Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN AJK TAJAAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PPG SEMESTER 5 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN IPG RAJA

MELEWAR

Hari Tarikh Tempat Masa Bilangan Peserta Bilangan Pegawai

: Sabtu : 19 April 2014 : Padang IPG Kampus Raja Melewar : 8.30 pagi Hingga 12.00 tegahari : 40 orang : 22 orang

Pada hari Sabtu 19 April 2014, telah dijalankan Karnival Permainan Tradisional anjuran pelajar Semester 5 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Padang IPG Kampus Raja Melewar bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Karnival itu disertai seramai 40 orang murid yang terdiri dari pelbagai sekolah sekitar Negeri Sembilan dan Selangor yang dibawa oleh pelajar PPG sendiri.

Sabtu, 1 Mac 2014 Mesyuarat jawatankuasa carnival permainan tradisional kali pertama yang

dipengerusikan oleh saudara Hamiza bin Zaini di bilik kuliah astaka IPG Raja Melewar, telah menetapkan saya sebagai ketua bagi ahli jawatankuasa tajaan dan dibantu oleh saudara Mohd Khuzairi bin Johari. Selepas mesyuarat tersebut, saya dan Khuzairi membincangkan tentang penajaan. Kami telah dapat menyenaraikan beberapa syarikat untuk memohon penajaan karnival ini antaranya syarikat pembekal baju uniform Mohd

Sharizan Enterprise, syarikat makanan ringan Khufiz Enterprise, syarikat penjagaan kereta Wishee Washee Car Detailing Centre, dan syarikat pengubahsuaian rumah Active Delima Enterprise.

Rabu, 19 Mac 2014 Pada hari ini, kami telah berbincang dan mengagihkan syarikan bagi memohon tajaan sempena karnival tersebut. Hasil daripada usaha kami ini, kami telah berjaya mendapatkan tajaan berupa hamper daripada Syarikat Khufiz Enterprise, Syarikat Mohd Sharizan Enterprise, Syarikat Wishee Washee Car Detailing Centre dan Syarikat Active Delima Enterprise.

Sabtu, 12 April 2014 Pada mesyuarat kali kedua, kami telah membentangkan senarai penaja pada hari tersebut. Pada hari itu juga kami telah mendapat sumbangan daripada syarikat suami saudari Lee Sok Moi berupa hamper dan tajaan berupa medal daripada saudara Hamiza bin Zaini selaku pengerusi karnival ini. Segala hamper dan medal akan disiapkan dan dihantar ke stor sukan IPG Kampus Raja Melewar sehari sebelum karnival dilangsungkan.

Sabtu, 19 April 2014 Pada jam 7.45 pagi, semua hamper dan medal telah diserahkan kepada ahli jawatankuasa hadiah dan cenderamata. Sepanjang pertandingan tersebut dijalankan, didapati tidak ada hamper dan medal yang tidak mencukupi atau berlebih. Semua telah berjalan dengan lancar dan selamat seperti yang dirancang.

Sabtu, 19 April 2014 Selepas aktiviti dijalankan, kami memastikan surat penghargaan telah disediakan dan kami akan mengedarkan kepada syarikat syarikat yang menaja karnival permainan tradisional ini. Tuntasnya, ahli jawatankuasa tajaan telah menjalankan tugas dengan baik.

Disediakan oleh:

........................................................ (MUHAMAD FIRDAUS BIN MUHAMAD AZHAR) Ketua, AJK Tajaan, Karnival Permainan Tradisional PPG PJK Semester 5

(MOHD KHUZAIRI BIN JOHARI) AJK Tajaan Karnival Permainan Tradisional PPG PJK Semester 5

SENARAI SEMAK SEBELUM BIL 1 PERKARA Mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa tajaan. 2 3 4 5 Menyenaraikan syarikat memohon penajaan. Membentangkan senarai penaja. Memohon sumbangan daripada syarikat penaja. Menghantar barangan sumbangan di stor sukan IPG Kampus Raja Melewar. / / / / YA / TIDAK CATATAN

SEMASA BIL 1 PERKARA Menyerahkan barangan kepada ajk hadiah dan cenderamata. YA / TIDAK CATATAN

SELEPAS BIL 1 2 PERKARA Menyediakan surat penghargaan kepada penaja. Menghantar surat penghargaan kepada penaja. YA / / TIDAK CATATAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEMESTER 5 IPG KAMPUS RAJA MELEWAR Tarikh: 21 April 2014 Kepada, __________________________ __________________________

Tuan,

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN DAN TAJAAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PPG PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,

INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.

Dengan ini, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian

tuan memberikan sumbangan dan tajaan serta sokongan bagi menjayakan karnival ini. Diharapkan pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Tuan/Puan akan sentiasa memberikan sokongan yang padu pada masa akan datang kepada pihak kami.

4.

.Keprihatinan dan jasa baik yang diberikan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, .. (HAMIZA BIN ZAINI) Pengerusi Karnival Permainan Tradisional

You might also like