Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

Penghargaan Terlebih dahulu, kumpulan kami inigin mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan moral, bimbingan, tunjuk ajar dan sumber kewangan bagi membolehkan saya menjalankan dan menyempurnakan fortfolio ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Tidak ketinggalan kepada pensyarah Hubungan Etnik, iaituyang telah membimbing saya sepanjang fortfolio yang dijalankan. Beliau thelah banyak memberi tunjuk ajar dan juga menerangkan cara-cara yang menyiapkan fortfolio ini kepada kumpulan kami dengan teliti. Pertolongan daripada beliau akan kami hargai sepanjang masa. Selain itu, kami juga ingin merakkamkan ribuan terima kasih kepada warga senior yang telah kami temu bual iaitu puan Ho Shun Lian dan puan Voon Nyuk Fah. Puan Ho Shun Lian merupakan seorang ahli persatuan Ho dan beliau adalah ketua program perayaan dalam persatuan Ho tersebut, manakala Puan Voon Nyuk Fah merupkan anak kepada puan Ho Shun Lian. Mereka telah banyak memberi ilmu dan fakta yang betul dan berkaitan dengan tajuk kajian kami. Akhirnya, terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Perpustakaan Swinburne yang telah menyediakan bahan bahan rujukan seperti buku-buku ilmiah dan jurnal.

Objektif Kajian

1, Dapat lebih memahami dan jelas tentang perayaan kaum cina ( Tahun Baru Cina, Dragon Bot Festival, Perayaan Qing Ming, Perayaan Kuih Bulan) 2, Memupukan sikap menghargai dan meyekatkan warisan tradisi ini supaya tidak pupus. 3, Menanam semangat patriotism di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melaluikajian ini

Kaedah/Sumber kajian

Bertemu Bual Kami telah meminta pertolongan dari Puan Ho Shun Lian dan juga anak beliau Voon Nyuk Fah untuk menerima temu bual yang diadakan oleh kami. Temu bual yang telah kami mengadakan adalah berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu Perayaan Kaum Cina. Mereka telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan fakta yang betul dan secara lansung ini akan membantu kami dalam menyiapkan fortfolio ini dengan lancar.

Buku-buku Kami juga mencari dan meminjam beberapa buku-buku dan jurnal di perpustakaan Swinburne yang berkaitan dengan tajuk kajian kita untuk membuat penyelidikan. Kami pun dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan maklumat dengan menggunakan kaedah ini.

Internet Kami juga melayari internet untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Di internet, kami telah mencari pelbagai sumber seperti jurnal,e-book dan juga petikan.

Pengalaman dan Permerhatian Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa cina, kami pun terdapat banyak pengalaman serta terlibat dalam perayaan-perayaan berikut. Dengan ini, kami dapat memberikan pengalaman dari pemerhatian yang kami diperolehi dari setiap perayaan disambut.

TAHUN BARU CINA Pengenalan Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai xing nian ataupun chun jie dalam Bahasa Mandarin iaitu bermaksud tahun baru dan juga perayaan musim bunga. Tahun Baru Cina boleh dikatakan sebagai perayaan yang paling penting dan juga diraikan dengan meriah oleh kaum cina yang berada di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Perayaan tahun baru cina ini adalah bertujuan untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari cina dan kalendar qamari cina ini adalah terbahagi kepada 12tahun dalam satu kitaran. Setiap tahun akan dinamakan sempena nama haiwan iaitu akan dimulakan dengan tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, angjing, dan khinzir. Contoh tarikh Tahun Baru Cina dalam Kalendar Gregory dari tahun 1996 hingga tahun 2019 adalah seperti di jadual bawah: Haiwan Tikus Lembu Harimau Arnab Naga Ular Kuda Kambing Monyet Tarikh 19 Februari 1996 7 Februari 1997 28 Januari 1998 16 Februari 1999 5 Februari 2000 24 Januari 2001 12 Februari 2002 1 Februari 2003 22 Januari 2004 7 Februari 2008 26 Januari 2009 14 Februari 2010 3 Februari 2011 23 Januari 2012 10 Februari 2013 31 Januari 2014 19 Februari 2015 8 Februari 2016

