Kerjaya Kedoktoran

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Doktor Perubatan

Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempattempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tempatan.

2. Tidak takut dengan darah


3. Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan

5. Sedia membantu pesakit


6. Menguasai bidang Sains dan Matematik

8. Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik

Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurangkurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal xray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas
Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis. Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu. Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit iaitu dengan menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan menyelia pekerja lain.

Gaji dan Faedah- faedah Lain


Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30 ETP RM 165.00 EKA RM 170.00 Elaun Kritikal : RM 500.00 Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

You might also like