Professional Documents
Culture Documents
Laporan Muzium Sg. Lembing
Laporan Muzium Sg. Lembing
NOR HISHAM BIN ZULKIFLEE NUQMAN BIN ABU BAKAR MOHD ZULHISHAM BIN ABU SEMAN AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE MOHAMAD SYAHRIN BIN ABDUL RAZAK
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat lulus kursus Asia Tenggara Abad ke-19 HAS 3033
Jabatan Sejarah & Arkeologi Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris
MAC, 2011 S e j a r a h S g . L e m b i n g |1
Yulpisman Asli, Kehebatan El-Derado Timur. Kuala Lumpur, Utusan Malaysia, 6/5/2010. Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Sg. Lembing. Kuala Lumpur, 2011. Lihat juga, Mohamed Mohktar Abu Bakar & Fauziah Zakaria, Pahang dalam sejarah, Beberapa aspek sejarah dan kebudayaan Pahang . Pekan, Lembaga Muzium Pahang, 1989, hlm. 3.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |2
Wan Muhammad. Beliau yang berasal dari Kemboja juga dikatakan bertanggung jawab membuka pekan Sungai Lembing ini. Pada tahun 1868, Sultan Ahmad Shah (1806-1914) telah memberikan konsesi kepada Lim Ah Sam untuk membuka lombong bijih timah di Sungai Lembing secara besar-besaran. Kekayaan bijih timah ini telah mendapat perhatian daripada pihak British untuk menguasai Pahang ketika itu. Hal ini jelas dibuktikan dalam kenyataan Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri Selat yang berbunyi kegiatan perlombongan yang baru dimulakan akan mendatangkan pulangan yang baik.3 Setelah kemasukan pengaruh British menerusi Residen yang pertamanya, J. P. Rodger pada tahun 1887, konsesi perlombongan bijih timah di Sungai Lembing telah diberikan kepada Syarikat Pahang Corporation Limited. Sultan Pahang ketika itu, Sultan Ahmad Shah telah berkenan memberikan syarikat ini satu kawasan seluas 2500 ekar persegi untuk dipajak selama 100 tahun dengan kadar bayaran sebanyak satu sen setahun. Ia merupakan langkah awal kepada perkembangan pesat perlombongan di sini. Pada tahun 1896, syarikat ini terpaksa ditutup dan konsesi telah diambil alih oleh Syarikat Peterson Simon sehingga tahun 1901.4 Kegiatan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing kian bertambah pesat setelah konsesi yang diberikan oleh Sultan Ahmad beralih tangan kepada sebuah syarikat baru iaitu Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) pada Julai 1906. Ahli lembaga Pengarah syarikat ini semasa itu ialah J. E. Champney, J. A. Bell, A. Currie dan Henry Frisby Jr. Sejak itu bermulalah perlombongan bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia. Pada tahun 1915, kawasan perlombongan di sini berkeluasan sebanyak 40 batu dan Nicholson Shaft telah mencapai kedalaman iaitu 12 ribu kaki ke dasar bumi. Tahun-tahun di antara 1915 hingga 1926 merupakan zaman kemuncak perkembangan perlombongan di Sungai Lembing ini. Selain itu, syarikat ini turut terlibat dengan perladangan getah dengan kewujudan dua buah ladang getah di Sungai Lembing.5
3 4
Norazit Selat, Pahang sejarah dan budaya. Pekan, Lembaga Muzium Pahang, 2000, hlm. 83. Mohamed Mohktar Abu Bakar & Fauziah Zakaria, Pahang dalam sejarah, Beberapa aspek sejarah dan kebudayaan Pahang, hlm. 4. 5 Norazit Selat, Pahang sejarah dan budaya. Pekan, Lembaga Muzium Pahang, 2000, hlm. 85.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |3
Di Sungai Lembing, kaedah perlombongan bijih timah yang digunakan amat berbeza dengan perlombongan di tempat-tempat lain seperti di pantai barat Malaysia. Pihak PCCL telah menggunakan pendekatan perlombongan bawah tanah atau lebih dikenali sebagai pengkang. Kaedah ini memerlukan kepakaran yang tinggi dan modal yang besar bagi menjalankannya. Pada peringkat awal, terowong bawah tanah ini telah dikorek secara manual oleh pekerja-pekerja lombong. Kemasukan teknologi moden telah menyebabkan proses penggalian terowong dilakukan dengan menggunakan bahan letupan. Selain itu, teknik mengorek menggunakan jentera