Ayam Anjing Khinzir

9 Februari 2005 29 Januari 2006 18 Februari 2007

28 Januari 2017 16 Februari 2018 5 Februari 2019

Sejarah Permulaan Tahun Baru Cina Terdapat banyak sejarah mengenai Permulaan Tahun Baru Cina, tetapi salah satu yang diterima oleh para sejarahwan ialah permulaan tahun baru cina adalah seawal pada dinasty xia kerana pada masa itu, orang cina sudah boleh mengenalkan bulan dengan memerhatikan perubahan dalam bentuk bintang. Tetapi pada masa dahulu, terdapat pelbagai dinasty dan oleh kerana pebezaan dinasty, secara tidak langsungnya tarikh untuk tahun yang baru akan tidak sama. Hal ini kerana maharaja untuk setiap dinasti akan mengenalkan diri sebagai anak tuhan dan akan menukar susunan bulan untuk memulakan dinasti mereka. Pada tahun 104SM, Maharaja yang memerintah Dinasti Han telah menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, dan masih kekal sampai masa ini. Mitos/Lagenda Pada masa yang dahulu, terdapat raksasa yang dipanggil "nian." Apabila waktu malam, "nian" akan turun kampung untuk menyerang orang. Oleh itu, apabila waktu senja, orang akan tinggal di rumah, takut untuk melangkah keluar pintu setengah langkah kerana takut akan dimakan oleh "nian". Pada masa itu, orang-orang akan hidup dalam ketakutan. Kemudiannya mereka mendapati bahawa nian takut terhadap warna merah, bunyi yang kuat, lampu yang terang dan juga api. Oleh itu, setiap rumah akan menyalakan lampu dan menampalkan kertas merah pada pintu. Semasa "nian" datang ke kampung, orang akan segera menyalakan mercun. "nian" berasa takut dan panik lalu melarikan diri. Sejak itu, nian tidak lagi berani untuk muncul dan rakyat mahu memperingati hari itu, mereka mengenalkan sebagai guo nian yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian" Jadi setiap tahun, mereka akan menampal syair yang ditulis dengan kertas merah, membakar mercun dan sebagainya untuk memperingati hari ini.

Sebelum Tahun Baru Cina Sebelum menyambut tahun baru cina, setiap keluarga akan bersedia dengan mengadakan pembersihan dan gotong-royong di rumah mereka. Hal ini kerana mereka mempercaya bahawa kotor dan sampah yang dibersihkan merupakan nasib-nasib buruk yang menimpa pada tahun yang berlalu dan haruslah dihalau untuk menyedia menyambut nasib baik yang akan datang pada tahun baru ini. Selain mengadakan gotong-royong dan pembersihan, ada yang juga mengecatkan rumah mereka den juga menghiaskan dengan potongan kertas yang ditulis pepatah ucapan yang bermaksud kebahagiaan dan kemakmuran. Biasanya potongan kertas ini berwarna merah. Tambahan pula, untuk menyambut tahun baru, keluarga-keluarga cina akan membelibelah di pasaran tahun baru. Biasanya barang yang akan dibeli adalah seperti makanan, minuman, pakaian, bunga dan barangan hiasan, dan sebagainya. Kebanyakan orang orang cina ini akan membeli hadiah dan memberi kepada rakan-rakan perniagaan dan juga ahli keluarga untuk menyeratkan hubungan antara sama lain. Pada malam sebelum tahun baru cina, terdapat satu jamuan yang besar yang dinamakan jamuan pertemuan semula. Pada masa ini, semua ahli ahli keluarga bertemu semula untuk perayaan ini dan mestilah berduduk sama untuk menikmati jamuan ini. Jamuan ini merupakan hidangan yang terakhir pada tahun ini dan mestilah diraikan dengan meriah dan gembira. Biasanya jamuan ini terdapat makanan makanan yang lazim seperti sayur, ayam, ikan dan sebagainya. Selepas habis makan jamuan yang meriah dan lazim tersebut, ahli keluarga akan berkumpul dan duduk bersama sama untuk bercakap, bernyanyi, berguraul dan sebagainya. Biasanya mereka akan tidur pada malam yang lewat, ada yang tidur pada tengah malam, tetapi ramai tidak akan tidur sehingga subuh keesokan harinya. Ini merupakan satu adat yang dipanggil shou sui, dan ia dipercayai anak-anak yang shou sui akan memanjangkan usia ibu bapa. Pada pukul 12 tengah malam, mereka akan membakar mercun dan juga bunga api. Pada zaman dahulu, mereka membakar batang buluh dan mengeluarkan bunyi letupan yang besar untuk menakutkan atau menghalau raksasa dan hantu. Dengan itu, amalan ini pun

diwarisi sampai hari ini. Pada zama ini, penyalaan mercun juga melambangkan sebagai peristiwa yang meriah pada perayaan ini.

