Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

Disediakan oleh:

NUR FARHANA BT A.RAZAK NURULHUDA BT HAMBALI


Pensyarah Pembimbing :

EN.GHZALI BIN ISMAIL

PENGENALAN
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat 4 unsur tradisi penting yang menjadi dasar dalam pembetukan perlembagaan. Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan . (Shamsul Amri Bharuddin, 2008) Menurut Mohd Salleh Abas(1985), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Unsur-unsur ini diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan negara dan memainkan peranan penting dalam perjalanan Perlembagaan.

UNSUR-UNSUR TRADISI
Bahasa Kebangsaan Agama persekutuan Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Pemerintahan beraja

PERANAN UNSUR TRADISI


Menstabilkan sistem politik negara Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu

(i) BAHASA MELAYU


Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi) Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 Tetap melindungi bahasa-bahasa lain Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

(ii) AGAMA ISLAM


Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Termaktub dalam Perkara 3 (1) Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya

Setiap agama mempunyai hak untuk; Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

(iii) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Termaktub dalam Perkara 153 Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Melayu: Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu Menganuti agama Islam Mengamalkan adat istiadat Melayu

Siapa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Bumiputera Sabah dan Sarawak: Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah

(iv) PEMERINTAHAN BERAJA


Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan raja bertindak mengikut lunaslunas perlembagaan yang telah ditetapkan

SUMBER
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn. Bhd. Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like