Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

Topik

Penyesuaian Kaedah Penilaian Anda

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan empat kaedah penilaian di OUM; 2. Membuat persediaan dengan efektif untuk penilaian; 3. Mempraktikkan cara-cara efektif untuk menjawab pelbagai jenis soalan dalam penilaian; dan 4. Menjelaskan konsep etika dalam penilaian.

X PENGENALAN
Dalam topik yang terdahulu, kita telah membincangkan cara membaca dengan berkesan, termasuk kaedah mengambil dan menulis nota daripada sumber dan membentangkan tugasan atau projek anda. Tujuan ketiga-tiga topik ini adalah untuk membantu anda sebagai seorang pelajar OUM untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakannya dengan lebih baik. Dalam topik ini, kita akan membincangkan cara memaksimumkan prestasi anda dalam penilaian yang berbeza. Kita akan bermula dengan pembentangan jenis taksiran yang bakal anda hadapi sebagai pelajar OUM; diikuti dengan cara membuat persediaan untuk penilaian, cara menjawab pelbagai jenis soalan, cara melakukan tugasan dan akhir sekali etika penilaian.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

143

6.1

JENIS-JENIS PENILAIAN

Anda akan dinilai melalui empat jenis penilaian yang berbeza di OUM, iaitu, peperiksaan, tugasan, ujian dan forum perbincangan dalam talian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Kaedah penilaian di OUM

Jenis penilaian terbahagi kepada dua komponen: (a) Penilaian berterusan yang mewakili 40-50% daripada jumlah markah penilaian anda. Penilaian terdiri daripada tugasan, ujian dan penyertaan dalam perbincangan dalam talian. Anda akan dinilai sepanjang semester. Peperiksaan yang mewakili 50-60% daripada jumlah markah penilaian anda. Pada masa ini, peperiksaan diadakan pada akhir semester.

(b)

Jadual 6.1 menunjukkan jenis dan frekuensi penilaian.


Jadual 6.1: Jenis dan Frekuensi Penilaian Jenis Penilaian Peperiksaan Tugasan Ujian Penilaian dalam Talian Tempat Pusat Pembelajaran Kelas Sebenar Kelas Sebenar Kelas Maya Frekuensi (Setiap Semester) Sekali setiap hujung semester 1 bagi setiap kursus 2 kali bagi setiap kursus Sepanjang semester

Sekiranya anda ingin cemerlang dalam penilaian, anda perlu mengamalkan pelbagai strategi yang dijelaskan dalam bahagian berikut.

144 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

6.2

PERSEDIAAN UNTUK PENILAIAN

Dalam menyediakan diri anda untuk penilaian, anda harus mempunyai satu set persediaan yang baik dari segi nota ringkas, belajar cara untuk menyemak dan menghafal dan mempunyai pelan kajian yang strategik. Berikut adalah kaedah yang dirangka untuk membantu anda supaya lebih bersedia dalam penilaian.

6.2.1

Kumpulkan Nota

Dalam menghasilkan nota yang benar-benar baik dan menjaganya seperti yang anda telah pelajari dalam Topik 4, anda harus bermula dari hari pertama kelas anda. Mustahil bagi anda untuk mengulangkaji tanpa set nota yang baik. Anda harus mengolah nota kuliah dan bahan buku teks anda kepada nota yang ringkas, menarik, berguna dan komprehensif. Nota bukan sahaja menjadi sebuah ringkasan singkat tentang apa yang anda perlu tahu tetapi harus mampu memberikan anda gambaran lengkap mengenai topik yang berkenaan. Kendalikan nota dan bahan-bahan berkaitan dengannya dalam susunan yang betul. Anda boleh menulis semula bahan anda di atas sekeping kertas, meletakkannya dalam bentuk helaian memo atau sebagainya. Atur nota anda secara sistematik. Sebagai contoh, anda mungkin menggunakan kertas yang berlainan warna atau dakwat yang berbeza warna untuk setiap topik. Sebahagian pelajar menggunakan kad indeks untuk nota mereka. Atas cadangan di atas, cuba pastikan anda tidak terlepas mana-mana kelas kerana anda tidak mahu ketinggalan fakta penting.

6.2.2

Ulangkaji dan Hafal

Apakah maksud ulangkaji? Konsep ulangkaji bukan hanya membaca. Membaca nota anda dengan sepintas lalu adalah hanya sebahagian kecil daripada peringkat ulangkaji dan anda biasanya berbuat demikian pada malam sebelum hari peperiksaan. Ulangkaji bermakna penglibatan aktif minda anda. Minda anda perlu bekerja untuk mengumpul dan menganalisiskan konsep utama dan idea, mendaftar dan menginjak kepada situasi baharu. Ulangkaji juga melibatkan pemahaman anda terhadap topik dan membuat hubungan antara topik yang berbeza. Ia mengingatkan anda kepada bahanbahan yang anda telah lupa dan merupakan satu cara untuk mengukuhkan pembelajaran dan jurang dalam pengetahuan anda.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

145

Dalam mengulangkaji, anda digalakkan memahami topik dan ingat konsep penting, idea-idea dan butir-butir, seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Cara untuk mengulangkaji dan menghafal

(a)

Memahami Topik Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda memahami topik pelajaran semasa proses ulang kaji anda: (i) Tahu Kandungan Kursus Peringkat awal ulangkaji, lihat garis panduan kursus, sukatan pelajaran, tugasan, ujian dan komen daripada tutor anda. Ini dapat memberikan anda idea yang jelas tentang di mana anda harus mulakan ulangkaji. Mengenal Pasti Topik Penting Anda boleh membaca seluruh kandungan buku teks tetapi menumpukan perhatian kepada topik yang anda fikir adalah penting dalam peperiksaan. Ia melibatkan proses mengingat kerja keras dan bijak.