Hari Pertama Tahun Baru Cina Pada awal hari ini, mereka akan mengadakan persiapan untukmenyambut tetamu yang mengunjungi rumah saudara mara serta sahabat handai mereka. Biasanya mereka akan menziarah ahli keluarga yang paling tua contohnya moyang, datuk nenek, dan ibu bapa. Semasa menziarahi saudara mara pada perayaan ini, mereka akan mengucapkan ucapan dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah". Contoh-contoh ucapan yang diucapkan ialah selamat Tahun Baru dalam bahasa dialet masing-masingGong Xi Fa Chai yang bermaksud "Tahniah dan semoga mendapat rezeki" dan banyak lagi. Selain itu, pada hari perayaan ini, Ang pau akan diberi oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Ang pau adalah bermaksud sampul merah dalam bahasa Hokkian dan ya sui qian dalam bahasa mandirin yang membawa erti membuang roh jahatn. Ini adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. Tambahan pula, Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Hari ke-2 Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari ke-9 Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
7

syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Hari ke-15 Hari ini dipanggil yuan xiao jie dalam mandarin ataupun chap goh meh dalam hokkian. Biasanya ahli keluarga akan memakan bersama untuk meraikan hari ini sebagai hari terakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Pantang-Larang Tidak boleh menyapu lantai pada hari pertama dan hari kedua Tahun Baru Cina. -Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah mereka mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama dan kedua kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau nasib baik yang ada.

Jangan memecahkan apa-apa semasa Tahun Baru Cina -Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.

Kepentingan jamuan pertemuan semula -Jamuan pertemuan semula beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

Tidak mengatakan perkataan yang tidak sopan dan buruk. -Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut. Digalakkan mengguna warna merah -Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

Pengalaman Tahun Baru Cina Untuk pengalaman saya dalam tahun baru cina, saya akan menceritakan dari persediaan untuk menyambut perayaan ini. Biasanya pada beberapa minggu sebelum Tahun Baru Cina, saya dan keluarga saya akan mula untuk membersih dan membuat gotong royong untuk memastikan rumah kami adalah dalam keadaan yang bersih. Hal ini kerana sebagai seorang kaum cina, kami percaya bahawa kotoran kotoran tersebut merupakan nasib yang tidak baik. Oleh itu kami mestilah memastikan kotoran tersebut haruslah dibersihkan sebelum menyambut tahun yang baru.

Selain mengadakan gotong royong dan pembersihan, membeli belah di pasaran tahun baru cina adalah suatu kebaisaan. Barang yang selalu dibeli ialah pakaian, makanan, minuman, barangan hiasan dan sebagainya. Kemudiannya yang saya akan ceritakan ialah jamuan pertemuan semula. Jamuan ini ada amat penting dan ia berlaku pada malam sebelum Tahun Baru Cina. Ahli keluarga saya akan berduduk sama sama untuk menikmati hidangan yang lazim. Pada malam pukul 12, keluarga dan saya akan menyalarkan mercun di rumah hadapan kita. Selepas habis memain mercun, kami akan menonton televisyen dan akan tidur pada malam lewat.

Pada pagi awal Tahun Baru Cina, keluarga dan saya akan bangun awal untuk membuat persiapan untuk mengunjungi saudara mara saya. Biasanya kami akan bermula berkungjung ke saudara mara yang tertua dahulu. Pada masa menziarahi ini, saya akan berasa gembira kerana akan mendapat angpau dari saudara mara dan juga dapat menikmati kuih miuh yang sedap yang telah disediakan. Pada hari ke-15, ia dipanggil Chap Goh Mei. Pada hari ini keluarga pun akan mengadakan satu jamuan makan sebagai menyambut hari tahun baru cina yang terakhir.

Kami sekeluarga berkumpul dengan saudara-mara.

Makan dengan semua saudaramara.

Melihat tarian singa.