berkuasa hidraulik dan air turut digunakan. Terdapat tiga buah lombong bawah tanah utama di Sungai Lembing iaitu Lombong Myah, Tabeto dan Gokak. Lombong Myah merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam dengan kedalaman sebanyak 690 meter. Lombong ini juga memiliki 14 peringkat yang setiap satunya berukur 500 meter panjang dan berjarak sebanyak 100 meter di antaranya.6 Lombong kedua yang terdalam di Sungai Lembing adalah lombong Tabeto yang mencecah kedalaman 500 meter ke dasar bumi dan berukuran 322 meter panjang manakala lombong ketiga, Gokak masih lagi digunakan oleh pelombong-pelombong sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan lombong-lombong bawah tanah tidak lagi selamat dan sering diancam dengan kejadian tanah runtuh. Teknik perlombongan bawah tanah mempunyai beberapa peringkat. Sebelum perlombongan dimulakan, udara akan disalurkan ke seluruh bahagian lombong dengan menggunakan pemampat udara dan blower. Udara ini akan melalui ke setiap syaf dalam satu kitaran. Selepas itu, pemeriksaan keselamatan akan dilakukan oleh penyelia sebelum dia membenarkan pelombong-pelombong memasuki terowong. Pelombong-pelombong ini seterusnya akan dibawa ke dalam terowong dengan menggunakan lokomotif berkuasa diesel atau elektrik. Kemudian, mereka ini akan diturunkan menerusi lif ke tempat melombong. Sebarang kerja di bawah tanah akan menggunakan troli yang ditolak secara manual ataupun lokomotif. Bijih timah yang dijumpai akan dikumpulkan ke dalam tong bijih yang terletak di bawah sekali lombong sebelum ia dibawa naik melalui lif khas. Setelah itu, bijih timah itu akan dibawa ke silo iaitu gudang penyimpanan yang kedap udara. Akhir sekali barulah ia akan diproses di kilang.
6
Yulpisman Asli, Kehebatan El-Derado Timur. Kuala Lumpur, Utusan Malaysia, 6/5/2010.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |4
Kemudian, bijih timah yang diproses di Sungai Lembing ini akan dibawa keluar ke pelabuhan Kuantan dengan perkhidmatan kereta api dari pekan ini ke Pasir Kemudi. Bijihbijih ini seterusnya dibawa belayar dengan kapal wap milik PCCL ke Kuantan.7 Sistem pengangkutan dan perhubungan ini telah dibina sepenuhnya oleh pihak PCCL. Kepentingan mengeksport bijih timah ini juga mempunyai kaitan dengan perkembangan bandar Kuantan. Kekayaan bijih timah di Sungai Lembing telah melahirkan petempatan orang British yang merupakan salah satu sebab pekan ini dipanggil sebagai El-Derado Timur. Pihak PCCL telah membina kemudahan-kemudahan awam yang lengkap. Sungai Lembing telah dilengkapi dengan balai polis, sekolah, kedai, pawagam, rumah kediaman dan sistem pengangkutan yang baik. Sungai Lembing juga menikmati perkhidmatan elektrik dan air bersih secara percuma kepada semua penduduknya.8 Penduduk pekan ini ketika kemuncak era kegemilangannya telah berjumlah seramai 10 ribu orang. Kebajikan pekerja-pekerja lombong seramai 2000 orang juga diambil berat oleh pihak PCCL. Gaji setiap mereka amatlah lumayam dengan bayaran sebanyak RM 500 sebulan tanpa sebarang cukai. Barangan-barangan yang terdapat di pekan juga kebanyakan diimport dari England dan boleh dibeli secara kredit oleh pelombong. Harga barangan juga lebih murah berbanding di tempat lain dan barangan berjenama seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks boleh didapati di sini.9 Kegemilangan Sungai Lembing ini dibuktikan dengan cerita dan pengalaman penduduk-penduduk asalnya. Antaranya ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek yang kini menjadi Menteri Belia dan Sukan yang masih mengingati era tersebut. Menurut beliau, penduduk Sungai lembing telah mengenali permainan golf lebih awal daripada tempat lain. Beliau juga mengatakan bahawa pakaian, rokok dan cerut yang berjenama adalah diimport dari luar negara. Semasa usia kecilnya, Datuk Ahmad Shabery juga berpeluang menonton