(ii)

(iii) Merujuk kepada Bahan Rujuk kembali kepada nota yang anda telah sediakan sambil membaca modul dan sumber tambahan lain serta nota daripada perbincangan anda di dalam kelas tutorial. (iv) Membina Soalan Kendiri Membina soalan-soalan dengan menanyakan diri sendiri apa yang anda perlu tahu tentang topik yang berkenaan. Menjawab soalansoalan tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang anda ada. (v) Hubungkaitkan Topik dengan Idea Uji kefahaman anda tentang konsep utama kursus ini. Huraikan bahagian-bahagian tertentu dengan menjelaskan maksud yang sukar bagi bahagian penting kursus ini. Tambahkan maklumat lanjut

146 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

supaya anda berfikiran selari dengan usaha menjelaskan hubungan antara idea-idea dan konsep. Anda boleh menggunakan pemetaan atau mana-mana kaedah lain untuk membantu anda melakukannya. Kaedah ini dapat membantu anda menggambarkan kandungan kursus secara lebih lengkap dan juga melihat hubungan antara setiap subtopik dan butirannya. (vi) Kajian dalam Kumpulan Belajar dengan sekumpulan orang yang anda selesa bersama adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk ulangkaji. Kumpulan belajar bersama akan membantu anda menjelaskan dan menekankan konsep utama dan idea dengan rakan-rakan anda. Ia juga akan memastikan anda berada atas landasan yang betul. Jika sukar bagi anda untuk menetapkan masa bertemu dengan ahli kumpulan anda, gunakan forum perbincangan dalam talian menerusi myVLE. (b) Ingatkan Konsep atau Idea Penting Proses ulang kaji tidak lengkap tanpa menghafal elemen penting dan butirannya. Anda perlu memahami fakta, mengungkap idea dan konsep utama. Salah satu cara untuk menghafal fakta dan formula adalah dengan membuat senarai dan cuba untuk terus menulisnya. Kenal pasti apa yang anda terlepas pandang. Sekiranya anda yang mempunyai masalah dalam mengingat apa yang anda baca, anda perlu lebih tekun. Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda menghafal fakta. Berikut adalah beberapa tip am untuk meningkatkan kemahiran hafalan. Satu alat yang boleh anda gunakan untuk membantu anda mengingati senarai perkara yang sukar adalah mnemonik. (i) Tip-tip untuk Meningkatkan Kemahiran Hafalan Penghafalan boleh dikatakan bahagian yang paling penting di peringkat semakan. Ia juga perkara yang paling penting untuk diingat. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kemahiran hafalan anda. x Fahami Bahan Belajar konsep umum sebelum berganjak kepada sesuatu yang khusus. Dengan memahami konsep umum, ia akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk mengaitkan konsep utama kepada pecahan-pecahan. Cuba gunakan teknik SQ3R untuk membaca dalam membantu anda menguasai kandungan yang lebih baik.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

147

Hafal Melalui Kesatuan dengan Pengalaman Hidup Anda Sendiri Kaitkan bahan yang anda pelajari dengan sebarang peristiwa dalam kehidupan anda. Ini akan membuatkan anda lebih cenderung untuk ingat dan ia akan terpahat dalam memori anda untuk tempoh yang sangat lama. Kesantaian Selain mengaitkan idea-idea utama kepada pengalaman hidup anda sendiri, anda juga boleh mereka cerita mengenai suatu fakta atau bahan tertentu. Cuba kaitkan fakta atau idea dengan muzik, imej atau apa-apa yang anda suka. Cerita yang anda reka perlu logik tetapi boleh lucu dan tidak serius. Memori Visual Kebanyakan kita yang cemerlang mampu menyerap segala maklumat dan fakta dalam bentuk kod visual. Terdapat banyak cara maklumat visualisasi. Sebagai contoh, anda boleh melukis gambar rajah, jadual, gambar, kartun, graf dan sebagainya. Dengan cara ini, anda mampu mengeluarkan dan mengetengahkan perkara utama yang penting dan melihat hubungan antara topik dan idea. Memori visual boleh menjadi semudah menulis ayat atau kenyataan atau melukis peta minda. Pada sebahagian topik, adalah mustahil untuk anda melukis gambar atau graf dalam mewakili bahan-bahan secara visual. Menulis satu kenyataan, teori atau formula, mengulanginya dan membacanya sekali lagi akan membantu anda mengingatinya semula.