10

Dragon Boat Festival

Pengenalan Dragon Boat Festival merupakan perayaan tradisional kuno dalam masyarakat kebangsaan Cina. Ia juga disebut sebagai Duan Wu Jie dalam bahasa Cina dan akan disambut pada Hari kelima bulan lunar kelima. Pada hari ini , orang Cina makan zongzi dan mengadakan perlumbaan perahu naga. Perayaan tersebut adalah bersejarah lebih 2000 tahun setakat kini.

Lagenda Asalnya berikuti lagenda di bawah: Penyair patriotik Qu Yuan Menurut Rekod Sejarah di China. Qu Yuan merupakan satu menteri Raja Chu Huai. Beliau bercadang pemilihan kakitangan yang berbakat dan pelantikan orang yang bermampu. Selain itu,dia menggalakkan berusaha usaha dalam kalangan pembangunan ekonomi negara dan dasar pembentukan tentera. Di samping itu,beliau mengekalkan cara bersuhabat dengan Negara Qi untuk menentang Negara Qin. Malangnya,cadangannya ditentang oleh bangsawan dengan kencang dan beliau dirangka hingga kedudukan menterinya terbuang dan telah diusir keluar dari ibu Negara ke tempat-tempat yang bernama Yuan dan Xiang. Beliau menghasilkan banyak puisi abadi yang patriotik. Puisinya unik dan membawa kesan yang meluas dalam kalangan masyarakat mengikuti sejarah China. Oleh itu,Dragon Boat Festival juga bernama lain iaitu Hari Penyair. Pada tahun 278 B.C,tentera Qin mengalahkan ibu negara Chu.Qu Yuan sungguh sedih dan tidak sanggup meninggalkan tanah airnya setelah mengetahui Negara sendiri telah diceroboh. Pada hari kelima bulan Mei,beliau menulis a puisi yang mulia bernama Huai Shapun memegang batu lalunya melompot ke dalam Sungai Mi Luo. Beliau telah menggunakan seumur hidupnya untuk mengarangkan satu muzik patriotic yang indah.

11

Megikuti lagenda, selepas kematian Qu Yuan,rakyat negara Chu berasa kesedihan,mereka turut datang ke Sungai Mi Luo untuk memperingati Qu Yuan.Nelayannelayan mendayung untuk mencari badan hayat Qu Yuan.Seorang nelayan telah menyediakan telur dan onigiri untuk membuang ke dalam sungai supaya ikan,udang,dan naga makan penuh dan tidak akan menggigit badan Qu Yuan,Orang lain turut meniru kelakuan nelayan tersebut.Seorang doktor tua menuang arak Hsiung Huang ke dalam sungai kerana dia beranggap cara ini dapat menjadi naga pening supaya elakkan badan Qu Yuan dibahayakan oleh naga.Kemudian,bagi mengelakkan onigiri dimakan oleh naga,orang berfikiran menggunakan daun Neem untuk membalut onigiri.Akhirnya onigiri diperkembangan menjadi Zongzi.

Kegiatan dan Adat Tradisi Pada setiap hari kelima bulan Mei dalam lunar kalendar, kegiatan tradisi seperti pertandingan bot naga, pemakanan Zongzi telah ditentukan untuk memperingati Pesyair patriotik Qu Yuan. Perlumbuan perahu naga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap Perayan Duan Wu. Pada mulanya, perlumbaan perahu naga merupakan aktiviti yang diadakan untuk menghargai Qu Yuan. Sehingga zaman kini, perlumbuan perahu naga telah menjadi salah satu aktiviti sukan air di seluruh dunia. Zhongzi merupakan sejenis makanan yang mengunakan daun buluh untuk membalut beras pulut ke dalam bentuk piramid. Makanan ini mempunyai sejarah yang panjang di dalam sejarah Cina. Dengan perkembangan masa, orang ramai mula mencampur beras pulut dengan pelbagai jenis bahan makanan supaya Zongzi menjadi lagi sedap. Hingga zaman kini, pelbagai bentuk dan jenis Zongzi telah muncul.

Pengalaman Festival Dragon Boat Pada hari ini, biasannya keluarga dan saya akan pergi ke pasar pada awal pagi untuk membeli bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk membuat Bak Chang.

