Timorr Leste

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Membantu Mengadakan Pilihanraya Membantu mengadakan piliharaya di negara yang berkonflik merupakan salah satu mandat yang diterima

oleh pasukan pengaman di Timor Leste. Pilihanraya yang pertama di adakan pada 30 Ogos 2001 sebelum bermulanya pilihanraya Presiden pada tahun berikutnya. Dalam negara yang bergolak apabila mengadakan pilihanraya ia telah menwujudkan satu suasana yang lebih tegang daripada suasana yang sudah tegang ini. Pasukan pengaman akan bertindak dengan memujuk pemimpin negara bergolak untuk mengadakan pilihanraya bagi membentuk pentadbiran ataupun kerajaan. Oleh itu, pasukan pengaman ini akan bertindak dalam memastikan keadaan yang stabil bagi membolehkan proses pilihanraya itu berlaku dengan lancar. Selain itu juga, pasukan pengaman Malaysia juga telah diberi tugas yang berat semasa pilihanraya iaitu apabila Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai misi pengaman menjadi pengawal peribadi Presiden Timor Leste , Jose Ramos-Horta, yang cedera parah ditembak pemberontak di Dili pada 11 Februari 2008. Kepercayaan yang diberikan disebabkan oleh keupayaan berbahasa Melayu pasukan pengaman PDRM yang membolehkan pasukan pengaman ini berkomunikasi dengan baik dengan rakyat dan pemimpin negara ini. Menurut Supt Bahar Nordin Samat, yang mengetuai 30 anggota dan pegawai PDRM UNMIT dalam kenyataannya dalam Utusan menyatakan bahawa "Masyarakat tempatan di Dili boleh berbahasa Melayu dan ini membolehkan pasukan (Misi Bersepadu Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu di Timor Leste) UNMIT PDRM mudah berkomunikasi. Tugas melindungi Ramos-Horta memang satu misi sukar, kerana setiap pergerakan manusia perlu diawasi, kami juga pernah melindungi Perdana Menteri Xanana Gusmao. Menurut beliau lagi pasukan PDRM tersebut pernah bersemuka dan mengadakan perbincangan dengan masyarakat tempatan yang bertelingkah sesama sendiri ketika tempoh sebelum menghadapi pilihan raya.

Membantu Membina Satu Institusi Kepolisan Operasi pengamanan di Timor Leste bukan sahaja mengawal keselamatan tetapi membantu membina satu institusi kepolisan di Timor Leste, memberi latihan kepada polis tempatan, merancang strategi keselamatan menghadapi pilihan raya dan mengembalikan ketenteraman awam. Menurut kerjaya Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Khairuddin Mat Yusof kepada Utusan bahawa Malaysia juga menghantar 125 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertugas untuk membantu polis Timor Leste mencegah rusuhan dan memberikan latihan. Selepas merdeka Timor Leste tidak mempunyai satu institusi kepolisan yang lengkap. Oleh itu, pasukan pengaman Malaysia membantu dalam memberikan latihan kepada polis di Timor Leste bagi memantapkan institusi tersebut. Latihan yang diberikan adalah untuk memastikan polis-polis mereka dapat mengawal keadaan bergolak dan tegang dengan cara yang lebih sistematik apabila pasukan pengaman PBB ini keluar nanti. Selain itu, pasukan pengaman Malaysia turut membantu menguatkuasakan undang-undang interim dan keselamatan awam serta membangunkan agensi penguatkuasaan yang baru iaitu pasukan polis atau dikenal PNTL (Policia Nacional de Timor Leste).

Pada 31 Disember 2012 PBB telah mengakhiri misi perdamaiannya di Timor Leste. Sehubungan dengan itu, Timor Leste harus menangani sendiri masalah dalam negaranya terutamanya masalah keamanannya tanpa bantuan PBB untuk pertama kalinya sejak kekerasan politik dan etnik pada tahun 2006 lalu yang nyaris menghancurkan negara yang baru merdeka itu. Oleh itu, Timor Leste perlulah mempunyai angkatan keselamatan yang boleh menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara.

You might also like