Berbicara dengan Bahan yang Ingin Diingat Apabila anda cuba menghafal sesuatu, ia adalah lebih baik jika anda boleh berbicara mengenainya dan sebaiknya dengan kuat. Pastikan tempat belajar anda adalah jauh daripada orang lain. Anda boleh mengulangi maklumat dalam nota atau menggunakan perkataan anda sendiri untuk menjelaskannya. Anda juga boleh mengadakan perbincangan berkumpulan. Satu cara lain yang untuk meningkatkan daya ingatan anda adalah dengan mengajar orang lain tentang topik tersebut. Jika anda tidak mempunyai sesiapa untuk mengajar, hanya bertindak sebagai seorang guru. Dengan cara ini, anda akan mendapat pemahaman yang mendalam tentang topik dan menemukan ikhtiar supaya anda perlu bekerja kuat.

148 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

(ii)

Gunakan Mnemonik untuk Meningkatkan Kemahiran Hafalan Mnemonik adalah alat seperti sajak, formula atau singkatan untuk membantu anda mengingati fakta atau idea. Salah satu contoh yang paling popular bagi mnemonik adalah singkatan. Singkatan adalah perkataan atau nama yang terbentuk daripada huruf; kata-kata yang berkaitan dalam beberapa cara. UNESCO dan ASEAN adalah contoh-contoh akronim. Menggunakan singkatan adalah salah satu kaedah terbaik untuk membantu anda untuk mengingati senarai nama yang sukar anda hafal dalam keadaan biasa. Sebagai contoh, HOMES ialah singkatan untuk lima tasik-tasik besar di Amerika Utara iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Tasik-tasik besar Amerika Utara

Namun, penggunaan akronim mungkin tidak sesuai selalu. Ini boleh dilihat di dalam contoh berikut. Maka, mungkin anda perlu menggunakan mnemonik nyata. Kita cuba pula mempelajari hukum mnemonik dengan senarai sembilan planet yang disenaraikan berikut. Senarai ini disusun daripada yang terdekat kepada yang paling jauh dari matahari iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Jika anda menggunakan kaedah mnemonik, singkatan MVEMJSUNP adalah tidak masuk akal sama sekali. Oleh itu, anda perlu menggunakan mnemonik ayat. Sebagai contoh, Muzik Violin Elok Main Jika Suka Naik Pentas. Bukankah ini lebih mudah untuk mengingat. Jika perlu, anda boleh gunakan kaedah ini untuk senarai sukar untuk di ingat.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

149

6.2.3

Amalan Menjawab Soalan

Proses ulang kaji tidak lengkap tanpa menggunakan pengetahuan yang telah anda pelajari. Salah satu cara terbaik bagi anda untuk menggunakan konsep utama yang anda telah fahami adalah dengan mengamalkan soalan. Dengan cara ini, anda boleh mengukur prestasi dan pencapaian anda. Gunakan kertas peperiksaan lalu. Ini akan memberikan anda idea bentuk soalan yang akan tampil dan apa jenis soalan yang akan ditanya. Walaupun format soalan telah berubah, kertas peperiksaan yang lepas boleh digunakan sebagai penilaian sendiri untuk membina contoh sebelum peperiksaan.

6.2.4

Jadual Perancangan

Dalam persediaan untuk penilaian, selain mengumpulkan nota, menyemak dan menghafal, anda perlu merancang dan menjadualkan proses persediaan anda. Pelan yang konsisten dan realistik adalah penting. Pecahkan masa ulangkaji anda kepada waktu yang singkat, misalnya, 50 minit setiap sesi. Anda juga perlu memperuntukan waktu rehat mungkin dalam sepuluh minit dan bergilir dalam sesi perbincangan tentang topik dan subjek berbeza penting untuk mengelakkan kebosanan.

6.3

PERSEDIAAN ASAS UNTUK PEPERIKSAAN

Walaupun anda sudah bersedia dengan pengetahuan, amalan dan ulangkaji, anda perlu ingat persediaan asas untuk peperiksaan, iaitu: (a) (b) Tidur nyenyak pada waktu malam sebelum peperiksaan. Menepati masa. Mengetahui masa dan tempat peperiksaan, periksa masa dan tempat beberapa hari sebelumnya untuk memastikan anda tahu lokasinya. Datang awal dan biasakan diri dengan persekitaran. Ketahui apa yang anda perlu bawa dan tidak boleh bawa ke dalam dewan peperiksaan. Jangan bawa nota dan buku jika ia tidak merupakan satu peperiksaan buka buku. Jangan tulis nota pada tapak tangan anda. Anda akan dituduh menipu. Pastikan semua pensel anda tajam dan pen anda berfungsi. Bawa bersama semua alat tulis yang diperlukan dan peralatan matematik serta kalkulator jika anda perlu menggunakannya.

(c)

(d)

150 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

AKTIVITI 6.1
Lukis satu peta minda menggambarkan bagaimana kamu menyiapkan diri dalam menghadapi penilaian dengan efektif.

6.4

JENIS-JENIS SOALAN PENILAIAN

Anda kini sedar bahawa anda akan diuji dalam empat mod: ujian, tugasan, penyertaan dalam talian dan peperiksaan. Terdapat beberapa jenis soalan yang boleh dikategorikan kepada jenis objektif seperti betul-salah, pilihan, pelbagai, padanan, isi tempat kosong dan jenis subjektif, contohnya esei. Dalam bahagianbahagian berikut, kami akan membincangkan cara-cara untuk menjawab setiap jenis soalan.