12

Walaupun kami dapat membeli Bak Chang di mana-mana kedai kuih muih, tetapi keluarga saya masih akan membuat bak chang sendiri untuk merasai perayaan tersebut. Contoh bahan yang diperlukan adalah daun bak chang, nasi pulut, daging, cendawan, udang kering dan sebagainya. Selepas membeli baha-bahan yang diperlukan, kami pun balik rumah bersedia untuk membuat bak chang. Setelah siap, kami pun bersama-sama untuk menikmati bak chang tersebut. Pada waktu malam, ibu pun akan memasakkan lauk-lauk yang sedap untuk memyambut perayaan ini. Walaupun, di Kuching adalah jarang terdapat persembahan Dragon Boat pada hari perayaan ini, tetapi kami masih dapat menyaksikan persembahan tersebut pada perayaan yang lain iaitu Regatta.

Membalut ladu kek pakej dengan ibu.

Menonton calon-calon mendayung bot naga.

13

Perayaan Qing Ming

Pengenalan Perayaan Qing Ming merupakan perayaan untuk memperingati dan memberikan penghormatan kepada nenek moyang seseorang. Untuk menunjukkan rasa hormat kepada nenek moyang, sekeluarga akan pergi melawat makam nenek moyangnya. Qing Ming juga dikenali sebagai Clear Brightness Festival. Asal usul nama Pure Brightness Festival ini datang dari cuaca yang jelas dan terang pada bulan kelunar ketiga(April) semasa meraikan Qing Ming.

Sejarah Tentang Perayaan Qing Ming Perayaan Qing Ming ialah untuk memperingati Jie Zitsui. Seorang pegawai mahkamah yang setia kepada putera Chong Er pada Dinasti Zhou(770-476 B.C). Semasa peperangan terbuka, Putera Cong Er dan Jie melarikan diri dan telah dibuang negeri untuk 19 tahun. Semasa pembuangan, Jie telah membuat sup daripada daging kakinya untuk memberi makan kepada Putera Chong Er semasa mereka kekurangan makanan. Apabila Chong Er menjadi maharaja, beliau memberi ganjaran kepada mereka yang memberi pertolongan kepadanya semasa dalam keadaan yang sukar tetapi beliau telah terlepas pandang Jie.

Ramai orang menasihatkan Jie untuk mendapatkan ganjarannya kerana kesetiaan kepada Chong Er. Sebaliknya, Jie membungkuskan begnya dan berpindah ke gunung. Apabila Chong Er mendapati bahawa beliau telah terlepas pandang Jie, beliau berasa malu. Beliau terus pergi mencari Jie di gunung yang Jie tinggal. Tetapi keadaan di gunung menyebabkan Chong Er sukar untuk mencari Jie, jadi salah satu penasihat Chong Er mencadangkan Chong Er untuk membakarkan hutan untuk memaksa Jie keluar daripada gunung. Selepas api telah ditetapkan, Jie masih tidak muncul.

14

Apabila api telah dipadamkan, mereka telah menemui mayat Jie dan ibunya di bawah sebuah pokok willow. Seutas surat ditemui di dalam pokok willow dan surat itu ditulis dengan darah. Surat itu daripada Jie kepada Chong Er tentang kesetiaannya tidak payah memberi ganjaran dan cuma perlu mengingatinya semasa beliau reflex dirinya dan akan menjadi orang yang selalu bersama dengan beliau walaupun beliau terlepas pandang.

Untuk memperingati Jie, Chong Er menciptakan Hanshi Festival dan memberi perintahnya bahawa pada hari tersebut tidak boleh ada api dihidupkan. Selepas satu tahun, Chong Er balik ke pokok willow untuk mengadakan majlis peringatan dan beliau telah mendapati pokok willow tersebut telah mekar semula. Willow tersebut telah dinamakan Pure Bright White dan Hanshi Festival telah juga dikenali sebagai Pure Brightness Festival.

Kegaitan dan Adat Tradisi Semasa Qing Ming, keluarga akan menyatukan kembali melawat makam nenek moyang mereka. Apabila tiba makam tersebut, mereka harus membersihkan batu nesan dan membaikikannya jika perlu. Selepas itu, menawarkan makanan dan wang kertas diletakkan di kubur. Apabila wang kertas dibakar, sekeluarga akan tunduk kepada nenek moyang mereka sebagai hormat. Selepas habis memberi penghormatan, sekeluarga akan ada berkelah di makam kerana mereka dapat makan dengan nenek moyang mereka seolah-olah nenek moyang berada di sisi mereka.

