Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH 2014 1. Tarikh 2. Masa 3. Tempat : : : 08 April 2014 12.

15 tengahari 1.30 petang Bilik Gerakan, SK Bahagia, Tawau

4. Agenda: Minit mesyuarat Agung Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Tujuan : Perbincangan tentang Program Perkhemahan Unit Beruniform anjuran Kadet Remaja Sekolah SK Bahagia, Tawau

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

Ucapan pengerusi Pelantikan AJK Perkhemahan Aktiviti Perkhemahan Cadangan Perasmi Kewangan Hal-hal lain.

5. Laporan / Ulasan 5.1 Ucapan Guru Besar Keberadaan guru di sekolah atau di bilik darjah iaitu, sekiranya guru mempunyai urusan peribadi ataupun urusan khas melebihi jam 1.00 petang perlulah mengambil CRK (Cuti Rehat Khas). SKT (Sasaran Kerja Tahunan) perlulah dihantar selewat-lewatnya hari jumaat bersamaan 11 April 2014. Headcount semua kelas juga perlulah diserahkan secepat mungkin kepada Guru Besar. Aplikasi Whatsapp Sekolah adalah untuk membincangkan mengenai urusan rasmi sahaja. Makluman mengenai pertukaran bidang tugas di antara Encik Aris bin Tawakkal yang bertugas sebagai Penolong Kanan KO-kurikulum akan

mengambil alih tugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang dipegang oleh Encik Samsuddin bin Ambo.

5.2

Laporan mesyuarat mengenai program Perkhemahan Unit Beruniform anjuran Kadet Remaja Sekolah SK Bahagia, Tawau. Tarikh perkhemahan telah ditetapkan pada 25 hingga 27 April 2014 bersamaan hari Jumaat hingga ahad. Makanan bagi peserta perkemahan dicadangkan oleh beberapa orang guru wanita iaitu AJK Makanan bagi program perkhemahan Unit Beruniform adalah melalui tempahan makanan. Pada majlis penutupan Perkhemahan semua guru dikehendaki memakai pakaian Unit Beuniform masing-masing. Bajet Hadiah ataupun hamper ditentukan iaitu: Pemenang tempat pertama - RM 60 Pemenang tempat kedua RM 50 Pemenanag tempat ketiga RM 40 Cadangan bagi Perasmi Majlis Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform pada hari ahad adalah YB Pang Yuk Ming merangkap ADUN Merotai,Tawau.

6. Hal-hal lain: Pada 28 April 2014 akan diadakan Majlis Jamuan Perpisahan bersama Guru Praktikum yang akan tamat menjalani latihan mengajar di SK Bahagia, Tawau.

7. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh, ________________________ (NUR SHAADA BINTI ABIDIN) Setiausaha II Program Perkhemahan Unit Beruniform, SK Bahagia, Tawau

Disahkan oleh, ________________________ (ENCIK ARIS BIN TAWAKKAL) Pengerusi Program Perkhemahan Unit Beruniform, SK Bahagia, Tawau

You might also like