6.4.1

Soalan Objektif

Terdapat tiga jenis biasa soalan objektif: (a) Soalan Betul-Salah Soalan betul-salah membentangkan satu kenyataan dan anda mesti memutuskan sama ada ia betul atau salah. Ini menguji pengetahuan anda tentang fakta. Soalan betul-salah amat mengelirukan. Anda perlu membaca dengan teliti setiap kenyataan dan memutuskan sama ada ia betul atau salah. Kemungkinan betul ialah 50:50. Berikut adalah contoh soalan betulsalah: Betul Salah Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Berikut adalah beberapa tip untuk menjawab soalan betul-salah: (i) Anggap Benar Jika anda tidak pasti sama ada satu kenyataan yang betul atau salah, anggap ia benar. Ini kerana satu set soalan yang betul-salah cenderung untuk merangkumi lebih banyak kenyataan yang betul daripada yang salah.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

151

(ii)

Mod Melampau Biasanya Salah Sesuatu pernyataan dalam mod yang melampau seperti selalu, semua dan tidak pernah biasanya adalah kenyataan salah. Ini kerana ia biasanya membayangkan tiada pengecualian. Berikut adalah contoh satu kenyataan mod melampau: Betul Salah Pasangan kembar selalunya adalah jantina yang sama.

(iii) Pembahagian Selalunya Betul Satu kenyataan yang melibatkan pembahagian seperti sesetengah, kerap, ramai atau kadang-kadang biasanya betul. Berikut adalah contoh satu kenyataan dengan pembahagian. Betul Salah Sesetengah pasangan kembar adalah jantina yang sama.

(iv) Pernyataan yang Menyeluruh Mesti Betul Bagi satu pernyataan yang benar, maka ia mestilah benar dan menyeluruh. Jika mana-mana bahagian pernyataan adalah salah, maka ia adalah salah. (v) Mengenal Pasti Kata Kunci Kenal pasti kata kunci dan frasa kerana ini akan membantu anda menentukan sama ada ia betul atau salah.

(vi) Beri Perhatian kepada Perkataan Negatif Kenyataan yang mengandungi kata-kata negatif sering rumit dan memerlukan perhatian teliti. Dinasihatkan untuk anda menyerlahkan perkataan negatif dan membaca kenyataan tersebut beberapa kali. Berikut adalah contoh satu kenyataan betul-salah yang berkait dengan perkataan negatif. Betul Salah

Sesuatu yang memeranjatkan adalah sesuatu yang bukan di luar jangkaan. (Ini bermakna bahawa sesuatu yang memeranjatkan adalah sesuatu yang di dalam jangkaan. Oleh itu, jawapannya adalah Salah).

152 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

AKTIVITI 6.2
Jawab soalan-soalan Betul-Salah berikut. Terangkan sebab anda pilih setiap jawapan. B B B B B (b) S S S S S Pembelajaran dalam kumpulan sahaja yang boleh merangsang kuasa mengingat. Sesetengah individu suka belajar ikut cara sendiri. Bukan cara yang betul untuk mencapai kejayaan dengan belajar pada saat-saat terakhir. Pelajar perempuan lebih cerdik daripada pelajar lelaki. Anda tidak sewajarnya belajar selepas makan.

Soalan Aneka Pilihan Satu lagi soalan jenis objektif ialah soalan aneka pilihan. Soalan aneka pilihan terdiri daripada kenyataan yang tidak lengkap atau soalan yang diikuti oleh tiga hingga lima jawapan pelengkap. Ia adalah jenis soalan yang popular. Dua contoh soalan aneka pilihan ialah seperti berikut: 1. Malaysia mencapai kemerdekaan pada A. 31 Ogos 1974 B. 31 Ogos 1955 C. 31 Ogos 1957 D. 31 Ogos 1956 Pilih buah-buahan tempatan Malaysia I. Durian II. Epal III. Mangga IV. Nenas A. B. C. D. I dan II II dan IV I, II, II dan IV I, III dan IV

2.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

153

Berikut adalah beberapa tip untuk menjawab soalan aneka pilihan: (i) Pilih Jawapan Tepat Baca soalan dan semua pilihan yang diberikan sebelum memilih jawapan. Ingat, dalam soalan aneka pilihan, anda perlu memilih jawapan yang tepat sahaja. Semua jawapan mungkin betul tetapi hanya satu jawapan yang tepat (lihat contoh berikut): Sebagai seorang pelajar, anda perlu ................ untuk memastikan anda cemerlang dalam peperiksaan. A. makanan berkhasiat B. buku C. masa D. mengulang kaji Untuk soalan di atas, semua pilihan jawapan yang mungkin tetapi jawapan yang terbaik adalah D. (ii) Hapuskan Jawapan Salah Mulakan dengan mengenal pasti jawapan yang salah dan bukannya mencari yang betul. Jika anda pasti bahawa sesuatu jawapan adalah salah, gugurkannya. Ini boleh membantu anda untuk mengenal pasti jawapan yang tepat. Sebagai contoh: Untuk membolehkan anda dihubungkan dengan Internet, anda perlu ................. A. memantau B. Adobe Acrobat Reader C. wayar telefon D. modem Untuk soalan ini, anda menghapuskan jawapan yang salah, misalnya pilihan jawapan A, B dan C. Jawapan yang tepat ialah D. (iii) Kenal Pasti Setiap Pilihan Seperti Soalan Betul-Salah Kaitkan item dengan setiap jawapan yang mungkin. Kemudian, kaitkan setiap item sebagai soalan betul-salah. Dengan memeriksa setiap pernyataan yang berasingan sebagai betul atau salah, anda boleh kenal pasti jawapan yang tepat.