Pengalaman Terhadap Perayaan Qing Ming Pengalaman saya dalam perayaan Qing Ming rasanya sama dengan orang lain. Semasa perayaan Qing Ming, kami sekeluarga bangun pada pukul 4 pagi, jumpa dengan saudara-mara dan makan sarapan pagi. Kami semua pergi ke makam nenek dan datuk saya pada pukul 5 menggunakan kereta. Kami tiba destinasi kita pada pukul 7 pagi. Ibu dan kakaknya membersihkan kubur datuk dan nenek. Lelaki pula mendirikan khemah di sebelah kubur tersebut. Selepas habis
15

membersihkan kubur tersebut dan mendirikan khemah, kami menempatkan makanan dan minuman yang kami bawa bersama di depan kubur datuk dan nenek. Kami mula memberikan hormat kepada datuk dan nenek. Kami tunduk bergilir-giliran dengan kekananan tinggi ke kekananan rendah. Apabila tamat beri kehormatan, kami mula membakar wang kertas dan barang kegunaan harian. Apabila habis membakar semua itu, kami mula makan makanan yang kita menawarkan kepada datuk dan nenek sebagai makanan tengah hari kerana sudah pukul 11. Selepas habis makan, kami semua membersihkan sekitar kawasan kubur, membawa balik makanan yang belum habis, dan pek khemah kami, Setelah habiskan semua perkara, kami pun balik ke rumah masing-masing.

Mambakar wang kertas

Memberi penghormatan kepada nenek moyang.

16

Perayaan Kuih Bulan

Pengenalan Perayaan Kuih Bulan yang juga dikenali sebagai Zhong Qiu Jie atau Mid-Autumn Festival merupakan salah satu perayaan yang amat penting di kalangan masyarakat Orang Cina. Perayaan Kuih Bulan biasanya disambut oleh masyarakat Orang Cina setiap tahun pada bulan September atau lebih khusus pada 15 hari bulan lapan mengikut kalendar Cina. Pada asalnya, rakyat di China menyambut perayaan ini dimana semua penanam padi meraih pendapatan yang lumayan selepas hasil tuaian musim panas.

Sejarah Terhadap Perayaan Kuih Bulan Pada pertama kalinya, Perayaan Kuih Bulan disambut oleh pegawai kerajaan di Utara China semasa pentadbiran Sung Dinasti(S.M 960-1127) kira-kira lebih seribu tahun yang lalu. Disebabkan perayaan ini dianggap sebagai hasil tuaian musim panas, pegawai-pegawai kerajaan saling menghadiahi cenderahati yang berbentuk bulat. Pada zaman dahulu, bentuk bulat melambangkan kejayaan dan juga perpaduan. Pada pagi hari Perayaan Kuih Bulan, masyarakat Orang Cina akan menikmati kuih bulan serta buah-buahan yang berbentuk bulat seperti anggur, epal dan juga pic. Di sebelah malam pula, masyarakat Orang Cina akan minum arak atau teh sambil menikmati pandangan bulan purnama. Hal ini kerana bulan purnama pada hari tersebut nyata lebih terang dan mengambang berbanding dengan bulan purnama yang lain.

Pada zaman sekarang, Perayaan Kuih Bulan bukan sahaja diraikan oleh pegawaipegawai kerajaan tetapi juga diraikan oleh semua lapisan masyarakat Orang Cina di seluruh dunia. Pada malam tersebut, pelbagai jenis saiz, bentuk, dan warna tanglung kelihatan bergantung di kawasan luar rumah ataupun di atas jalan raya sebagai hiasan. Budak-budak biasanya akan membawa dan bermain serta kongsi tanglung bersama-sama. Manakala orang dewasa akan minum arak atau teh sambil menjamu kuih bulan di samping menikmati bulan
17

purnama yang mengambang dan terang. Orang dewasa juga akan menceritakan kisah-kisah di sebalik perayayaan ini.

