Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : JEREMY ANAK DEMIN Tarikh : 22 Ogos 2013

PENGHARGAAN Salam sejahtera kami ucapkan kepada pensyarah literasi bahasa melayu, iaitu Encik Taufik Bin Ahmed. Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan izin kurniaNya kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dengan jayanya mengikut tarikh serahan yang ditetapkan. Saya bersyukur, berkat usaha yang gigih dan bantuan serta tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan di samping doa dan sokongan daripada ibu bapa saya akhirnya kami dapat melaksanakan tugasan ini. Kami telah menerima tugasan ini sejak beberapa minggu yang lalu dan mendengar taklimat mengenai cara dan kaedah melaksanakan tugasan ini daripada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Mohd Taufik. Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini saya mendapat pengalaman baru yang amat berguna kerana saya dapat mempelajari dan mendalami ilmu pendidikan secara meluas khususnya dalam tajuk yang kami kaji. Melalui pengalaman inilah kami dapat meningkatkan pengetahuan kami dalam bidang pendidikan dan segala persoalan yang menyelubungi fikiran saya selama ini dapat dirungkaikan berdasarkan kajian yang saya jalankan dalam pelaksanaan tugasan ini. Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang selama ini menjadi pendorong saya untuk melaksanakan tugasan ini iaitu Encik Mohd Taufik kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan yang berguna kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini tanpa mengenal erti jemu. Beliau sering memberi teguran yang membina kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk memperbaiki hasil tugasan ini.

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN

1.2 CABANG-CABANG FONETIK

2.0 KAEDAH FONETIK MERUPAKAN KAEDAH YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN OLEH GURU. 3.0 KESIMPULAN

10

REFLEKSI

11

BIBLIOGRAFI

13

KAEDAH FONETIK
1.0 PENDAHULUAN Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

1.2 CABANG-CABANG FONETIK Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi,

fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur. Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud. Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006). 2.0 KAEDAH FONETIK MERUPAKAN KAEDAH YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN OLEH GURU. Pada pendapat saya, kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan oleh guru di dalam bilik darjah berdasarkan konteks masa kini. Tambahan pula, kaedah fonetik juga dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik dan dikenali juga sebagai kaedah Reform atau Kaedah Lisan. Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat. Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-

cerita. Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca. Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi 5

bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan. Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana penyediaan bahanbahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Dengan demikian, murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut stuktur ayat yang betul. Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti b, r, j, d, itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina menyebut baju sebagaimaju, bulu sebagai mulu, rumah sebagai lumah, rokok sebagai lo kok, jalansebagai yalan, dalam sebagai lalam dan lain-lain lagi. Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran

perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan

bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan yang serupa. Antaranya ialah ;

coffee dengan kopi,

radio dengan radio

biscuit dengan biskut

computer dengankomputer

...........dan yang seumpamanya. Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca. Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar

membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut: a. a e i o u Bunyi vokal aaa eee iii ooo b. uuu

Bunyi konsonan b c d f g h j k l m beh ceh deh feh geh heh jeh keh el em n p q r s t v w y z en peh qeh rer sss teh vev weh yeh zez

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambargambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya muridmurid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

3.0 KESIMPULAN Kajian fonetik melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.

10

REFLEKSI

Saya Jeremy Anak Demin, kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) amat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menghabiskan kerja kursus Literasi Bahasa ini dalam jangka masa yang diberi. Dalam tugasan ini, saya perlu mengenal pasti definisi dan konsep fonetik, menyenaraikan jenis-jenis dan fungsi konsep fonetik, dan juga menghuraikan kebaikan aktiviti yang berkaitan dengan kaedah fonetik kepada murid-murid melalui pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini perlu dilakukan secara individu dengan mengunakan beberapa rujukan yang dibenarkan. Sebagai langkah pertama, saya telah mengenal pasti definisi dan konsep kaedah Fonetik. Kaedah ini sesuai digunakan pada pelbagai peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada
peringkat pra-sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah rendah. Kaedah ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Kaedah fonetik bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran fonetik yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Kaedah ini merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Seterusnya saya telah menyenaraikan jenis-jenis dan fungsi kaedah fonetik. Kaedah ini boleh diadakan secara berkumpulan, secara berpasangan dan juga secara individu. Peranan
guru dalam aktiviti fonetik adalah sebagai perunding, mentor, pembetul kesalahan dan pengadil. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik. Pelajar juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian secara aktif dan menunjukkan kesungguhan.

Seterusnya saya telah menghuraikan kebaikan yang terdapat dalam kaedah fonetik dalam cara permainan. Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan

selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan

11

adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. Semasa membuat kerja kursus ini, saya tidak mengalami sebarang kesusahan kerana pensyarah pembimbing, Encik Mohd Taufik telah membimbing dan memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya melakukan kerja kursus ini. Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini dan menunjukkan kepada pensyarah pembimbing, beliau telah memperbetulkan beberapa kesalahan yang terdapat dalam kerja kursus tersebut. Beliau juga memberi beberapa cadangan untuk menjadikan kerja kursus tersebut lebih menarik dan diminati oleh orang ramai. Dengan keizinan Tuhan, saya berjaya menyiapkan kertas kerja tersebut. Saya juga berharap kerja kursus ini akan memberi manfaat dan akan menjadi rujukan kepada saya pada bila-bila masa sahaja. Dengan mengambil kesempatan ini saya ingin berterima kasih atas panduan dan pemberian tugasan ini oleh pensyarah saya, Encik Mohd Taufik.

12

BIBLIOGRAFI BUKU & JURNAL Siti Hajar Abdul Aziz .(2008). Bahasa Melayu 2:Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn.Bhd. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran 1990,Pengkaedahan Pengajaran BahasaMalaysia, Petaling Jaya: Fajar BaktiSdn Bhd. Abdul Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Kamarudin Hj Husin 1998, Pedagogi Bahasa Pengkaedahan, Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Juriah Long, Raminah Haji Sabran dan Sofia Hamid, 1990. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Noresah Binti Baharom et al, Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

INTERNET http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/amalan-pedagogi-pengajara perkembangan.html. Dilayari pada 13 Ogos 2013 http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/. Dilayari pada 13 Ogos 2013. http://www.slideshare.net/ninezero90xxx/pedagogi-bahasa-melayu-sekolah-rendah-konsepteknik. Dilayari pada 20 Ogos 2013

13

You might also like