154 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

(iv)

Berhati-hati dengan Semua di atas dan Tiada di atas Berikan perhatian tambahan untuk semua di atas, tiada di atas. Salah satu penyata boleh menjadi jawapan yang mungkin. Jika anda boleh kenal pasti satu jawapan yang salah, anda secara automatik boleh menghapuskan semua di atas dalam jawapan. Jika anda berfikir bahawa dua daripada tiga jawapan adalah betul, daripada semua di atas mungkin betul. Walau bagaimanapun, jika anda pasti sekurang-kurangnya satu jawapan adalah betul, maka anda boleh menghapuskan tiada di atas. Berikut adalah dua contoh soalan pelbagai pilihan dengan semua di atas dan tiada di atas dan jawapan yang mungkin. 1. Perak digunakan untuk membuat .......... I. Pisau dan garfu II. Barang kemas III. Filem untuk fotografi A. B. C. D. I sahaja I dan II sahaja II dan III sahaja Semua di atas

Jelas bahawa filem untuk fotografi bukan diperbuat daripada perak. Jawapan yang tepat ialah B. 2. Mesin pencetak menghasilkan: A. Salinan keras B. Salinan lembut C. Salinan keras dan salinan lembut D. Tiada di atas Dalam soalan ini, pilihan D boleh dibuang kerana jelas mesin pencetak menghasilkan salinan keras. (c) Soalan Isikan Tempat Kosong Ini merupakan jenis soalan yang berbeza daripada soalan-soalan yang betul-salah dan aneka pilihan kerana anda tidak mempunyai pilihan jawapan dalam soalan itu sendiri. Jurang antara soalan memerlukan jawapan yang sangat pendek dan biasanya senarai jawapan disediakan. Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai dan tepat untuk ruang kosong dalam satu kenyataan soalan. Contoh berikut menunjukkan jenis soalan ini.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

155

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. (Kuala Lumpur, mamalia, keempat) 1. 2. 3. ................ ialah ibu negara Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang ................ Kucing ialah contoh seekor ................

SEMAK KENDIRI 6.1


Senaraikan ciri-ciri penting dalam: (a) (b) (c) Soalan betul-salah; Soalan aneka pilihan; dan Soalan isikan tempat kosong.

6.4.2

Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif biasanya berbentuk esei. Sesetengah pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan jenis ini kerana tiada jawapan. Walau bagaimanapun, jenis soalan ini boleh menjadi agak sukar kerana terdapat begitu banyak pendekatan untuk menjawabnya. Anda perlu membaca dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan ini. Di OUM, kertas peperiksaan dibahagikan kepada dua bahagian, A dan B, di mana Bahagian B terdiri daripada soalan subjektif. Berikut adalah contoh sebahagian soalan dalam Seksyen B "Prinsip Teknologi Pengajaran". Hanya tiga soalan yang perlu dijawab.

156 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

SEKSYEN B Arahan: Jawab tiga soalan sahaja. Soalan 1 Terangkan secara ringkas perkara berikut: (a) (b) (c) Warna dipilih berdasarkan fungsinya Domain reka bentuk teknologi pada tahun 1977 Definisi reka bentuk teknologi dalam konteks tempatan [7 markah] [7 markah] [6 markah]

[Jumlah: 20 markah] Soalan 2 Seorang guru hendaklah cekap dalam menggunakan teknik-teknik pengajaran ketika di dalam bilik darjah. Terangkan langkah-langkah dalam mengaplikasikan perbincangan dan kuliah sebagai teknik pengajaran. Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 [Jumlah: 20 markah] [Jumlah: 20 markah] [Jumlah: 20 markah] [Jumlah: 20 markah]

Berikut adalah beberapa tip menjawab soalan subjektif: (a) Baca Arahan Baca arahan dengan teliti. Anda perlu jelas akan jumlah soalan yang anda perlu jawab. Dapatkan Penjelasan Selepas membaca soalan, jika anda masih tidak faham mana-mana bahagian daripada sesuatu soalan, jangan takut untuk mendapatkan penjelasan. Bahagikan Masa Anda Dengan Bijaksana Semak markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dan subsoalan. Anda mungkin tidak mahu menulis jawapan satu mukasurat untuk soalan yang hanya bernilai tiga markah. Sebaliknya, anda mungkin perlu membuat perancangan yang besar untuk soalan yang bernilai 15 markah. Bahagikan masa anda dengan bijak.

