kejadian dan persepsi yang timbul selama simulasi. 2. Memberikan ringkasan mengenai halangan-halangan dan wawasan para peserta. 3. Menganalisis proses
4. Membandingkan aktiviti simulasi dengan dunia nyata. 5. Menghubungkan proses simulasi dengan isi pelajaran. 6. Menilai dan merancang kembali simulasi.
Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah & mewujudkannya secara bertulis / lisan di dalam kelas. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak & tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. Pilih murid yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.
Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan & diedarkan kepada murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu. Jika perlu, sediakan alatan untuk pelakon. Semasa sesi simulasi, pastikan murid yang menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian.
Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. Rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.
Contoh-contoh simulasi yang boleh dijalankan Pemusatan kepada masalah Pelajar berbincang tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Situasi-situasi seperti: Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa Orang awam enggan menggunakan jejantas ketika menyeberangi jalan raya Vandalisme harta benda sekolah
Pemusatan kepada penerbitan Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untul menghasilkan sesuatu penerbitan. Perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu projek atau penerbitan. Situasi-situasi tersebut ialah: Menerbitkan masalah dan program radio atau televisyen Menerbitkan rancangan berita televisyen
Implikasi model sosial dalam pengajaran dan pembelajaran Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watakwatak dalam main peranan dan simulasi
Peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara ciri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personaliti dan konsep kendiri Peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton dan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.
Model Personal
Definisi
Membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan beryakinan diri. Ia terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.
Bagi model ini, guru dianggap sebagai kaunselor memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka.
Guru membantu pelajar mengarah diri masingmasing demi pencapaian matlamat kendiri, memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah jika ada, serta mewujudkan pakatan dengan pelajar bertujuan untuk membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah.
TUJUAN model non-directive (Joyce et al., (2002), ) Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.
Fasa 1
Fasa 2
Kenal pasti dan mendefinisi situasi. Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar.
Meneroka masalah Pelajar digalak untuk menerangkan masalah. Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar. Membentuk pengertian baru. Pelajar membincang masalah. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. Perancangan dan membuat keputusan. Pelajar merancang untuk membuat keputusan. Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin diambil. Integrasi/ kesepaduan. Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.
Fasa 3
Fasa 4
Fasa 5
Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi Menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten Matlamatnya adalah membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri
Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang. Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Model non-directive ini bergantung pada faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran.
Kesan pengajatan amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar Oleh itu, guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekpresi perasaan. Di sinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.
Soalan
1. Apakah enam konsep pembelajaran koperatif? 2. Apakah prinsip-prinsip pembelajaran koperatif? 3. Simulasi boleh dalam apa bentuk? 4. Apakah tujuan Model Personal?
TERIMA KASIH
1. -Pasukan
-Keinginan untuk bekerjasama -Pengurusan koperatif - Kemahiran bekerjasama -Prinsip asas pembelajaran koperatif -Struktur pembelajaran koperatif
2. -Kebergantungan positif
4. Model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri