Laporan An Kuiz Pelaburan PNB 2010

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ PELABURAN PNB 2010 Kuiz Pelaburan PNB 2010 secara rasminya telah melabuhkan tirai

pada 12 Oktober 2010 yang lalu. Pertandingan peringkat akhir dan majlis penyampaian hadiah kuiz pelaburan ini telah dijalankan di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya. Majlis Penutupan Kuiz Pelaburan ini telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Hj. Mohd Puan bin Hj. Zarkashi. Kuiz Pelaburan ini telah dilaksanakan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama merupakan pra peringkat kelayakan yang dijalankan diantara bulan Jun Julai 2010. Seminar dan taklimat mengenai pelaburan telah disampaikan sewaktu dalam peringkat ini. Seminar pelaburan PNB bagi pelajar di IPG Kampus Pendidikan Teknik telah dilaksanakan pada hari khamis 22 Julai 2010 dari pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 petang dengan dihadiri oleh pelajar semester 4 PISMP. Selepas itu, peringkat kedua Kuiz Pelaburan PNB 2010; peringkat kelayakan telah dijalankan pada 5 Ogos 2010. Peringkat ini telah dilaksanakan secara ujian bertulis. Seramai 187 orang pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik terdiri dari kesemua pelajar semester 4 PISMP dan KPLI serta 2 orang pelajar semester 8 PISMP Matematik dan seorang pelajar semester 2 PISMP Matematik telah menjawab soalan peringkat ini. Soalan peringkat kelayakan ini mempunyai 50 buah soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Soalan-soalan ini terdiri daripada soalan-soalan ekonomi, perdagangan dan perakaunan tingkatan 4 dan lima serta terdiri daripada soalan-soalan am mengenai dunia pelaburan, insurans, perbankan dan lain-lain. 4 orang peserta yang mempunyai markah yang tertinggi dalam peringkat ini akan mewakili IPG Kampus Pendidikan Teknik ke peringkat suku akhir. Peringkat suku akhir telah dijalankan di Dewan Ballroom Hotel Equatorial, Bangi pada pukul 8.30 malam ; hari Isnin; 11 Oktober 2010. Kesemua peserta telah menginap di Hotel Equatorial, Bangi selama 3 hari 2 malam bermula 11 Oktober 2010 sehingga 13 Oktober 2010. Soalan peringkat suku akhir merupakan ujian bertulis yang perlu dijawab oleh 4 orang peserta bagi setiap pasukan IPG masingmasing. Selepas itu, hanya 2 orang peserta yang memperolehi markah tertinggi akan dibentuk menjadi satu pasukan. Mereka akan mewakili IPG masing-masing dalam peringkat separuh akhir. Soalan kuiz ini bagi peringkat suku akhir terdiri daripada 50

buah soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Soalan-soalannya melibatkan skop yang luas dalam dunia pelaburan. Selepas itu, kuiz ini peringkat separuh akhir telah dijalankan di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya. Pada peringkat ini, 27 buah pasukan dari 27 buah IPG telah dibahagikan kepada 5 kumpulan yang akan berentap dalam kumpulan masingmasing. Pasukan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah diundi memasuki kumpulan pertama yang terdiri daripada pasukan IPG Kampus Keningau, IPG Kampus Sultan Mizan, IPG Perempuan Melayu Melaka dan IPG Kampus Rajang. Tajuk permainan bagi pusingan separuh akhir ini adalah Segmen Siapa Cepat. Peserta dikehendaki menekan buzzer sekiranya hendak menjawab soalan. Segmen ini mempunyai 20 soalan yang terdiri daripada 3 jenis risiko. Risiko yang terdapat dalam segmen ini adalah risiko rendah, risiko sederhana dan risiko tinggi. Peserta yang berjaya menjawab soalan risiko rendah dalam masa 10 saat akan memperoleh 1 markah. Kemudian mereka boleh memilih satu petak dalam papan portfolio yang disediakan. Manakala peserta yang berjaya menjawab soalan risiko sederhana dalam masa 7 saat akan memperoleh 2 markah dan mereka boleh memilih 2 petak di papan portfolio. Sementara itu, peserta yang berjaya menjawab soalan risiko tinggi dalam masa 5 saat akan memperoleh 3 markah dan mereka dikehendaki memilih 3 petak di papan portfolio. Tetapi, sekiranya peserta gagal menjawab soalan risiko rendah, tiada sebarang markah dan petak akan ditolak. Akan tetapi, peserta yang gagal menjawab soalan risiko sederhana akan ditolak satu markah dan satu petak di papan portfolio. Sekiranya peserta belum mempunyai sebarang markah dan gagal menjawab soalan risiko sederhana, mereka akan dikira berhutang satu markah dan satu petak di papan portfolio. Manakala terdapat sedikit perubahan bagi peserta yang gagal