(b)

(c)

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

157

(d)

Fahami Soalan Pastikan yang anda faham kehendak soalan. Baca arahan soalan dengan teliti. Silap faham soalan boleh menyebabkan anda memberikan jawapan yang salah. Ikut Format Jika jawapan esei mempunyai format yang telah ditetapkan, ikut atau anda mungkin kehilangan markah. Semak dengan tutor anda sebelum peperiksaan. Menyediakan Rangka dan Mencatat Isu-isu Utama Tulis jawapan dengan teratur. Untuk menulis karangan yang baik, anda perlu menyusun esei anda supaya ia mempunyai pengenalan, badan kandungan dan kesimpulan. Catatkan poin utama, idea, kata kunci serta bahan sokongan dalam setiap bahagian esei. Anda boleh menggunakan kaedah mnemonik, graf, peta minda dan sebagainya. Kenal pasti isi utama yang boleh anda fikirkan dan cuba kaitkannya dengan idea utama. Sebagai contoh, jika topik adalah: Bincangkan Kelebihan Pembelajaran Terbuka dan Jarak, berikut boleh dijadikan poin utama dan sub poin:
Poin Utama Subpoin Berikan definisi/terangkan. Pembelajaran yang fleksibel, pembelajaran diurus sendiri, pendidikan yang disediakan kepada semua berbanding dengan penyampaian pembelajaran tradisional, bahan yang digunakan, cara pembelajaran, sikap, sumber manusia, dan kaedah pembelajaran yang baharu. Pembelajaran secara tradisional, kaedah pembelajaran baru.

(e)

(f)

Pendidikan jarak jauh Kelebihan

Pembelajaran

158 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

Mulakan dengan pengenalan yang komprehensif dan akhiri dengan kesimpulan yang bernas.
Pengenalan Definisi pendidikan terbuka dan jarak jauh dan terangkan kepentingan pendidikan tersebut. Terangkan bagaimana pendidikan terbuka dan jarak jauh dijalankan. Nyatakan perbezaan antara pendidikan terbuka dan jarak jauh dengan pendidikan tradisional berdasarkan kepada perkara berikut: penghantaran, bahan pembelajaran, cara pembelajaran, perangai, sumber manusia dan sebagainya. Terangkan bagaimana untuk memperbaiki pendidikan terbuka dan jarak jauh supaya ia dapat diterima dan kebaikan yang boleh diperoleh darinya. Berdasarkan kepada kebaikan daripada pendidikan terbuka dan jarak jauh, anda mungkin boleh mencadangkan supaya ia diambil dan digunakan oleh universiti-universiti lain termasuk universiti tradisional.

Isi

Penutup

(g)

Tulisan Tangan yang Kemas Pastikan bahawa tulisan tangan anda adalah kemas dan mudah dibaca. Satu Perenggan untuk SetiapIsi Gunakan satu perenggan untuk membincangkan setiap isi baharu. Setiap perenggan mesti mempunyai: x x Isi Utama Ini adalah kenyataan yang menerangkan idea utama. Isi Sokongan Anda perlu bahan yang boleh mengukuhkan idea utama. Cara yang paling biasa untuk melakukannya adalah dengan mempamerkan atau menerangkan satu contoh yang boleh terus menyokong poin utama.

(h)

(i)

Jangan Menjawab Soalan Tambahan Sesetengah pelajar yang mempunyai lebih masa cenderung untuk menjawab soalan-soalan tambahan. Dengan cara ini, anda akan membuang masa anda. Sebaliknya, ia adalah lebih baik jika anda menyemak esei yang anda telah tulis. Jangan jawab soalan tambahan kerana dalam kebanyakan kes, pemeriksa anda hanya akan mengabaikannya. Semak Jawapan Anda Semak jawapan anda sebelum dikutip oleh pengawas. Mungkin ada beberapa kesilapan kecil yang boleh diperbetulkan.

(j)

Jadual 6.2 menjelaskan contoh panduan beberapa perkataan yang sesuai digunakan dalam soalan esei.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

159

Jadual 6.2: Panduan Perkataan yang Digunakan dalam Soalan Esei


Panduan Perkataan Bincang Huraikan x x x Jelaskan x x Makna Tulis sebanyak mungkin. Tulis sebanyak mungkin. Tulis tentang subjek supaya diperhatikan. Tulis sebanyak mungkin. Bincangkan sebab-sebab. x x x x x Sampel Soalan Esei Bincangkan kemahiran ambilan ujian. Huraikan kehidupan awal keluarga di Malaysia. Huraikan pemakanan seimbang. Jelaskan sistem demokrasi. Huraikan sebab-sebab Malaya terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Bandingkan demokrasi dengan komunis. Bezakan antara demokrasi dengan liberalisasi. Kritik hukuman bunuh dalam undang-undang jenayah. Justifikasikan pendirian Amerika Syarikat terhadap Perang Iraq. Kaitkan gambar dengan bahagian organ manusia. Ilustrasikan penggunaan telefon bimbit. Huraikan kebaikan dan keburukan tabiat pemakanan. Senaraikan perangai baik majikan efektif. Kerangkakan etika dalam kewartawanan. Simpulkan kecemerlangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Huraikan psychopath. Kaitkan merokok dengan gaya hidup. Kenal pasti punca-punca Amerika Syarikat menyerang Iraq.

