Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

NAMA: MUHAMMAD RUZAINI BIN RUSLI NO. KAD PENGENALAN: 910225035371 Program praktikum fasa pertama saya kali ini di Sekolah Kebangsaan Keruak, Jerteh, Terengganu. Sekolah ini terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Jerteh. Sekolah ini terdiri dari murid lelaki dan perempuan yang mempunyai seramai 323 orang orang murid dan 43 orang guru termasuk staf sokongan. Oleh kerana sekolah ini mempunyai asrama, kami cuba memohon untuk tiggal di Bilik Warden asrama sekolah ini sepanjang menjalani praktikum fasa satu. Kami sangat bersyukur kerana dibenarkan untuk tinggal di asrama secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran. Seminggu sebelum kami perlu berdaftar ke sekolah ini, kami berdua pergi untuk mengenali jalan ke sekolah ini. Pertama kali kami melihat sekolah ini, debaran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru pelatih buat kali kedua ini semakin kuat. Persekitaran sekolah yang berada di kawasan perkampungan ataupun lebih senang dikatakan di kawasan Hulu Besut mungkin adalah cabaran baru kepada saya. Kemungkinan murid yang bakal diajar terdiri daripada latar belakang yang agak berlainan dari sekolah semasa sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu. Cabaran makin mencabar jika ramai murid adalah terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Tahap pemikiran murid luar bandar mungkin berlainan daripada tahap murid bandar. Jadi kami berdua perlu bersedia dari segi mental dan juga fizikal untuk menghadapi sekolah baru ini. Untuk tugasan praktikum fasa pertama ini, saya akan mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Satu kekurangan yang terdapat sekolah ini adalah tidak mempunyai padang sekolah. Ini merupakan kekangan utama kepada kami berdua kerana kami berdua akan mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Meskipun kami akan menghadapi masalah berikut kami akan mencari jalan penyelesaian lain untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani. Sesi PDP Pendidikan Jasmani boleh dijalankan di kawasan lapang seperti di dataran perhimpunan.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum kali ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Banyak persediaan telah saya lakukan selain menyediakan bahan-bahan keperluan bagi bahan bantu mengajar dan sebagainya. Saya juga telah membeli satu set bahan bantu mengajar yang baru-baru ini dijual secara borong di tempat saya belajar, IPG Kampus Sultan Mizan. Banyak lagi peralatan lain yang saya saya sediakan seperti kertas A4, kertas warna, beberapa lagi peralatan alat tulis yang penting. Saya juga telah melabur sedikit wang untuk membeli printer baru kerana pengalaman yang lepas menyebabkan banyak kerja saya menjadi tertangguh kerana masalah printer. Berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersakit-sakit kemudian. Peribahasa ini yang membawa maksud mendapat kesenangan kelak, harus berani untuk bersusah payah dahulu banyak memberi inspirasi untuk saya meneruskan perjuangan saya sebagai guru pelatih. Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Saya juga berharap setiap persedian rancangan mengajar saya dapat dilakukan dengan baik dan sentiasa lengkap untuk dihantar semakan kepada guru pembimbing nanti. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Bagi buku persediaan mengajar RPH pula, bimbingan yang jelas dari unit praktikum banyak membantu saya dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.

You might also like