Mohamed Mohktar Abu Bakar & Fauziah Zakaria, Pahang dalam sejarah, Beberapa aspek sejarah dan kebudayaan Pahang, hlm. 10. 8 Yulpisman Asli, Kehebatan El-Derado Timur. Kuala Lumpur, Utusan Malaysia, 6 Mei 2010. 9 Yoo Soo Heong, Ahmad Shabery imbau kenangan di Sungai Lembing , Kuala Lumpur, Bernama, 22 Disember 2009.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |5
filem-filem barat di sini sedangkan di tempat lain seperti Kuantan dan Kuala Lipis tidak lagi memiliki panggung wayang.10 Pekan Sungai Lembing juga memiliki sejarah hitamnya yang tersendiri. Pada tahun 1921, satu kebakaran besar telah berlaku dan memusnahkan kedai-kedai di Sungai Lembing. Kecelakaan terus menimpa pekan ini sekali lagi apabila banjir besar berlaku pada tahun 1926. Peristiwa-peristiwa duka ini sedikit sebanyak telah meyebabkan kerugian besar terhadap PCCL untuk membangunkan pekan ini semula. Menjelang tahun 1930an, kegiatan perlombongan bijih timah dan pihak PCCL mulai merosot. Hal ini disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang sedang menimpa ke seluruh dunia semasa itu. Ia juga menjadi titik mula kepada zaman kemerosotan Sungai Lembing. Pada tahun 1941, Perang Dunia Kedua telah meletus berikutan serangan tentera Jepun di Tanah Melayu. Keadaan di Sungai Lembing telah menerima zaman malap. Lombonglombong bijih timah di sini telah ditenggelamkan dengan air oleh pihak PCCL. Para pekerja lombong pula diarahkan untuk meninggalkan pekan ini. hal ini bertujuan bagi mensabotaj tentera Jepun nanti. Pada 31 Disember 1941, tentera Jepun telah menawan Kuantan dan menandakan permulaan zaman pendudukan tentera Jepun di Pahang termasuk di Sungai Lembing. Rumah pengurus PCCL telah dijadikan sebagai markas tentera Jepun sehingga kekalahan tentera Jepun pada tahun 1945. Selepas tamat zaman pendudukan Jepun, perlombongan bijih timah di Sungai Lembing diteruskan semula dalam keadaan yang sukar. Hal ini berikutan tercetusnya keganasan pengganas komunis semasa darurat pada tahun 1950an dan 1960an. Perlombongan bijih timah kembali rancak selepas tahun 1950an. Pihak PCCL juga telah menyambung semula perjanjian konsesinya selama 21 tahun pada 1 Julai 1965. Pemodenan telah dilakukan oleh pihak PCCL terhadap aktiviti perlombongannya di Sungai Lembing. Kabel elektrik jenis high tension, sistem pengaliran udara yang baik dan penggunaan pam yang berkesan telah diperkenalkan. Kejatuhan harga bijih timah pada akhir tahun 1985 telah menjejaskan kesemua sektor perlombongan di Malaysia. Di Sungai Lembing, pihak PCCL tidak mampu menampung kos
10
Zamzurina Ahmad, Pekan Sungai Lembing sepi. Kuala Lumpur, Utusan Malaysia, 9 Oktober 2009.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |6
perlombongan yang tinggi dan mengalami kerugian telah mengambil keputusan untuk menutup lombongnya di sini pada tahun 1986. Syarikat ini juga terpaksa dibubarkan. Pekan Sungai Lembing yang sibuk telah menjadi sunyi sepi dan boleh diibaratkan seperti pekan koboi sahaja. Maka sejak itu, berakhirlah sejarah yang panjang yang penuh suka duka dan gemilangan Sungai Lembing. Hari ini, Sungai Lembing hanya sebuah pekan yang bersejarah dan penuh kenangan kepada bekas-bekas pelombong. Ia sunyi dan hanya menjadi pusat tumpuan kepada penduduk kampung sekitarnya untuk mencari keperluan hidup. Perlombongan tidak lagi menjadi sumber ekonomi yang utama tetapi ia telah digantikan dengan pertanian dan pembalakan. Namun, pekan ini tetap memiliki keistimewaannya seperti keindahan panorama alam sekitarnya yang bergunung-ganang dan tinggalan-tinggalan sejarah. Sebuah projek pernah dicadangkan untuk menjadi Sungai Lembing sebagai sebuah taman sejarah.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |7