Bandingkan Bezakan Mengkritik/ Menilai Justifikasikan

x x x

Bincang persamaan dan perbezaan. Bincangkan perbezaan. Bincangkan baik dan buruk sesuatu isi dan rumuskan secara asas tentang kebaikan dan keburukan. Bincangkan baik dan buruk sesuatu isi dan rumuskan secara asas tentang kebaikan dan keburukan. Lukis gambar dan labelkan bahagian-bahagian. Lukis gambar dan labelkan. Berikan huraian yang panjang terhadap contoh bahagian. Berikan senarai bernombor. Berikan senarai bernombor. Berikan senarai nombor yang tersusun. Nyatakan secara ringkas.

x x x

Rajah Ilustrasi

x x x

x x

Bancikan Senaraikan Kerangkakan Simpulkan

x x x x

x x x x

Pengertian Hubungkan Kenal pasti

x x x

Berikan makna. Bincangkan hubungan antara atau dalam topik. Bincang secara logik dalam susunan yang berkronologi.

x x x

160 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

AKTIVITI 6.3
Baca penerangan berikut. Senaraikan idea utama, idea sokongan dan kesimpulan. Kaedah penilaian dalam persekitaran pendidikan terbuka dan jarak jauh adalah berbeza dengan persekitaran kampus tradisional. Banding dan bezakan kaedah penilaian ini bagi pembelajaran kedua-dua persekitaran.

6.5

MELAKSANAKAN TUGASAN

Tugasan merupakan sebahagian penting daripada pendidikan di universiti. Membuat tugasan akan memberikan anda peluang untuk mempraktikkan kemahiran anda dalam menilai bukti, membangunkan dan menilai hujah-hujah dan memberikan pandangan anda. Di OUM, anda akan dikehendaki membuat satu tugasan bagi setiap kursus dalam satu semester. Antara faedah tugasan adalah: (a) (b) (c) Menggalakkan pembelajaran aktif; Membenarkan anda untuk menyatakan fikiran anda sendiri; dan Menilai tahap pemahaman terhadap subjek anda.

Di dalam Topik 5, anda diberikan garis panduan tentang cara untuk menstrukturkan dan menulis tugasan anda.

6.5.1

Elakkan Plagiat

Tugasan anda mestilah dilakukan sendiri. OUM tidak akan bertolak ansur dengan plagiarisme. Subtopik 6.8 memberikan maklumat lanjut mengenai etika penilaian.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

161

6.5.2

Perbaiki Tugasan Anda

Cuba memperbaiki tugasan anda bila boleh. Selepas mendapat maklum balas tugasan daripada tutor, ambil perhatian terhadap komen tutor anda dan gunakan maklum balas yang diterima untuk memperbaiki tugasan anda yang seterusnya.

6.6

MENJALANI UJIAN

Ujian akan dilangsungkan pada akhir tutorial kedua dan keempat pada semester panjang dan pada akhir tutorial ketiga dalam semester pendek. Bergantung kepada kursus, anda mungkin diberikan dua ujian. Ujian-ujian mewakili kirakira 25 peratus daripada jumlah gred kursus anda. Tujuan ujian adalah untuk menguji kefahaman anda tentang unit tertentu. Ujian berdasarkan bentuk berikut: (a) (b) (c) (d) Soalan Betul-Salah; Soalan aneka pilihan; Padanan soalan; dan Soalan berstruktur.

Butir-butir tentang cara untuk menjawab jenis soalan ini adalah dalam Seksyen 6.4.

AKTIVITI 6.4
Buat satu pelan tindakan bagaimana untuk berjaya di dalam kuiz.

6.7

PENYERTAAN DALAM PERBINCANGAN DALAM TALIAN

Sistem Pengurusan Pembelajaran OUM (myVLE) membolehkan anda dan tutor anda berinteraksi di dalam kelas maya, selain berkongsi dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus anda dengan cara yang padu. MyVLE membolehkan anda untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

162 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

Bergantung kepada kursus ini, anda akan diberikan antara 5 dan 10 peratus daripada jumlah gred untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dalam talian. Dalam usaha untuk mencapai markah yang baik, anda harus: (a) Mempunyai akses kepada myVLE Jika anda tidak mempunyai akses kepada maklumat itu, runding dengan pentadbir tempatan anda atau Pusat Pembelajaran OUM. Pengguna biasa dengan myVLE Berkongsi pengalaman dengan rakan kursus dan tutor anda, selain mendaftar untuk kelas. Sediakan soalan yang baik untuk perbincangan Anda atau tutor anda boleh bangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kursus ini kerana ini akan membantu anda memahami kursus dengan lebih baik. Ambil bahagian dalam perbincangan dalam talian dengan kerap selain daripada mengemukakan pertanyaan. Anda juga digalakkan untuk membincangkan soalan-soalan yang diberikan oleh rakan kursus anda.

(b)

(c)

(d)

Anda perlu menjadi positif tentang melanjutkan pembelajaran anda. Pembelajaran adalah, satu proses yang berterusan dan tiada siapa dapat menghalang walaupun mereka mahu. Rujuk Topik 2 untuk maklumat lebih lanjut mengenai myVLE.

6.8

ETIKA

Apakah yang anda faham dengan perkataan etika? Adakah ini peraturanperaturan yang anda mesti ikuti? Atau adakah ini nilai-nilai moral? Menurut wordreference.com, etika merupakan:

The philosophical study of the moral value of human conduct and of the rules and principles that ought to govern it.
Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat melihat bahawa etika adalah mengenai moral berdasarkan standard kelakuan yang menunjukkan cara seseorang perlu berkelakuan berpandukan tugas dan nilai-nilai moral. Ia adalah berdasarkan keputusan peribadi, nilai-nilai universal atau kewajipan etika yang ditentukan oleh masyarakat.