soalan risiko tinggi. Mereka yang gagal akan ditolak 2 markah dan dua petak di papan portfolio. Sekiranya peserta belum mempunyai sebarang markah dan gagal menjawab soalan risiko tinggi, mereka akan dikira berhutang dua markah dan dua petak di papan portfolio. Peserta yang berjaya mencipta Strike iaitu dapat memperoleh lima kotak dalam baris atau lajur yang sama akan berpeluang memilih satu lagi petak percuma di papan portfolio. Terdapat beberapa petak bonus di atas papan portfolio. Peserta

yang berjaya membuka petak bonus akan berpeluang memilih satu lagi petak tambahan. Pemenang dipilih berdasarkan petak terbanyak di atas papan portfolio. Oleh itu, terdapat 5 pasukan yang berjaya memperoleh petak terbanyak bagi setiap 5 kumpulan akan layak ke peringkat akhir. Pasukan IPG Kampus Pendidikan Teknik tidak berjaya masuk ke peringkat akhir. Faktor peserta pasukan ini yang termasuk dalam kumpulan pertama yang akan bertanding dalam peringkat separuh akhir telah menjadi antara penyebab kegagalan masuk ke peringkat akhir. Peserta pasukan IPG Kampus Pendidikan Teknik tidak tahu bagaimana corak soalan peringkat separuh akhir. Soalan-soalan dalam kumpulan pertama terdiri daripada soalan-soalan yang terlalu luas dan mendalam dalam dunia pelaburan dan perniagaan. Peserta pasukan menjadi terkejut dan tidak bersedia dengan bentuk soalannya yang banyak mengelirukan dan memerlukan pemahaman yang tinggi. Akan tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa peserta pasukan masih kekurangan ilmu mengenai dunia pelaburan dan digilap dan ditimba. Setelah selesai peringkat separuh akhir, 5 pasukan yang tertinggi akan memasuki pusingan akhir yang terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian pertama merupakan pengumpulan markah dan petak secara individu. Setiap peserta dikehendaki menjawab 2 soalan yang terdiri daripada 3 jenis risiko seperti risiko yang terdapat dalam format pertandingan separuh akhir. Corak pemberian dan pemotongan markah dan petak adalah serupa. Perbezaan disini adalah mereka dibenarkan memilih soalan jenis risiko yang bagaimana mereka mahu. Soalan risiko rendah mempunyai 5 soalan. Soalan risiko rendah mempunyai 7 buah soalan manakala soalan risiko tinggi mempunyai 8 buah soalan. Selepas itu. Peserta peringkat akhir kuiz akan melalui peringkat kedua bagi bahagian akhir kuiz. Peringkat kedua merupakan pengumpulan markah secara berkumpulan. Peserta boleh berbincang sesama ahli sebelum menjawab soalan. Jumlah soalan yang mengikut beberapa risiko dalam peringkat kedua ini adalah serupa dengan peringkat pertama bagi bahagian akhir kuiz. Pada 12 Oktober 2010, pukul 3.30 petang pertandingan kuiz pelaburan ini bagi peringkat akhir bahagian ketiga bermula. Pertandingan akhir bahagian ketiga ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran; Dr. Hj. Mohd Puan bin Hj. Zarkashi, perniagaan yang perlu

para tetamu jemputan yang lain serta para penonton dari pelbagai IPG di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tajuk permainan bagi pusingan akhir bahagian ketiga adalah Segmen Siapa Cepat. Cara permainannya adalah serupa dengan pusingan separuh akhir. Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2010 telah dijuarai oleh pasukan dari IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu. Mereka memenangi Unit Amanah Saham Gemilang (ASG) berjumlah RM 8 000. Naib Juara disandang oleh pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas. Mereka membawa pulang Unit Amanah Saham Gemilang (ASG) bernilai RM 5 000. Tempat Ketiga diduduki oleh pasukan dari IPG Kampus Kota Bharu. Mereka memenangi Unit Amanah Saham Gemilang (ASG) berjumlah RM 3 000. Tempat Keempat dan Kelima dimenangi oleh pasukan dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan IPG Kampus Pendidikan Islam. Masing-masing membawa hadiah saguhati iaitu Unit Amanah Saham Gemilang (ASG) berjumlah RM 1 000.

Disediakan oleh,

. ( NURUL ASHIKIN BT AHMAD NOOR ) Peserta pasukan, IPG Kampus Pendidikan Teknik.

You might also like