Semasa zaman J. T. Mariner pada tahun 1911, bangunan kediaman ini mulai mengalami perubahan sehinggalah terbinanya rumah kediaman dua tingkat seperti sedia ada kini. Sebenarnya terdapat banyak lagi bangunan banglo yang menempatkan kediaman di Sungai Lembing ini. Tetapi pada hari ini hanya beberapa buah sahaja yang masih berdiri manakala yang selebihnya telah menyembah bumi. Oleh kerana terdapat banyak banglo kediaman pegawai Inggeris, bangunan banglo pengurus yang dijadikan muzium ini telah dikenali sebagai The European Bungalow 1 atau EB1. Senibina bangunan ini juga begitu unik dan menarik kerana bertemakan senibina vernikular kolonial. Pada tahun 1941 hingga 1945, kediaman pengurus ini pernah dijadikan sebagai markas pentadbiran tentera Jepun di Sungai Lembing. Selepas itu, bangunan ini diambil alih semula oleh pihak PCCL sehinggalah penutupan syarikat tersebut pada tahun 1986. Muzium Sungai Lembing ini lebih menfokuskan sejarah perlombongan bijih timah di sini dalam pamerannya. Pada aras bawah, muzium ini terbahagi kepada beberapa galeri seperti pengenalan Sungai Lembing, sejarah syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dan diorama perlombongan. Para pelawat berpeluang untuk melihat peralatanperalatan perlombongan dan keadaan gambaran di dalam lombong bawah tanah pada aras bawah ini. Kemudian di aras atas, galeri muzium ini terbahagi kepada sejarah perlombongan, geomorphologi dan geologi, memori perlombongan, ekonomi perlombongan, teknik perlombongan, peralatan dan pakaian perlombongan. Bahan-bahan pameran yang menarik untuk tontonan pengunjung di aras atas ini ialah seperti model lombong bawah tanah, bilik tidur pengurus besar lombong pada era tahun 1960an, peralatan pejabat, perabot-perabot lama, barangan kedai, potret tokoh yang berjasa kepada pembangunan Sungai Lembing dan batu-batuan. Muzium Sungai Lembing ini juga merupakan ibu pejabat kepada Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Timur. Ia kini diselia oleh Puan Rebiah binti Md Yusuf selaku Penolong Kurator muzium ini. Muzium ini dibuka setiap hari untuk lawatan umum dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan hanya tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |8
Bibliografi
El-Dorado Timur. Majalah Tiga TV3, Kuala Lumpur, 4 April 2009. Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Sg. Lembing. Kuala Lumpur, 2011. Kisah bijih El Dorado Timur. Kosmo, Kuala Lumpur, 14 Novemer 2008.
Mohamed Mohktar Abu Bakar & Fauziah Zakaria, Pahang dalam sejarah, Beberapa aspek sejarah dan kebudayaan Pahang. Lembaga Muzium Pahang, Pekan,1989. Norazit Selat, Pahang sejarah dan budaya. Lembaga Muzium Pahang, Pekan, 2000. Norehan Saleh, Nasib El-Dorado Timur. Kosmo, Kuala Lumpur, 15 Januari 2009. Yoo Soo Heong, Ahmad Shabery imbau kenangan di Sungai Lembing. Bernama, Kuala Lumpur, 22 Disember 2009. Yulpisman Asli, Kehebatan El-Derado Timur. Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 6 Mei 2010. Zamzurina Ahmad, Pekan Sungai Lembing sepi. Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 9 Oktober 2009.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |9
Lampiran
1.0 Gambaran bangunan awal muzium pada awal tahun 1900 (kiri) dan bangunan muzium pada hari ini (kanan).
S e j a r a h S g . L e m b i n g |10
5.0 Keadaan terowong bawah tanah yang menuju ke kawasan perlombongan bijih timah.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |11
7.0 Pemandangan Sungai Lembing ketika kemuncak kegemilangannya. Dari atas kiri, gambar bandar Sungai Lembing pada tahun 1937, balai polis, bandar Sungai Lembing pada tahun 1938, rumah pekerja lombong manakala dari atas kanan pula ialah perlawanan kriket pada tahun 1930an, aktiviti berbasikal, rumah kelab buruh dan pasukan tentera sukarela PCCL pada tahun 1941.
S e j a r a h S g . L e m b i n g |12
TUGASAN BERKUMPULAN LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MUZIUM SUNGAI LEMBING & LOMBONG BAWAH TANAH
NAMA
: NOR HISHAM B. ZULKIFLEE : AZIZ ISMAIL B. SAPAIE : MOHD ZULHISHAM B. ABU SEMAN
: MOHAMMAD SYAHRIN B. ABDUL RAZAK D20091035518 : NUQMAN B. ABU BAKAR PROGRAM : PENDIDIKAN SEJARAH D20091035546
S e j a r a h S g . L e m b i n g |13