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

163

Dalam konteks peperiksaan, etika merujuk kepada satu set nilai dan standard yang memberikan petunjuk tindakan, pemikiran dan kata-kata anda sebelum atau semasa peperiksaan. Boleh dikatakan terdapat banyak nilai yang berbeza berkaitan dengan tingkah laku yang betul atau salah semasa peperiksaan. Kita akan melihat beberapa larangan etika yang diterima secara universal yang berkaitan dengan peperiksaan. Ini adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Menyalin kerja pelajar lain; Membenarkan pelajar lain untuk menyalin kerja anda; Memiliki nota yang tidak dibenarkan, lembaran, sumber tambahan maklumat atau bahan-bahan lain yang tidak dibenarkan oleh OUM; Mengambil atau cuba untuk mengambil peperiksaan bagi pelajar lain atau mendapatkan seseorang untuk melakukan perkara yang sama untuk anda; Mengubah atau memalsukan keputusan peperiksaan; Menggunakan, mendapatkan atau cuba mendapatkan mana-mana bahagian atau keseluruhan mana-mana kertas peperiksaan yang masih belum ditadbir.

Etika dalam Penulisan Tesis, Esei dan Tugasan Berikut adalah beberapa garis panduan bagi tatalaku beretika dalam menulis tesis, esei dan tugasan yang diakses semula dari http://www.student.unsw.edu. au. (a) Nyatakan sumber yang diterbitkan (termasuk di mana berkenaan, yang disiarkan secara elektronik) untuk mengakui pencetus idea yang anda kembangkan dan akui sumber petikan. Rujuk kepada atau gunakan bahan-bahan ilmiah yang tidak diterbitkan hanya dengan keizinan penulis dan akui sumber bahan-bahan jika keizinan itu diberikan. Elakkan plagiarisme dalam kerja anda. Pastikan bahawa penggunaan bahan-bahan ilmiah tidak menyebabkan halangan akses oleh orang lain, khususnya, tempat bahan-bahan tersebut diperoleh sama ada di dalam perpustakaan atau pusat penyelidikan universiti. Jangan berikan gambaran palsu tentang pandangan penulis sama ada melalui petikan yang ditapis atau komen yang mengelirukan.

(b)

(c) (d)

(e)

164 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

(f)

Dapatkan akses bagi bahan-bahan ilmiah yang anda tahu supaya anda berhak atau diberikan kuasa, dan jangan cuba mengakses bahan-bahan yang anda tahu anda tidak berhak atau tidak dibenarkan (contohnya, menerusi penggodaman komputer). Hormati hak-hak penulis lain dan jangan salahgunakan rekod digital (sama ada dalam bentuk teks, imej, bunyi, atau format lain) di mana penulis mempunyai hak cipta dan/atau telah menegaskan hak moral pemilikan. Elakkan daripada memanipulasikan rekod digital (sama ada dalam bentuk teks, imej, bunyi, atau format lain), sama ada dalam konteks asal mereka atau dalam konteks yang berbeza, untuk mengelirukan audiens.

(g)

(h)

AKTIVITI 6.5
Baca senario berikut. Tentukan keputusan beretika yang anda perlu lakukan untuk setiap senario. Jelaskan jawapan anda. (a) Rakan-rakan anda memberitahu anda bahawa tutor anda ada menjual kertas peperiksaan untuk ujian pada minggu depan. Adakah anda akan pergi mendapatkan kertas peperiksaan tersebut daripada tutor itu atau melaporkannya kepada dekan? Semasa melayari Internet, anda mencari tugasan yang mempunyai topik yang serupa dengan penyelidikan yang sedang anda lakukan. Adakah anda akan menyalin seluruh tugasan tersebut untuk membentangkannya sebagai idea anda sendiri atau petik dan masukkan sebagai salah satu rujukan anda? Anda mendapat tahu bahawa salah seorang rakan anda membawa nota ke dalam dewan peperiksaan semasa peperiksaan. Adakah anda melaporkan kepada pengawas peperiksaan atau hanya mengabaikan perbuatan itu? Anda tahu bahawa tutor anda tidak pernah mengajar di dalam kelas. Sebaliknya, tutor membiarkan pelajar melakukan apa-apa sahaja yang disukai dan berjanji untuk memberikan markah penuh untuk komitmen kelas dan kehadiran. Apakah yang akan kamu lakukan?

(b)

(c)

(d)

TOPIK 6

PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

165

x x x x

Jenis-jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai prestasi anda adalah peperiksaan, tugasan, ujian dan penilaian dalam talian. Amalkan langkah-langkah yang digariskan dalam topik ini untuk menyediakan diri anda untuk penilaian. Biasakan diri dengan pelbagai jenis soalan dan gaya jawapan. Jalani penilaian anda dengan berpandukan etika.

Akronim Esei Mnemonik Penilaian Penilaian berterusan

Singkatan Soalan objektif Soalan subjektif Ujian

166 X TOPIK 6 PENYESUAIAN KAEDAH PENILAIAN ANDA

LAMPIRAN 6.1

You might also like