Kuih Bulan Sebagai Alat Komunikasi Pada zaman terakhir Yuan Dinasti(S.M 1280-1368), Choo Yuan Cheong, seorang Jeneral dari masyarakat Bangsa Han bercadang untuk memberontak dan menjatuhkan kerajaan Yuan Dinasti yang diperintah oleh Orang Mongolia. Jeneral Choo telah memikirkan satu rancangan dan idea yang bernas dengan menggunakan kuih bulan sebagai alat komunikasi. Mesej-mesej yang ingin disampaikan akan dimasukkan ke dalam kuih bulan. Para pemberontak Han mengadakan strategi dengan menyampaikan maklumat untuk memerangi Orang Mongolia melalui kuih bulan yang diedarkan kepada masyarakat Bangsa Han. Pada hari dan masa yang ditetapkan dalam mesej tersebut, seluruh masyarakat Bangsa Han berganding bahu dan bekerjasama untuk mengepung seluruh kawasan ibu bandar dan berlawan dengan askar-askar Mongolia. Akhirnya, masyarakat Bangsa Han berjaya dan kerajaan Yuan Dinasti ditumpaskan. Rancangan ini terbukti berjaya dan hari tersebut diisytiharkan sebagai hari perayaan yang diraikan oleh masyarakat Bangsa Han setiap tahun.

Lagenda/Mitos Perayaan Kuih Bulan Terdapat banyak lagenda atau mitos berkaitan dengan Perayaan Kuih Bulan. Pada malam Perayaan Kuih Bulan, orang-orang dewasa akan duduk bersama-sana untuk menikmati kuih bulan sambil minum teh manakala budak-budak akan membawa tanglung sekitar kawasan rumah ataupun mendengar cerita lagenda tentang Perayaan Kuih Bulan.

Lagenda mengenai Chang Er merupakan salah satu lagenda yang amat popular di kalangan orang-orang dewasa mahupun budak-budak. Chang Er, seorang Dewi Bulan dan suaminya Houyi merupakan Dewa Panah. Pada suatu hari, sepuluh orang putera kepada Maharaja Kayangan telah bertukar kepada sepuluh matahari. Sinaran sepuluh matahari tersebut amat panas dan menghanguskan tanaman serta tanah. Disebabkan itu, Maharaja Kayangan telah memerintah Dewa Panah iaitu Houyi untuk turun ke dunia manusia untuk menyelamatkan manusia daripada penderitaan tersebut. Pada mulanya, Houyi menyakinkan
18

sepuluh matahari tersebut untuk terbit bergilir-gilir setiap hari, tetapi sepuluh matahari tersebut tidak peduli terhadap Houyi. Dengan ini, Houyi memutuskan untuk memanah 9 matahari, meninggalkan hanya satu matahari terbit. 9 Matahari yang asalnya merupakan putera-putera kepada Maharaja Kayangan telah mati akibat dikenakan anak panah. Maharaja Kayangan berasa amat marah atas kematian 9 orang puteranya, lalu mengusir Houyi dan isterinya Chang Er ke dunia manusia sebagai hukuman.

Lagenda yang seterusnya adalah Chang Er, seorang manusia yang bekerja sebagai pembantu di istana. Tiba-tiba, 10 matahari muncul di atas langit, menyebabkan bumi menjadi panas. Maharaja mengarahkan Houyi untuk memanah 9 matahari supaya rakyatnya bebas daripada penderitaan. Houyi berjaya memanah 9 matahari tersebut hanya tinggal 1 matahri yang terbit. Houyi amat menyayangi Chang Er dan ingin berkahwin dengannya.. Sebagai ganjaran, Maharaja menunaikan impian Houyi. Houyi dan Chang Er hidup dengan aman dan bahagia. Pada satu hari, seorang orang tua memberikan Houyi suatu penawar yang dapat hidup selama-lamanya. Houyi berasa ragu-ragu lalu menyimpan penawar tersebut di bawah bantal. Pada masa itu, Chang Er berjumpa dengan penawar tersebut, lalu ditelan olehnya. Chang Er tiba-tiba menjadi seorang dewi lalu terbang ke bulan. Disebabkan itu, Houyi berasa amat sedih dan tidak lama kemudian Houyi meninggal dunia. Orang menyalakan tanglung pada waktu malam supaya Chang Er dapat melihatnya di bulan.

Lagenda Perayaan Kuih Bulan juga berkaitan dengan arnab. Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama seorang Dewi bernama Chang Er, sebagai santapan untuk Dewa dan Dewi. Sesetangah mitos yang menyatakan arnab ini merupakan satu bentuk jelmaan Chang Er sendiri. Tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di sebelah kiri mempunyai dua bulatan besar yang melambangkan kepala dan badannya. Mengikut legenda, tiga orang pari-pari mengubah bentuk diri mereka untuk menjadikan orang tua yang mengemis makanan terhadap rubah, monyet, dan arnab. Rubah dan monyet menghulurkan makanan kepada mereka, tetapi arnab tidak mempunyai makanan untuk diberikan. Disebabkan itu, arnab melimpat ke dalam api yang marak untuk menawarkan dagingnya kepada tiga orang tua tersebut. Ketiga-tiga orang tua itu amat terharu atas

19

pengorbanan dan kemurnian arnab tersebut lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan kepada arnab. Akhirnya, arnab tersebut telah menjadi "Arnab Jed".

Persediaan untuk Perayaan Kuih Bulan Sebulan sebelum Perayaan Kuih Bulan, kelihatan banyak kuih bulan telah mulai dijual di kedai runcit mahupun di pasar raya. Pada asalnya, kuih bulan dibuat dengan tepung gandum dan gula yang bercampur dengan pewarna seperti warna hijau atau merah jambu. Selepas keturunan bergenerasi, kuih bulan telah berubah dari segi rasa, bentuk dan tekstur. Kulit kuih bulan biasanya dibuat daripada tepung gandum manakala intinya dibuat daripada pelbagai jenis bahan. Antara bahan-bahan inti kuih bulan adalah teratai, badam, telur kuning masin, tou sar(kacang manis), rempah-ratus dan sebagainya. Pada pasaran sekarang, terdapat dua jenis kuih bulan; kuih bulan yang dibakar dalam dalam ketuhar dan juga tanpa dibakar(perlu simpan dalam peti sejuk).

Pengalaman Pengalaman saya dalam menyambut Perayaan Kuih Bulan sentiasa bersama keluarga. Lebih kurang sebulan sebelum Perayaan Kuih Bulan, emak saya akan membeli kuih bulan(manis) di pasar raya. Di samping itu, emak saya juga akan membeli kuih bulan tradisional(masin) di kedai roti tradisional. Pada malam Perayaan Kuih Bulan, emak saya akan memasak lauk-pauk untuk meraikan hari perayaan tersebut. Biasanya ini akan dihidangkan pada waktu makan malam. Kami sekeluarga akan makan malam bersama-sama dan menceritakan lagenda dan mitos. Selepas makan malam, emak akan memotong kuih bulan kepada hirisan kecil dan membancuh teh. Biasanya, kami sekeluarga akan pergi ke Taman Sahabat yang terletak di Jalan Song untuk menikmati suasana perayaan kuih bulan sambil bulan purnama yang terang dan mengambang.

20

Kami sekeluarga makan kuih bulan dan minum teh.

21

Rumusan Kesimpulannya, fortfolio ini telah memberi banyak iktibar kepada kami. Pertamanya ialah kami dapat lebih memahami dan jelas tentang perayaan kaum cina yang kami dipilih iaitu Tahun Baru Cina, Festival Dragon Boat, Perayaan Qing Ming, dan Perayaan Kuih Bulan. Dengan ini, kami berasa bangga sebagai seorang Malaysia kerana perayaan-perayaan tersebut masih dapat dikekalkan di Malaysia walaupun Malaysia ada sebuah Negara yang berbilang kaum. Seterusnya, kami juga akan lebih menghargai dan menyekatkan warisi tradisi ini seletah menyiapkan fortfolio ini. Hal ini kerana warisi warisi ini adalah sangat penting dan berharga serta beristimewa. Dengan ini kita mestilah sikap berharmoni dan menghargai supaya warisi tradisi ini tidak akan pupus. Akhirnya sekali, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotism dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan fortfolio ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuat saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang fortfolio ini.

22

Lampiran Tahun Baru Cina

23

Dragon Boat Festival

24

Perayaan Qing Ming

25

Perayaan Kuih Bulan

26

(Puan Ho Shun Lian yang kami temu duga)

(Tengah menemu bual)

27

(Puan Voon Nyuk Fah yang ditemui duga oleh kita)

28

Rujukan About.com, About.com Chinese culture(2013) http://chineseculture.about.com/od/chinesefestivals/a/Tomb-Sweeping-Day.htm

CHANG, PAT FOH 1993, Chinese Festivals Customs & Practices in Sarawak, Ministry of Social Development, Kuching. HUANG, SHAORONG 1990, Chinese Tradisional Festival, pp 163-175

JUSOH, HAYATI 2012, Open University Malaysia, viewed 1 November 2013, http://share.pdfonline.com/d81022df87264fb397a42734b6e0a4db/T1A4.htm

29

You might also like